rakan-rakan sekalian . Saya akan menyampaikan sebuah cerita iaitu Ikan Sembilang. Di hujung sebuah kampung terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Di dalam tasik itu ada banyak ikan. Namun begitu, tiada sesiapa pun yang berani menangkap ikan di tasik itu.
Sesiapa yang cuba menangkap ikan di tasik itu akan
ditimpa bencana. Oleh itu, sesiapa yang melalui kawasan itu akan cepat-cepat berlalu dari situ. Jika orang luar datang ke tasik itu untuk menangkap ikan, penduduk kampung akan melarangnya. Pada suatu hari ada seorang wanita yang bernama Suri. Suri baru berpindah ke kampung itu. Dia diingatkan jirannya tentang bahaya menangkap ikan di tasik itu.
" Ah, mustahil ikan boleh membawa bencana
kepadaku," kata Suri yang enggan percaya kata-kata jirannya. "Terserahlah kepada kamu, sama ada mahu percaya atau tidak", kata jirannya lagi. "Suka hati akulah nak buat apa," kata Suri dengan degil. Ketika bulan mengambang, Suri pergi ke tasik itu. Dia membawa serawan jala dan beras sebagai umpan. Suri sangat gembira ketika tiba di tasik itu."Tentu aku dapat banyak ikan," katanya sendiri.
Tiba-tiba muncul seorang wanita tua. Dia melarang Suri
menangkap ikan. "Di tasik ini banyak bahayanya. Baliklah sebelum terjadi apa-apa," pesan wanita tua itu. "Jangan ganggu saya. Saya tahu jaga diri," kata Suri dengan suara yang kasar. Wanita tua itu pun pergi dari situ. Suri tidak peduli akan wanita tua itu. Dia hanya mahu menangkap ikan di tasik itu. Suri menabur beras ke dalam tasik. Ikan berebutrebut untuk makan beras itu. Suri berjaya menangkap sembila ekor ikan. Dia terus menyiang ikan dan memanggang ke semua ikan tersebut. Kemudian dia memakan kesemua ikan itu.
"Puas hatiku dapat makan ikan di tasik ini. Aku mahu
tangkap ikan di sini lagi" kata Suri dengan bangga. Ha, kawan-kawan nak tahu apa yang akan terjadi pada Suri seterusnya? Tiba-tiba Suri berasa sakit perut. Dia menjerit meminta tolong . Wanita tua yang memberi nasihat tadi muncul. "Saya tidak dapat menolong kamu," kata wanita tua itu kesal. "Saya merasa menyesal kerana tidak mendengar nasihat nenek" kata Suri.
Tiba-tiba, terdengar suara ghaib, "Kamu telah makan
sembilan ekor ikan. Sebagai balasannya , kamu disumpah menjadi ikan sembilang". Ya kawan-kawan, Suri telah bertukar menjadi ikan sembilang. Nasib Suri sungguh malang. "Itulah akibat tidak mahu mendengar nasihat",kata wanita tua itu. Wanita tua itu pun mengambil ikan sembilang dan melepaskan ke dalam tasik. Maka tinggal lah Suri sebagai ikan sembilang di tasik itu.
Inilah balasan kepada orang yang
degil dan bertindak sesuka hati.. Dari cerita tadi, kita dapat mengambil pengajaran, supaya dengarlah nasihat orang yang lebih tua daripada kita supaya hidup kita sejahtera selalu. Sekian. Terima kasih.
Assalamualaikum dan selamat
sejahtera , Titipan pembukaan saya ucapkan, Ikan Sembilang tajuk cerita, Buat teladan dan juga pedoman.