You are on page 1of 10

BINCANGKAN PERKEMBANGAN KESEDARAN

KEBANGSAAN DI TANAH MELAYU PADA ZAMAN


TERSEBUT, 1900-1941.
PENGENALAN
Perasaan cinta dan taat setia kepada tanah air serta ingin membebaskannya
daripada penjajhan disebut sebagai semangat kebangsaan. Kesedaran kebangsaan i ni
ialah kesedarna yang merentasi kampung, daerah dan negeri. Dalam konteks tanah
melayu atau british malaya seperti yang disebut oleh pihak penjajah, maka rakyat
sedar bahawa mereka berada di belenggu penjajahan british.
semangat kebangsaan di tanah melayu boleh dikesan sejak awal kurun ke 20 lagi.
Iaitu setelah pihak british mengesuai seluruh tanah melayu, dibawah sistem
pemerintahan yang dibahagikan kepada negeri-egeri selat, negeri-negeri tidak
bersekutu, negeri-negeri bersekutu.
Perlu ditegaskan bahawa semangat kebangsaan pada awal kurun ke 20 itu wujud di
kalangan orang melayu. Ini kerana sehingga perang dunia ke dua, kaum-kaum cina
dan kiblat mempunyai kiblat taat setia yang tidak serupa. Kiblat taat setia orang
melayu ialah terhadap tanah melayu, taat setia orang cina ialah terhadap negera cina
dan taat setia orang india adalah terhadap negara india. Maka orang melayau sahaja
yang memikul tanggungjawab untuk membebaskan tanah melayu daripada belenggu
penjajah british, pada tahap-tahap awal. Maka perbincangan dibataskan kepada
peranan yang dimainkan oleh orang melayu, sehingga tahun 1941, iaitu sehingga
jepun menawan tanah melayu dan british mengundurkan diri buat sementra waktu.
Terdapat beberapa faktor yang mencetuskan semangat kebangsaan di kalangan
orang melayu iaitu faktor dalaman dan luaran.
FAKTOR-FAKTOR DALAMAN
Gerakbalas Terhadap Pentadbiran British
Menjelang akhir abad ke 19, pihak british telah berpuas hati dengan kaedah
pengukuhan kuasa, pengaruh dan kedudukan ekonomi mereka di tanah melayu. Pihak
british emudian telah memulakan proses menginstitusikan berbagai bidang kerajaan
yang merangkumi hampir semua aspek kehidupan politik, ekonomi dan sosial. Usaha
mencapai tujuan ini paling pesat dilakukan di negeri-negeri melayu bersekutu. Akibat
daripada keadaan ini, institusi melayu tradisional dan elit melayu tradisional
mendapati diri mereka terpaksa mengambil peranan yang semakin kecil dan hal ehwal
kerajaan dan pentadbiran.
Rtambahan pula, pihak british telah mula membawa masuk imigran cina dan india
secara besar-besaran untuk mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi yang masih
belum diterokai oleh masyarakat melayu dengan sepenuhnya. Keadaan menjadi lebih

