You are on page 1of 6

Pendahuluan:

Dua buah kerajaan Islam di India yang terkenal ialah Kesultanan Delhi (1206-1526M) dan Kerajaan
Moghul (1527-1875M).
Pemerintah yang terkenal ialah Alaudin Khilji dan Tughluq bagi Kesultanan Delhi dan Akbar serta
Aurangzeb bagi kerajaan Moghul.
Kesultanan Delhi diasaskan oleh Qutbubuddin Aibak/Aibek yang mengandungi enam buah dinasti
seperti Dinasti Mamluk, Khilji, Tughluq, Syeid, Lodi dan Suri selama hampir tiga abad dengan pusat
pemerintahannya di Delhi
Kerajaan Moghul pula diasaskan oleh Baber Babur dan mencapai zaman kegemilangan semasa
zaman pemerintahan Babur, Akbar dan Aurangzeb.
Kerajaan Moghul jatuh ke tangan British selepas kematian Aurangzeb.
Isi:

A. Bentuk dan Sistem Pemerintahan

i. Kerajaan Delhi

Berbentuk kerajaan berpusat di Delhi dan pemerintah tertingginya mempunyai kuasa autokrasi
atau mutlak dalam pemerintahannya.

Sistem pemerintahan berbentuk teokrasi dan perlembagaan Negara berdasarkan al Quran dan
hadis.

Golongan bukan Islam dikenakan jizyah sebagai jaminan perlindungan hak dan kebebasan.

Bentuk pemerintahannya dipengaruhi oleh Kerajaan Abbasiyah, Parsi, Turki dan India.

Sistem pentadbiran mempunyai unsur asimilasi antara pengaruh Islam dan India.

Mengamalkan pewarisan takhta.

ii. Kerajaan Moghul

Menjalankan pemusatan kuasa dan pentadbiran wilayah yang dilaksanakan pada zaman Akbar dan
Aurangzeb.

Pada zaman Akbar , golongan bukan Islam diberi kelonggaran persamaan hak dengan orang Islam
untuk mengisi jawatan penting.

Akbar juga menghapuskan bayaran jizyah dengan alasan mewujudkan keadilan dalam
pemerintahannya.

Manakala pada zaman Aurangzeb, baginda menghadkan orang Hindu dalam jawatan kerajaan
termasuk ketenteraan dan kehakiman.

Takhta kerajaan adalah berasaskan sistem pewarisan.

B. Pemerintah/Ketua Negara

i. Pemerintah Delhi

Bergelar Sultan yang memerintah secara mutlak.

Sultan bertanggungjawab menjalankan hubungan diplomatik dengan kerajaan Islam yang lain
seperti kerajaan Bani Abasiyah.

Sultan dibantu oleh pegawai-pegawai yang dilantik untuk melicinkan pemerintahan

ii. Pemerintah Moghul

Bergelar Sultan / Maharaja (Akhbar) Sultan memerintah secara mutlak.

Memiliki kuasa mutlak

Akhbar mengasingkan politik daripada agama dan menghapuskan perbezaan berasaskan agama
dan bangsa namun pemerintahan Aurangzeb cuba menjadikan seluruh India sebagai Negara Islam
yang mengamalkan mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Sultan dibantu oleh pegawai untuk melicinkan pemerintahan.

C. Organisasi Pentadbiran

i. Kerajaan Delhi

Sultan adalah pentadbir tertinggi dalam kerajaan Delhi.

Baginda dibantu oleh Badan eksekutif yang diketuai oleh Amir di setiap wilayah sebagai wakil
Sultan.

Seorang Menteri yang berkuasa dalam perbendaharaan Negara dilantik untuk membantu Amir.

Wazir ialah menteri kanan kepada Sultan yang mengetuai jabatan-jabatan dalam pentadbiran
Negara.

Terdapat Majlis I-Khalwat dan Bari I-Khas yang bertanggungjawab mengawal jenayah.

Ketua hakim digelar Qadhi Al-Qudhat yang mengetuai urusan kehakiman berlandaskan syariaat
Islam dengan dibantu oleh mufti.

Urusan kewangan Mazhab Hanafi dijadikan sumber rujukan dalam pengutipan cukai Jizyah dan
Kharaj.

Sultan Muhammad Tughluq telah menubuhkan jabatan pertanian bagi menguruskan tanah
pertanian, menyusun jabatan cukai, membuat rekod hasil tanah dan menaikkan cukai untuk
menambah pendapatan Negara.

Terdapat asimilasi sistem pentadbiran antara pengaruh Islam dan kerajaan Hindu tempatan.

ii. Kerajaan Moghul

Akhbar mewujudkan satu sistem pentadbiran yang tersusun yang dikenali sebagai Mansabdar.

Mansabdar bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pentadbiran awam.

Mansabdar juga ditugaskan memerintah dan melengkapkan pasukan tentera diraja yang terdiri
daripada 33 batalion tentera.

Mewujudkan jabatan yang membantu Sultan, contoh Perdana Menteri (Wakil), Menteri (Wazir),
Ketua tentera (Khan qanan), Kadi besar (Muhtasib) dll.

Di peringkat daerah pentadbiran diuruskan oleh Faudjar yang bertindak sebagai pemungut cukai,
mengawal jenayah/ kecurian dan menguasai tentera di daerahnya.

Zaman Aurangzeb baginda melantik kadi dan mufti untuk menjalankan pengadilan bagi orang Islam
dan hindu dengan diawasi oleh hakim besar.

D. Dasar Perluasan Wilayah

i. Perluasan empayar Delhi

Wilayah kekuasan Islam meliputi 24 wilayah termasuk Deccan, (di bahagian tengah India)

Alauddin Khilji berjaya menawan 4 buah kerajaan hindu (dinasti Yadava, Tengana,Hoysala dan
Pandya)

Meletakkan wilayah baru di bawah penguasaan Islam.

ii. Perluasan empayar Moghul

Perluasan wilayah telah berlaku sejak zaman Babur.( Berjaya memerangi kerajaan-kerajaan Hindu
tempatan)

Maharaja Akhbar membina empayar Moghul yang meliputi bumi Hindustan bermula dari banjaran
Himalaya hingga Nawada di bahagian Selatan.

Untuk memastikan penguasaan terhadap wilayahnya beliau telah melantik wakil-wakil pemerintah
untuk mengelakkan pemberontakan.

Penutup

Kerajaan Delhi dan Moghul berjaya mengukuhkan kedudukan kerajaan Islam di India yang meliputi
bahagian utara dan tengah India selama hampir 6 abad. ( 1206-1875M )

You might also like