You are on page 1of 28

Topik 3

Komponen
Utama
Sistem
Kerajaan dan
Jentera
Pentadbiran

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menyenaraikan fungsi dan peranan Ketua Pemerintah Negara, iaitu


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong;

2.

Mengenal pasti tugas Majlis Raja-raja dalam hal-hal dasar


pentadbiran Negara;

3.

Menghubungkaitkan fungsi-fungsi Badan Pemerintah, Badan


Perundangan dan Badan Kehakiman dan sistem kerajaan Malaysia;

4.

Menyenaraikan fungsi dan tanggungjawab sistem kabinet negara


serta kementerian-kementerian di dalamnya;

5.

Menghubungkaitkan peranan badan-badan berkanun


menjayakan pentadbiran dan pembangunan negara; dan

6.

Menjelaskan perlunya sesuatu suruhanjaya


melancarkan lagi jentera pentadbiran negara.

berfungsi

dalam
bagi

48

TOPIK 3

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

PENGENALAN
Dalam topik ini, anda akan mengikuti bagaimana kerajaan Malaysia ditadbir
melalui badan-badan tertentu. Anda akan diperkenalkan dengan fungsi dan
peranan Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-raja sebagai payung kedaulatan
undang-undang dan pentadbiran negara secara umumnya.
Dalam topik ini juga, diterangkan fungsi Badan Pemerintah (Eksekutif), Badan
Perundangan (Legislatif) dan Badan Kehakiman (Judisiari). Anda akan dibawa
menyelusuri bidang tugas ketiga-tiga badan tersebut dan hubung kait antara
ketiga-tiganya.
Tahukah anda bahawa sistem dan struktur pentadbiran negara kita dilaksanakan
oleh tiga badan: Badan Eksekutif, Badan Legislatif dan Badan Judisiari? Badan
Eksekutif menjalankan fungsi yang penting bagi menggerakkan jentera
pentadbiran negara. Jentera pentadbiran negara pada umumnya diketuai oleh
Jabatan Perdana Menteri dan disokong oleh kementerian-kementerian, agensiagensi kerajaan, badan-badan berkanun, dan suruhanjaya-suruhanjaya.
Dalam topik ini, anda dapat meneliti fungsi dan tanggungjawab kesemua jenterajentera berkenaan dan melihat perkaitan keseluruhan jentera pentadbiran negara.
Tentunya nanti anda dapat memahami betapa perlunya jentera-jentera berkenaan
berjalan dengan lancar bagi menjamin pembangunan negara yang pesat.

3.1

MAJLIS RAJA-RAJA DAN YANG


DI-PERTUAN AGONG

Untuk pengetahuan semua, Majlis Raja-raja merupakan badan rasmi yang paling
tinggi martabatnya di negara ini. Badan ini dianggotai oleh kesemua sembilan
Sultan atau Raja dan empat Gabenor atau Yang di-Pertua Negeri. Majlis ini
tidak mempunyai kuasa perundangan atau pemerintahan tetapi mempunyai
pengaruh yang kuat dan memainkan fungsi yang mustahak di negara ini.
Anggota rasmi Majlis adalah sebelas Ketua-ketua negeri. Kehadiran seseorang
Sultan atau Raja dalam persidangan boleh diwakili oleh Raja Muda sesebuah
negeri sekiranya perlembagaan negeri mengizinkan.
Antara bidang tugas Majlis Raja-raja adalah:
1.

Memilih Yang di-Pertuan Agong dan timbalannya;

2.

Bersetuju atau tidak bersetuju hal-hal yang berkaitan dengan adat istiadat
agama Islam bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu, kecuali Sabah dan
Sarawak;

TOPIK 3

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

49

3.

Memberi persetujuan atau tidak memberi persetujuan kepada mana-mana


undang-undang yang diluluskan atau memberi nasihat tentang pelantikan
mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja; dan

4.

Memikirkan dasar negara dan apa-apa perkara yang difikirkan patut


untuk pembangunan negara.

Majlis Raja-raja mempunyai satu badan khas yang bertindak untuk memelihara hak
istimewa orang-orang Melayu. Sekiranya berlaku apa-apa perubahan tentang
kedudukan orang-orang Melayu, perkara tersebut mestilah dibincangkan terlebih
dahulu dengan majlis ini. Selain itu, Majlis Raja-raja perlu dirundingi dalam perkara
pelantikan yang berikut sebelum pelantikan dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong
atas nasihat Perdana Menteri, iaitu:
1.

Pelantikan Ketua Hakim Negara; dua orang Hakim Besar dan Hakim
Mahkamah Agong serta dua orang Hakim Mahkamah Tinggi;

2.

Pelantikan Ketua Audit Negara; dan

3.

Pelantikan ahli-ahli suruhanjaya bebas, seperti Suruhanjaya Perkhidmatan


Awam dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Dalam melaksanakan tugasnya, Majlis Raja-raja mempunyai kuasa budi bicara


yang meliputi perkara berikut:
1.

Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong dan timbalannya;

2.

Memberi nasihat tentang apa-apa pelantikan;

3.

Mempersetujui atau tidak mempersetujui sebarang undang-undang yang


mengubah sempadan sesuatu negeri serta menyentuh keistimewaan,
kedudukan dan kemuliaan atau kebesaran raja-raja; dan

4.

Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,


amalan atau upacara agama Islam meliputi seluruh Semenanjung Malaysia.

Anda juga tentu telah mengetahui bahawa mengikut Perlembagaan Persekutuan,


Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara. Walaupun Yang di-Pertuan Agong
menjadi komponen utama dalambParlimen Malaysia, baginda tidak perlu
menghadiri persidangan Parlimen, kecuali sewaktu pembukaan rasmi penggal
Parlimen dengan peranan Baginda hanyalah merasmikan sesi parlimen tersebut.
Sebagai ketua utama negara, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mempunyai
kedudukan teristimewa. Baginda tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua
perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Yang di-Pertuan Agong adalah
seorang raja yang dipilih mengikut giliran oleh Majlis Raja-raja, dan ini telah
termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Gelaran Yang di-Pertuan Agong
merupakan gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh
adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

50

TOPIK 3

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada cadangan Suruhanjaya


Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan. Cadangan jawatan tersebut timbul
berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin
menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu. Sistem penggiliran jawatan Yang diPertuan Agong pada setiap lima tahun dianggap unik. Hal ini demikian kerana ia
menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan darah dengan konsep moden
berasaskan perlembagaan. Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang
mengamalkan sistem penggiliran ketua negara.
Sistem penggiliran hanya diberi kepada Raja-raja Melayu dari negeri-negeri
yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-negeri Bersekutu dan Negeri-negeri
Tidak Bersekutu. Negeri Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan,
Selangor dan Pahang. Manakala Negeri Melayu Tidak Bersekutu adalah Perlis,
Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Negeri-negeri selain itu, ketuanya tidak
boleh dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong disebabkan negeri tersebut tidak
mempunyai raja.
Pada Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak
gelaran Yang Dipertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-raja
telah bersidang untuk mengundi Yang di-Pertuan Agong yang pertama. Selepas
pusingan pertama Sembilan Yang di-Pertuan Agong (1957-1994), aturan menurut
pemerintah negeri adalah menurut giliran yang telah digunakan sebelum ini, iaitu:
1.

