You are on page 1of 8

Bentuk muka bumi dan cirinya

Kampung yang saya kaji iaitu Kampung Gelong Bilal mempunyai bentuk muka bumi yang

bertanah pamah yang rata dan luas. Ketinggian bentuk muka bumi dari paras laut adalah antara

1m-3m. Antara potensi bentuk muka bertanah pamah yang luas di kampung ini termasuklah

untuk petempatan, pertanian, perniagaan dan pengangkutan. Potensinya ini memberikan banyak

kelebihan kepada penduduk kampung ini menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi.

Negara yang saya bandingkan iaitu negara Thailand juga mempunyai bentuk muka bumi

yang sama dengan kawasan kajian saya iaitu bertanah pamah. Potensinya juga adalah untuk

petempatan, pertanian, perniagaan dan pengangkutan. Contohnya di Selatan Thailand di mana

bentuk muka buminya banyak mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan ini. Kelebihan ini

digunakan oleh penduduk-penduduk di Thailand dengan baik.

Unsur Patriotisme:

Kegiatan ekonomi yang dijalankan akan menjadikan penduduk di sini berusaha dengan lebih

gigih. Selain itu, mereka dapat belajar untuk berdikari dalam mencapai kejayaan. Kami

bersyukur kerana dapat menjalankan kegiatan ekonomi di sini.

5
Pekerjaan
Petani Sektor swasta Sektor kerajaan Peniaga Lain-lain
Penduduk
Saleem /

Zakaria /

Rahman /

Abdul /

Mamat /

Embong /

Chin Peng /

Chong Wei /

Ravi /

Mohamad /

Ahmad /

Kamal /

Wan /

Nagano /

Fatimah /

Intan /

Mutiara /

Asumi /

Mei Choo /

Zakiah /
Jadual 1. Penduduk dan pekerjaannya di Kampung Gelong Bilal

Jadual 2. Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk kampung

5
Kegiatan Jumlah

Petani 6

Peniaga 3

Sektor swasta 4

Sektor kerajaan 5

Lain-lain 2

20

Carta 1. Keputusan daripada responden yang disoal selidik

5
POTENSI BENTUK MUKA BUMI KEPADA
KEGIATAN MANUSIA DAN PEMBANGUNAN
KAWASAN KAJIAN

Bentuk muka bumi yang bertanah pamah yang rata di kampung ini mempunyai pelbagai potensi.

Antaranya ialah petempatan, perniagaan, pertanian dan pengangkutan. Potensi yang dimiliki

kampung ini dimanfaatkan oleh penduduk kampung ini dengan sebaiknya dengan menjalankan

pelbagai kegiatan ekonomi yang sesuai dengan bentuk muka bumi. Di Thailand, bentuk muka

buminya yang bertanah pamah memiliki banyak potensi iaitu petempatan, perniagaan, pertanian

dan pengangkutan.

PETEMPATAN:

Pola petempatan di Kampung Gelong Bilal adalah berjajar. Jenis petempatannya pula adalah

jenis luar bandar. Faktor yang mempengaruhi petempatan di kampung ini disebabkan oleh

jaringan pengangkutan yang dibina di kampung ini. Taburan penduduk di kampung ini amat

padat, iaitu 400 orang penduduk bagi satu kilometer persegi. Taburan penduduk kampung ini

dipengaruhi oleh kedudukannya yang tidak jauh dari pusat bandar. Di Bangkok, Thailand, pola

petempatannya ialah berpusat. Jenis petempatannya pula ialah bandar primat yang disebabkan

oleh jumlah penduduk di bandar tersebut terlalu padat berbanding dengan jumlah penduduk di

bandar kedua terbesar di negara Thailand iaitu bandar Chiangmai. Faktor petempatan di

Bangkok dipengaruhi oleh faktor sejarah. Taburan penduduk di Bangkok adalah amat padat, iaitu

1200 orang satu kilometer persegi.

