You are on page 1of 20

UCAP UTAMA

Y. BHG. DATO NOOR REZAN BINTI BAPOO HASHIM


TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PADA

KOLOKIUM KEBANGSAAN
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL
2008

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera


Terima kasih saudara Pengacara Majlis,
Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan, dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

1)

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan

kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul di majlis yang gilang gemilang ini.
Justeru, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga
Institut Aminuddin Baki di atas kesungguhan menjayakan majlis pada hari ini.
Terima kasih juga pada pihak IAB kerana memberikan penghormatan kepada
saya untuk menyampaikan ucap utama dan melakukan perasmian pembukaan
Kolokium Kebangsaan Instruksional pada pagi ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

2)

Tema Kolokium Kebangsaan pada kali ini ialah Sekolah Kluster

Pemangkin Kepimpinan Instruksional. Tema yang dipilih pada kali ini sangat
sesuai dalam kita membincangkan tentang meningkatkan kecemerlangan
pendidikan serta membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia.
Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu
untuk

mengembangkan

sepenuhnya

potensi

sekolah

dalam

kluster

kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6,


Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan
bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara adalah
bertujuan untuk peningkatan kualiti pendidikan dan ia berasaskan lokaliti ataupun
kecemerlangan.

3)

Sebelum membincangkan tentang sekolah kluster dan kepimpinan

instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster.


Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti
cemerlang

dalam

klusternya

daripada

aspek

pengurusan

sekolah

dan

kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan untuk melonjakkan


kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun
sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah
lain di luar klusternya. Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada
proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian
autonomi terpimpin. Selaras dengan prinsip asas sekolah kluster ialah
mengelakkan elitism dengan semua pihak akan berada dalam padang
permainan yang sama. Kluster, ialah sebuah sekolah terbaik daripada setiap
2

kategori sekolah, yang dipilih dan diberi kuasa autonomi, walaupun sekolah itu
dalam kategori pendidikan khas, pedalaman atau sekolah Orang Asli. Kedudukan
sekolah kluster dalam hierarki sekolah sebagai terbaik dalam kalangan yang
terbaik. Pewujudan sekolah kluster ini sesuai dengan pendekatan kedua Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk mengembangkan sepenuhnya
potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan sehingga membolehkan guru dan
pelajar mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia sejajar
usaha memantapkan pengurusan sekolah kluster, Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah mengorak langkah dengan memperkemaskan elemen
kepimpinan dan pengurusan dalam kalangan pemimpin sekolah kluster bagi
memastikan mereka mampu mentadbir dengan baik dan berkesan.

Tuan-tuan dan puan-puan

4)

Pengwujudan sekolah kluster dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan

instruksional. Persoalannya bagaimanakah sekolah kluster dapat menjadi


pemangkin kepada kepimpinan instruksional? Sebelum saya menjelaskan
hubungkait antara sekolah kluster dengan kepimpinan instruksional adalah lebih
baik konsep kepimpinan instruksional diperhalusi dan dijelaskan hubungannya
dengan sekolah berkesan. Kajian mengenai kepimpinan instruksional hanya
bermula pada awal 1980an apabila penyelidikan berkaitan dengan sekolah
berkesan dan penambahbaikan sekolah (school improvement) telah mengenal
pasti

kepimpinan

pengetua/guru

besar

merupakan

faktor

utama

dalam

memastikan kejayaan akademik sesebuah sekolah (Edmonds, 1982; Leithwood &


Montgomery, 1982, Purkey & Smith, 1983). Kajian yang bermula di sekolahsekolah pinggir bandar yang berpencapaian rendah di Amerika merebak dengan

pantas ke seluruh dunia berkaitan dengan sekolah berkesan. Di Malaysia kajian


sekolah berkesan dan kepimpinan instruksional berlangsung di sekitar lewat
1980an (Abdul Karim, 1989, 1993; Ahmad Tajuddin, 1989)

5)

Konstruk kepimpinan instruksional adalah warisan daripada ribuan kajian

yang dibuat berkaitan dengan sekolah berkesan yang bermula sekitar awal
1980an. Lantaran daripada kajian-kajian tersebut maka timbullah konsep
kepimpinan instruksional yang dikatakan mempunyai hubungan langsung dengan
sekolah berkesan. Untuk itu, pemimpin instruksional sudah pastilah berupaya
menjadikan sesebuah sekolah itu berkesan. Kajian-kajian yang dilakukan di Barat
memberi konsep sekolah berkesan sebagai sekolah yang meningkatkan
pencapaian akademiknya secara keseluruhan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

6).

Walau apapun pengertian dan kriteria yang dicanangkan di barat, kita perlu

ingat bahawa kita ada acuan yang tersendiri untuk mengukur konsep sekolah
berkesan. Pada hemat saya Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah
menjelaskan secara terperinci fokus pembangunan pendidikan di negara kita. Apa
yang dijelaskan dalam FPK adalah salah satu daripada komponen penting yang
mendasari konsep sekolah berkesan. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dijelaskan bahawa:

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah


LEBIH MEMPERKEMBANGKAN potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk MELAHIRKAN insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah BERTUJUAN UNTUK melahirkan
WARGA NEGARA Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
KELUARGA, masyarakat dan negara.