Negeri Sembilan

2.

Selangor

3.

Perlis

4.

Terengganu

5.

Kedah

6.

Kelantan

7.

Pahang

8.

Johor

9.

Perak

Mari kita tinjau pula kelayakan bagi menjadi Yang di-Pertuan Agong. Setiap
Raja-raja Melayu adalah layak dipilih untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong
melainkan:
1.

Jika baginda tidak cukup umur;

2.

Menolak untuk dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong; dan

3.

Baginda ingin dikecualikan disebabkan masalah kesihatan.

Dalam konteks sistem penggiliran ini, raja yang teratas dalam senarai pemilihan akan
ditawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong. Baginda akan memegang jawatan itu

TOPIK 3

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

51

selama lima tahun. Walau bagaimanapun, perkara ini mempunyai kekecualian


sekiranya baginda meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan sebelum tempoh yang
ditetapkan oleh Raja-raja.
Kaedah-kaedah pemilihan Yang di-Pertuan Agong adalah seperti berikut:
1.

Hanya raja-raja sahaja yang boleh dipilih. Walau bagaimanapun,


pemilihan dibuat mengikut kekananan (senioriti);

2.

Raja-raja sahaja yang boleh mengundi. Anggota Majlis Raja-raja yang


bukan anak raja, iaitu TYT Gabenor-gabenor, tidak hadir dalam
perjumpaan memilih Yang di-Pertuan Agong;

3.

Pemilihan dibuat berdasarkan giliran. Raja sesebuah negeri tidak boleh


dipilih dua kali dalam pusingan yang sama; dan

4.

Seseorang Sultan atau Raja boleh melantik seorang lain dari negeri baginda
sebagai proksi untuk mewakili baginda.

Sistem beraja serta adat dan tradisi memang sudah lama sedia ada di Tanah
Melayu. Institusi Yang di-Pertuan Agong hanya diamalkan semenjak merdeka
sahaja.
Raja-raja Berikut Pernah Menjadi Yang di-Pertuan Agong:
1.

Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri


Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah antara 1957 dan 1960,
mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.

2.

Sultan Hisamuddin Alam Shah aI-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin


Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada
1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.

3.

Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis,
diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960 sehingga 1965, mangkat
pada 2000.

4.

Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari
Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965 sehingga 1970,
mangkat pada 1979.

5.

Tuanku al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim al-Muadzam


Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1924,
memerintah pada 1970 sehingga 1975.

6.

Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan,
diputerakan 1917, memerintah pada 1975 sehingga 1979, mangkat ketika
memerintah pada 29 Mac 1979.

52

TOPIK 3

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

7.

Sultan Haji Ahmad Shah al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu
Bakar Riayatuddin al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930,
memerintah pada 1979 sehingga 1984.

8.

Baginda al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar al-Haj ibni Almarhum


Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984
sehingga 1989.

9.

Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin


Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah
pada 1989 sehingga 1994.

10.

Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri


Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994 sehingga 1999.

11.

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin


Alam Shah aI-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999
sehingga 2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001.

12.

Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail


dari Perlis, diputerakan memerintah pada 2001 sehingga 2006.

Untuk makluman tambahan, Yang di-Pertuan Agong masa kini adalah Seri
Paduka Baginda Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud
al-Muktafi Billah Shah al-Haj. Baginda telah ditabalkan pada 26 April 2007.
Daripada segi pentadbiran negara, terdapat tiga badan yang setiap satunya
mempunyai pemisahan kuasa. Tahukah anda apakah badan-badan itu? Badanbadan itu adalah:
1.

Badan Pemerintah (Eksekutif)

2.

Badan Perundangan (Legislatif)

3.

Badan Kehakiman (Judisiari)

Pemisahan kuasa kerajaan kepada tiga badan utama dilakukan supaya


penumpuan kuasa tidak berlaku kepada mana-mana pihak. Inilah yang
dimaksudkan sebagai Doktrin Pemisahan Kuasa. Idea ini telah dicetuskan
oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah politik dan undang-undang Perancis
dalam abad ke-18. Doktrin Pemisahan Kuasa ini bertujuan supaya kuasa negara
tidak dimiliki secara mutlak oleh sesuatu pihak dan mudah pula diselewengkan.
Yang di-Pertuan Agong, sebagai Ketua Utama Negara mengetuai ketiga-tiga
badan kerajaan ini. Rajah 3.1 memberi carta pemisahan kuasa di Malaysia.

TOPIK 3

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

53

Rajah 3.1: Carta Pemisahan Kuasa di Malaysia

SEMAK-KENDIRI 3.1
Apakah kaedah-kaedah yang digunakan di dalam pemilihan Yang
di-Pertuan Agong? Bincangkan tindakan yang diambil sekiranya
seseorang raja menolak menjadi Yang di-Pertuan Agong.

3.2

BADAN EKSEKUTIF

Badan pemerintah atau eksekutif diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri pula mengetuai kerajaan
(kabinet) dan juga parti yang memegang majoriti di Parlimen.
Dari sudut Perlembagaan, kuasa eksekutif adalah di tangan Yang di-Pertuan Agong.
Ini bermakna segala urusan kerajaan dijalankan atas nama baginda. Perlembagaan
memperuntukkan bahawa dalam menjalankan tugas-tugas eksekutifnya, baginda
dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri atau atas nasihat seorang
menteri yang diberikan kuasa oleh jemaah menteri. Seterusnya, Perlembagaan
memperuntukkan bahawa baginda mesti bertindak atas nasihat yang diberikan itu.
Untuk ingatan anda semua, bertindak atas budi bicara digunakan oleh Yang
di-Pertuan Agong pada suatu ketika untuk bertindak di luar nasihat Jemaah
Menteri. Hal ini berlaku pada tahun 1986 dan dikenali sebagai krisis
Perlembagaan.

