You are on page 1of 10

APLIKASI SISTEM KANBAN DALAM OPERASI PENGELUARAN

WIRE HARNESS
Amirthavalli a/p Govindan1 dan Sivasan Karan @ Siva Sangkaran Nair1, 2
Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak
amirtha@puo.edu.my , sivasan@puo.edu.my
ABSTRAK : Sistem Kanban merupakan salah satu sistem yang digunakan untuk
mempertingkatkan produktiviti dalam industri automotif. Sistem Kanban beroperasi berpandukan
isyarat dan memastikan bekalan dan output produktiviti adalah berdasarkan keperluan sebenar
pelanggan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan sistem Kanban yang diamalkan di
syarikat penghasilan wire harness yang dikaji dalam meningkatkan produktiviti operasi
pemotongan wayar dan pengetak wayar berbanding sistem tag pelekat yang diamalkan
sebelumnya. Perbandingan sistem ini dijalankan berpandukan kepada hasil pengeluaran di barisan
pengeluaran bagi proses pemotongan wayar dan proses pengetak wayar bagi jangkamasa 3 bulan
untuk setiap sistem. Hasil kajian mendapati sistem Kanban dapat meningkatkan produktiviti
dengan lebih berkesan berbanding sistem tag pelekat. Setelah implementasi sistem Kanban hasil
pengeluaran syarikat bagi proses pemotongan wayar telah meningkat melepasi sasaran
pengeluaran syarikat sebanyak 13.59% pada bulan Januari 2009 dan 31.09% pada bulan Februari
2009 .Manakala bagi proses pengetak wayar hasil pengeluaran telah meningkat sebanyak 17.10%
pada bulan Januari dan 33.78% bagi bulan Februari melepasi sasaran pengeluaran syarikat. Kadar
produktiviti pekerja bagi operasi pemotongan wayar telah meningkat kepada 681.52 unit/jam bagi
bulan Januari dan 786.52 unit/jam bagi bulan Februari melepasi sasaran syarikat sebanyak 600
unit/jam. Bagi proses pengetak wayar kadar produktiviti pekerja telah meningkat melepasi
sasaran syarikat sebanyak 459 unit/jam kepada 501.86 unit /jam untuk bulan Januari dan 573.33
unit/jam untuk bulan Februari. Sistem Kanban juga telah menjimatkan keseluruhan masa operasi
pengeluaran wire harness sebanyak 63.42mint. Daripada hasil kajian ini dapat disimpulkan
bahawa penggunaan sistem Kanban terbukti sesuai untuk diaplikasikan ke bahagian pengeluaran
industri automotif dalam usaha meningkatkan produktiviti.
Kata kunci : Kanban, tag pelekat, produktiviti, pemotongan wayar, pengetak wayar.
1. PENGENALAN
Syarikat-syarikat pengeluaran yang berasaskan industri automotif sering dibebani masalahmasalah seperti permintaan pasaran yang berubah-ubah, lebihan kerja dalam proses (WIP),
kos pekerja yang meningkat, penghantaran bahan mentah yang tidak konsisten, kerosakan
mesin, kecacatan produk atau komponen dan inventori statik. Bagi mengatasi masalahmasalah ini banyak syarikat pembuatan bertindak mengubah sistem tradisional mereka kepada
sistem berasaskan Just-In-Time (JIT) (Kabrychy et al, 1985). JIT merupakan salah sebuah
falsafah pengurusan yang berfungsi menghapuskan lebihan atau sisa pengeluaran dengan
mengeluarkan barangan yang diperlukan apabila diperlukan dalam kuantiti yang diperlukan
sahaja. Dengan ini produktiviti dapat ditingkatkan, masa menunggu antara proses dapat
dijimatkan, kos berkaitan setup mesin, kerosakan mesin dan inventori dapat dikurangkan
(Kabrychy et al, 1985). Kanban merupakan salah satu teknik utama dalam JIT yang digunakan
dalam operasi pengeluaran syarikat. Menurut Redmayne (2008), Kanban adalah sebuah sistem
pengurusan stok yang beroperasi membekalkan komponen atau produk dari satu bahagian ke

PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET |

107

bahagian yang lain dalam kilang ataupun dari satu kilang ke kilang yang lain. Sistem Kanban
memastikan sistem pengeluaran bertindak terhadap keperluan semasa atau sebenar pelanggan
dan bukannya terhadap ramalan atau jangkaan keperluaan. Sistem Kanban akan mencetuskan
pergerakkan automatik, pengeluaran atau pembekalan komponen atau produk apabila tahap
inventori jatuh kepada tahap minimum yang ditetapkan. Keperluan untuk menghasilkan
sesuatu komponen adalah berpandukan penggunaan dan selalunya diwakili oleh penanda pada
lantai, rak, bekas atau yang paling mudah dalam bentuk kad ataupun signal elektronik.
Dalam kertas kajian ini keberkesanan aplikasi sistem Kanban di dalam sebuah syarikat
pengeluaran wire harness yang terkemuka di Malaysia dikaji. Objektif utama kajian ini adalah
untuk membandingkan keberkesanan sistem Kanban berbanding sistem yang digunakan
syarikat sebelumnya bagi operasi pemotongan wayar dan pengetak wayar. Kajian
perbandingan ini dijalankan berasaskan tiga aspek iaitu :
i)
Kadar pengeluaran syarikat,
ii)
Kadar produktiviti pekerja
iii)
Dan masa operasi

2. KAJIAN LATARBELAKANG
Kanban adalah sebahagian daripada sistem pull yang menentukan bekalan atau pengeluaran
mengikut keperluan sebenar pelanggan. Dalam konteks apabila masa membekal adalah
panjang dan keperluan sukar dijangka, tindakan seterusnya adalah untuk bertindak mengikut
permintaan semasa. Dalam artikel tulisan Row (2010), contoh mudah aplikasi sistem Kanban
adalah menggunakan sistem tiga bekas untuk komponen bekalan (untuk keadaan dimana tiada
pengeluaran dalaman) dengan satu bekas di tapak kilang, satu bekas di stor kilang dan satu
bekas di stor pembekal. Pada setiap bekas terdapat kad kanban yang boleh alih yang
mengandungi maklumat produk dan maklumat penting yang lain. Apabila bekas di tapak
kilang kosong, bekas dan kad kanban tersebut dihantar ke stor kilang. Stor kilang akan
mengisi semula bekas dengan komponen mengikut kad dan seterusnya menghantar kembali ke
tapak kilang. Dengan ini proses terakhir pada sistem telah selesai. Perjalanan proses ini akan
berlaku secara berulang kali dengan hanya membekalkan bilangan produk atau komponen
yang diperlukan sahaja untuk memastikan tiada senario terlebih bekalan. Akan tetapi terdapat
bekas tambahan yang akan digunakan sekiranya berlaku ketidakpastian dalam bekalan atau
gangguan dalam proses penghantaran serta penggunaan. Untuk memastikan sistem kanban
yang dilaksanakan adalah yang baik dan efisin adalah penting untuk mengira bilangan kad
kanban yang terdapat dalam sistem bersesuaian dengan bilangan produk.
Menurut Mukhopadhyay dan Shanker (2005) sistem Kanban adalah merupakan salah satu
sistem pengeluaran dan kawalan inventori yang termudah, efektif dan termurah. Sistem
kanban telah terbukti dalam mengurangkan inventori, mencantas overhed, mengurangkan
penggunaan komputer dan menghapuskan lebihan stok, ini membawa kepada peningkatan
kualiti dan servis. Menurut Roos (1992), implimentasi sistem Kanban di dalam kebanyakan
kilang pembuatan adalah berikutan kelebihan seperti berikut: prosesnya mudah dan senang
difahami, informasi yang dibekalkan cepat dan tepat, aliran informasi melibatkan kos yang
rendah, memberi respon yang cepat terhadap perubahan, menghadkan kapasiti berlebihan
dalam proses, mengelakkan pengeluaran berlebihan, meminimumkan pembaziran,
mengagihkan tanggungjawab dan kerja kepada pekerja pengeluaran. Kanban juga bertindak
sebagai satu keadah yang merasionalkan proses pengeluaran dan mengesan punca masalah
PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET |

