You are on page 1of 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP PPG SEPTEMBER 2014

HBMT3203_V2
PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN IV

NAMA PELAJAR

ALICIUS LUCAS

NO. MATRIKULASI

780926125297001

NO. KAD PENGENALAN

780926125297

NO. TELEFON

019-8003700

E-MEL

aliciuslucas@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM SANDAKAN

HBMT3203_V2

ISI KANDUNGAN
Perkara

Muka surat

Pendahuluan

1.0:

Ringkasan artikel.

1.1:

Technology in Mathematics Education: Preparing Teachers for


the Future

1.2:

Pengayaan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Matematik.
1.3:

Pedagogical approaches for ICT integration into primary school English

and mathematics: A Singapore case study.


1.4:

Why should a teacher use technology in his or her mathematics

classroom?

2.0:

Cabaran Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Matematik

3.0:

Penggunaan aplikasi Powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran

10

Matematik Tahun 5

4.0:

Kelebihan penggunaan aplikasi yang telah dipilih.

13

5.0:

Penutup

15

Rujukan

17

HBMT3203_V2

Pendahuluan.
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukanlah
fenomena baru. Kewujudan tekologi terkini seperti telefon pintar dan komputer tablet serta
perisian-perisian baru seperti Android, symbian, flash player dan sebagainya telah merancakkan
lagi peluang baru untuk memajukan bidang pendidikan. Situasi ini seterusnya dapat
menyediakan murid-murid untuk menghadapi cabaran-cabaran era teknologi

Menurut Pickersgill (1997), ICT membolehkan guru melaksanakan proses pengajaran


dan pembelajaran dengan lebih baik berbanding menggunakan kaedah yang tradisional. Kajian
Pisapia (1994) menunjukkan guru yang pengajarannya berasaskan teknologi lebih cenderung
menjadi koordinasi pengaturcara daripada hanya menjadi seorang penyampai maklumat yang
agak pasif. Johnson (1996) telah menyenaraikan tiga kegunaan teknologi dalam sektor
pendidikan, iaitu : (1) untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti serta kualiti pengajaran dan
pembelajaran; (2) untuk mengautomasikan proses pengajaran dan pembelajaran dan (3) sebagai
alat untuk memproses maklumat untuk tujuan meningkatkan produktiviti.

Sehubungan dengan itu pengunaan teknologi-teknologi yang relevan di dalam proses


pengajaran dan pembelajaran matematik dapat membantu mempertingkatkan kefahaman murid
dari segi pencapaian akademik (Burton L. dan Jaworski B., 1995). Contohnya teknologi
komputer dapat mempengaruhi kehidupan murid-murid terutamanya dalam matematik kerana ia
dapat memperkembangkan minda murid untuk menjadi lebih kritis, kreatif serta lebih inovatif.

Pada masa kini, terdapat pelbagai alat teknologi yang digunakan dalam bidang
pendidikan. Antara alat yang sering digunakan adalah seperti komputer, projektor LCD, cakera
padat, pembesar suara, perisian latih tubi, perisian tutorial, permainan video pendidikan, dan
sebagainya. Peningkatan kemudahan teknologi dalam pendidikan akan dapat memberi kesan
baik kepada pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi dalam kelas pula akan
membolehkan murid fokus kepada refleksi, membuat perbandingan, membuat keputusan, dan
menyelesaikan masalah (NCTM, 2000).

HBMT3203_V2

1.0:

Ringkasan artikel/jurnal.

1.1:

Artikel 1:
Tajuk artikel

Technology in Mathematics Education: Preparing Teachers


for the Future

Penulis

Robert Powers and William Blubaugh


University of Northern Colorado

Sumber

Technology in mathematics education: Preparing teachers


for the future. Contemporary Issues in Technology and
Teacher Education [Online serial], 5(3/4).