7)

Dalam usaha menterjemahkan FPK ini, sistem pendidikan yang kita

bangunkan akan memberi fokus untuk melahirkan generasi yang seimbang


perkembangannya

dari

segi

intelek,

rohani,

emosi

dan

jasmani,

mempunyai disiplin diri yang tinggi, berketerampilan, patriotik, tidak


bersikap individualistik sebaliknya mempunyai semangat kerja berpasukan
serta

mampu

memainkan

peranan

dalam

memajukan

keluarga,

masyarakat dan negara. Dalam lain perkataan, pembangunan pendidikan


di negara kita sebenarnya memberi fokus terhadap pembangunan modal
insan iaitu satu komponen yang sangat penting dalam pembangunan
masyarakat dan negara. Inilah fokus kita, membangunkan murid agar
menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara.

8)

Hala tuju pembangunan pendidikan kita yang memberi fokus

terhadap pembangunan modal insan mendapat sokongan padu daripada


kerajaan.

Dalam

RMK-9,

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

telah

diperuntukkan dana sebanyak RM23.198 billion iaitu peruntukan kedua


tertinggi selepas Jabatan Perdana Menteri. Sokongan dan peruntukan
yang dihulurkan oleh kerajaan diharapkan dapat membantu Kementerian
Pelajaran Malaysia amnya dan kita warga pendidik khasnya dalam usaha
5

mencapai matlamat sekolah berkesan menurut acuan kita sendiri iaitu


menjadikan pembangunan insan sebagai modal pertama dan utama dalam
membangunkan masyarakat dan negara.

9)

Walau bagaimanapun, kita sedar bahawa dalam usaha kita

membangunkan sistem pendidikan supaya menjadi lebih mantap, kita


sebenarnya

terpaksa

tanggungjawab kita.

berhadapan

dengan

isu-isu

yang

mencabar

Saban hari kita dikejutkan dengan isu-isu yang

memaparkan tentang kelemahan kita. Bermula dengan isu pemimpin


sekolah yang rendah moralnya, guru-guru pula sering dilaporkan tidak
mesra murid, dan murid pula dilaporkan ponteng kelas dan sekolah.
Ditambah lagi dengan isu-isu seperti buli, gansterisme, drop-out, murid
tidak menguasai kemahiran 3M dan pelbagai lagi isu yang berkaitan
dengan kita dan sistem pendidikan yang kita bangunkan.

10)

Isu-isu ini sekiranya tidak diselesaikan akan terus memaparkan

kelemahan kita dan sistem pendidikan yang kita bangunkan. Oleh itu,
selaku pemimpin barisan hadapan tuan-tuan dan puan-puan mempunyai
peranan amat besar bagi memastikan gejala ini tidak terus menghantui
kita. Pemimpin instruksional yang perkasa diyakini dapat mengurangkan
gejala ini kalau pun tidak boleh menghapuskannya sama sekali. Dalam
konteks ini ramai tokoh pendidik menganjurkan agar pemimpin pendidikan
memahami dan mengaplikasi konsep kepimpinan instruksional dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab di sekolah (Hallinger, 2003, 2005;
Mortimore, et al., 1995; Southworth, 2002). Ciri-ciri dalam kepimpinan
instruksional dilihat sebagai salah satu jalan bagi mengatasi isu-isu yang
disebutkan di atas daripada terus berulang dalam dunia pendidikan kita.

11)

Kepimpinan instruksional mampu mempengaruhi pendekatan guru

mengajar

yang

mana

seterusnya

berkait

langsung

dengan

pembelajaran murid, serta peningkatan potensi murid tersebut.

hasil
Sudah

semestinya cara pemimpin sekolah bertindak bergantung kepada analisis


persekitaran sekolah. Oleh itu, pemimpin instruksional sepatutnya
6

memahami masalah yang dihadapi oleh guru dan murid sekolahnya.


Pemimpin

instruksional

menyediakan

inovasi

yang

perksasa

kurikulum

dan

sentiasa

berusaha

memperkembangkan

untuk
proses

pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan menjayakan matlamat


sekolah.

12)

Kejayaan sesebuah sekolah amat bergantung kepada keupayaan

pemimpin sekolah tersebut bermula daripada pemimpin peringkat tinggi


hingga kepada pemimpin peringkat rendah. Inilah perubahan yang berlaku
di dalam kepimpinan instruksional masa kini iaitu berfokuskan kepada
perkongsian kepimpinan instruksional atau shared instructional leadership.
Oleh itu kejayaan sekolah bergantung kepada sejauh mana usaha dan
komitmen yang diberi oleh setiap peringkat pemimpin sekolah di dalam
menyelaras dan menyokong setiap aktiviti instruksional supaya berlaku
kesinambungan di antara satu peringkat ke peringkat yang lain.
Pemantauan dan kawalan perlu dilaksanakan secara berterusan supaya
penambahbaikan dapat dilakukan.