108

dalam proses pengeluaran. Proses pengesanan masalah menjadi mudah dan senang kerana
aliran Kanban akan terhenti jika ada masalah pada mana-mana bahagian dalam aliran
pengeluaran. Rahman et al (2006) telah menjalankan kajian ke atas sebuah syarikat yang
pengeluaran mesin pemotong rumput di Australia. Syarikat tersebut telah menggunakan teknik
Kanban daripada sistem MRP (manufacturing resourse planning) yang diamalkan
sebelumnya. Proses implementasi Kanban dengan beberapa perubahan pelan tapak kerja
pemasangan telah mengurangkan bilangan pekerja daripada tiga orang per stesyen kerja ke
dua orang iaitu pengurangan kos pekerja sebanyak 33%. Masa pemasangan mesin telah
berkurang disebabkan pengurangan kerja dalam proses (WIP). Pengurangan ini membawa
kepada peningkatan produktiviti .Unit kos untuk setiap pemasangan berkurang dan bilangan
barangan rosak dan buat semula juga telah berkurang.
3. METODOLOGI
Bagi tujuan kajian ini data pengeluaran harian bagi proses pemotongan wayar dan proses
pengetak wayar telah diperolehi daripada bahagian operasi kilang syarikat yang dikaji bagi
jangka masa enam bulan iaitu dari bulan September 2008 sehingga bulan Januari 2009. Data
pengeluaran bagi tiga bulan yang pertama adalah bagi proses pengeluaran yang berasaskan
sistem tag pelekat dan tiga bulan yang seterusnya adalah bagi sistem pengeluaran berasaskan
Kanban. Data ini dikaji kerana keberkesanan sistem Kanban pada dua proses yang utama ini
akan memberikan impak yang ketara terhadap proses-proses yang seterusnya. Analisa data
pengeluaran syarikat bagi proses pemotongan wayar dan pengetak wayar dijalankan dengan
mendapatkan min pengeluaran harian bagi setiap bulan dan membandingkan nilai pengeluaran
min di antara sistem tag pelekat dan sistem Kanban. Min pengeluaran ini juga dibandingkan
dengan sasaran pengeluaran syarikat bagi kedua-dua proses pemotongan wayar dan pengetak
wayar.
Min pengeluaran harian untuk setiap bulan bagi operasi pemotongan wayar dan pengetak
wayar untuk kedua-dua sistem tag pelekat dan Kanban dikira berdasarkan formula dibawah
(1):
Min pengeluaran harian =

jumlah pengeluaran harian sebulan


bilangan hari bekerja sebulan

(1)

Perbandingan sasaran pengeluaran harian yang ditetapkan dengan min pengeluaran harian bagi
setiap bulan dikira dalam bentuk peratusan menggunakan formula seperti berikut (2):
Perbandingan (%) = ( min pengeluaran harian sasaran pengeluaran harian) x 100% (2)
sasaran pengeluaran harian

Berpandukan kepada min pengeluaran harian kadar produktiviti pekerja dapat diperolehi
menggunakan formula di bawah (3):
Kadar produktiviti pekerja =

kuantiti kerja sehari (bilangan produk)


Jumlah jam bekerja sehari

(3)

Masa operasi bagi barisan pengeluaran melibatkan tag pelekat dan sistem Kanban juga
dikumpulkan bagi tujuan analisis. Perbandingan masa operasi dilakukan dengan
mengambilkira purata waktu yang diperlukan bagi setiap langkah dalam penghasilan wire
harness menggunakan aplikasi sistem tag pelekat dan sistem Kanban.
PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET |

109

4. KEPUTUSAN KAJIAN
Rajah 1 menunjukkan keputusan bagi analisis yang dijalankan ke atas data pengeluaran harian
untuk enam bulan bagi proses pemotongan wayar. Daripada Rajah 1 dapat dilihat dengan jelas
bahawa terdapat peningkatan hasil pengeluaran bagi proses pemotongan wayar yang ketara
selepas bulan November. Hasil pengeluaran bagi tiga bulan yang pertama iaitu September,
Oktober dan November menunjukkan min pengeluaran harian yang tidak banyak berbeza.
Malahan terdapat penurunan hasil pengeluaran pada bulan Oktober berbanding bulan
September dan peningkatan min pengeluaran harian cuma sebanyak 6% tercapai pada bulan
Novenber berbanding bulan Oktober. Bagi tiga bulan yang terawal ini sistem tag pelekat
diaplikasikan dalam proses pengeluaran. Tetapi bermula bulan Disember selepas aplikasi
sistem Kanban ke dalam barisan pengeluaran bagi proses pemotongan wayar terdapat
perubahan pengeluaran yang ketara iaitu sebanyak 54.8 % berbanding bulan sebelumnya. Bagi
bulan Januari peningkatan kadar pengeluaran adalah sebanyak 24.5% berbanding bulan
Disember dan pada bulan Februari terdapat peningkatan output pengeluaran hampir 15.4%
berbanding bulan sebelumnya.
Graf Min Pengeluaran Harian Lawan Bulan Pengeluaran
Min Pengeluaran Harian

20000.00
15000.00
10000.00
5000.00
0.00
September Oktober November Disember
2008
2008
2008
2008

Januari
2009

Februari
2009

Bulan Pengeluaran

Rajah 1: Min pengeluaran harian berdasarkan kepada bulan pengeluaran proses pemotongan wayar

Sasaran pengeluaran harian bagi proses pemotongan wayar yang ditentukan oleh syarikat
adalah sebanyak 12,600 unit. Berdasarkan Jadual 1 min pengeluaran harian bagi bulan Januari
dan Februari melebihi sasaran syarikat sebanyak 13.59 % pada bulan Januari dan 31.09%
bulan Februari. Peningkatan ini berlaku selepas aplikasi sistem Kanban ke dalam proses
pemotongan wayar. Min pengeluaran syarikat bagi tiga bulan semasa aplikasi sistem tag
pelekat menunjukkan hasil pengeluaran berada dibawah garis sasaran pengeluaran dan barisan
pengeluaran tidak berfungsi pada tahap maksimum. Walaupun pengeluaran pada bulan
Disember tidak mencapai sasaran pengeluaran tetapi min pengeluaran syarikat pada bulan
tersebut jauh lebih meningkat berbanding bulan-bulan sebelumnya dan menghampiri sasaran
pengeluaran syarikat dengan perbezaan hanya 8.78%.
Daripada Jadual 1 didapati kadar produktiviti pekerja bagi setiap bulan selepas implmentasi
sistem Kanban pada barisan pengeluaran operasi pemotongan wayar telah meningkat bermula
daripada bulan Disember 2008 sebanyak 353.69 unit/jam diikut bulan Januari 2009 sebanyak
681.52 unit/jam dan bulan Februari 2009 sebanyak 786.52 unit/jam. Bagi bulan September
2008 sehingga November 2008 kadar produktiviti pekerja adalah tidak konsistan dimana kadar
PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET |

110

produktiviti pekerja pada bulan Oktober 2008 adalah lebih rendah berbanding bulan
sebelumnya tetapi kadar produktiviti pekerja telah meningkat pada bulan yang seterusnya.
Kadar produktiviti pekerja juga berada dibawah paras sasaran kadar produktiviti pekerja yang
ditetapkan oleh syarikat sebanyak 572 unit/hari bagi empat bulan yang pertama. Kadar
produktiviti pekerja melepasi sasaran kadar produktiviti pekerja syarikat bulan Januari dan
Februari iaitu selepas implementasi sistem Kanban.