Tahun diterbitkan

2005

Pautan

http://www.citejournal.org/articles/v5i3mathematics1.pdf

Ringkasan artikel
Artikel ini membincangkan tentang sejauh mana kesediaan guru-guru pelatih/bakal guru
untuk menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai maklum balas
kepada keperluan yang semakin meningkat terhadap penggunaan teknologi dalam pengajaran
dan pembelajaran, Universiti Colorado Utara telah mewujudkan kursus khas iaitu Kaedah dan
Penggunaan Teknologi dalam pengajaran Matematik Sekolah Menengah. Matlamat utama kursus
ini adalah untuk memberikan pelajar peluang untuk mempelajari sumber teknologi dalam
konteks pengajaran matematik. Sumber-sumber teknologi ini termasuklah penggunaan perisian
komputer dan peralatan ICT. Selain daripada itu, kursus ini juga memberi penekanan kepada
pemilihan dan penggunaan teknologi yang sesuai dalam pengajaran matematik di bilik darjah.
Kursus ini juga memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan mereka terhadap
teknologi dan seterusnya menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

HBMT3203_V2

1.2:

Artikel 2:
Tajuk artikel

Pengayaan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


Matematik.

Penulis

Mohd Nain Bin Muhamad

Sumber

Internet

Tahun diterbitkan

Jun 2011

Pautan

http://titisan-embun.blogspot.com/2011/06/pengayaanteknologi-dalam-pengajaran.html

Ringkasan artikel.
Artikel yang bertajuk pengayaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik, hasil tulisan Mohd. Naim bin Muhamad membincangkan tentang kelebihan
pendidikan matematik berbantukan komputer. Berdaskan kepada kajian-kajian lepas, pengajaran
dan pembelajaran berbantukan komputer bukan sahaja telah meningkatkan peratus kelulusan
murid-murid, malah telah mengubah tanggapan murid-murid terhadap komputer. Kaedah
pengajaran juga telah dipelbagaikan selari dengan perkembangan teknologi komputer.

Artikel ini juga menjelaskan bahawa penggunaan komputer tidak akan merubah peranan
guru sebaliknya guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
mereka khususnya dalam bidang IT ini. Ketrampilan dan keperibadian mereka yang mulia akan
tetap menjadi tunjang dan ikatan utama. Teknologi ini sebenarnya mampu mengurangkan beban
tugas guru dan murid. Para guru haruslah bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu
perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting supaya murid-murid dapat
menggunakan teknologi ini secara optimum dan maksimum. Semua aplikasi tersebut boleh
digunakan selagi sumber maklumat atau sebagai bahan bantu yang diaplikasikan terus dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

HBMT3203_V2

1.3:

Artikel 3:
Tajuk artikel

Pedagogical approaches for ICT integration into primary


school English and mathematics: A Singapore case study.

Penulis

Lee Yong Tay, Siew Khiaw Lim, Cher Ping Lim, Joyce
Hwee Ling Koh

Sumber

Australasian Journal of Educational Technology.

Tahun diterbitkan

2012

Pautan

www.ascilite.org.au/ajet/ajet28/tay.pdf

Ringkasan artikel.
Artikel ini membincangkan tentang kajian kes yang telah dilakukan oleh sekumpulan
penyelidik bagi menguji pendekatan pedagogi dalam pengajaran Bahasa Inggeris dan Matematik
dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sebuah sekolah rendah di
Singapura. Kajian ini dibuat untuk menilai pembelajaran dengan dan pembelajaran melalui ICT
bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Langkah kerja ini juga meneliti kebolehan
murid-murid mencipta kerja-kerja digital dan kolaborasi sesama mereka apabila belajar dengan
dan tanpa ICT.

Berdasarkan kajian semula dokumen dan rancangan pelajaran, temu bual dengan guru,
temu bual dengan kumpulan murid, dan daripada borang soal selidik murid-murid berkaitan
kekerapan penggunaan ICT, penemuan menunjukkan perbezaan dalam pedagogi yang diguna
pakai oleh guru Bahasa Inggeris dan guru Matematik.

HBMT3203_V2

1.4:

Artikel 4:
Tajuk artikel

Why should a teacher use technology in his or her


mathematics classroom?