buruk menjelang tahun 1921, diman daripada jumlah 1320000 orang penduduk
negeri-negeri melayu bersekutu, 511000 adalah orang melayu, 495000 orang cina dan
305000 orang india. Keadaan ini menyebabkan kaum pendatang mula menguasai
ekonomi di tana melayu. Kaum melayu mulai sedar yang mereka telah ketinggalan
dalam pembangunan ekonomi dan sosial dimana orang bukan melayu menjadi peserta
yang kuat.
Langkah-langkah yang di ambil oleh pihak british ini telah menimbulkan rasa tidak
puas hati di kalangan orang melayu, kerana mereka sedar hak mereka sebagai rakyat
pribumi sedikit demi sedikit dianmbil alih oleh pihak pendatang dan kaum penjajah.
Perkembangan Pendidikan
Menjelang akhir kurun ke 19, terdapat sekolah-sekolah pondok, madrasah,
sekolah-sekolah melayu dan sekolah inggeris yang disediakan bagi orang melayu.
Sekolah-sekolah melayu telah mula dibuka di kawasan-kawasan barat dan selatan
tanah melayu sejak tahun 1880-an lagi. Pada dasarnya, tujuan british bukanlah untuk
melahirkan golongan cerdik pandai dikalnagn orang melayu. Ereka hanya ingin
melihat anak-anak orang melayu menjadi lebi h pandai sedikit daripada ibubapa
mereka. Yang belajar di sekolah inggeris pula ialah anak-anak golongan bangsawan
yang ingin dijadikan oleh orang british sebagai pegawai dan pentadbir bawahan
sahaja.
Oleh kerana penyediaan sekolah-sekolah melayu oleh orang inggeris ini bukan satu
yang ikhlas, maa tidak terdapat buku-buku teks dan kurikulum yang sesuai. Maka
surat khabar melayu telah digunakan sebagai bahan pengajaran, umpamanya 'jawi
peranakan', 'khizanah al-ilmu' dan taman pengetahuan. R. J. Wilkonson selaku
penyelia sekolah-sekolah (1877-1895) mendapati bahawa surat khabar melayu
bersama pendidikan secara amnya, telah menyumbngkan terhadap kemajuan intelek
dan material orang melayu. Pendedahan kepada dunia luar melalui surat khabar, telah
membuka mata orang melayu, etrutamanya generesai muda terhadap isu-isu yang
mempengaruhi orang melayu.
Si samping itu, pendidikan agama yang dijalankan di sekolah-sekolah pondok dan
madrasah telah mendapat sambutan hebat penduduk tempatan. Melalui sistem
pendidikan ini, mereka dapat mempertahankan nilai-nilai keislaman semasa
kemasukan kuasa british dan kemasukan kaum ingiren. Namun demikian sekoalhsekolah seumpama ini kurang memainkan peranan untuk menanan semangat
kebnagsaan pada tahap-tahap awal. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 1900, bila
islam memasuki era reformasi, maka barulah sekoalh-sekolah pondok dan madrasah
telah membuka minda kaum melayu terhadap masalah-masalah politik yang dihadapi
oleh mereka di tanah melayu.
Kesimpulannya, perkemabangan pendidikan, terutamanya pendidikan melayu telah
memainkan peranan penting daam kesedaran kebangsaan di kalangan orang melayu.