Bulan Pengeluaran
September 2008
Oktober 2008
November 2008
Disember 2008
Januari 2009
Februari 2009

Min
Pengeluaran(unit)
7064.18
7008.74
7427.50
11494.35
14311.82
16517.00

Sasaran
Pengeluaran(unit)
12600
12600
12600
12600
12600
12600

Peratus
Perbezaan
-43.94
-44.38
-41.05
-8.78
13.59
31.09

Jadual 1: Perbandingan min pengeluaran bulanan dengan sasaran pengeluaran syarikat bagi
proses pemotongan wayar.
Daripada Rajah 2 dapat dilihat bahawa peningkatan hasil pengeluaran bagi proses pengetak
wayar berlaku setiap bulan . Perubahan yang paling minima berlaku di antara bulan Oktober
dan November dengan perubahan min pengeluaran sebanyak 13.72%.
Peningkatan
pengeluaran yang paling tinggi berlaku pada bulan Disember iaitu sebanyak 33.46%
berbanding bulan sebelumnya. Di antara bulan Disember, Januari dan Februari didapati min
pengeluaran meningkat tetapi peratus peningkatan antara bulan menjadi makin berkurang.
Peningkatan antara bulan Januari dengan bulan Disember adalah sebanyak 22.11% dan
peningkatan antara bulan Februari dan bulan Januari adalah sebanyak 14.46% .
Bulan
September 2008
Oktober 2008
November 2008
Disember 2008
Januari 2009
Februari 2009

Jam bekerja
(jam)
21
21
21
21
21
21

Min pengeluaran
harian (unit)
7064.18

Kadar Produktiviti
Pekerja (unit/jam)
336.39

7008.74
7427.50
11494.35
14311.82
16517.00

333.75
353.69
547.35
681.52
786.52

Jadual 2 : Pengiraan kadar produktiviti pekerja mengikut bulan pengeluaran bagi proses
pemotongan wayar

PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET |

111

Min Pengeluaran
Harian

Min Pengeluaran Harian Lawan Bulan Pengeluara n


16000.00
12000.00
8000.00
4000.00
0.00
September Oktober
2008
2008

November Disember
2008
2008

Januari
2009

Februari
2009

Bulan Pengeluaran
Rajah 2: Graf min pengeluaran harian berbanding pengeluaran bagi proses pengetak wayar

Berdasarkan Jadual 3 min pengeluaran syarikat bagi proses pengetak wayar mula melebihi
sasaran syarikat iaitu 9,000 unit sehari bermula bulan Januari. Bagi empat bulan yang terawal
pengeluaran syarikat adalah di bawah sasaran pengeluaran syarikat. Senario pengeluaran
menunjukkan peningkatan yang signifikan selepas aplikasi sistem Kanban pada bulan
Disember dengan min pengeluaran sangat hampir berbanding sasaran syarikat dengan
perbezaan cuma 5.06%. Peningkatan pengeluaran bagi bulan Januari dan Februari terus
melebihi sasaran sebanyak 17.10% bagi bulan Januari dan 33.78% bagi bulan Februari.
Bulan
Pengeluaran
September 2008
Oktober 2008
November 2008
Disember 2008
Januari 2009
Februari 2009

Min Pengeluaran
(unit)
5154.09
5435.22
6232.00
8544.78
10539.09
12040.00

Sasaran
Pengeluaran (unit)
9000
9000
9000
9000
9000
9000

Peratus Perbezaan
-42.73
-39.61
-30.76
-5.06
17.10
33.78

Jadual 3: Perbandingan min pengeluaran bulanan dengan sasaran pengeluaran syarikat bagi
proses pengetak wayar
Jadual 4 menunujukkan kadar produktiviti pekerja bagi proses pengetak wayar untuk tempoh
masa bulan September 2008 sehingga Februari 2009. Kadar produktiviti pekerja bagi operasi
pengetak wayar yang disasarkan oleh syarikat adalah 459 unit/jam. Daripada jadual didapati
kadar produktiviti pekerja bagi proses pengetak wayar meningkat secara berterusan bagi setiap
bulan dengan peningkatan yang ketara pada bulan Disember iaitu sebanyak 110.13unit/jam
berbanding bulan yang sebelumnya. Pada empat bulan yang pertama kadar produktiviti
pekerja berada dibawah sasaran kadar produktiviti pekerja syarikat. Kadar produktiviti pekerja
mula melepasi sasaran kadar produktiviti pekerja syarikat pada bulan Januari 2009 dengan
nilai 501.86 unit/jam diikuti peningkatan sebanyak 573.33 unit/jam pada bulan Februari 2009.
Bulan
Pengeluaran
September 2008
Oktober 2008