54

TOPIK 3

3.2.1

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

Jemaah Menteri

Jemaah Menteri atau Kabinet adalah sebuah badan yang melaksanakan kuasa
eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Dasar atau polisi Kabinet
adalah tugas yang dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan di peringkat
Persekutuan atau Kerajaan Pusat. Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri dan
dianggotai oleh Menteri-menteri yang memegang portfolio tertentu. Mereka
bertanggungjawab secara kolektif tentang semua keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Oleh sebab Kabinet merupakan badan tertinggi di negara ini yang bertanggungjawab
bagi membentuk dasar-dasar kerajaan maka beberapa buah Jawatankuasa Tetap
Kabinet telah diwujudkan. Jawatankuasa-jawatankuasa ini dipengerusikan dan
dianggotai Menteri-menteri berkenaan.
Di samping Jawatankuasa ini, terdapat beberapa buah Majlis dibentuk
untuk menyelaraskan pentadbiran negara, iaitu:
1.

Majlis Tanah Negara

2.

Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

3.

Majlis Kewangan Negara

4.

Majlis Angkatan Tentera

Semua Majlis-Majlis ini dipengerusikan oleh Menteri-menteri yang


bertanggungjawab dalam portfolio-portfolio berkenaan. Kesemua Majlis-majlis
di atas adalah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Ada lagi Majlismajlis yang ditubuhkan oleh Kerajaan bagi melicinkan perjalanan jentera
pentadbiran seperti:
1.

Majlis Tindakan Negara

2.

Majlis Ekonomi Negara

3.

Majlis Keselamatan Negara

Majlis Tindakan Negara merupakan majlis pentadbiran yang tertinggi. Ia


diwujudkan bagi menyelaras pelaksanaan semua rancangan dan projek
pembangunan Kerajaan. Semua Menteri Kabinet perlu hadir dalam Majlis ini.
Majlis Ekonomi Negara diberi tanggungjawab khusus tentang aspek ekonomi
negara, manakala Majlis Keselamatan Negara bertindak menyelaraskan tugas-tugas
yang berkaitan dengan keselamatan negara.

3.2.2 Perdana Menteri


Perdana Menteri adalah ketua Jemaah Menteri atau Kabinet. Beliau berkuasa
mencalonkan sesiapa sahaja untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ke
dalam Kabinetnya. Lazimnya, sesiapa yang dilantik menganggotai kabinet atau

TOPIK 3

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

55

Jemaah Menteri adalah orang-orang yang pada pendapat Perdana Menteri


boleh bekerjasama dengannya dan menyokongnya. Kesimpulannya, kuasa
sebenar pemerintahan terletak pada Perdana Menteri, yang mana nasihatnya
mesti diterima oleh Baginda Yang di-Pertuan Agong.

3.2.3

Badan Perundangan

Perundangan adalah merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan


khas yang bertanggungjawab dari segi perlembagaan. Fungsi utama perundangan
adalah untuk menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang sebagai
memberi kesan kepada kehendak badan perundangan. Kuasa perundangan di
Malaysia telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Penggubalan undang-undang dalam bentuk perundangan dijalankan oleh
Parlimen Malaysia bagi peringkat persekutuan dan Dewan Undangan Negeri
bagi peringkat negeri. Badan perundangan Persekutuan dan Negeri adalah
tidak tertinggi (supreme). Kedua-dua badan ini menggubal undang-undang
dalam sempadan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia
dan Perlembagaan Negeri-negeri. Perkara-perkara perundangan dibahagi dua
antara kedua-dua badan ini. Parlimen Malaysia berfungsi untuk menggubal
undang-undang.
Undang-undang yang digubal sebelum merdeka terus berkuat kuasa di negara ini
sehingga pindaan atau pembatalan terhadapnya dibuat oleh badan-badan berkuasa
tertentu. Sehingga kini, sudah banyak pindaan dan pembatalan yang dibuat.
Perkara 44 Bab 4, Bahagian 4, Perlembagaan Persekutuan Malaysia, memperuntukkan
kuasa perundangan persekutuan terletak pada Parlimen yang merangkumi Yang diPertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

3.2.4

Dewan Negara

Keanggotaan Dewan Negara diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan


Malaysia dalam Bahagian 4, Bab 4, Perkara 45. Peruntukan ini menjelaskan
bahawa Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli yang dikenali sebagai Senator.
Daripada jumlah itu, 44 orang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong manakala 26
orang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri mewakili 13 negeri (dua orang
wakil setiap negeri).
Tempoh seseorang Senator adalah selama tiga tahun dan seseorang itu tidak
boleh memegang jawatan tersebut untuk tempoh lebih daripada dua penggal.
Untuk layak menjadi seorang Senator, calon perlulah memiliki syarat berikut:
1.
2.

Warganegara Malaysia
Berusia 30 tahun ke atas

56

3.
4.

TOPIK 3

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

Waras fikiran
Tiada rekod jenayah

3.2.5

Dewan Rakyat

Keanggotaan Dewan Rakyat ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan


Malaysia dalam Bahagian 4, Bab 4 Perkara 46. Peruntukan ini menjelaskan
Dewan Rakyat mempunyai 222 orang ahli yang dikenali sebagai ahli Parlimen.
209 daripada ahli Parlimen dipilih dari negeri-negeri dalam Malaysia, 11 dari
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu dari Wilayah Persekutuan Labuan
manakala satu dari Wilayah Persekutuan Putrajaya. Umur seorang ahli Dewan
Rakyat ialah 21 tahun ke atas.
Antara kelayakan seorang ahli dalam Dewan Rakyat adalah:
1.

Warganegara Malaysia

2.

Berusia tidak kurang 21 tahun

3.

Berfikiran waras

4.

Tidak muflis

5.

Tiada rekod jenayah

6.

Menyerahkan penyata perbelanjaan pilihan raya bagi Parlimen dalam


tempoh yang ditetapkan, iaitu 33 hari selepas keputusan pilihan raya
disiarkan

3.2.6

Fungsi dan Kuasa Parlimen

Dalam bidang perundangan, Parlimen (Rajah 3.2) berkuasa untuk membuat


undang-undang yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia
menerusi Perkara 66-68, Bahagian 4, Bab 5. Antara fungsi Parlimen adalah:
1.

Kuasa perundangan, iaitu kuasa menggubal, meminda atau memansuhkan


undang- undang;

2.