Penulis
Sumber

:
:

Centre for Technology in Learning.


SRI International.

Tahun diterbitkan

2007

Pautan

htttp://education.ti.com/sites/UK/downloads/pdf/
Research%20Notes%20%20Technology%20in%20Class.p
df

Ringkasan artikel.
Artikel ini membincangkan tentang kepentingan penggunaan teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik. Teknologi yang dimaksudkan tidak terhad kepada
penggunaan ICT sahaja malah melibatkan bahan-bahan manipulatif.

Penggunaan teknologi mempunyai sejarah yang panjang dalam bidang pendidikan


matematik. Kebanyakan masyarakat, sebagai contoh, memperkenalkan aritmetik dengan abakus,
untuk dua sebab. Pertama, sempoa menyokong pengiraan. Kedua, sempoa mewakili satu imej
ketara matematik, yang membantu murid memahami konsep yang sukar.

Sebagai contoh, dalam bilik darjah sekolah rendah, kebanyakan guru menggunakan
manipulatif konkrit, seperti Geoboards (membolehkan kanak-kanak untuk membuat rajah
geometri dengan meregangkan band getah lebih grid kuku) atau Dienes Blok (menyediakan
kanak-kanak dengan model fizikal sistem tempat-nilai di mana "473" bermakna empat ratus,
tujuh puluhan dan 3 orang). Di sekolah menengah, penyelidik telah mendapati bahawa alat yang
lebih maju dan canggih telah digunakan untuk membantu pelajar belajar.

Para penyelidik telah mendapati bahawa ICT boleh menyokong pembelajaran bersepadu
apabila sesuai dengan teknik pengajaran, kurikulum, dan penilaian (Bermakna & Haertel, 2004).
Oleh itu untuk panduan yang lebih khusus, guru perlu mencari kajian ke atas kegunaan
bersepadu ICT dalam pengajaran matematik.

HBMT3203_V2

2.0:

Cabaran penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik


Sistem pendidikan pada masa kini sangat menggalakkan penggunaan teknologi sebagai

salah satu kaedah yang berkesan dalam menyampaikan isi pelajaran. Walau bagaimanapun,
terdapat pelbagai kekangan dan cabaran yang perlu diatasi untuk membolehkan guru-guru
mencapai objektif dalam menggunakan teknologi dalam sesi pengajaran yang disampaikan.

Dr. David Winnett dari Southern Illinois University di Edwardsville (2011) telah
menggariskan empat cabaran yang dihadapi oleh para guru. Cabaran-cabaran tersebut adalah
seperti berikut;

Kebolehdapatan perkakasan teknologi.

Kesukaran untuk mendapatkan komputer dengan bilangan yang mencukupi untuk setiap
guru.

Adakah komputer/ alat teknologi berkenaan berada dalam kelas atau makmal komputer
itu sendiri.

Capaian internet yang tidak menentu untuk pengajaran dan pembelajaran menggunakan
laman sesawang.

Memerlukan bekalan elektrik yang stabil bagi memastikan kelancaran pengajaran dan
pembelajaran.

Kebolehdapatan juruteknik teknologi:

Kesukaran mendapatkan juruteknik mahir dalam bidang teknologi semasa dalam bilik
darjah/ makmal.

Guru perlu sentiasa biasakan diri untuk menghadapi masalah-masalah alatan teknologi
sebagai tugasan seharian.

Aplikasi perisian:

Memerlukan masa untuk mempelajari dan mengaplikasikan setiap perisian aplikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Risiko untuk diserang virus dalam komputer, internet, dan telefon pintar.

HBMT3203_V2

Masa untuk mengaplikasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran:

Walaupun dengan kelengkapan dan kemahiran alat teknologi, ia masih lagi memerlukan
masa untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Selain daripada cabaran-cabaran yang telah disenaraikan di atas, terdapat beberapa


cabaran lain yang perlu diambil kira kerana ianya juga sangat mempengaruhi keberkesanan
penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Perancangan Pengajaran Guru Menjadi Terhad


Sesetengah guru yang mengajar menggunakan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran akan berasa ketidakjelasan dalam mencapai objektif kerana kurang perancangan
dalam merancang aktiviti-aktiviti yang berbantu teknologi. Ini akan mendatangkan masalah dan
rasa bimbang kepada murid untuk menerima sesuatu pembelajaran tersebut (Jone, kirkup &
kirkwood 1993).