13)

Ramai

pengkaji

dalam

bidang

kepimpinan

instruksional

menggunakan kerangka yang dikemukakan oleh Hallinger dan Murphy


(1985) dan Hallinger (1990) sebagai panduan. Aspek-aspek yang amat
diberi penekanan ialah pendefinisian misi sekolah, mengurus program
instruksional dan pembangunan budaya pembelajaran sekolah yang
positif. Institut Aminuddin Baki juga telah cuba membantu pihak sekolah
dengan memberi tumpuan latihan kepada aspek-aspek tersebut dengan
memperincikan lagi setiap aspek itu.

Antara perkara yang diperincikan

ialah penetapan matlamat sekolah, memantau keupayaan guru mengajar


dan murid belajar, menyelia dan menilai program instruksional, mengawal
masa, menggalakkan perkembangan profesional, sentiasa kelihatan, dan
memberi ganjaran kepada guru dan murid.

14)

Sejak kebelakangan ini, pihak sekolah sentiasa diberi tugas-tugas

yang pelbagai untuk dilaksanakan. Pihak sekolah sering dipanggil untuk


menghadiri mesyuarat, kursus dan sebagainya dari semasa ke semasa.
7

Perkara yang amat membimbangkan ialah apabila pemimpin sekolah


seringkali terpaksa menghilangkan diri daripada sekolah.

Sekiranya

keadaan ini berterusan untuk jangkamasa yang panjang, perjalanan aktiviti


instruksional

amat

sukar

dikawal

dan

perhatian

serta

komitmen

sepenuhnya tidak dapat diberi. Situasi ini bertambah serius sekiranya


warga sekolah terdiri daripada guru-guru baru atau kurang mahir. Proses
pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan dengan baik. Oleh itu,
pemimpin sekolah haruslah bijak menangani situasi seumpama ini. Dalam
hal-hal tertentu, konsep-konsep seperti empowerment, shared leadership,
atau distributed leadership harus diaplikasikan. Pemimpin sekolah perlulah
sentiasa kelihatan berada di sekolah, ibarat ibu yang memelihara dan
melindungi anaknya dengan baik.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

15)

Pemimpin instruksional yang sentiasa memberi fokus kepada aspek-aspek

merancang, mengelola, mengawal, menyelia dan membangunkan kurikulum serta


pengajaran dan pembelajaran di sekolah secara teliti dan perinci. Justeru itu,
pemimpin instruksional yang akan sentiasa mengorientasikan pemikiran semua
warga sekolah kepada pencapaian matlamat iaitu ke arah peningkatan
pencapaian akademik murid. Mereka mempunyai misi yang lebih terperinci
dengan memberi penekanan kepada pencapaian akademik. Ini dilakukan dengan
meletakkan harapan dan standard yang tinggi untuk guru dan murid. Peranan ini
selaras dengan usaha-usaha melahirkan sekolah yang berkesan seperti yang
ditekankan

Mortimore, et al., (1995). Adalah diharapkan dengan adanya

pemberian autonomi, sekolah kluster akan meningkatkan keupayaan pemimpinpemimpin instruksional untuk membantu meningkatkan lagi kecemerlangan
sekolah.

16)

Salah satu dimensi utama dalam kepimpinan instruksional (Hallinger, 1985,

2000) ialah pendefinisian misi sekolah. Dalam dimensi ini dua fungsi utama
pemimpin instruksional ialah membentuk matlamat sekolah dan menyebarkan
matlamat ini kepada semua warga sekolah. Dalam konteks Malaysia yang
mengamalkan sistem pendidikan berpusat, matlamat sekolah yang dibina perlulah
8

berdasarkan mandat yang diterima melalui Akta Pendidikan 1996. Mandat ini
menekankan fungsi teras (core business) sekolah dalam menjayakan kurikulum
kebangsaan disamping aktiviti-aktiviti kokurikulum yang menyokong kurikulum.

17)

Dalam melaksanakan fungsi ini, pemimpin instruksional yang perkasa perlu

memastikan semua staf mempunyai matlamat yang jelas dan boleh diukur.
Semua warga sekolah perlu memberi tumpuan kepada peningkatan akademik
murid. Selalunya matlamat yang dibina oleh pemimpin instruksional yang perkasa
adalah mencabar, boleh dicapai dan boleh diukur. Demi mengukur matlamat,
piawai atau standard tertentu perlu dibentuk supaya dapat mengesan prestasi.
Piawai yang boleh diukur ini adalah petunjuk-petunjuk prestasi utama (key
performance indicators) pencapaian kurikulum sekolah. Antaranya ialah Gred
Purata Murid, Gred Purata Mata Pelajaran, Gred Purata Sekolah atau peratus
kelulusan murid. Berdasarkan piawai ini, pemimpin sekolah perlu membentuk
objektif. Pembinaan objektif pula perlu mengambil kira pencapaian asas atau
Take-Off-Value dan sasaran yang ingin dicapai atau Expected Target Result,
serta tempoh untuk mencapai objektif.