Mengenakan cukai-cukai baru, tambahan atau memansuhkan mana-mana


cukai; dan

3.

Meluluskan belanjawan negara bagi satu-satu tahun tertentu.

TOPIK 3

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

57

Rajah 3.2: Bangunan Parlimen Malaysia

Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan Persekutuan dan ia


menggubal undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.
Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada
undang-undang persekutuan sedia ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan,
meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.
Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam
tentang perkara-perkara nasional. Bagi membolehkan Parlimen menjalankan
tanggungjawabnya dengan sepenuhnya dan dengan lebih berkesan,
Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang
dipanggil Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan.
Keistimewaan ini terpakai bagi kedua-dua Dewan secara keseluruhannya,
dan untuk ahli-ahli Parlimen secara individu.
Kedua-dua Dewan berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing,
mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing, dan kuasa-kuasa ini
tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah dan Dewan boleh
mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan atau contempt
di dalam Dewan tersebut. Ahli Parlimen adalah terkecuali daripada tindakan
mahkamah sama ada sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakan atau
dilakukannya di dalam Dewan dan pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa
yang bertindak bagi Dewan itu.

58

TOPIK 3

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

AKTIVITI 3.1
Cuba anda lengkapkan jadual berikut dengan maklumat yang berkaitan
dengan kelayakan ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara.
Ahli Dewan Negara

Ahli Dewan Rakyat

Persamaan
Perbezaan

3.2.7

Proses Menggubal Undang-undang di Parlimen

Parlimen mempunyai kuasa menggubal undang-undang dengan cara Dewan


Negara dan Dewan Rakyat meluluskan sesuatu rang undang-undang serta telah
dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong. Segala rang undang-undang yang
hendak dibuat perlu dimulakan dalam salah satu Majlis Parlimen, kecuali rang
undang-undang yang berkaitan dengan kewangan mesti dimulakan dalam
Dewan Rakyat. Setiap rang undang-undang yang diluluskan oleh sesebuah
Majlis Parlimen perlu melalui empat peringkat sebelum diluluskan, iaitu:
1.

Bacaan Pertama

2.

Bacaan Kedua

3.

Perbincangan peringkat jawatankuasa

4.

Bacaan Ketiga

Setelah undang-undang ini melalui empat peringkat, iaitu di Dewan Rakyat,


sesuatu rang undang-undang akan dikemukakan kepada Dewan Negara. Jika
rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Negara, ia akan
dipersembahkan pula kepada Yang di-Pertuan Agong. Undang-undang
tersebut akan menjadi undang-undang atau akta setelah mendapat perkenan
daripada Yang di-Pertuan Agong dan baginda akan menurunkan Cop Mohor
Besar. Selepas itu, rang undang-undang tersebut akan disiarkan sebagai
undang- undang dalam Warta Kerajaan. Sekiranya sesuatu undang-undang itu
tidak diperkenan oleh baginda, rang undang-undang tersebut akan dibahas
semula dalam Dewan Rakyat dan dikemukakan kepada baginda buat kali yang
kedua. Jika Yang di-Pertuan Agong tidak juga memperkenankannya Perkara 66
Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan dalam masa 30 hari,
rang undang-undang tersebut akan dianggap sudah diperkenan oleh baginda.

TOPIK 3

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

59

AKTIVITI 3.2
Anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang Parlimen
negara kita? Anda bolehlah layari laman web
http://www.parlimen.gov.my/dR-statistik.htm.

3.3

BADAN KEHAKIMAN

Badan kehakiman merupakan satu badan hakim-hakim (body of judges) dalam


satu sistem perlembagaan. Para hakim diberi kuasa mentafsir dan melaksanakan
undang-undang dengan kuasa atau autoriti yang diberikan kepada mereka. Kuasa
ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Dalam sistem demokrasi liberal yang diamalkan di negara ini, badan kehakiman
merupakan cabang ketiga bagi pihak kerajaan memainkan peranannya dalam
proses pengimbangan kuasa. Untuk melaksanakan semua fungsi kehakiman ini,
Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah menyediakan peruntukan untuk
mewujudkan sistem mahkamah supaya tugas-tugas kehakiman dapat dilaksanakan.
Mahkamah mempunyai kuasa yang besar terhadap badan perundangan dan kuasa
eksekutif kerana:
1.

Mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara;

2.

Mentafsir sesuatu undang-undang;

3.

Mengisytihar sesuatu undang-undang bertulis persekutuan atau negeri;


dan

4.

Mengisytihar sesuatu tindakan kerajaan sebagai tidak sah dari segi


undang-undang.

Undang-undang yang dibuat oleh hakim dan badan perundangan adalah berkaitan
antara satu dengan lain dalam lingkungan falsafah undang-undang. Di sini, badan
perundangan bertugas menggubal undang-undang dan pihak mahkamah pula
melaksanakan undang-undang itu, jika ia digubal dengan betul. Pihak mahkamah
boleh mentafsirkan bahagian-bahagian tertentu undang-undang (akta, enakmen
atau ordinan) sebagai tidak sah kerana bercanggah dengan bidang kuasanya. Walau
bagaimanapun, mahkamah tidak boleh meminda undang-undang ini disebabkan
bidang kuasa pemindaan adalah hak badan perundangan atau Parlimen sahaja.

60

TOPIK 3

3.3.1

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

Kuasa Kehakiman di Malaysia

Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di Malaysia diperuntukkan


dalam Perkara 121 (l) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Fungsi-fungsi
kehakiman ini pula dimuatkan dalam Perkara 121-131 (A). Untuk melaksanakan
tugas-tugas kehakiman di negara ini, sistem mahkamah telah diwujudkan.
Mahkamah juga mempunyai kuasa yang besar da1am bidang perundangan
(legislatif) dan bidang pentadbiran (eksekutif).

3.3.2

Kebebasan dan Kehakiman

Kebebasan badan kehakiman ini dapat dilihat pada perkara-perkara berikut:


1.

Seseorang hakim (Hakim Mahkamah Agong dan Hakim Mahkamah


Tinggi) setelah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, tidak boleh
dilucutkan jawatannya sebelum mencapai umur bersara, iaitu 65 tahun.
Ini terkecuali jika didapati kelakuan seorang hakim itu tidak baik atau
kerana beliau sudah tidak berupaya disebabkan uzur atau sebab-sebab
lain yang boleh memberi kesan terhadap tugasnya. Pemecatan ini pula
perlu disyorkan oleh sebuah tribunal (atas nasihat Perdana Menteri)
yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Tribunal ini mengandungi lima
atau lebih hakim yang telah bersara atau sedang memegang jawatan dari
Malaysia atau mana-mana negara Komanwel.