Dalam hal ini, guru-guru memerlukan sukatan pelajaran yang munasabah serta memiliki
perancangan yang baik. Apabila guru kurang atau lemah perancangan, maka pelaksanaan
penggunaan teknologi dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran terutamanya matematik
rendah akan tergendala. Justeru, guru-guru memerlukan sukatan pelajaran yang munasabah serta
perancangan yang baik supaya objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan dalam
rancangan mengajar tercapai.

Pengetahuan dan Kepakaran Agak Terhad


Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran seperti kajian Suwarnee
(2006), mendapati bahawa secara umumnya guru-guru mempunyai pengetahuan dan kepakaran
di tahap yang sederhana. Dalam hal ini, ada sesetengah guru tidak menguasai kemahiran dalam
penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik termasuklah dalam
penggunaan sesuatu aplikasi dan sebagainya. Hal ini banyak berlaku pada guru yang sudah
mengajar matematik lebih daripada 10 tahun dan ke atas (Zamri & Mohamed Amin, 2008).
Pengetahuan dan kepakaran yang terhad ini membataskan guru-guru matematik khasnya untuk
menggunakan teknologi dalam pengajarannya. Menurut Mohd Sarif (1998), pengetahuan dan

HBMT3203_V2

kepakaran yang terhad menyebabkan guru tidak mahu menggunakan TMK sebagai sebahagian
daripada bahan bantu pengajarannya.

Nilai Murni dan Moral Masyarakat


Maklumat yang terdapat di dalam teknologi pengajaran dan pembelajaran matematik
khasnya terlalu banyak dan tidak terbatas bidang ilmunya. Ia mencakupi semua aspek kehidupan
manusia sehingga kepada perbincangan yang dibincangkan khususnya untuk pendidikan. Internet
misalnya merupakan jaringan TMK yang paling popular untuk tujuan pendidikan. Namun
demikian, tidak semua bahan-bahan yang terdapat di dalam Internet sesuai untuk proses
pendidikan khasnya untuk pengajaran dan pembelajaran matematik. Ini kerana murid-murid
mungkin akan menyalahgunakan Internet dan terdedah kepada unsur-unsur negatif yang boleh
menjejaskan nilai moral murid.

Jurang Digital dan Penerimaan Masyarakat


Masyarakat luar pedalaman terutamanya kurang memberikan sambutan kerana mereka
tiada pengetahuan tentang peranan teknologi dalam kehidupan seharian mereka termasuklah di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran anak-anak mereka. Selain daripada itu, mereka tiada
berkemampuan untuk membeli atau memiliki kemudahan seperti komputer atau melanggan
Internet. Tambahan pula, perkara tersebut tiada hubungkait dengan kehidupan seharian mereka.
berbeza dengan masyarakat di bandar yang lebih terdedah dengan komputer dan internet (Zamri
Mahamod & Mohamed Amin Embi, 2008). Perkara ini dilihat sedikit sebanyak memberi kesan
kepada pelajar bandar dan luar bandar.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran matematik, sudah tentu penerimaan


masyarakat terutamanya murid-murid di kalangan sekolah rendah yang berada di kawasan luar
bandar akan menjadi titik tolak keberkesanaan dan kejayaan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan teknologi dalam pendidikan masa kini. Sebagai contoh, muridmurid luar bandar sudah tentu mengalami kesukaran untuk belajar Matematik di rumah kerana
ketiadaan komputer, telefon pintar, Internet dan faktor sosioekonomi ibu bapa. Justeru itu, sudah
tentu segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi semasa di rumah tidak
dapat dijalankan dengan jaya atau berkesan.