Jam bekerja
(jam)
21

Min pengeluaran
harian (unit)
5154.09

Kadar Produktiviti
Pekerja (unit/jam)
245.43

21

5435.22

258.82

PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET |

112

November 2008
Disember 2008
Januari 2009
Februari 2009

21
21
21
21

6232.00
8544.78
10539.09
12040.00

296.76
406.89
501.86
573.33

Jadual 4 : Pengiraan kadar produktiviti pekerja mengikut bulan pengeluaran bagi proses
pengetak wayar
Jadual 5 didapati tempoh masa bagi keseluruhan masa operasi penghasilan wire harness
menggunakan sistem Kanban adalah lebih cepat berbanding dengan sistem tag pelekat
sebanyak 63.42 minit. Penjimatan yang signikan ini adalah disebabkan pengurangan langkah
kerja dalam proses pengeluaran wire harness disebabkan implimentasi sistem Kanban. Bagi
sistem tag pelekat, tag perlu dicetak bagi setiap proses daripada unit pengurusan dan kawalan
pengeluaran dengan masa penyediaan bagi setiap tag 30 minit diikut masa untuk
mengasingkan tag mengikut mesin dan lukisan selama 30 minit. Tetapi apabila sistem Kanban
diaplikasikan masa mencetak tag setiap hari dapat dijimatkan kerana kad Kanban
menggunakan prinsip guna-semula. Pekerja barisan (line workers) hanya perlu mengambil kad
dari pusat Kanban untuk mengetahui penetapan mesin (machine setting) yang mengambil
masa 5 minit.
Masa purata operasi bagi proses pemotongan wayar dan pengetak wayar diambil dalam dua
peringkat iaitu peringkat pertama daripada proses penetapan mesin sehingga selesai proses
pemotongan wayar dan peringkat kedua dari proses pengambilan produk dari rak
penyimpanan produk selepas pemotongan sehingga selesai proses pengetak wayar dan
dihantar ke Junkan. Tujuan operasi ini dibahagikan kepada dua peringkat kerana setiap
peringkat melibatkan operator pengeluaran yang berbeza. Bagi sistem tag pelekat purata masa
operasi peringkat pertama adalah 17.46 minit dan peringkat kedua adalah 7.62 minit, Jadual 5.
Bagi sistem Kanban pula, purata masa bagi operasi peringkat pertama adalah 11.43 minit dan
bagi peringkat kedua adalah 6.23 minit. Perbezaan masa operasi diantara sistem tag pelekat
dan sistem Kanban bagi operasi peringkat pertama adalah 6.03 minit. Bagi perbezaan masa
operasi diantara sistem tag pelekat dan sistem Kanban bagi operasi peringkat kedua adalah
1.39 minit.

Sistem Tag Pelekat


(Proses)
mencetak tiket/tag
mengagihkan mengikut
mesin dan lukisan

Masa operasi
(minit)
30
30

setup mesin
semakan kawalan kualiti
proses pemotongan
wayar
rak pemotongan (idle
time)

11
2.09
4.37
1.34

Sistem Kanban
( Proses)
Pusat kanban ( cetakan
hanya dijalankan sekali
sahaja kerana kad
diguna kembali)
setup mesin
semakan kawalan kualiti
proses pemotongan
wayar
rak pemotongan (idle
time)