2.

Saraan seorang hakim diperuntukkan oleh Parlimen dan saraan tersebut


hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan.

3.

Saraan hakim dan syarat-syarat jawatan yang lain tidak boleh diubah.

4.

Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis


Parlimen, kecuali ia telah dikemukakan oleh tidak kurang daripada
satu perempat ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara tersebut.

3.3.3

Pelantikan Hakim

Pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan
Majlis Raja-raja dan mendapat nasihat daripada Perdana Menteri. Sebelum
pelantikan hakim dibuat, Perdana Menteri juga perlu berunding dengan Ketua
Hakim Negara. Dalam hal pelantikan Hakim Besar Tanah Melayu, beliau harus
berunding dengan dua orang Hakim Besar Mahkamah Tinggi. Manakala dalam
soal pelantikan Hakim Besar Borneo, beliau perlu berunding dengan Ketua
Menteri Sabah dan Sarawak. Bagi pelantikan Hakim Mahkamah Agong, beliau
harus berunding dengan dua orang Hakim Besar dan untuk pelantikan Hakim

TOPIK 3

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

61

Mahkamah Tinggi, beliau perlu berunding dengan Hakim Besar Mahkamah


yang berkenaan sebagai tambahan kepada Ketua Hakim Negara.
Hakim Mahkamah Sesyen dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas cadangan
Hakim Besar. Majistret Kelas Pertama bagi Wilayah Persekutuan dilantik oleh Yang
di-Pertuan Agong. Manakala, pelantikan bagi negeri-negeri dilantik oleh raja atau
gabenor atas cadangan Hakim Besar. Majistret Kelas Kedua bagi Wilayah
Persekutuan juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda dan bagi negeri- negeri dilantik
oleh raja atau gabenor tanpa penglibatan Hakim Besar. Struktur kehakiman di
Malaysia dapat kita lihat dalam Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Struktur Kehakiman di Malaysia

SEMAK-KENDIRI 3.2
Mahkamah juga mempunyai kuasa yang besar dalam bidang
perundangan (legislatif) dan bidang pentadbiran (eksekutif).
Jelaskan contoh-contoh bagaimana mahkamah boleh melaksanakan
kuasa-kuasa tersebut.

62

TOPIK 3

3.4

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

SISTEM KABINET DAN KEMENTERIAN

Sistem kerajaan Persekutuan di Malaysia pada umumnya dilaksanakan oleh


badan eksekutif yang dinamakan sebagai kabinet. Tahukah anda bahawa badan
ini terletak di bawah kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong? Hal ini ditegaskan
oleh Perkara 39 Perlembagaan Malaysia yang menjelaskan bahawa kuasa
eksekutif bagi Persekutuan Tanah Melayu terletak pada Yang di-Pertuan Agong.
Perkara 43 pula menjelaskan bahawa Seri Paduka Baginda perlu melantik sebuah
kabinet bagi menasihati baginda melaksanakan tugas tersebut.
Dalam konteks Malaysia, kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri dan
disertai oleh menteri-menteri lain. Kabinet dibentuk oleh parti yang memenangi
secara majoriti dalam pilihan raya Parlimen. Pelantikan Perdana Menteri,
Menteri-menteri dan Timbalan Menteri perlu diperkenankan oleh Seri Paduka
Baginda. Perlu diketahui, timbalan menteri bukan anggota kabinet. Oleh itu,
timbalan menteri tidak perlu hadir dalam mesyuarat mingguan kabinet yang
diadakan pada setiap hari Rabu, lazimnya di Jabatan Perdana Menteri.
Setiap menteri atau anggota kabinet sama-sama bertanggungjawab secara
kolektif terhadap semua keputusan mesyuarat. Oleh itu, anggota yang tidak
bersetuju atau ingkar dengan keputusan tersebut perlu melepaskan jawatan.
Secara umumnya, fungsi Kabinet Malaysia dapat disenaraikan seperti berikut:
(a)

Menentukan dasar-dasar negara;

(b)

Mentadbir dan melaksanakan pentadbiran selari dengan bidang kuasa


yang diperuntukkan;

(c)

Menyelaraskan sistem pentadbiran negara agar cekap dan mantap; dan

(d)

Menyelesaikan permasalahan negara yang berkaitan dengan kepentingan


rakyat.

Jentera pentadbiran negara menerima dan melaksanakan segala arahan yang


diputuskan oleh kabinet. Susunan jentera pentadbiran ini, antaranya melibatkan
Jabatan Perdana Menteri, Kementerian, Perbadanan Awam, Badan Berkanun
dan Suruhanjaya. Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri bagi
menjadikan pentadbiran negara berjalan lancar.

AKTIVITI 3.3
Anda ingin mengenali barisan kabinet negara kita? Anda bolehlah
cuba layari laman web berikut bagi mengenali mereka:
http://www.kabinet.jpm.my/index.html

TOPIK 3

3.4.1

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

63

Agensi Kerajaan

Agensi kerajaan pada umumnya dibahagi kepada dua kategori, iaitu:


(a)

Agensi pusat; dan

(b)

Agensi pelaksana.

Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri. Agensi pusat misalnya


berfungsi bagi:
(a)

Menggubal dasar dan perancangan ekonomi;

(b)

Menentukan peruntukan perbelanjaan; dan

(c)

Menyelaras, mengawal dan membantu agensi pelaksana.

Manakala, agensi pelaksana pula berfungsi bagi:


(a)

Melaksanakan segala arahan kerajaan;

(b)

Melaksanakan projek-projek pembangunan; dan

(c)

Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan untuk kegunaan orang ramai.

Terdapat enam agensi pusat dalam pentadbiran kerajaan. Lima daripada agensi
pusat itu terletak di bawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri dan sebuah lagi
di bawah Kementerian Kewangan. Agensi pusat yang terdapat di Jabatan
Perdana Menteri, adalah:
(a)

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);

(b)

Unit Perancang Ekonomi (EPU);

(c)

Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU);

(d)

Unit Penyelidikan Sosio-ekonomi (SERU); dan

(e)

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia


(MAMPU).

Manakala, satu lagi agensi yang terletak di bawah Kementerian Kewangan


adalah Perbendaharaan.
Agensi pelaksana dimainkan oleh kementerian-kementerian, seperti Kementerian
Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan sebagainya.
Selain itu, peranan ini turut dilakukan oleh jabatan, suruhanjaya dan unit dalam
kementerian.

