You are on page 1of 1

1 (a)Galurkan Peristiwa dari process pengambilan Pulau Pinang oleh Francis Light sehingga pengambilan

Singapura oleh
Stamford Raffles?
Pada tahun 1780-an, Kedah menghadapi ancaman siam dan burma.Pemerintahnya iaitu Sultan
Abdullah telah meminta bantuan tentera daripada SHTI untuk mengekalkan kemerdekaan Kedah. Pada
masa itu, SHTI memerlukan sesebuah pelabuhan persinggahan yang sesuai di antara India dengan negara
China SHTI juga memerlukan pangkalan tentera di gugusan kepulauan Melayu
bagi memperkukuhkan pertahanan British di India yang sering diancam dan Perancis. SHTI telah
menghantar Francis Light ke Kedah untuk kerunding dangan Sultan Abdullah. Baginda sanggup
membenarkan SHTI menduduki Pulau Pinang sekiranya ia bersetuju memberikan perlindungan daripada
musuh-musuh baginda dan membayar pampasan sebagai $30000 untuk bagi kehilangan perdagangan di
Kedah. SHTI menerima tawaran Sultan Abdullah untuk memajukan Pulau Pinang . Francis Light
mengambil ahli Pulau Pinang secara rasmi pada 11 Ogos 1786 dan menamakannya "Prince of Wales Island
". Namun begitu , Francis Light memberikan janji kosong kepada baginda.Francis Light memberitahu
Sultan Abdullah pada tahun 1788 bahawa SHTI tidak sanggup memberi bantuan ketenteraan kepada Kedah
dan juga melambatkan bayaran pampasan kepada Sultan Abdullah .Baginda rasa terpedaya dan cuba
mengambil semula Pulau Pinang dan memperkukuhkan kubunya di Seberang Perai sebagai persediaan
untuk menyerang British. Pada tahun 1791 , sebelum Sultan Kedah bertindak , Francis Light terlebih
dahulu menyerang Kedah dan mengalahkan tentera Kedah. Akibatnya, Sultan kedah terpaksa
menandatangani satu perjanjian pada bulan Mei, 1791. Menurut perjanjian tersebut baginda menyerahkan
Pulau Pinang kepada SHTI secara rasmi.
Pegawai-pegawai tempatan sepertiStamford Raffles ingin mengembangkan perdagangan British
serta menyekat peluasan pngaruh Belanda di gugusan kepulauan Melayu.Pulau Pinang terletak terlalu jauh
dan kawasan pengeluaran rempah dan bijih timah.
Keadaan ini mendesak Warren Hasting ingin mencari pangkalan baru untuk bersaing dengan Belanda.
Kedudukan Singapura didapati sesuai bagi menggantikan Pulau Pinang. Raffles telah menandatanagani satu
perjanjian dengan temenggung Abdu Rahman untuk menubuhkan sebuah petempatan di SIngapura dengan
bayaran tahunan sebanyak $3000 kepada Temenggung. Perjanjian tersebut tidak sah kerana tidak mendapat
pengiktirafan Sultan Rahman. Oleh itu, Stamford Raffles telah menjemput Tengku Hussain dan mengiktiraf
beliau sebagai pemerintah.Johor yang sah . Pada 6 Februari 1819, Tengku Hussain mengiktiraf perjanjian
diantara Raffles dan Temenggung Abdul Rahman . dengan membenarkan British membuka loji di
Singapura.

You might also like