You are on page 1of 2

SEK. KEB.

DURIAN MENTANGAU
23100, PAKA, DUNGUN, TERENGGANU.

Tarikh

13 NOVEMBER 2014

Kepada:
Ibu Bapa / Penjaga Murid Berkenaan

Tuan / Puan,
TAWARAN PERLANTIKAN
PERSEKOLAHAN 2015

SEBAGAI

PENGAWAS

SEKOLAH

BAGI

SESI

Assalamualaikum dan salam hormat. Dengan ini perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah
telah bermesyuarat dan bersetuju melantik anak tuan / puan :
NAMA :_________________________________________________TAHUN :_______________
sebagai pengawas sekolah bagi tahun 2015.
3.
Pihak sekolah berharap tuan / puan dapat menyediakan pakaian seragam pengawas sekolah
dengan lengkap dan memastikan anak tuan / puan mematuhi etika pakaian sebagai seorang
pengawas.
4.
Perlantikan ini bukanlah muktamad. Sekiranya anak tuan / puan melanggar disiplin dan
peraturan sekolah serta mempunyai salah laku sebagai seorang pelajar dan pengawas, pihak
sekolah berhak untuk melucutkan jawatan berkenaan.
5.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah di atas perlantikan anak tuan / puan sebagai pengawas
dan berharap mereka yang dilantik dapat memikul tanggungjawab dengan sebaiknya serta menjaga
tingkah laku serta berusaha meningkatkan pencapaian akademik supaya dapat menjadi teladan
kepada murid-murid lain.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

( ABD. HALIM BIN MOHAMAD )


Guru Besar,
SK Durian Mentangau,
23100, Paka, Dungun,
Terengganu.

____________________________________
____________________________________
____________________________________
____________________________________
(Nama dan Alamat Ibu Bapa)

Kepada :
Guru Besar,
Sek. Keb. Durian Mentangau,
23100 Paka, Dungun,
Terengganu

Tarikh : _________________

Tuan,
PENERIMAAN / PENOLAKAN TAWARAN PERLANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS
SEKOLAH SESI PERSEKOLAHAN 2015
Merujuk kepada perkara di atas, saya _________________________________________________
Ibu bapa / Penjaga kepada __________________________________________________________
Tahun _____________________ No S/B @ K/P : ______________________________________
bersetuju * MENERIMA / MENOLAK tawaran perlantikan anak saya sebagai pengawas sekolah
bagi sesi persekolahan 2014.

2.

Sekiranya anak saya didapati bersalah melanggar disiplin atau peraturan sekolah, saya

memahami bahawa pihak sekolah berhak melucutkan jawatan tersebut.

3.

Kepercayaan yang diberikan oleh pihak sekolah terhadap anak saya amatlah dihargai dan

saya akan berusaha memastikan anak saya dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik
serta mengucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.


Yang Benar,

_____________________________
(

)
*Potong yang mana tidak berkenaan.
*Sila kembalikan surat jawapan ini kepada En. Ahmad Shahrani Razni Bin Mohd Radzi

You might also like