Perkembangan Sistem Perhubungan Dan Media Massa


Sistem perhubungan yang telah dimajukan oleh pihak britis demi kepentingan
ekonomi mereka. Walau bagaimanapun telah membant menyeleaikan halangan
geografi di kalangan masyarakat melayu. Umpamanya, pada tahun 1910, terdapat
lebih daripada 2400km jalanraya terturap. Sistem perhubungan ini dapat membnatu
merentasi sikap kekampungan. Kedaerahan dan kenegerian. Masyarakat melayu tidak
kira dari daerah atau negeri yang berlainan dapat berhubung di antara satu sama lain.
Keadaan ini secara tidak langsung dapat menyatupadukan penduduk melayu, yang
seterusnya mewujudkan identiti kebangsaan.
Idea dan pemikiran pemimpin-pemimpin melayu yang berjiwa kebangsaan tersebar
denagn pantas kepada masyarakat di kawasan perkampungan, melalui sistem
perhubungan jalan raya dan jalan keretapi.
Selain daripada perkembangan sistem perhubungan yang digunakan sebagai jalan
penyaluran semangat kebangsaan, media massa, etrutamanya, surat khabar turut
digunakan sebagai medan untuk menyedarkan masyarakat melayu terhadap keadaan
mereka di tanah air mereka sendiri. Satu daripada bahan bacaan terawal ialah
'pengetahuan bahasa', hasil karya raja ali haji yang disusun pada tahun 1858. Karya ini
membicarakan budaya melayu yang kian berubah akibat pengaruh british dan imigran
cina, disamping itu karya ini juga memperihatkan peri pentingnya bahasa melayu
dalam budaya masyarakat melayu seagai alat menyatukan kaum melayu melalui satu
identiti bahasa.
Jelas bahawa, perkembangan sistem perhubungan dan media massa turut
memainkan peranan penting dalam menentukan masyarakat melayu bergerak ke arah
satu identiti iaitu identiti kebangsaan dan bukan lagi mengikut identiti kekampungan
ataau kedaerahan.
FAKTOR LUARAN
Gerakan Pemulihan Di Timur Tengah
Menjelang dekad pertama kurun ke 20. Gerakan reformasi islam telah sampai ke
tanah melayu. Gerakan ini dipelopori melalui gerakan wahabi oleh sheikh muhammad
abduh dan syed jamaluddin al-afghani.
Syeikh muhammad abduh telah menyesuaikan prinsip-prinsip islam menurut
kehendak zaan moden, ettapi tidak terkeluar dari prinsip dan semangat agama islam
yang sejati. Ajaran beliau adalah berdasarkan kepada ajara allah dan rasul seperti yang
tercatit di dalam al-quran dan al-haddis. Yang diesuaikan ialah perkara-perkara dan
hal-hal takwil serta pentafsiran islam mengenai sesuatu pendapat atau hukum di dalam
al-quran. Ajaran dan pandangan beliau di anggap baru, prgresif dan revolusioner dan
amat sesuai dengan zamannya.
Konsep pan-islamisme telah ula diutarakan oleh syed jmaluddin al-aghani, seorang
pemuda reformis islam tyang radkal dan revolusioner pada akhir abad ke 19. Konsep

ii mempunyai matlamat untuk melahirkan nasionalisme yang berteraskan agama islam


yang mengaku dan menghendaki satu bangsa yang berdasarkan agama islam dan
sebuah negara islam yang besatu padu dan berdaulat.
Pda masa itu juga, ramai orang melayu yang telah pergi ke luar negeri,
etrutamanya ke timur tengah untuk mempelajari agama islam. Tidak kurang juga yang
pergi menunaikan fardhu haji. Perkembangan reformisme di timur tengah itu telah
memengaruhi keduadua kumpulan tersebut. Mereka mula menyebarkan gagasan baru
kepada masyrakat melayu berlandaskan agama islam.
Perkembangan di timur tengah merupakan sumber llham bagi pertumbuhan
kesedaran yang semain meresapi masyarakat melayu. Keadaan ini telah dipelopori
oleh penuntut-penuntut melayu yang telah pergi ke timur tengah sepertti syeikh jlil
jalaluddin. Sayed al-hadi dan syeikh muhammad salim al-kalali. Mereka berusaha
menyatupadukan masyarakat melayu berdasarkan identiti agama islam.
Kekalahan Rusia Ke Tangan China
Dalam peperangan yang berlaku di antara rusia dengan jepun (1904-1905) jepun
telah menang. Kejayaan ini telah memberi ilham dan kesedaran kepada orang asia
termasuk orang melayu bahawa barat tidaklah sekuat seperti yang digeruni oleh
mereka. Perang tersebut telah membuktikan bahawa, sesebuah negara tidak mengira
saiznya, boleh menjadi kuat seperti jepun melalui kemajuan teknologi dan pendidikan.
Pada tahun 1907, seorang tokoh bernama abdllah abdul rahman teah menghasilkan
karya berjudul ' mataharai memancar' (the rising sun) yang menceritakan sejarah
jepun. Karya ini telah dialihbahasakan oleh beliau daripada karya mustafa kamal dari
turki yang asalnya daripada bahasa arab. Menurut za'ba ( modern development, hlm
148), karya ini telah berjaya merangsang pembaca serta menimbulkan perasaan
bangga dan harapan untuk membawa pembaharuan di timur dan ini termasuklah
kepada pembaca melayu.
Masyarakat melayu mula percaya bahawa dengan adanya teknlogi dan pendidikan,
mereka juga boleh menghalau keluar orang british dari tanah melayu. Hakikat ini
telah disedari oleh golongan terpelajar di tanah melayu. Di antara mereka ialah syed
sheikh al-hadi yang mula menggalakkan orang melyu memajukan diri mereka dalam
aspek ekonomi dan sosial, mealui ajaran islam.
Perkembangan di jepun mengalahkan kusa rusia telah membawa kesedaran dan
keyakinan bahawa orang melayu juga boleh mempertahankan kepentingan mereka
dariapda terus di tindas oleh pihak british.
Pergerakan Kebangsaan Di Indonesia
Gerakan kemerekaan rakyat indonesia menentnag emerintahan belanda telah
memberi semangat kepada golongan melayu yang ingikan pembebasan daripad
penjajahan british. Sariket islam yang ditubuhkan pada tahun 1912, dengan tujuan
memelihara kebajikan dan ekonomi orang indonesia serta emnyatukan orang islam

