You are on page 1of 2

KUIH PAU

Bahan-bahan :
2 1/3 cawan tepung gandum
2 sudu besar yis mauripan
1 sudu gula
1/2 cawan air
2 sudu besar susu pekat
3 sudu minyak
secubit garam
inti (kaya/sambal dll)
Cara-cara :
-rendam yis dan gula bersama air sehingga berbuih(+-15minit)
-dlm mangkuk yg lain, masukkan tepung, susu pekat, minyak masak dan garam.gaul sebati.kemudian
masukkan yis yg telah berbuih tadi sedikit demi sedikit.
-uli sebati hingga menjadi doh dan bulatkan.
-tutup mangkuk dengan tuala basah dan biarkan doh naik 1 kali ganda.
-bila doh dah naik, uli sekali lagi utk keluarkan angin.
-kemudian boleh lah mula membuat pau.ambil sedikit doh, bulat kan dan leperkan, isi inti.
-biarkan pau yg telah diisi inti naik kembali sedikit.
-kukus 10minit atau hingga masak.
**sapukan sedikit minyak ditangan semula membentuk pau utk mengelakkan doh melekat ditangan.
selamat mencuba.
KEK PISANG GEBU
Bahan-bahan:
4 biji pisang awak-dilecek halus (saya suka kasar)
3 biji telur gred B
selamat mencuba.
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 3/4 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil bikarbonat soda*
1/4 cawan tepung jagung*
secubit garam*
Cara-cara :
-ayak bersama bahan bertanda *
-pukul telur dan gula hingga kembang gebu dan gula hancur.
-masukkan pisang yg telah dilecek dan gaul sebati menggunakan senduk.
-kemudian masukkan bahan yang telah diayak sedikit demi sedikit.sambil gaul sebati.
-last sekali, masukkan minyak masak.gaul hingga sebati.
-gris sedikit minyak pada loyang dan tuangkan adunan 1/2 loyang.(kerana kek akan naik semasa

proses pembakaran)
-panaskan dl oven pada suhu 160 selama 5-10 minit.
-masukkan loyang dan bakar suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak.
**gunakan api bawah dan apabila kek dah naik.baru tukar api atas bawah.
-keluarkan dr oven dan biar sejuk baru.
-sedia dihidang.
selamat mencuba.

You might also like