You are on page 1of 13

DISEDIAKAN OLEH: FREDRECK MICHAEL

NO MATRIK; 229696

INFLASI ialah satu masalah utama yang sering dihadapi


oleh sesebuah negara,terutamnya negara yang
mengamalkan ekonomi pasaran bebas.
Hampir semua negara-negara seluruh dunia pernah
mengalami pengalaman menghadapi inflasi. Antaranya,
Inflasi hiper (hyperinflation) di Negara Weimer Republic
of Germany pada tahun 1920-1923 Zimbabwe sejak
tahun 2003, Argentina pada tahun 1975-1983 dan
Bosnia-Herzegovina pada tahun 1992-1993. Stagflasi
(inflasi dan kemerosotan ekonomi) berlaku pada
pertengahan 1970-an di kebanyakkan negara seluruh
dunia, yang juga memberi kesan kepada Malaysia.
Bagaimanapun, Malaysia rata-rata boleh di anggap
sebuah negara yang tidak dibebani dengan masalah
inflasi.

Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan dan Statistik


Malaysia (Department of Statistics Malaysia) kadar inflasi
di Malaysia mencatatkan 2.80 peratus pada bulan
Oktober 2014

Purata kadar inflasi adalah 3.71 peratus dari tahun 1973


hingga 2014 walaupun pernah mencatat kadar yang
tertinggi sebanyak 23.90 peratus pada bulan Mac 1974
dan mencatatkan kadar terendah iaitu -2.40 peratus
dalam bulan Julai 2009.

Inflasi di MALAYSIA

DEFINISI INFLASI kenaikan tingkat harga umum secara berterusan di sesebuah


negara dalam tempoh masa tertentu atau kenaikan berterusan
tingkat harga umum (James 1986).Manakala Jefferson (1977)
mentakrifkan inflasi sebagai kenaikan tingkat harga umum
akibat daripada ketidakseimbangan antara pergerakan
barangan dan pergerakan wang.Manakala Harriss (1975)
mendefinisikan inflasi sebagai:
The sense of a rise in the general level of prices has occurred
time and again, all over the world. Inflation deals not with
particular prices or the relations among prices but with the
general price level, a drop in the purchasing power of the
dollar. The general price level goes up when money demand
rises more than the goods and services available for buying.
Money demand goes up when the quantity of money rises or
when velocity, the rate of turnover, rises- or some combination
of the two.

Inflasi diukur atau dikira mengikut kumpulan harga tertentu.


Contoh yang lebih dekat dengan kita sebagai pengguna
adalah Indeks Harga Pengguna (Consumer Price Index, CPI).
CPI mengukur perubahan harga dalam kumpulan-kumpulan
barangan dan perkhidmatan tertentu seperti harga makanan,
utiliti, pengangkutan, pendidikan dan lain-lain yang berkaitan
dengan pengguna biasa seperti kita.
Inflasi juga diukur sebagai penurun KDNK (GDP deflator) yang
mengukur perubahan semua harga barang dan perkhidmatan
di dalam aktiviti ekonomi sesebuah negara tanpa mengira apa
jenis barangan dan perkhidmatan yang digunakan pengguna
atau pengeluar. GDP deflator berperanan menurunkan jumlah
KDNK nominal (GDP nominal) yang disukat pada harga
semasa untuk memberikan angka KDNK sebenar yang
disukat pada harga malar

JENIS INFLASI
INFLASI TOLAKAN KOS

INFLASI TARIKAN PERMINTAAN


INFLASI YANG DIIMPORT

I.
Inflasi dari aspek permintaan
-terlebih permintaan
-terlebih bekalan wang
II. Inflasi daripada aspek pengeluaran barang-barang
-masa melambung
-Kos bertambah, daya pengeluaran berkurang
III. 3 sektor yang boleh menjadi sebab timbulnya inflasi.
Antaranya ialah,
-i).sektor import-eksport,
-ii).sektor simpanan- pelaburan &
-iii). sektor penerimaan dan pengeluaran Negara
IV. Dalam sistem kewangan Islam pula, jika dikaji punca
munculnya inflasi sebenarnya bermula daripada sistem riba.

KESAN
INFLASI

KESAN
NEGATIF

KESAN
POSITIF

i.
Inflasi menyebabkan tingkat harga umum meningkat. Ini akan
menyebabkan pendapatan benar penduduk akan menurun dan
merendahkan kuasa beli pengguna.
ii.
Golongan berpendapatan tetap, pemiutang dan orang yang
menabung di institusi kewangan mengalami kerugian kerana inflasi
telah mengurangkan pendapatan benar yang mereka terima.
iii.
Firma yang kurang cekap terpaksa memberhentikan operasi
apabila berlaku inflasi tolakan kos dan inflasi diimport. Hanya firma
yang cekap dan mempunyai modal yang besar dapat membeli faktor
pengeluaran yang semakin mahal semasa inflasi.
iv.
Apabila berlaku inflasi dalam negara harga eksport menjadi
lebih mahal dari harga import. Ini akan menambahkan import dan
mengurangkan eksport dan seterusnya memburukkan imbangan
pembayaran.
v.
Pertambahan jumlah import dan pengurangan jumlah eksport
akan menjejaskan kadar pertukaran asing. Keadaan ini akan
menjatuhkan nilai mata wang dalam negara dan menyebabkan
kejatuhan pelaburan asing.

menggalakkan pelaburan dari firma-firma. Firma menambahkan


penawaran agregat untuk memenuhi pertambahan permintaan
agregat.
Pertambahan pelaburan -meningkatkan penggunaan guna tenaga.mengurangkan kadar pengangguran.
KEUNTUNGAN Golongan pemilik harta tetap, pemilik saham dan
golongan. CTH- harga harta tetap akan meningkat bagi pemilik harta
tetap.
Pertambahan pelaburan juga akan menambahkan keluaran negara
jika ekonomi belum capai tingkat guna tenaga penuh. Akibatnya
pendapatan negara juga turut bertambah.
Inflasi dalam negara akan menaikkan harga barang eksport dan
menurunkan harga barang import. Jika lain-lain faktor tidak berubah,
kadar syarat perdagangan negara bertambah baik.
Kadar syarat perdagangan yang bertambah baik akan dapat
membaiki kedudukan imbangan perdagangan negara itu.

DASAR
KEWANGAN

DASAR FISKAL

KEMPEN ANTI
INFLASI

PENTADBIRAN

PERANAN
PENGGUNA

Masalah Inflasi sebenarnya bukan sahaja berlaku di


Malaysia malah merupakan masalah global yang sering
melanda terutamanya negara yang mengalami
pertumbuhan pesat. Inflasi boleh berlaku disebabkan
oleh mana-mana satu daripada factor-faktor ataupun
kombinasi factor-faktor seperti inflasi tolakan kos, tarikan
permintaan dan inflasi yang diimport. Bagi membendung
inflasi tolakan kos, warga perniagaan iaitu pengeluar
perlu memastikan tahap keefisienan operasi meraka
berada pada tahap tertinggi.
Kerjasama semua pihak dalam menangani masalah
inflasi adalah perlu.

You might also like