You are on page 1of 1

Ruj.

Kami : SKDTHO/05/03/001
Tarikh : 28 Oktober 2014
Kepada:
___________________________
___________________________
___________________________

Tuan/Puan,
MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA MAJLIS SECANGKIR KASIH SEKALUNG BUDI
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pengawas SK Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn
akan mengadakan Majlis Secangkir Kasih Sekalung Budi. Tujuan majlis ini diadakan adalah
untuk menghargai segala jasa bakti yang telah dicurahkan oleh Pengawas SKDTHO sepanjang
tahun terutamanya pengawas-pengawas yang berada di tahun 6 yang akan mengakhiri tugas
mereka tahun ini.
3.
Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan/puan
bagi merealisasikan objektif majlis ini. Butiran mengenai majlis tersebut adalah seperti yang
berikut :
Tarikh
:
22 November 2014
Masa
:
8.00 malam
Tempat
:
Kelab Darul Ehsan, Ampang.
4.
Oleh yang demikian, besarlah harapan kami agar pihak tuan/puan dapat memberi
seberapa sumbangan. Segala kerjasama yang pihak tuan/puan berikan kami dahulukan dengan
ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

( ROOSLAN BIN AHMAD AMW )


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn,
Kuala Lumpur.

You might also like