64

TOPIK 3

3.4.2

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Antara 27 kementerian yang diwujudkan dalam pentadbiran Kerajaan


Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri adalah kementerian atau jabatan yang
paling penting.
Fungsi Jabatan Perdana Menteri adalah bagi:
(a)

Merancang dan menyelaras semua dasar-dasar negara; dan

(b)

Menentukan dasar kerajaan dilaksanakan dengan lancar dan berkesan


menerusi kementerian-kementerian.

Ada banyak organisasi atau agensi kerajaan pusat yang penting di bawah
Jabatan Perdana Menteri. Selain agensi-agensi pusat yang dinyatakan tadi,
organisasi dan agensi lain adalah:
1.

Majlis Perancangan Negara

2.

Majlis Keselamatan Negara

3.

Majlis Pembangunan Negara

4.

Jabatan Peguam Negara

5.

Jabatan Audit Negara

6.

Badan Pencegah Rasuah (BPR)

7.

Jabatan Perpaduan Negara

8.

Amanah Raya Berhad

9.

Majlis Hal-ehwal Islam Kebangsaan

10.

Biro Bantuan Guaman

3.4.3

Majlis Perancangan Negara

Majlis yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Ekonomi Negara, dipengerusikan
oleh Perdana Menteri dan dianggotai oleh menteri-menteri kanan. Fungsi utama
majlis ini adalah bagi:
1.

Menyiapkan program pembangunan ekonomi negara;

2.

Menyelaras, meneliti dan melaksanakan projek ekonomi seperti Rancangan


Malaysia Lima Tahun; dan

3.

Majlis ini dibantu oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan


Negara yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Unit
Perancang Ekonomi (EPU).

TOPIK 3

3.4.4

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

65

Majlis Pembangunan Negara

Majlis ini diketuai oleh Perdana Menteri dan dianggotai oleh sernua menteri
kabinet. Fungsi utama Majlis Pembangunan Negara adalah bagi:
1.

Meneliti laporan dan kemajuan agensi-agensi kerajaan seperti


jabatan dan sebagainya; dan

2.

Menyelaras projek pembangunan antara kerajaan pusat dan negeri.


Penyelarasan ini dilakukan dengan bantuan:
(a)

Majlis Tindakan Negeri

(b)

Jawatankuasa Tindakan Daerah

(c)

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung

3.4.5

kementerian,

Majlis Keselamatan Negara

Majlis ini juga dipengerusikan oleh Perdana Menteri serta dianggotai oleh
menteri- menteri kanan. Fungsi utama Majlis Keselamatan Negara adalah bagi:
1.

Menyelaras, meneliti dan menyelesaikan isu-isu keselamatan negara; dan

2.

Bekerjasama dengan agensi kerajaan peringkat negeri, iaitu Jawatakuasa


Keselamatan Negeri dalam hal keselamatan.

3.4.6

Jabatan Peguam Negara

Jabatan ini diketuai oleh Peguam Negara yang bertindak sebagai Penasihat
Undang-undang pada peringkat negara.
Bidang kuasa Jabatan Peguam Negara adalah seperti berikut:
1.

Mengkaji laporan siasatan polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR),


seterusnya membuat pendakwaan jika bukti yang diberikan mempunyai
asas yang kukuh;

2.

Mempunyai hak mendengar di mahkamah;

3.

Mempunyai budi bicara menjalankan, menangguh atau membatalkan


sesuatu pendakwaan;

4.

Boleh bertindak sebagai Pendakwa Raya;

5.

Mewakili kerajaan dalam tuntutan sivil di mahkamah; dan

6.

Membantu pihak menteri atau kerajaan membuat draf rang undang-undang


atau membuat pindaan perlembagaan.

66

TOPIK 3

3.4.7

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

Fungsi Agensi Pusat

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)


Fungsi JPA adalah bagi:
(a)

Merancang dan melaksana dasar pengambilan, kenaikan pangkat dan


disiplin kakitangan kerajaan;

(b)

Menggubal skim gaji, elaun dan pencen kakitangan awam, serta


menyediakan forum bagi membincangkannya dengan wakil-wakil
kakitangan awam;

(c)

Berbincang dengan Bahagian Perbendaharaan bagi menyelesaikan isu


kenaikan gaji, pemberian bonus dan insentif; dan

(d)

Mentadbir Institut Tadbiran Negara (INTAN) dan menyediakan latihan


untuk kakitangan awam.

Unit Perancang Ekonomi (EPU)


Unit ini adalah agensi pusat yang penting bagi merancang ekonomi negara.
Fungsi utama EPU adalah bagi:
(a)

Menyediakan rancangan pembangunan lima tahun;

(b)

Menyelaras badan-badan kerajaan dan memastikan pelaksanaan projekprojek yang telah diluluskan;

(c)

Mengkaji semula rancangan-rancangan lima tahun; dan

(d)

Menasihati kerajaan dalam hal-ehwal ekonomi semasa dan antarabangsa.

EPU juga berperanan sebagai urus setia kepada:


(a)

Majlis Perancang Negara;

(b)

Jawatankuasa Perancang dan Pembangunan Negara;

(c)

Jawatankuasa Pelaburan Antarabangsa;

(d)

Unit Khas Penswastaan;

(e)

Panel Ekonomi; dan

(f)

Rancangan Bantuan Teknikal Malaysia untuk negara-negara sedang


membangun.

Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)


Unit Penyelarasan Pelaksanaan ditubuhkan bagi memastikan penyelarasan dan
pelaksanaan segala rancangan pembangunan serta dasar-dasar kerajaan dapat
dilakukan.

TOPIK 3

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

67

Fungsi utama ICU adalah bagi:


(a)

Memastikan segala dasar ekonomi kerajaan, seperti Dasar Pembangunan


Nasional;

(b)

Mencapai sasaran;

(c)

Mengawasi perjalanan agensi dan perbadanan awam, seperti PETRONAS,


PERNAS, HICOM dan MISC;

(d)

Melaksana rancangan penyusunan semula masyarakat bagi menggalakkan


penyertaan golongan bumiputera dalam sektor perdagangan dan perindustrian;
dan

(e)

Menjadi urus setia kepada Majlis Pembangunan Negara.