dengan menyebarkan ajaran islam. Parti ini amat popular di pulau jawa. Parti ini
mendesak penjajah belanda supaya memberi pemerintahan sendiri kepada rakyat
indonesia.
Orang melayu di tanah melayu amat tertarik dengan ideologi parti tersebut,
tambahan pula terdapat persamaan ketara dari segi agama, baasa dan kebudayaan, di
antara masayarakat islam di indonesia dan mayarakat melayu di tanah melayu, jadi
orang melayu di tanah melayu mendapat banyak ilham daripada perjuangan yang
dilakukan oleh sarekat islam di indonesia
Di samping itu pelajar yang sedang belajar di timur tengah, telah berhbung dengan
peajar indonesia yang turut belajar di situ. Tujuan mereka ialah untuk berganding dan
sama-sama memperleh pembebasan dariapad penjajah.
Perkembangan Kesedaran Kebangsaan Di Tanah Melayu
Perkembangan kesedaran kebangsaan di tanah melayu telah dipeloori oleh tiga
kumpulan elit yang mahu membawa perubahan kepada masyarakat melayu, ke arah
yang lebih baik.
Kumpulan yang pertama iaalah golongan yang berpendidikan arab yang ingin
mengetengahkan islam sebagai jalan memajukn keadaan orang melayu. Golongan ini
dipengaruhi oleh reformasi islam yang berlaku di timur tengah.
Kumpulan ke dua ialah yang berpendidikan melayu, yang cuba menentang
penjajahan dengan cara yang lebih radikal. Kebanyakan merekeka terdiri daripada
guru dan wartawan.
Kumpulan elit melayu yang ketiga ialah yang berpendidikan inggeris, mereka
terdiri daripada kelompok pentadbir dan pegawai am dari kalangan bangsawan
melayu.
Golongan Berpendidikan Arab
Sejarah kebangkitan semangat kebangsaan di kalangan orang melayu boleh
dikesan sejak awal abad ke 20 sebagai gerak balas terhadap gerakan yang dilakukan
oleh beberapa tokoh yang pulang dari timur tengah dan mesir. Oleh yang demikian,
pergerakan pada tahap awal ini lebih bercorak keagamaan.
Golongan ini kebanyakannya tinggal di kawasan bandar dan walaupun sebilangan
mereka kecil, tetapi mereka sangat berpengaruh di kalngan masyarakat melayu. Merak
adalah orang melayu yang berketurunan arab., India, jawa dan sumatera. Mereka telah
berhijrah ke tanah melayu selepas bermulanya pentadbiran british di sini, dan mula
menetap di pulau pinang, melaka dan singapura.
Di antara meraka, golonga yang utama ialah imigran arab yang telah berkahwin
dengan wanita melayu tempatan. Walaupun mereka masih mengekalkan sebahagian
daripada tradisi kearaban mereka, seperti berpakaian jubah, namun meraka di terima
ke dalam masyarakat kerana persamaan agama. Mereka dididik dengan baik dan
berilmu pengetahuan, terutama yang bergelar syed dan syeikh. Kebanyakan mereka