18)

Pemimpin instruksional yang perkasa mampu mempengaruhi kualiti

pencapaian akademik sekolah dengan menyelaraskan misi sekolah dengan


struktur sekolah seperti standard akademik, masa pembelajaran dan kurikulum.
Dalam penjanaan misi sekolah yang bermakna, pemimpin instruksional yang
perkasa akan mengambil kira konteks sekolah seperti status sosio-ekonomi
murid, saiz sekolah, dan komuniti setempat.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

19)

Keberkesanan sekolah berkait rapat dengan penyeliaan perkembangan

guru (Hallinger, 2005). Perkembangan guru dan penyeliaan adalah saling


berhubungan antara satu sama lain. Pemimpin instruksional yang perkasa
bertanggungjawab menjalankan penyeliaan bagi menambahbaik tugas guru-guru
dan komited kepada pengajaran dan pembelajaran. Apabila kita memperkatakan
tentang penyeliaan pengajaran dan pembelajaran oleh pemimpin sekolah maka
kita tidak dapat lari daripada membuat satu penilaian. Namun begitu terdapat
9

pihak yang memandang konsep penilaian guru oleh pemimpin semasa penyeliaan
dijalankan sebagai satu proses pencapaian kompetensi guru berbanding dengan
piawai yang telah ditetapkan. Oleh itu konsep penilaian perlu diperluaskan kepada
perkara-perkara yang melibatkan aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam bilik darjah
dan mengenal pasti hasil pembelajaran yang tercapai. Dengan kata lain, fokus
terhadap penilaian kurang menumpukan pengukuran tetapi sebaliknya lebih
kepada penjelasan mengenai aktiviti-aktiviti pembelajaran dan juga mengenal
pasti kepentingan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini kepada murid
yang mempunyai tahap yang berbeza.

20)

Penyeliaan merupakan satu kaedah untuk membantu guru berkembang

dan membentuk seorang individu menjadi profesional. Tujuan penyeliaan boleh


diklasifikasikan kepada tiga kategori utama iaitu:

i. Kawalan

kualiti.

Pemimpin

instruksional

yang

perkasa

bertanggungjawab untuk memantau pengajaran dan pembelajaran di


sekolah dengan melawat bilik-bilik darjah, melakukan rondaan di
kawasan sekolah, berbincang dengan staf dan melawat dan berbincang
dengan murid sekerap yang mungkin.
ii. Perkembangan profesional. Pemimpin instruksional yang perkasa
bertanggungjawab untuk membantu guru berkembang dan membina
kefahaman

mengenai

pengajaran

dan

budaya

bilik

darjah,

menambahbaik kemahiran pengajaran serta memperkembangkan ilmu.


iii. Motivasi guru. Pemimpin instruksional yang perkasa bertanggungjawab
untuk membentuk dan menyemai motivasi dan komitmen guru kepada
pengajaran dan matlamat sekolah.

21)

Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran bukan hanya boleh dijalankan

oleh pemimpin sekolah tetapi juga guru-guru sendiri dalam bentuk kumpulan.
Peranan pemimpin instruksional yang perkasa adalah untuk memastikan
penyeliaan berjalan, sumber-sumber diagihkan bagi membolehkan program
dijalankan, dan segala aktiviti yang membolehkan guru bekerja sesama mereka
dengan efektif. Secara keseluruhannya bagi membantu, membimbing dan

10

menyokong pengajaran dan pembelajaran guru, pemimpin instruksional yang


perkasa harus membuat penyeliaan dari semasa ke semasa.

22)

Keberkesanan sekolah juga dikaitkan dengan pemimpin instruksional yang

sentiasa membuat penilaian terhadap peningkatan murid. Ini dapat dibuktikan


melalui Teori Lima Faktor Edmonds (1979) yang menyatakan asas kepada
kejayaan sekolah ialah kepimpinan pendidikan yang teguh, penekanan kepada
kemahiran yang asas, persekitaran yang teratur dan selamat, jangkaan terhadap
murid dan penilaian yang kerap terhadap peningkatan murid. Pemimpin
instruksional yang perkasa dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh
murid dengan lebih tepat dengan membuat pemantauan pencapaian murid secara
konsisten. Melalui pengumpulan data-data pencapaian murid, pemimpin dapat
menganalisis tahap pencapaian murid seterusnya dapat menyediakan strategi
peningkatan mengikut kumpulan sasaran tahap murid.