Unit Penyelidikan Sosioekonomi (SERU)


Unit Penyelidikan Sosioekonomi ditubuhkan bagi membuat penyelidikan terhadap
program pembangunan kerajaan dan kesannya terhadap sosioekonomi masyarakat.
Fungsi utama SERU adalah bagi:
(a)

Mengkaji implikasi rancangan pembangunan dan dasar-dasar yang


dilaksanakan kerajaan terhadap rakyat;

(b)

Mendapatkan maklumat serta membuat penyelidikan bagi membantu


kerajaan;

(c)

Merancang program akan datang; dan

(d)

Membuat kajian khusus tentang kesan pembangunan luar bandar,


perindustrian, pertanian dan urbanisasi.

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)


MAMPU adalah agensi pusat yang ditubuhkan secara khusus bagi memajukan
sistem pengurusan dan pentadbiran badan-badan kerajaan.
Fungsi utama MAMPU adalah bagi:
(a)

Meningkatkan kecekapan pengurusan pejabat kerajaan dan kakitangan


kerajaan;

(b)

Memajukan pentadbiran awam, misalnya melalui penggunaan teknologi


maklumat dan komunikasi; dan

(c)

Menyediakan khidmat nasihat dan konsultan bagi meningkatkan keupayaan


mentadbir agensi-agensi kerajaan.

68

TOPIK 3

3.5

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

KEMENTERIAN

Kementerian adalah badan pentadbiran tertinggi dalam sistem pentadbiran


kerajaan persekutuan. Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan
dibantu oleh Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen.
Kini terdapat 27 kementerian dan setiap satu kementerian dibantu oleh jabatan,
bahagian, agensi dan badan berkanun tersendiri. Jumlah kementerian ini boleh
ditambah atau dikurangkan mengikut keperluan negara. Ketua pentadbir utama
bagi sesebuah kementerian adalah Ketua Setiausaha (KSU), manakala ketua
pentadbir bagi Jabatan Perdana Menteri adalah Ketua Setiausaha Negara (KSN).
KSN juga adalah ketua perkhidmatan awam peringkat persekutuan. Kesemua
ketua pentadbir JPM dan kementerian-kementerian adalah penjawat jawatan awam.
Fungsi sesebuah kementerian adalah bagi:
(a)

Merancang dasar, mengawal dan menyelaras rancangan di bawah arahan


menteri; dan

(b)

Mengawal pelaksanaan rancangan oleh agensi-agensi pelaksana.

Di bawah setiap kementerian terdapat beberapa jabatan yang membantu


pelaksanaan fungsi-fungsi yang telah disebutkan. Antara contoh jabatan
penting dalam kementerian kerajaan persekutuan adalah seperti dalam
Jadual 3.1 yang berikut.

TOPIK 3

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

69

Jadual 3.1: Jabatan dan Badan di bawah Kementerian

Kementerian

Jabatan/Badan

Kementerian Kerja Raya

(a)

Kementerian Pertanian

(a) Jabatan Pertanian


(b) Jabatan Perikanan
(c) Jabatan Perkhidmatan Haiwan
(d) Jabatan Parit dan Tali Air

Kementerian Penerangan

(a) Jabatan Penerangan


(b) Jabatan Filem Negara Malaysia

Jabatan Perdana Menteri

(a) Jabatan Peguam Negara


(b) Biro Aduan Awam
(c) Biro Bantuan Guaman

Kementerian Kewangan

(a) Lembaga Hasil Dalam Negeri


(b) Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia

Kementerian Sains, Teknologi


dan Alam Sekitar

(a) Jabatan Kimia Malaysia


(b) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan
Taman Negara (PERHILITAN)

Kementerian Dalam Negeri

(a) Jabatan Imigresen


(b) Jabatan Pendaftaran Negara
(c) Jabatan Penjara

3.6

Jabatan Kerja Raya

BADAN BERKANUN

Pada umumnya, pelaksanaan jentera kerajaan digerakkan oleh perbadananperbadanan awam. Perbadanan awam adalah badan atau agensi milik kerajaan yang
ditubuhkan untuk matlamat khusus; seperti membantu para petani, penternak,
nelayan dan usahawan. Matlamat akhirnya adalah bagi meningkatkan ekonomi dan
kemajuan negara. Semua perbadanan awam dikendalikan di bawah kerajaan
Persekutuan, Kerajaan Negeri atau Kementerian yang khusus.
Perbadanan awam secara umumnya terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
(a)

Badan berkanun; dan

(b)

Badan tidak berkanun.

Jadual 3.2 menyatakan contoh-contoh badan berkanun dan peranannya


mengikut kementerian.

70

TOPIK 3

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

Jadual 3.2: Contoh-contoh Badan Berkanun dan Peranannya Mengikut Kementerian


Kementerian
1

Kewangan

Pembangunan
Usahawan

Perusahaan
Utama

Badan Berkanun

Peranan

(a) Bank Negara Malaysia


(BNM)

Menasihati kerajaan dari hal


kewangan

(b) Kumpulan Wang


Simpanan Pekerja (KWSP)

Menggalakkan tabungan hari


tua pekerja

(a) Majlis Amanah Rakyat


(MARA)

Menggalakkan bumiputera
dalam sektor perniagaan

(b) Perbadanan Pembangunan


Bandar (UDA)

Menggalakkan penyertaan
bumiputera dalam
pembangunan bandar

(a) Institut Penyelidikan


Minyak Sawit Malaysia
(PORIM)

Menyelidik dan
membangunkan industri sawit.

(b) Lembaga Getah Malaysia


(LGM)

Menyelidik dan
membangunkan industri getah.

Tanah dan
Pembangunan
Koperasi

Lembaga Kemajuan Tanah


Persekutuan (FELDA)

Membuka dan menguruskan


rancangan tanah untuk tujuan
perladangan getah, sawit dan
selainnya.

Pertanian

(a) Lembaga Pemulihan dan


Penyatuan Tanah
Persekutuan (FELCRA)

Memulihkan dan
menguruskan pengusahaan
tanah terbiar.

(b) Lembaga Pertubuhan


Peladang (LPP)

Membantu petani/peladang
menguruskan aktiviti
perladangan.

(c) Institut Penyelidikan dan


Pembangunan Pertanian
(MARDI)
(d) Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan
(FAMA)
(e) Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM)

Mengkaji dan memajukan


sektor pertanian.
Membantu memasarkan hasil
pertanian.
Membantu dan memajukan
sektor perikanan.

Badan berkanun mempunyai ciri-ciri berikut:


(a)

Penubuhannya dibuat di bawah Akta Parlimen atau enakmen Negeri;

(b)

Badan berkanun lazimnya ditubuhkan untuk membantu sektor ekonomi


tertentu tanpa perlu terikat kepada birokrasi;

TOPIK 3

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

71

(c)

Segala program dan pendapatan atau belanjawan terletak di bawah seliaan


agensi pusat;

(d)

Badan ini dikendalikan oleh Lembaga Pengarah dan diketuai oleh seorang
Pengarah yang dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam; dan

(e)

Badan ini dibenarkan mencari dana sendiri dan menubuhkan anak syarikat.

