You are on page 1of 3

KOTA TINGGI 12 Jan.

Penduduk Kampung Teluk Sengat, dekat sini yang marah menggantung


beberapa kain rentang dan menampal puluhan poster bagi mencemuh tindakan seorang ahli jemaah
pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang didakwa meminta seorang guru Cina
Muslim membuka tudung. Wanita itu turut diancam keselamatannya jika enggan berbuat demikian.
Memetik laporan dari Utusan Malaysia, ahli jemaah pengurus sekolah yang dikenali sebagai Pang
berusia dalam lingkungan 60-an itu telah menyuruh guru mualaf berusia 25 tahun supaya membuka
tudung selain mengancam keselamatannya sekiranya enggan berbuat demikian. Berikutan ugutan
itu, guru tersebut membuat laporan di Balai Polis Teluk Sengat dan berdasarkan maklumat terbaru,
guru berkenaan ditukarkan serta-merta ke sebuah sekolah di bandar ini. Sementara itu, Pengerusi
Badan Kebajikan Sekolah Agama Teluk Sengat, Abd. Zani Shariff kesal dengan tindakan pihak
berkenaan yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati antara penganut agama, khususnya umat
Islam. Walaupun saya rasa tercabar dengan tindak-tanduk lelaki tersebut memainkan isu agama
sehingga menimbulkan rasa marah umat Islam di sini, namun saya berharap pihak berkenaan dapat
membendung isu panas ini daripada berpanjangan yang boleh mencetuskan isu perkauman,
katanya yang ditemui di sini hari ini
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md. Ariff berkata, dia telah mendapatkan maklumat
ketua kampung yang meminta supaya perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat.
Harapan saya supaya keadaan di kampung ini berjalan seperti biasa dan mungkin ada sedikit
kawalan yang perlu dibuat supaya tidak menimbulkan perkara yang tidak diingini. Jadi, saya harap
pihak berkuasa akan segera mengambil tindakan seterusnya melakukan siasatan, katanya. Dalam
pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman menerusi khidmat pesanan
ringkas (SMS) mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh seorang penduduk tentang perkara
berkenaan.

Chiew Swee Tuan dan Choi Yi Shan (baju merah) bersalaman dan diperhatikan oleh Ketua Polis
Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman dan Penghulu Mukim Johor Lama, Mohd Nazri
Kasmin di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, Kota Tinggi, semalam. Gambar daripada Utusan
Malaysia.Isu melibatkan seorang guru wanita mualaf di Johor yang dipaksa membuka tudungnya kini
dianggap selesai apabila Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan
Ya, Phang Ah Ngang, 72, dan Guru Besar, Chiew Swee Tuan hari ini meminta maaf secara terbuka.
Menurut Utusan Malaysia, permohonan maaf itu dibuat pada Majlis Muhibah yang dihadiri guru
terbabit, Choi Yi Shan, 25, di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, semalam. Saya terima dengan
hati terbuka permohonan maaf ini. Harap-harap pihak lain yang ambil berat tentang kes ini dapat
meredakan hati dan tidak diperbesarkan lagi sebab ini memang isu sensitif," kata Choi, yang masih
merahsiakan nama Islamnya. Phang dalam kenyataannya berkata, beliau dengan seikhlas hati
meminta maaf secara peribadi kepada Choi dan masyarakat di Pekan Teluk Sengat serta umat Islam
berikutan tindakannya itu. Dengan ini saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup
dalam harmoni sesuai dengan slogan 1Malaysia," katanya. Sementara itu, Chiew berkata, beliau
tidak pernah menghalang guru berkenaan dan murid beragama Islam memakai tudung di sekolah
tersebut kerana memahami bahawa memakai tudung adalah satu kewajipan yang perlu ditunaikan
oleh wanita Muslim. Sebagai guru besar saya pasti menghormati agama Islam dan guru serta murid
beragama Islam tanpa mengira kaum. Sebagai penjawat awam, saya mematuhi sepenuhnya semua
peraturan dalam perintah kerajaan tanpa keraguan dan saya janji akan menguruskan hal sekolah
dengan lebih peka dan berhati-hati. Segala salah faham daripada segi perbualan dan kata-kata tidak
munasabah yang diperkatakan secara tidak sengaja menjadi gangguan emosi bagi mana-mana pihak,
saya mohon ampun dan maaf," katanya. Turut hadir dalam program berkenaan adalah Timbalan
Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak; Ketua Polis Daerah Kota Tinggi,
Supritendan Rahmat Othman dan Penghulu Mukim Johor Lama, Mohd Nazri Kasmin. Sementara itu,
Choi menganggap kes itu selesai dan ingin menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap karier
sebagai pendidik dan seorang muslimah. Beliau juga bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka
pilihannya bulan depan. Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Choi dipaksa membuka tudungnya
oleh ahli lembaga pengurus sekolah tempatnya mengajar. Beliau kemudiannya membuat laporan di
Balai Polis Teluk Sengat dan dipindahkan serta merta atas faktor keselamatan. - 18 Januari, 2014.