merupakan pedagang yang kaya. Maka pengaruh mereka terserlah di kalngan


masyarakat tempatan.
Golongan kedua yang terpenting ialah orang islam dari india dan berkahwin
dengan wanita tempatan. Mereka dikenali sebagai jawi peranakan. Mereka merupakan
pedangang dan pekedai yang berjaya. Mereka juga menganggotai pentadbiran british
sebagai kerani, penterjemah, jurubahasa dan guru-guru bahasa melayu yang bergelar
'munshi'
Sumbangan utama jawi peranakan ialah terhadap bidang penerbitan majalah dan
akhbar yang berfungsi sebagai alat penyaluran untuk menyebarkan idea-idea
pemulihaan dan disuarakan oleh golongan keturunan arab. Pada tahun 1876,
sekumpulan jawi peranakan telah membuka jabatan percetakan dan mula
mengeluarkan akhbar mingguan dalam bahasa melayu bernama jawi peranakan'
akhbar ini sering memaparkan berita-berita luar negeri, dalam negeri dan berusaha
memupuk pendidikan melayu (foster vernacular education).
Selama tiga puluh tahun seterusnya, pejabat ini telah mengeluarkan enam belas
jurnal berbahasa melayu, aspek yang sering ditekankan ialah potensi pendidikan dan
peri pentingnya kemajuan diri dan kemajuan komuniti masyarakat melayu, seperti
yang dilaungkan oleh golongan keturunan arab.
Disamping itu, golongan keturunan arab sering menghantar anak-anak mereka
untuk menimba ilmu di timur tengah, pertamanya di universiti al-azhar di mesir.
Semasa menuntut, pelajar-pelajar ini telah terpengaruh dengan iea-idea syeikh
muhammad abduh dan gerakan pan-islamisme yang sedang berkembang di asia barat.
Sekembali ketanah air, mereka turut menyebarkan ideaidea tersebut. Di antara
pemimpin golongan ini yang terkenal ialah syeikh mohd. Tahir jalalluddin al-kalali,
syed syeikh al-azhari, dan syekh mohd kassim al-kalali, bergelar kaum muda.
Pada bulan julai 1906, syed sheikh al-hadi bersama rakan-rakannya telah
mengusahakan majalah al-imam (pemimpin) di singapura. Majalah ini kemudiannya
menjadi lidah rasmi untuk membawa pembaharuan sosial dan agama di kalangan
orang melayu. Tujuan utama majalah ini ialah untuk ' mengingatkan mereka yang
lalai, membangkitkan mereka yang tidur, memimpin mereka yang sesat dan
memberikan suara kepada mereka ang berfikiran bernas.'
Pada keseluruhannya rencana-rencana dan makalahmakalah yang etrsiar dalam alimam adalah berkisar pada persoalan agama yang seringkali berupa seruan
menyedarkan umat islam yang sekian lama dihanyutkan oleh politik dan tipu helah
penjajah.
Kaum muda tersebut juga menyarankan orang melayu untuk mempelajari satu
sistem pelajaran agama yang bercorak liberal dengan memasukkan mata pelajaran
moden bahasa inggeris di samping bahasa arab. Mereka juga berpendapat bahawa
kaum wanita harus diberi pendidikan dan peluang memainkan peranan di dalam
masyarakat. Pendapat ini dijelakan melalui karya novel 'faridah hanum' yang ditulis
oleh syed syeikh al-hadi.

