You are on page 1of 1

LALA MASAK SERAI

resipi asal : K.Nor@SecubitGaram


Bahan:
500 gm lala - dibersihkan dan toskan
3 batang serai - dipotong serong
3 ulas bawang putih - diketuk
1in halia - dipotong panjang
5 biji cili api - diketuk/dihiris serong
1 sb sos tiram
1 biji bawang besar - dipotong bulat
daun bawang, tomato ceri/tomato biasa
garam dan gula utk perasa
2 sb minyak

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga
wangi.
Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau.
Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Kacau sebati dan masukkan lala. Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih
kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna.
Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air.
Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun
bawang.
Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah
dimakan dgn nasi putih.

You might also like