23)

Kejayaan dan keberkesanan sesebuah sekolah itu juga sangat bergantung

kepada sejauh mana pihak sekolah berupaya mengurus kurikulum yang telah
ditetapkan Kementerian dengan cekap. Pemimpin instruksional yang perkasa
dapat mengatur strategi yang sesuai; merancang, mengkoordinasi dan melaksana
program-program kurikulum yang dapat meningkatkan prestasi sesebuah sekolah
dari aspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu.
Dalam meta-analisis lebih daripada 88 kajian peringkat kedoktoran di tujuh buah
negara, Hallinger (2003) mendapati kepemimpinan instruksional mempunyai
perkaitan yang signifikan dengan kejayaan sekolah dalam bidang akademik.
Sebaliknya, Ahmad (1989) mendapati ramai pengetua tidak dapat memberi
penekanan dalam bidang ini lantaran daripada tugas-tugas lain yang perlu
tindakan segera. Justeru itu, kecekapan pemimpin sekolah hendaklah melebarkan
lagi keupayaan mereka bagi memastikan kejayaan-kejayaan lain juga boleh
berlaku seiring dengan kejayaan akademik seperti dalam bidang kokurikulum
yang diyakini dapat membentuk jati diri murid-murid.

24)

Adalah penting untuk kepemimpinan di setiap peringkat memahami

sedalam-dalamnya

kehendak

dasar

kurikulum,

berupaya

melaksanakan
11

kehendak dasar kurikulum tersebut, serta berkebolehan pula untuk bertindak


sesuai dengan keperluan masa kini dan cabaran masa hadapan kementerian.
Sesungguhnya cabaran yang dihadapi masa kini amat mencabar bagi
kepemimpinan sekolah dengan perubahan dan pengubahsuaian kurikulum
senantiasa dilakukan oleh Kementerian bagi memastikan ia tetap relevan dengan
kehendak semasa. Oleh itu, pemimpin instruksional yang perkasa hendaklah
sentiasa peka dan bertindak secara proaktif dan kreatif bagi menterjemahkan
dasar-dasar yang telah ditetapkan itu kepada tindakan dan amalan. Pemimpin
instruksional yang perkasa mampu mengurus kurikulum dengan berkesan dan
berupaya mengembangkan potensi dan minat murid ke tahap maksimum. Isu-isu
berkaitan dengan PPSMI, 3M, dan kadar celik huruf yang masih lagi belum
memuaskan memerlukan kepimpinan yang berwibawa bagi memastikan isu-isu
tersebut dapat diselesaikan di peringkat sekolah. Sesungguhnya, kita hanya ada
lebih kurang 12 tahun lagi bagi merealisasikan Wawasan 2020. Masa untuk
berlengah sudah tiada, dan seharusnya para pemimpin pendidikan di setiap
peringkat bergerak secara sederap dan bersinergi, dan pantas bagi memintas
segala jua bentuk halangan dan rintangan.

25)

Antara halangan dan rintangan yang perlu diharungi adalah berpunca

daripada diri pemimpin itu sendiri seperti kekurangan ilmu dan kemahiran,
kelemahan jati diri, dan kepincangan sikap. Oleh itu, semua pemimpin di pelbagai
peringkat hendaklah menyemak dan merefleksi diri sendiri bagi mengenalpasti
kekurangan yang dimiliki. Disamping itu, para pemimpin pendidikan juga
seharusnya mencari jalan bagaimana memperbaiki segala kelemahan yang ada.
Indeks Prestasi Utama (KPI) adalah salah satu kaedah bagi mengesan dan
memperbaiki diri sendiri dan juga organisasi yang dianggotai. Tugas dan
tanggungjawab pemimpin pendidikan amat berat kerana pemimpin pendidikan
bukan sahaja memikul amanah untuk melahirkan insan berilmu dan berakhlak
tinggi, malah turut berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang
akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa hadapan.

26)

Oleh itu, para pemimpin instruksional hendaklah sentiasa berusaha

meningkatkan keintelektualan peribadi dan kemantapan emosi, disamping


menjadi juara (champion) bagi membangun dan mengembangkan potensi semua
12

staf yang dipimpin. Sesungguhnya kuasa pakar dan kuasa rujukan yang dimiliki
pemimpin instruksional menjadi sumber inspirasi kepada staf untuk terus komited
dalam menjalankan tugas masing-masing (Lyons & Murphy, 1994). Pemimpin
pendidikan yang berwibawa dan bijak dapat melahirkan ramai juara dikalangan
staf. Pengiktirafan yang diberikan kepada staf dengan pengagihan kepimpinan ini
mampu

meningkatkan

keterampilan

dan

kompetensi

staf,

sekali

gus

meningkatkan harga diri dan self-esteem mereka.