KOTA TINGGI: Ketua-ketua masyarakat di Teluk Sengat di sini menganggap isu berkenaan ugutan dan
paksaan terhadap seorang guru mualaf di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina supaya membuka
tudung selesai apabila pihak lembaga pengurusan sekolah itu tampil membuat permohonan maaf
secara terbuka hari ini.
Majlis yang diadakan pagi tadi menyaksikan Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya Teluk Sengat, Phang Ah Ngang, 72, dan guru besar sekolah terbabit,
Chiew Swee Tuan memohon maaf kepada guru terbabit berhubung perkara itu.
diadakan di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, Teluk Sengat, Kota Tinggi hasil inisiatif Penghulu
Mukim Johor Lama Mohd Nazri Kasmin; Pemangku Ketua Kampung Teluk Sengat Mohd Amin Jantan,
Ketua MCA Teluk Sengat Eng Kok Ling dan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi.
Penghulu Mukim Johor Lama Mohd Nazri Kasmin berkata majlis itu diadakan untuk mengelak isu
berkenaan terus berpanjangan yang akhirnya boleh mengundang lebih banyak masalah dan
ketegangan antara rakyat di kawasan itu dan negara amnya.
"Jika ia berpanjangan, tidak mustahil nanti akan berlaku perbalahan sedangkan ia boleh diselesaikan
dengan cara toleransi antara dua pihak.
"Satu pihak memohon maaf atas dasar kejahilannya dan satu pihak lagi memaafkan atas dasar sifat
sebagai seorang muslim dan bersangka baik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya ini juga bersesuaian dengan semangat Maulidur Rasul yang baru disambut Selasa lepas
dan sejarah Nabi Muhammad SAW ada diriwayatkan baginda sentiasa berbuat baik dan melarang
para sahabat membalas dendam walaupun pernah dibaling dengan batu dan najis oleh kaum
Musyirikin Makkah.
"Saya menghargai tindakan guru mualaf berkenaan yang sanggup menerima permohonan maaf dan
semoga tindakan itu akan menjurus ke arah jalan penyelesaian," katanya.
Mohd Amin pula berkata majlis itu diharap akan dapat mengekalkan keamanan dan kedamaian yang
dikecapi oleh masyarakt di situ sebelum ini.
"Sebagai anak tempatan dan ketua masyarakat di sini, kita mahu penduduk bersatu membangunkan
Teluk Sengat dan hidup sejahtera," katanya yang juga bekas guru besar sekolah kebangsaan di sini.
Hadir sama di majlis itu Ketua Polis Daerah Supt Rahmat Othman; Timbalannya, Deputi
Superintendan Low Han Seng; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Mohamad Fadil Ishak; Ketua
MCA Teluk Sengat Eng Kok Ling; Ketua Umno cawangan Kampung Johor Lama Md Nor Atan, dan
wakil NGO Mohamad Noh Hassan. - BERNAMA

You might also like