Mereka menekankan fikiran yang waras dan rasional tanpa mencampuradukkan


ajaran-ajaran agama dengan adat dan kepercayaan yang kaurt. Untuk memperluaskan
lagi ajaran ddan cara pemikiran mereka. Kaum muda telah menubuhkan ekolahsekolah agama seperti madrasah al-mashyur (pulau pinang) madrasah al-hadi
(melaka) dan madrasah al iqabal al-khariah (singapura.
mereka juga turut menyumbangkan tulisan dalam majalah dan akhbar seperti
neraka (1911), al-manar (1914), al ikhwan(1926) dan saudara (1928). Mereka turut
emndapat sokongan daripada pelajar di timur tengah yang menulis dalam majalah
'seruan al-azhar' (1928) dan 'pilihan timur' (1927-29).
Idea islah kaum muda telah mendapat tentangan hebat dari golongan pihak rasmi
agama dan tradisional yang dikenali sebagai kaum tua. Kaum tua menganggap idea
kaum muda itu membahayakan suasana masyarakat, politik dan agama yang sedia
ada. Mereka bertindak balas denagn menerbitkan majalah pengasuh. Majalah ini
diterbitkan oleh majlis agama dan adat istiadat kelantan. Oleh kerana kuatnya
pengaruh kaum tua, majalah-majalah terbitan kaum muda diharaman dibeberapa buah
kerajaan negeri. Majalah-majalah ini hanya dibenarkan dinegeri-negeri yang tidak
ramai penduduk melayu seperti di negeri-negeri selat. Pemimpin-pemimpin kaum
muda juga dilarang daripada berucap di masjid-masjid.
Walau bagaimanapun, idea pemulihan kaum muda yang berpendidikan arab ini
mempunyai kesan tersendiri dalam membangkitkan kesedaran petama orang melayu
mengenai kedudukan mereka dalam sebuah masyarakat yang sedang pesat
membangun.
Golongan Berpendidikan Melayu
Tahun-tahun 1920 an memperlihatkan pertamabahan bilangan orang melayu yng
berpelajaran, sebagai hasil perkembangan sekolah-sekolah melayu, dan penubuhan
maktab perguruan sultan idris (mpsi), yang telah ditubuhkan pada tahun 1922. Pelajarpelajar maktab ini terdiri daripada anak-anak kaum tani dan keluarga melayu yang
rendah mobiliti sosialnya. Namun mpsi dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang
berjiwa kebangsaan mereka menitik beratkan masalah-masalah ekonomi dan sosial
yang membelenggu masyarakat melayu. Namun soal-soal agama tidak diabaikan oleh
mereka.
pergerakan kesedaran kebangsaan yang diteruskan oleh golongan berpendidikan
melayu ini bermarkas di mpsi, yang merupakan pusat pengajian tertinggi bagi pelajar
yang berpendididkan melayu di zaman penjajah british. Selepas elajar, mereka
dihantar ke sekolah-sekolah melayu di seluruh negara.
Semasa di mpsi, pelajarpelajar bakal guru-guru ini telah disuburkan menganai
emangat kebangsaan oleh guru-guru melalui syarahan sera mata pelajaran sejarah. Di
antara guru-guru yang terkenal ialah cikgu abdul hadi haji hassan yang berasal dari
melaka.
Elepas ditempatkan disekolah-sekoalh melayu, guru-guru epasan mpsi ini secara