HBMT3203_V2

3.0:

Penggunaan aplikasi Powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik


Tahun 5

Mata Pelajaran

: Matematik

Kelas

: Tahun 5

Tarikh

: 15 September 2014 (Isnin)

Masa

: 9.20 a.m 10.20 a.m (60 minit)

Tajuk

: Bentuk dan ruang

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-muird dapat:


1. Mengetahui bentuk 2 dimensi.
Bahan bantu mengajar: 1. Bahan pengajaran Power Point
2. Pen marker
3. LCD Projektor
4. Laptop untuk kegunaan guru
5. 5 buah komputer meja/desktop yang mempunyai sampungan pencetak

Fasa
1. Persediaan (Set
induksi)

Cadangan Aktiviti
Guru menggunakan perisian
persembahan Power Point
untuk menayangkan slaid
bergambar beberapa bentuk
berikut;

Guru meminta murid-murid


menceritakan gambar slaid
yang ditunjukkan.

10

Catatan
Alatan ICT LCD projektor,
laptop, dan perisian
persembahan Power Point.
Gambar sebuah robot yang
dihasilkan daripada gabungan
beberapa bentuk 2 dimensi.

HBMT3203_V2

2. Imaginasi
(Penjanaan
idea)

Guru menunjukkan slaid kedua


kepada murid-murid.

Guru meminta murid mengenal


pasti bentuk-bentuk yang
ditunjukkan pada slaid.

Guru meminta murid


menyenaraikan barangan yang
mempunyai bentuk seperti yang
ditunjukkan.

Oval
Segi tiga
Segi empat sama
Bulatan

Bingkai cermin oval


Wang kertas segi empat
tepat
Setem segi tiga
Bingkai gambar segi empat
sama

3. Perkembangan

Aktiviti berkumpulan:
i. Murid dibahagikan kepada
lima kumpulan.
ii. Setiap kumpulan mempunyai
3 orang ahli.
iii. Setiap kumpulan melantik
ketua.
iv. Setiap kumpulan diberikan
sebuah laptop untuk
melaksanakan aktiviti
11

Guru perlu memantau aktiviti


setiap kumpulan.
Guru membimbing murid
menggunakan pencetak untuk
mencetak hasil kerja
kumpulan masing-masing.

HBMT3203_V2

berkumpulan.
v. Guru memberi kebebasan
kepada murid untuk
menghasilkan lukisan dengan
menggunakan gabungan
beberapa bentuk 2 dimensi.
Murid-murid perlu
menyiapkan lukisan tersebut
dengan menggunakan perisan
microsoft word.
vi. Guru menegaskan agar
lukisan tersebut disiapkan
pada masa yang telah
ditetapkan.

vii. Setiap kumpulan dikehendaki


mencetak hasil kerja masingmasing dengan bantuan guru.
viii. Ketua kumpulan akan
menerangkan hasil kerja
kumpulan mereka di hadapan
kelas.
4. Penutup

Guru mengemukakan beberapa


soalan lisan yang berkaitan
dengan isi pelajaran kepada
murid-murid secara rawak.
Guru membimbing murid
membuat rumusan tentang isi
pelajaran.
Guru memuji kesungguhan dan
semangat bekerjasama muridmurid sepanjang pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
Bagi murid-murid yang
mempunyai capaian internet di
rumah, guru mencadangkan
laman web berikut sebagai
12

Guru mempamerkan hasil


kerja murid-murid pada sudut
matematik.

HBMT3203_V2

latihan pengukuhan.
http://www.sheppardsoftware.c
om/preschool/ngames/shapes.ht
m

Aktiviti pengajaran yang dilaksanakan melibatkan penggunaan beberapa alatan ICT


seperti laptop, projektor LCD, komputer meja, pencetak dan perisian seperti microsoft
powerpoint dan microsoft word. Murid-muird bukan sahaja didedahkan dengan penggunaan
peralatan (komputer dan pencetak) tetapi juga penggunaan perisian komputer. Selain daripada
itu, murid-murid juga digalakkan mencuba beberapa aktiviti pembelajaran yang terdapat pada
laman-laman web yang berkaitan dengan isi pelajaran sebagai latihan pengukuhan.