5
PERTANIAN:

Pertanian yang dijalankan di Kampung Gelong Bilal berdasarkan tanaman agrikultur. Antara

tanamannya ialah padi sawah. Tanaman ini ditanam dengan meluasnya di kampung ini. Tanah

aluvium yamg subur di kawasan ini menggalakkan penanaman padi sawah yang senang tumbuh

di tanah aluvium. Terdapat juga sesetengah petani yang menjalankan kebun-kebun kecil di

rumah masing-masing. Di Thailand, penanaman padi sawah dijalankan secara besar-besaran di

Dataran Bangkok dan Lembah Menam Chao Phraya. Pertanian menjadi kegiatan ekonomi utama

di negara Thailand.

PERNIAGAAN:

Perniagaan yang diusahakan di Kampung Gelong Bilal dijalankan oleh penduduk-penduduk

yang tinggal di sini dengan kedai runcit dan kedai makan. Peniaga-peniaga mengambil

kesempatan dengan menjalankan perniagaan di kawasan perumahan di sini. Di Thailand pula,

perniagaan dijalankan di kawasan tumpuan penduduk

Unsur Patriotisme:

Bentuk muka bumi di sini dapat menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi. Saya bangga kerana

dapat tinggal di kawasan yang dapat menjana sumber pendapatan negara.

5
HALANGAN BENTUK MUKA BUMI
TERHADAP KEGIATAN MANUSIA

Bentuk muka bumi bertanah pamah di Kampung Gelong Bilal mempunyai pelbagai kelebihan.

Tapi kampung ini juga mempunyai halangan bentuk muka bumi. Halangan bentuk muka bumi di

kampung ini ialah mudah banjir. Banjir mudah berlaku di kawasan bertanah pamah yang rendah

dan biasa berlaku ketika Angin Monsun Timur Laut. Banjir yang berlaku menyebabkan banyak

kerosakan kepada kampung ini.

Di Thailand pula, halangan yang terdapat di kawasan bertanah pamahnya ialah bentuk muka

bumi yang bertanah pamahnya adalah sempit. Kawasan bertanah pamah di Thailand tidak

mampu untuk menampung penduduknya yang begitu ramai. hal ini akan menyebabkan rumah-

rumah setinggan dibina oleh penduduk di Thailand terutamanya Bangkok.

Unsur Patriotisme:

Halangan di kampung ini menjadikan penduduk-penduduk di kanpung ini lebih gigih berusaha

untuk membaikpulih kerosakan tanaman yang berlaku. Saya berbangga kerana dapat tinggal di

kampung yang mempunyai penduduk yang rajin berusaha.

5
kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar

Kegiatan ekonomi yang giat dijalankan di Kampung Gelong Bilal meningggalkan pelbagai kesan

positif dan negatif. Kesan yang positif dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh penduduk

kampung. Kesan yang negatif terhadap alam sekitar dapat dilihat dengan jelas di kampung ini.

Pembinaan jalan raya yang semakin pesat dibangunkan di kampung ini menjadikan semakin

banyak pengguna jalan raya melalui jalan ini untuk ke pusat bandar. Pelepasan gas-gas

berbahaya dari kenderaan yang melalui kawasan ini menyebabkan pencemaran udara berlaku.

Pembinaan rumah dan jalan raya di kampung ini juga menyebabkan kejadian banjir mudah

berlaku disebabkan oeh air hujan yang tidak dapat diserap ke dalam tanah.

Di Thailand pula, kegiatan pertanian yang dijalankan menyebabkan pencemaran sungai dan

pencemaran tanah akibat penggunaan racun serangga dan baja kimia yang berlebihan oleh

penduduk di negara Thailand. Pembinaan petempatan di Bangkok pula menyebabkan kepupusan

flora dan fauna di kawasan tersebut.

Unsur Patriotisme:

Kesan-kesan yang disebabkan oleh kegiatan ekonomi yang pesat di kampung saya menjadikan

penduduk kampung sentiasa berfikir untuk mencari inisiatif lain untuk mengelakkan kesan-kesan

negatif daripada berlaku. Saya amat bangga kerana dapat tinggal di kawasan yang mempunyai

penduduk yang inovatif.

5
5

You might also like