tidak langsung mengembangkan fahaman kebangsaan kepada murid-murid di sekolah


emnerusi pengajaran meraka. Dalam masa yang singkat saja, mereka dapat
menyedarkan kkaum melayu bahawa mereka adlah bangsa melayu bumiputera di
tanah melayu.
Seorang gur lepasan mpsi bernama ibrahim haji yaakub dari pahang telah
memulakan perjuangan ala politik. Pada masa bertugas di kuala lumpur beliau
bersama ishak haji muhammad, hassan manan, abdul karim rashid dan isa mahmud
telah menubuhkan parti politik bercorak kebangsaan pada tahun 1938. Pertubuhan ini
dikenali sebagai kesatuan melayu muda (kmm)
Tujuan kmm di tubuhkan ialah untk berjuang mencapai kemerdekaan tanah melayu
daripada pihak british. Ideologi merek ialah tidak mahu bekerjasama dengan pihak
kerajaan. Pertubuhan ini juga inginkan penggabunagn dengan indonesia untuk
membentuk melayu raya. Iiatu tanah air yang serumpun bangsa yang lebih luas.
pada tahun 1939, ibrahim haji yaakub telah membeli akhbar warta malaya di
singapura dengan bantuan wang dari jepun. Beliau menjadi ketua pengarangnya.
Semenjak itu terbitlah rencana-rencana yang mengandungi isu-isu anti british. Banyak
cawangan kmm telah ditubuhkan di seluruh tanah melayu. Keadaan ini amat
membimbangkan pihak btitish.
Pada tahun 1940, british telah membuat serbuan mengejut beberapa markas kmm
dan menangkap lebih daripada seratus orang pemimpin-pemimpin dan anggota kmm,
termasuk ibrahim haji yaakub. Dengan itu british telah mengharamkan kmm. Keadaan
ini berlanjutan sehingga kedatangan jepun pada tahun 1941 da pemimpin-pemimpin
dibebaskan.
Sungguhpun kmm etrdiri daripada pemimpin-pemimpin melayu yang dinamis dan
berwawasan tinggi, namun petubuhan ini tidak berjaya menarik sokongan ramai
seperti petani dan nelayan. Golongan ini masih mengharapkan kepimpinan golongan
bangsawan.
Golongan Berpendidikan Inggeris
Pergerakan yang dipimpin oleh golongan ini telah wujud akibat daripada
kebimbangan orang melayu terhdap penguasaan bangsa asing, etrutamanya british,
cina dan india. Mereka terdiri daripada golongan bangsawan dan orang kaya yang
mendapat pendidikan inggeris dari maktab melayu kuala kangsar. Mereka lebih
bersikap sederhana dan bekerjasa dengan pihak british. Oleh keran keturunan meraka,
maka mereka dianggap pemimpin yang sah oleh orang melayu.
Kesedaran tentang ha-hak orang melayu diklangan golongan ini dibangkitkan oleh
tiga perkara iaitu desentralisasi, zaman kemelesetan dan tuntutan persamaan hak oleh
orang cina.
Pada tahun-tahun 1920an, sultan-sultan sendiri telah menyuarakan tentang
pencerobohan yang nyata oleh pihak british ke atas kuasauasa mereka. Ini
menyebabkan pihak british menganjurkan dasar pengagiha kuasa pusat. Tetapi