Masa Operasi
(minit)
5

4.3
2.03
4.1
1

PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET |

113

proses pengetak manual


semakan kawalan kualiti
Jumlah masa

5
1.28
85.08

proses pengetak manual


semakan kawalan kualiti
Jumlah masa

4.21
1.02
21.66

Jadual 5: Purata masa keseluruhan operasi bagi penghasilan wire harness


5. PERBINCANGAN
Hasil daripada analisis didapati aplikasi sistem Kanban ke dalam barisan pengeluaran bagi
proses pemotongan wayar dan pengetak wayar telah dapat membantu meningkatkan hasil
pengeluaran di kedua-dua bahagian ini. Peningkatan yang berlaku adalah sekata bagi setiap
bulan pengeluaran untuk ketiga-tiga syif yang menjalankan operasi kerja. Peningkatan yang
ketara dapat dilihat pada bulan pertama (Disember) dimana sistem kanban telah diaplikasi
dalam proses pemotongan wayar dan pengetak wayar. Bermula bulan Januari barisan
pengeluaran telah memberikan sasaran pengeluaran yang dikehendaki oleh syarikat. Min
pengeluaran bagi kedua-dua proses bagi bulan Januari dan Februari juga telah terus meningkat
melepasi sasaran pengeluaran syarikat.
Bagi kadar produktiviti pekerja pula bulan September 2008 hingga November 2008
menunjukkan kadar produtiviti pekerja yang kurang 60% berbanding sasaran syarikat bagi
kedua-dua proses. Kadar ini adalah dalam keaadaan yang merugikan syarikat mengikut kajian
yang dijalankan oleh Rajesh Bheda (2010). Tetapi selepas implimentasi sistem Kanban kadar
produktiviti pekerja telah meningkat bagi kedua-dua operasi pemotongan wayar dan pengetak
wayar dengan kadar produktiviti pekerja melepasi sasaran kadar produktiviti pekerja syarikat
bermula bulan Januari 2009.
Daripada perbandingan masa operasi ini didapati sistem Kanban dapat mengurangkan masa
operasi keseluruhan dan mempercepatkan operasi antara satu langkah kerja dengan yang lain.
Keputusan masa operasi ini ini adalah sejajar dengan kajian yang dijalankan oleh Nagare et al.
(2012), Jarupathirun et al. (2009) dan Rahman et al. (2006) yang menunjukkan aplikasi sistem
Kanban dalam barisan pengeluaran dapat mengurangkan masa operasi sesuatu proses.
Pengurangan masa operasi ini adalah berikutan pengurangan kerja dalam proses (WIP),
pengurangan masa menunggu antara proses (idle time) dan pengurangan langkah kerja.
Pengurangan masa ini membawa kepada peningkatan kecekapan operasi keseluruhan dan
meningkatkan produktiviti.

6. KESIMPULAN
Kesimpulan daripada analisis data pengeluaran harian menunjukkan aplikasi sistem Kanban ke
dalam barisan pengeluaran bagi proses pemotongan wayar dan pengetak wayar membantu
meningkatkan hasil pengeluaran di kedua-dua bahagian ini. Pengeluaran syarikat selepas
implimentasi sistem Kanban telah meningkat sehingga memenuhi sasaran pengeluaran
syarikat bagi kedua-dua proses. Malah telah melangkaui sasaran pengeluaran syarikat pada
bulan Januari dan Februari. Kajian juga menunjukkan kadar produktiviti pekerja yang berada
dibawah sasaran kadar produktiviti pekerja syarikat bagi kedua-dua proses ketika sistem tag
pelekat diamalkan meningkat selepas sistem Kanban diaplikasi. Masa operasi bagi sistem
Kanban juga didapati lebih cepat berbanding masa operasi menggunakan tag pelekat.
Penjimatan masa ini berlaku disebabakan dua perkara yang penting: pertama, tidak perlu
PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET |

114

menghasilan kad baru bagi setiap kali operasi dan seterusnya ia mengurangan langkah kerja
dan kedua, masa menunggu proses susulan dikurang. Sistem Kanban telah menjimatkan
keseluruhan masa operasi pengeluaran wire harness sebanyak 63.42mint. Dengan ini didapati
aplikasi sistem Kanban ke dalam proses pengeluaran syarikat ini telah dapat meningkatkan
hasil pengeluaran syarikat, menjimatkan masa operasi dan mengurangkan kos operasi yang
telah membawa kepada peningkatan produktiviti syarikat secara keseluruhannya.
7. RUJUKAN
Adrian,J., 1999. Five Leadership Skills for Implementing Productivity Improvement.
Contruction Productivity Newsletter , Volume 20.
Besterfield, D.H., Besterfield-Michna. C., Besterfield, G.H. & Besterfield- Scare.M.,
2003.Total Quality Management. Edisi ke-3. New Jersey: Pearson Education
Inc.
Chalmers, N.J, 1989. Industrial Relations in Japan. The Peripheral Workforce.
Londan : Routledge.
Chen, J.C, Dugger, J. & Hammer, B., 2001. A Kaizen Based Approach For Cellular
Manufacturing Systen Design : A Case Study. The Journal Of Technology
Studies 27 , Summer/Fall 2001.
Jarupathirun, S., Ciganek, A.P., Chotiwankaewmanee, T. & Kerdpitak, C., 2009.
Supply Chain Efficiencies Through E-Kanban: A Case Study. International
Conference on IT to Celebrate S. Charmonman's 72nd Birthday, Thailand,
March 2009.
Key Tone Technologies, 2011. WIP tracking in Auto Industry. http//www.Keytonetech.
Com/resourses/smartwip/WIP%20tracking/ [12 Mac 2012]
Krajewski,L., Ritzman. L. & Malhotra,M., 2007 . Operations Management Processes
and Value Chain. Edisi ke-8. New Jersey: Pearson Education Inc.
Kabrychy, N.J., Ghare, P.M., and Torgeson, P.E. (1984), Applied Operation research and
Management Science, Prentice Hall, Englewood Cliffs, NJ.
Kum, Khiong Yang. 2000. Managing A Flow Line With Single-Kanban, Dual-Kanban Or
Conwip. Production And Operations Management 4(9): 349366.
Mukhopadhyay, S.K. & Shanker, S., 2005. Kanban Implementation At A Tyre
Manufacturing Plant: A Case Study. Production Planning & Control: The
Management of Operations 16 (5), 2005.
Nagare, M.R., Dahiphale, Krishna N. & Vedak , Nilesh., 2012. Kanban
Implementation for Hassle Free Manufacturing. International Conference on
Technology and Business Management March 26-28. 2012: 521-531.
Ohno,T. 1988. Toyota Production System: Beyond Large-Scale Production. Oregon:
Productivity Press.
Olsson, J. 2012. Kanban An Integrated JIT System. Management System Consulting.
http://msc-inc.net/documents/kanban.html [15 Mac 2012].
PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET |

115

Perbadanan Produktiviti Negara , 1997. Produktiviti: Prinsip Asas. Petaling Jaya:


Perbadanan Produktiviti Negara (NPC).
Rahman. A.,Chattopaddhyay. G. & Wah. S., 2006. Kanban Applied to Reduce WIP in Chipper
Assembly for Lawn. Only LawnMowers.Net.
Redmayne, 2008. Lean Manufacturing Techniques - Pull / Kanban Systems. Redmayne
Limited. http://www.redmayne.com/lean-manufacturing/pull-kanban-systems.html [10
Mac 2012]
Roos ,L.U., 1992. Resource Allocated Production. Almqvist &Wiksell, Malmo:
Sweden.
Error! Hyperlink reference not valid. Error! Hyperlink reference not valid.
Error! Hyperlink reference not valid.
Ryser, R.L., 1996. Contruction Productivity : A measurement of Workers Efficiency. PMC
INC.
Sugimori, Y., Kusunoki,K., Cho, F. & Uchikawa, S., 1977. Toyota production system and
Kanban system Materialization of just-in-time and respect-for-human System.
International Journal of Production Research 15 (6): 553-564.
Tolani, Roshan., 2012. Kanban: Magic in Manufacturing. ManufacturingCrossing.
http://pdf.employmentcrossing.com/manufacturing/340006.pdf [10 Mac 2012].

PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET |

116

You might also like