27)

Bagi membangun sistem pendidikan bertaraf dunia yang bakal melahirkan

generasi yang mampu bersaing di arena global, Kementerian telah menjadikan


pembangunan kepimpinan dan pengurusan pendidikan yang berkesan di semua
peringkat sebagai salah satu daripada fokus utama Perancangan Pembangunan
Pendidikan 2010. Justeru itu, para pemimpin seharusnya berusaha bersungguhsungguh, mencari peluang belajar, berguru dan sebagainya untuk meningkatkan
keterampilan masing-masing. Di zaman langit terbuka ini, peluang untuk
memperkasakan diri sendiri sungguh banyak. Pembelajaran secara maya sudah
pun menjadi trenda (aliran) masa kini. Disamping itu, Kementerian sentiasa
memberi latihan berterusan kepada para pemimpin pendidikan melalui Institut
Aminuddin Baki (IAB).

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

28)

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Institute of Educational Leadership

(2000) bertajuk Leadership for Student Learning - Reinventing Principalship,


seorang pemimpin sekolah memainkan peranan terpenting dalam tanggungjawab
untuk memastikan berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Laporan tersebut merumuskan bahawa:

principals today must serve as leaders for student learning.


They must know academic content and pedagogical
techniques. They must work with teachers to strengthen
skills. They must collect, analyze and use data in ways that
fuel excellence.They must rally students, teachers, parents,
local health and social service agencies, youth development
groups, local businesses, and other community residents and
partners around the common goal of raising student
13

performance. And they must have the leadership skills and


knowledge to exercise the autonomy and authority to pursue
these strategiesThey must do all these things, but too
often, they do not.

29)

Seperti yang disebutkan oleh Mortimore, et al., (1995), penumpuan

terhadap proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu faktor yang
penting untuk keberkesanan sekolah. Sehubungan itu, salah satu aspek yang
perlu diberi penekanan adalah memaksimumkan waktu pengajaran dan
pembelajaran. Kajian-kajian dalam bidang ini mengutarakan supaya semua
kegiatan sekolah dijadualkan dengan rapi supaya tidak mengganggu masa
pengajaran dan pembelajaran. Davis dan Thomas (1989) menyarankan:
Administrators should organize the school calendar to
provide maximum learning time. Student pullouts from regular
classes (eg. early dismissal for games) should be minimized or
eliminated Unassigned time and time spent on non
instructional activities should be minimized.

30)

Justeru, amalan time-on-task (Stallings & Kaskowitz, 1974) dalam proses

pengajaran dan pembelajaran wajar dijadikan budaya oleh setiap guru. Salah satu
kajian awal tentang keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran telah
dijalankan oleh Carroll (1963) yang mengutarakan bahawa pembolehubah yang
paling utama dalam pembelajaran adalah masa. Secara ringkas, Carroll (1963)
merumuskan bahawa masa untuk pembelajaran merangkumi aspek allocated
time iaitu masa yang diperuntukkan untuk sesuatu pembelajaran dan aspek
engaged time iaitu masa yang sebenarnya digunakan untuk pembelajaran. Kajian
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif di antara engaged time
dengan pencapaian murid. Menyedari hakikat ini, pihak sekolah wajar mengambil
langkah-langkah untuk meminimumkan pembaziran masa pengajaran dan
pembelajaran (time-wasters) yang mungkin terhasil akibat perancangan yang
lemah atau ketidakpekaan terhadap perkara ini. Secara am, antara perkaraperkara yang menyumbang kepada pembaziran waktu pembelajaran di sekolah
adalah kelewatan guru masuk kelas, ketidakhadiran guru yang tiada pengganti,
guru-guru dan murid-murid yang tidak hadir dalam kelas kerana penglibatan
14

dalam aktiviti-aktiviti seperti raptai majlis tertentu atau latihan sukan, mesyuarat
yang dikendalikan pada waktu pembelajaran, dan lain-lain lagi. Dalam hal ini,
pemimpin instruksional yang perkasa perlu bijak dan proaktif dalam menyusun
strategi untuk mengatasi masalah ini. Bagi memastikan waktu pengajaran dan
pembelajaran yang maksimum, pihak sekolah mesti membudayakan amalan guru
masuk kelas awal, pengurusan jadual waktu ganti yang rapi dan sistematik
termasuk pemantauan yang rapi. Ada juga sekolah-sekolah yang mengamalkan
penggunaan

modul-modul

pembelajaran

semasa

ketiadaan

guru

agar

pembelajaran masih berlangsung. Ada juga pihak sekolah yang meletakkan dasar
bahawa tiada sebarang mesyuarat atau aktiviti yang dijalankan pada waktu
persekolahan termasuk menjadualkan pelaksanaan latihan kokurikulum di luar
waktu persekolahan contohnya di sebelah petang atau pada hari Sabtu.

31)

Pembelajaran merupakan tugas murid. Perkara asas yang mendorong

pembelajaran murid adalah motivasi. Motivasi mungkin lahir daripada minat


dalaman mereka terhadap aktiviti pembelajaran ataupun datangnya daripada
insentif

luaran

seperti

kata-kata

pujian,

penggredan

dan

lain-lain

lagi.