4.0:

Kelebihan dan kekurangan penggunaan aplikasi yang telah dipilih.

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan power point sememangnya menarik, bukan


sahaja kepada murid-murid tetapi juga kepada guru. Antara kelebihan penggunaan perisian
power point dalam pengajaran adalah seperti berikut;

1. Mempunyai ciri media seperti animasi, visual,audio, dan grafik yang dapat menarik minat
murid-murid secara spontan.
2. Boleh digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran untuk kumpulan besar
seperti kelas, kumpulan kecil seperti perbincangan kumpulan dan individu iaitu melalui
pembelajaran individu.
3. Penggunaan power point juga membolehkan pengguna membuat pindaan, tambahan atau
membina slaid baru semasa persembahan dijalankan.
4. Perisian power point boleh dipelbagaikan dan sebagai alat untuk menghasilkan perisian
pembelajaran interaktif seperti mana perisian-perisian yang dijual di kedai. Cuma perlu
sedikit masa untuk dipelajari oleh guru. Tambahan pula, perisian ini mampu menjimatkan
kos dan boleh dilakukan oleh guru sendiri ketika di rumah atau sekolah.
13

HBMT3203_V2

Walaupun bahan pengajaran berasaskan ICT memberi pelbagai kelebihan dan


kemudahan kepada proses pembelajaran dalam kelas, namun ianya juga mempunyai pelbagai
kelemahan Penggunaan perisian power point juga tidak terkecuali daripada kelemahannya.
Antara kelemahan penggunaan perisian power point adalah;

1. Oleh kerana bahan berasaskan ICT memerlukan peralatan elektronik seperti komputer,
projektor dan monitor, kebarangkalian untuk peralatan tersebut rosak, gagal berfungsi
adalah tinggi. Ia boleh menjejaskan kelancaran pengajaran guru dan kegagalan untuk
mencapai objektif pembelajaran.
2. Kepelbagaian latar belakang murid juga memberi kesan kepada penggunaan ICT dalam
bilik darjah. Tidak semua murid mempunyai asas komputer yang baik. Bagi murid yang
lahir daripada kalangan keluarga kurang berkemampuan, luar bandar dan pedalaman,
komputer merupakan sesuatu yang asing. Justeru, adalah sukar untuk murid sebegini
mempelajari sesuatu menggunakan bahan berasaskan ICT. Dikhuatiri mereka akan
ketinggalan dan tidak mampu mempelajarinya berbanding rakan mereka yang lain.
3. Kebanyakan bahan pengajaran berasaskan ICT mempunyai unsur permainan, hiburan dan
multimedia. Pada awalnya ia dibuat untuk meransang minat murid. Tetapi, murid pada
peringkat umur kanak-kanak biasanya mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi.
Mereka akan mudah leka dan ketagih dengan unsur permainan tersebut sehingga
menjejaskan pembelajaran mereka.
4. Bahan pengajaran berasaskan ICT kurang memberi pengalaman sebenar kepada murid.
Hal ini kerana kebanyakan bahan berasaskan ICT hanyalah sebagai simulasi, contoh dan
gambaran, bukannya keadaan sebenar di dunia realiti. ICT mungkin tidak mampu
memberi kesan pembelajaran seperti mana pembelajaran di luar bilik darjah yang lebih
berkesan dalam membina pengetahuan berasaskan pengalaman sebenar.

14

HBMT3203_V2

Penutup
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik tidak bermakna ia
telah mengambil alih tugas dan peranan seseorang guru sehingga penafsiran perguruan sebagai
tidak relevan lagi. Ia juga bukan sekadar alat untuk membantu guru matematik untuk mengajar
sepertimana yang biasa dilakukan setakat ini. Teknologi akan diintegrasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran apabila ia digunakan dengan melibatkan murid-murid belajar secara bernas
dan bukan hanya semata-mata murid dan guru menggunakan teknologi.

Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya teknologi
seperti internet khususnya dapat digunakan dengan lebih berkesan dengan pendekatan
pengajaran pembelajaran yang berlainan daripada apa yang diamalkan secara tradisional hari ini.
Pengintegrasian teknologi akan lebih berkesan apabila pembelajaran lebih berpusatkan kepada
murid seperti persekitaran pembelajaran yang aktif, konstruktif, kolaboratif, bermatlamat,
berwacana, berkonteks dan refelektif. Jesteru guru dan pentadbir sekolah haruslah memahami
halangan-halangan yang mungkin dihadapi dalam pengintegrasian teknologi ini. Mereka
haruslah bersedia untuk menangani perubahan yang bakal timbul daripada pengintegrasian ini
seperti halangan masa, latihan guru, sumber dan sokongan.

Oleh itu guru perlu menyesuaikan diri kepada alat teknologi pengajaran yang baru seperti
komputer dan internet ini. Guru juga perlu mengubah keadah mengajar yang diamalkan sebelum
ini untuk disesuaikan dengan teknologi yang digunakan. Maka guru-guru perlu mengambil kira
perkara-perkara ini dalam usaha mengintegrasikan teknologi ini agar lebih berkesan seperti tidak
terlalu berfokus kepada teknologi dan kurang kepada matematik, tidak menggunakan teknologi
secara eksklusif, tidak menggunakan teknologi untuk melakukan lebih daripada yang diminta
dalam matematik, tidak terlalu bergantung kepada sejenis teknologi sahaja dan teknologi tidak
digunakan untuk stresming.

Jelasnya, teknologi ini tidak akan merubah peranan guru sebaliknya guru akan sentiasa
berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang IT
ini. Ketrampilan dan keperibadian mereka yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikatan
utama. Teknologi ini sebenarnya mampu mengurangkan beban tugas guru dan murid. Para guru
haruslah bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu perancangan aktiviti yang
15

HBMT3203_V2

kemas dan teratur amatlah penting supaya murid-murid dapat menggunakan teknologi ini secara
optimum dan maksimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan selagi sumber maklumat atau
sebagai bahan bantu yang diaplikasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

16

HBMT3203_V2

Rujukan.

Centre for Technology in Learning (2007). Why should a teacher use technology in his or her
mathematics classroom? SRI International. Dicapai pada 8 November 2014 daripada
htttp://education.ti.com/sites/UK/downloads/pdf/Research%20Notes%20%20Technology
%20in%20Class.pdf

Lee Yong Tay, Siew Khiaw Lim, Cher Ping Lim, Joyce Hwee Ling Koh (2012). Pedagogical
approaches for ICT integration into primary school English and mathematics: A
Singapore case study. Australasian Journal of Educational Technology. Dicapai pada 10
November 2014 daripada www.ascilite.org.au/ajet/ajet28/tay.pdf

Mohd Nain Bin Muhamad (2011). Pengayaan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Matematik.

Dicapai

pada

15

November

2014

daripada

http://titisan-

embun.blogspot.com/2011/06/pengayaan-teknologi-dalam-pengajaran.html

Ngin Wei Haw (2012). Keberkesanan penggunaan power point terhadap penguasaan konsep
sains bagi Tahun 5. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari
2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.61-70. Dicapai pada 15
November 2014 daripada http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/
2012/SN/7.% 20%20NGIN%20WEI%20HAW.pdf

Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah binti Kassim@Aziz. ( ). Penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran Matematik di kalangan guru-guru pelatih UTM . Dicapai
pada 15 November 2014 daripada http://eprints.utm.my/10133/1/Noraziah_binti_Kassim
@Aziz.pdf

Robert Powers, William Blubaugh (2005). Technology in Mathematics Education: Preparing


Teachers for the Future. University of Northern Colorado. Dicapai pada 15 November
2014 daripada http://www.citejournal.org/articles/v5i3mathematics1.pdf

17

You might also like