pedagang-pedagang cina dan eropah telah membentah kerana mereka bimbang akan
kehilangan peluang menikmati hasil ekonomi jika beberapa buah jabatan seperti
jabatan perhutanan dan perlombongan di letakkan di bawah penguasaan negeri.
Bantahan ini merupakan satu amaran kepada orang melayu bahawa jika mereka tidak
sedar daripada kelalaian mereka. Maka tuntutan asing akan menamatkan hak
istemewa orang melayu sebagai rakyat peribumi.
zaman kemelesetan pula pada tahun 1920an dan 30 an juga menyaksikan
keburukan kedudukan ekonomi orang melayu. Mereka terpaksa berhutang kepada
orang pertengahan serta peminjam wang berbangasa cina dan india. Akiat
kemelesetan, apabila kerajaan cuma mengurangkan kakitangannya, wail kaum melayu
di dalam majlis mesyuarat persekutuan yang berpendidikan inggeris telah menuntut
supaya orang melayu di ebri pertimbangan khas dan megenkalkan jawatan mereka
dalam kerajaan.
Langkah seterunya ialah mempertahankan kepentingan orang melayu telah
bermual disingapura apabila mohamma eunos abdullah dilantik sebagai anggota
melayu yang perama dalam majlis perperundangan negeri-negeri selat. Beliau telah
mendapat pendidikan di sekola melayu di kampung glam dan melanjutkan pelajarn ke
raffles institution. Pada tahun 1893 -94, semasa di singapura mohamma eunos
abdullah mendapati dikalangan orang islam sendiri, masarakat melayu terpaka
menerima kepimpinan orang arab dalam hal ehwal agama, perniagaan dan penerbitan
majalah.
Mohamma eunos abdullah sedar tentang keprluan satu parti politik untuk menjaga
hal-hal orang melayu. Pada tahun 1926, kesatuan melayu singapura telah dibentuk dan
ianya merupaka n tanda awal bagi petubuhan parti politik di tana melayu pada tahun
1940an.
Tujuan peubuhan parti ini ialah untuk emningkatkan pencapaian ekonomi dan
sosial orang melayu. Juga untuk mewakili hak orang melayu dalam kerajaan.
Pendekkata penubuhan kesatuan melayu singapura merupakan 'turning point' terhadap
pemikiran politik di kalangan orang melayu. Disiilah juga masyarakat melayu mula
bersatu padu untuk menyuarakan hajat mereka.
Kejayan pertama melalui perwakilan ini tercapai pada tahun 1928, apabila kerajaan
memperuntukkan satu kawasan tanah yang luas bagi orang melayu untuk mendirikan
sebuah kampung. Ini adalah satu langkah untuk mematikan orang melayu turut
mendapat faedah daripada harga tanah yang kian meningkat.
Cawanagn kms telah ditubuhkan di melaka dan singa pura pada tahun 1937.
Disamping itu telah wujud kesatuan-kesatuan lain yang dianggotai oleh pegawaipegawai melayu berpangkat tinggi dalam kerajaan. Timbul pula kesatuan-kesatuan
dan kelab-kelab baru sseperti kelab persaudaraan pena (1937) yang menekankan
perlunya usaha-usaha bersama bagi mengatasi masalah-masalah besama.
Langkah selanjutnya ke arah perpaduan orang melayu telah dibuat apabila satu
kongres kebangsaan bagi persatuan-persatuan seperti persatuan melayu pahang,

persatuan melayu selangor telah diadakan dikuala lumpur pada tahun 1939. Kongres
ke dua telah diadakan pada tahun 1940. Tujuan kongres ini ialah untuk
memperkuatkan lagi usaha untuk memajukan orang melayu. Walau bagaimanpun
mereka masih belum lagi mendapat persetujuan mengenai penubuhan persatuan
bersifat kebnagsaan daripada pihak kerajaan menjelang tahun 1941.
KESIMPULAN
Walaupun pergerakan sebelum perang dunia kedua tidak berjaya membebaskan
tanah melayu daripada belenggu penjajahan, namun pergerakan ini berjaya
meninggalkan beberapa kesan positif sebagai satu asa kepada kemerdekaan pada
tahun 1957. Kesan yang pertama ialah, fahaman keangsaan, kedaerahan dan
kenegarian dapat dihapuskan dan diwujudkan pula semangat kekitaan. Kesan kedua
ialah orang melayu amat menyedari bahaw mereka memang ketinggalan dalam bidang
ekonomi di negara mereka sindiri berbanding dengan kaum imigran. Seterusnya,
mereka menyedari tentang kepentingan pendidikan bagi pencapaian mobiliti sosial.
Atas kesedaran ini kaum petani dan nelayan mula menghantar anak-anak mereka ke
sekolah-sekolah melayu dan inggeris. Kean akhir dan terpenting ialah kegiatan
pergerakan kebangsaan ini teah diteruskan selepas perang dunia ke dua terutamanya
yang berpendidikan inggeris seperti raja chulan dan dato onn jaafar, sehingga berjaya
mendaapat kemerdekaan dari pihak inggeris.

You might also like