Penggunaan insentif yang berkesan dapat mendorong murid untuk lebih


bertanggungjawab terhadap segala yang mereka lakukan. Umpamanya, kajian
menunjukkan pencapaian murid lebih tinggi jika guru memeriksa kerja rumah
yang diberikan berbanding dengan murid-murid yang kerja rumahnya tidak
disemak oleh guru (Cooper, et al., 1989). Guru yang mengajar dengan
mengambilkira potensi berlainan murid juga merupakan satu bentuk insentif.
Slavin (1990) mendapati pelaksanaan kaedah belajar sama dalam kumpulankumpulan kecil dapat menjadi insentif kepada murid untuk belajar kerana muridmurid digalakkan untuk bekerjasama bagi menguasai kemahiran tertentu dan ini
menimbulkan keseronokan bagi mereka. Memberi ganjaran kepada murid
berdasarkan peningkatan prestasi juga merupakan insentif yang berkesan
(Natriello, 1987; Slavin,1980). Insentif juga dipengaruhi oleh kualiti pengajaran
dan aras pengajaran yang sesuai. Murid akan lebih cenderung untuk mengikuti
sesuatu pelajaran jika guru dapat mempersembahkannya dengan cara yang
menarik dan mempunyai makna serta dalam kemampuan mereka untuk
mempelajarinya (Balshaw & Farrell, 2002). Good & Brophy (1997) mendapati
guru-guru yang meletakkan pengharapan yang tinggi terhadap pencapaian murid
15

juga merupakan insentif untuk murid, Ini meningkatkan keyakinan diri mereka
melalui kepercayaan self-fulfilling prophecy.

32)

Dalam konteks yang sama, prestasi kerja guru yang berkait rapat dengan

kualiti pengajaran juga bertitik tolak daripada motivasi yang dialaminya. Motivasi
guru berkait rapat dengan kualiti pekerjaan (quality worklife) yakni kepuasan dan
keseronokan bekerja yang terhasil daripada kerja yang bermakna. Biasanya,
persekitaran dan suasana tempat kerja amat mempengaruhi kepuasan kerja
seseorang yang secara sendirinya memberi insentif untuk melakukan pekerjaan.
Sehubungan ini, kepentingan kualiti kerja dalam mengurangkan tekanan dan
burnout perlu dititikberatkan (Cunningham, et al., 1983). Pelbagai kaedah boleh
digunakan oleh pemimpin sekolah dalam usaha memberi insentif kepada guru.
Kajian oleh Leithwood dan Jantzi (2000) menyarankan memberi perhatian secara
individu

kepada

guru-guru

serta

mengiktiraf

potensi

guru-guru

dapat

meningkatkan semangat guru untuk bekerja. Secara terperinci, kajian tersebut


mencadangkan pemimpin sekolah merangsang guru-guru secara intelektual
(stimulate intellectually), memberi sokongan secara individual (individualized
support) serta menjadi model ikutan dalam usaha membina keyakinan guru-guru.
Selain itu, pemimpin juga boleh menggunakan perbincangan dua hala sebagai
kaedah menjana pemikiran guru dalam menyelesaikan masalah yang kompleks.
Kaedah ini juga berkesan dalam memberi teguran kepada guru seperti mana
yang diutarakan oleh (Ryan, 1996; Tushman & OReilly, 1997), Successful
organizations reward success and acknowledge or celebrate failures by creating
opportunities to openly discuss and learn from mistakes. Selain itu, pemimpin juga
dapat

memberi

insentif

untuk

bekerja

kepada

guru

dengan

berusaha

mengurangkan kekangan atau halangan yang wujud di dalam organisasi.


Pemimpin seharusnya berusaha untuk untuk memperbaiki sistem yang didapati
membantut kemajuan organisasi (Avolio & Howell, 1993). Antara usaha-usaha
lain yang boleh dilakukan oleh pemimpin sekolah adalah mewujudkan sistem
pengupayaan dikalangan guru dengan memberi mereka peluang untuk
mempraktikkan teacher leadership.

Tuan-tuan dan puan-puan

16

33)