Contoh-contoh badan berkanun di bawah Kementerian Pengajian Tinggi,


misalnya boleh anda lihat pada Jadual 3.3.
Jadual 3.3: Badan-badan Berkanun di bawah Kementerian Pengajian Tinggi
No

Badan Berkanun

Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Universiti Tun Hussien Onn (UTHM)

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

10

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

11

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

12

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

13

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)

14

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

15

Universiti Malaya (UM)

16

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

17

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

18

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

19

Universiti Putra Malaysia (UPM)

20

Universiti Sains Malaysia (USM)

21

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

22

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

23

Universiti Utara Malaysia (UUM)

72

TOPIK 3

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

Manakala, badan tidak berkanun mempunyai ciri-ciri yang berikut:


1.

Badan-badan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat bagi tujuan


kerajaan terlibat secara aktif dalam projek-projek tertentu;

2.

Objektif utamanya adalah bagi mencari keuntungan daripada perniagaan;

3.

Fungsi badan ini adalah sama seperti swasta kerana ia bebas merancang
aktiviti, mendapatkan sumber kewangan serta membelanjakannya. Badan
ini dikendalikan oleh satu Lembaga Pengarah yang dilantik oleh menteri
dan diketuai oleh seorang Pengurus Besar;

4.

Skim perkhidmatan anggota-anggotanya lebih bebas seperti swasta; dan

5.

Badan ini juga bebas menubuhkan anak syarikat sendiri.

Sebagai contoh, berikut disenaraikan badan-badan tidak berkanun di bawah


Kementerian Kewangan Malaysia.
1.

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Bank Industri Malaysia Berhad dan Bank
Islam Malaysia Berhad; berfungsi bagi menggalakkan tabungan dan
memajukan sektor ekonomi; dan

2.

Khazanah Nasional Holdings Berhad (Danaharta Berhad, Dana Modal


Berhad); berfungsi membantu syarikat bermasalah ekoran kegawatan
ekonomi.

AKTIVITI 3.4
Cuba anda lengkapkan jadual yang berikut dengan maklumat yang
berkaitan dengan Badan Berkanun dan Badan Tidak Berkanun.
Badan Berkanun

Badan Tidak Berkanun

Persamaan
Perbezaan

3.7

SURUHANJAYA

Bagi memastikan jentera pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancar dan


sistematik, kerajaan membentuk pelbagai suruhanjaya, sama ada Suruhanjaya
Tetap atau Suruhanjaya Sementara. Suruhanjaya Tetap seperti Suruhanjaya
Pilihan Raya dan Suruhanjaya Perkhidmatan. Manakala, Suruhanjaya Sementara

TOPIK 3

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

73

pula adalah untuk menyiasat atau menyelesaikan masalah dan perkara semasa.
Sesuatu suruhanjaya adalah badan yang bebas, adil dan berkecuali.
Pembentukan suruhanjaya, sama ada tetap atau sementara adalah bagi
memastikan sesuatu suruhanjaya dapat menjalankan tugas pentadbiran dengan
bijak, adil dan cekap, khususnya dalam membentuk negara yang aman dan
harmoni. Bagi menjamin suruhanjaya ini bebas dan tidak ada campur tangan
daripada pihak-pihak tertentu, ahli-ahli suruhanjaya dilantik secara khas. Ahliahli suruhanjaya akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding
dengan Majlis Raja-raja. Ahli-ahli politik (Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN)) tidak boleh dilantik untuk menganggotai manamana suruhanjaya. Ahli-ahli suruhanjaya hanya boleh dipecat melalui tribunal.
Saraan ahli-ahli suruhanjaya ditentukan oleh Parlimen daripada Kumpulan
Wang Yang Disatukan.
Antara suruhanjaya tetap di peringkat Persekutuan adalah:
1.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

khusus untuk kakitangan awam;

2.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan khusus untuk pendidik dan guru;

3.

Suruhanjaya Pasukan Polis khusus untuk anggota polis;

4.

Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang


untuk ahli-ahli kehakiman dan undang-undang; dan

5.

Majlis Angkatan Tentera

khusus

khusus untuk anggota tentera.

Suruhanjaya sementara pula adalah suruhanjaya khas dan bebas yang


ditubuhkan bagi mengkaji atau menganalisis sesuatu isu semasa dan
memberikan cadangan kepada kerajaan. Contoh Suruhanjaya Sementara adalah:
1.

Suruhanjaya Gaji Aziz

2.

Suruhanjaya Gaji Harun

Dalam topik ini, anda telah diperjelaskan tentang sistem dan struktur
pentadbiran negara kita.
Sebagai negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, sistem
pentadbiran negara diletakkan di bawah naungan Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong.
Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat oleh Majlis Raja-raja.

74

TOPIK 3

KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN DAN


JENTERA PENTADBIRAN

Turut dibincangkan adalah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong serta


kaedah-kaedah bagaimana pemilihan seorang calon Yang di-Pertuan Agong
dilakukan oleh Majlis Raja-raja.
Anda juga dimaklumkan tentang bagaimana badan-badan pemerintah
(eksekutif), perundangan (legislatif) dan kehakiman (judisiari) saling
bekerjasama bagi menggerakkan jentera pentabiran negara.
Dalam topik ini, anda telah diperjelaskan tentang peranan jentera
pentadbiran negara bagi memastikan apa yang dihasratkan oleh rakyat
melalui wakil-wakil mereka di Parlimen dapat dilaksanakan.
Badan-badan berkenaan mempunyai tanggung jawab yang khusus dan
saling melengkapi.
Pada umumnya, sekiranya jentera ini gagal berfungsi, maka banyak
perancangan dan dasar kerajaan tidak terlaksana.

Agensi

Kabinet

Akta

Kementerian

Badan Berkanun

Ordinan

Doktrin

Penswastaan

Enakmen

Suruhanjaya

Feudal

Abdullah Sanusi Ahmad. (1980). Kerajaan dan Pentadbiran Malaysia. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Asnarulkhadi Abu Samad & Jayum A. Jawan (ed.). (1997). Kenegaraan Malaysia.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). (1991). Malaysia Kita. Kuala Lumpur:
Institut Tadbiran Awam Negara.
Mohamad Idris Saleh et al. (1994). Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

You might also like