Saya telah menjelaskan dengan panjang lebar

hubungan antara

kepimpinan instruksional dengan sekolah berkesan. Ingin saya jelaskan sekali lagi
bagaimana sekolah kluster menjadi pemangkin kepada kepimpinan instruksional.
Mengikut Ouchi (2003), yang telah menjalankan kajian di 223 buah sekolah di
enam bandar utama iaitu Edmonton, (Canada), Seattle, Houston, New York, Los
Angeles dan Chicago. Kajian mendapati sekolah-sekolah yang cemerlang
mempunyai sistem pentadbiran yang autonomi. Pengetua bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap prestasi sekolah. Ouchi (2003) menyimpulkan terdapat
tujuh kunci utama kejayaan sekolah-sekolah ini iaitu pengetua bersifat
entrepreneur, setiap sekolah mengawal bajet sendiri, setiap warga sekolah
bertanggungjawab ke atas prestasi murid dan bajet, setiap guru diberi penurunan
kuasa, fokus terhadap kejayaan murid, setiap sekolah adalah komuniti pembelajar
dan setiap keluarga mempunyai pilihan ke atas sekolah. Berasaskan kepada
kajian ini maka konsep sekolah kluster akan menjadi pemangkin kepada
kepimpinan sekolah apabila mereka diberi kuasa autonomi untuk menentukan
halatuju dan niche sekolah masing-masing. Namun begitu kita tidak akan
mengikut acuan sekolah-sekolah di barat seratus peratus. Sekolah kluster di
Malaysia akan mengikut konsep dan acuannya sendiri. Adalah diharapkan
sekolah kluster dapat melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan dan
menghasilkan pemimpin instruksional yang berkualiti. Usaha ini perlu sebagai
persediaan

kepada

pemimpin

sekolah

kluster

ini

untuk

melonjakkan

kecemerlangan sekolah masing-masing setelah mereka diberi kuasa autonomi


dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan sumber manusia, kewangan, dan
pentadbiran.

17

Kertas kerja ini telah dimulai dengan diskusi mengenai konsep serta definisi
sekolah kluster serta hubungkait dengan kepimpinan instruksional dan sekolah
berkesan. Lantaran itu, saya telah melontarkan beberapa pandangan dan idea
kepada tuan-tuan dan puan-puan, para pemimpin peringkat akar umbi, bagi
menyahut cabaran tersebut demi melahirkan murid-murid yang berkualiti tinggi
yang mampu bersaing di arena antarabangsa. Bertepatan dengan tema seminar,
Sekolah Kluster pemangkin Kepimpinan Instruksional, tuan-tuan dan puanpuan selaku pemimpin barisan hadapan mempunyai misi yang sangat besar bagi
memastikan segala yang direncana Kementerian tercapai mengikut perancangan.

Akhir kata, dengan lafaz Bismillah hirrohman nirrohim

SAYA DENGAN RASMINYA MEMBUKA KOLOKIUM KEPIMPINAN


INSTRUKSIONAL KALI KE 2

Sekian, terima kasih

18

RUJUKAN

Ahmad Tajuddin Abdul Hamid. (1989). The role of the principal as an instructional
leader. Tesis M.Ed. yang tidak diterbitkan - Universiti Malaya, Kuala Lumpur,
Malaysia.
Avolio, B. J. & Howell, J. M. (1993). Transformational leadership, transactional
leadership, locus of control and support for innovation: Key predictors of
consolidated business unit performance. Journal of Applied Psychology, 78,
891-902.
Carroll, J.B. (1963) A model of school learning, Teachers College Record, 64, 8,
pp. 723-33.
Cooper, H., Robinson, J. C., & Patall, E. A. (1989). Does homework improve
academic achievement? A synthesis of research, 1987-2003. Review of
Educational Research, Spring2006, Vol. 76 Issue 1, p1-62.
Cunningham, C. E., Woodward, C. A., Shannon, H. S., MacIntosh, J., Lendrum,
B., Rosenbloom, D., Brown, J. (2002). Readiness for organizational change: A
longitudinal study of workplace, psychological and behavioural correlates.
Journal of Occupational & Organizational Psychology, Dec2002, Vol. 75
Issue 4, p377-392.
Edmonds, R. (1979). Some school works and more can. Journal of Social
Policy. Vol. 9, 28-32.
Hallinger, P. (2003). Leading educational change: Reflections on the practice of
instructional and transformational leadership. Cambridge Journal of
Education, Vol. 33, No. 3.
Hallinger, P. (2005). Instructional Leadership and the School Principal: A Passing
Fancy that Refuses to Fade Away. Leadership & Policy in Schools, Vol. 4
Issue 3, p221-239.
Hallinger, P. & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional leadership behavior
of principals. Elementary School Journal, 86(2), 206-218.
Leithwood, K. & Jantzi, D. (2000). Principal and Teacher Leadership Effects: a
replication. School Leadership & Management, Vol. 20 Issue 4, p415-434.
Lyons, C. A. & Murphy, M. J. (1994). Principal self-efficacy and the use of power.
Paper presented at the Annual Meeting of the American Educational Research
Association (New Orleans, LA, April 4-8, 1994). Dokumen ERIC, ED 373421.
Mortimore, P., Sammons, P. & Hillman, J. (1995). Key Characteristics of Effective
Schools. Kertas Kerja Effective Schools Seminar, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
19

Ouchi, W.G.(2003). Making schools work: A revolutionary plan to get your children
the education they need. Simon & Schuster. New York.
Slavin, M. J. (1990). Emergence and maintenance of leadership among gifted
students in group problem solving. Roeper Review, Vol. 12 Issue 4.
Southworth, G. (2002). Instructional leadership in Schools: reflections and
empirical evidence. School Leadership & Management, Vol. 22, No. 1.

20

You might also like