You are on page 1of 10

Soalan 1 hingga Soalan 7

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1

Emak menegur adik kerana rambutnya _______________ tidak disikat selepas mandi
tadi.
A
robak-rabik
B
compang-camping
C
kusut-masai
D
senget-benget

Qistina yang fasih berbahasa Jepun itu kini menjawat jawatan _____________ di Wisma
Putra.
A
jurubahasa
B
juruhebah
C
juruacara
D
juruulas

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

Mariam ____________ kerongsang mutiara itu pada tudungnya sebagai perhiasan.


A
meletakkan
B
menyematkan
C
mengepilkan
D
melekatkan

Adik Ali ____________ sahaja guni yang berisi buah kelapa itu kerana terlalu berat
untuk diangkat.
A
menolak
B
menunda
C
menyeret
D
menuntun

__________ ekonomi yang melanda negara itu semakin buruk menyebabkan ramai
rakyatnya kehilangan pekerjaan.
A
Kemerosotan
B
Kemunduran
C
Kepincangan
D
Kemelesetan

_____________ mendapat keputusan yang cemerlang, _____________ Salmi tidak dapat


melanjutkan pelajarannya kerana faktor kemiskinan.
A
B
C
D

Walaupun ....... namun


Akan .......... tetapi
Baik ........ ataupun
Bukan sahaja ......... tetapi juga

______________ main hujan, nanti demam, nasihat datuk kepada cucu-cucunya yang
leka bermain hujan.
A
Jemput
B
Sila
C
Pergi
D
Jangan

Soalan 8 hingga soalan 14


Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D.
8

Saya bukan tahu bahawa Khairil tidak bekerja di syarikat ini lagi sekiranya kamu tidak
A
B
C
memaklumkan perkara itu kepada saya. Tiada kesalahan.
D

Sekandang lembu-lembu Pak Mat telah mati kerana mengidap penyakit kuku dan mulut.
A
B
C
Tiada kesalahan.
D

10

Buah bacang di dalam guni itu saya peram supaya cepat masak. Tiada kesalahan.
A
B
C
D

11

Majlis perkahwinan abang terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan oleh kerana jatuh
A
B
C
sakit. Tiada kesalahan.
D

12

Iqram suka makan pisang goreng yang dicecah dengan sedikit cili sos. Tiada kesalahan.
A
B
C
D

13

Larangan menggunakan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah telah


A
dikuat kuasakan dengan serta merta setelah pihak kementerian mengkaji penggunaannya.
B
C
Tiada kesalahan.
D
14
DYMM Yang di-Pertuan Agong mengurniakan darjah kehormatan kepada rakyat yang
A
berjasa sebagai tanda penghormatan di atas jasa dan bakti mereka kepada negara.
B
C
Tiada kesalahan.
D
Soalan 15 hingga soalan 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
15

I
II
III
IV
A
B
C
D

16

I
II
III
IV
A
B
C
D

17

I
II

Menurut kepercayaan masyarakat Arab Jahiliyah, kemunculan di pertengahan


perjalanan membawa alamat yang tidak baik.
Fadli mencari rumah sewa berdasarkan alamat yang tertera dalam iklan dalam
surat khabar.
Alamat yang diberikan oleh Mak Ani kepada cucunya tidak lengkap.
Orang itu menggunakan bahasa alamat untuk berbual.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Buku-buku sebegini sangat baik dibaca oleh kanak-kanak.
Kecederaan lama yang dialaminya masih belum baik lagi.
Dia dikenali ramai kerana kelakuannya yang baik dan menghormati orang tua.
Anak penghulu kampong ini sememangnya amat dikenali sebagai gadis yang
berbudi baik.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Masa depan Azman bertambah cerah setelah dia ditawarkan bekerja di bank
tersebut.
Air mukanya cerah sedikit setelah mendengar berita baik itu.

III
IV
A
B
C
D

Cerah sungguh pancaran mentari pagi ini, bisik Salmi kepada Rozi.
Rumahnya kelihatan cerah setelah mendapat bekalan elektrik.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja

Soalan 18 hingga 21
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.
18

19

20

21

Yang Amat Berhormat Datuk Amin Yaakub berjumpa dengan rakyat di seluruh pelusuk
kampung itu sebelum pilihan raya diadakan.
A
di seluruh pelusuk kampung
B
di seluruh pelosok kampung
C
ke seluruh pelosok kampung
D
ke seluruh pelusuk kampong
Menjelang hari raya, kakak menerima banyak tempahan-tempahan baju kurung.
A
menerima banyak tempahan
B
banyak menerima tempahan
C
banyak menerima tempahan-tempahan
D
menerima banyak tempahan-tempahan
Sekiranya saya mendapat kebenaran daripada ibu saya, barulah saya boleh menyertai
rombongan itu.
A
Jika saya dapat
B
Sekiranya saya dapat
C
Jika sekiranya saya dapat
D
Sekiranya saya mendapat
Kejadian ribut taufan di Taiwan itu telah mengorbankan banyak nyawa dan harta benda.
A
telah mengorbankan ramai
B
telah banyak mengorbankan
C
mengorbankan telah banyak
D
telah mengorbankan banyak

Soalan 22-24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.
22

Dua orang lelaki Cina yang terlibat dalam kemalangan ngeri itu telah meninggal
dunia dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.
A
Perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur, kedua-dua mangsa kemalangan
ngeri yang berbangsa Cina itu telah meninggal dunia.
B
Dalam kemalangan ngeri yang berlaku berdekatan Hospital Besar Kuala Lumpur,
dua orang lelaki Cina meninggal dunia di tempat kejadian.

C
D

23

24

Dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur, dua orang lelaki berbangsa
Cina telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri yang meragut nyawa mereka.
Dalam perjalanan menuju ke Hospital Besar Kuala Lumpur, dua orang lelaki Cina
terlibat dalam kemalangan ngeri lalu meninggal di tempat kejadian.

Cis, berani engkau menuduh aku sebagai penipu! kata Lias kepada rakannya.
A
Dengan nada kemarahan, Lias berkata kepada rakannya yang berani menuduhnya
sebagai penipu.
B
Dengan nada kemarahan, Lias berkata kepada rakannya yang berani menipunya.
C
Lias berkata kepada rakannya, iaitu berani rakannya menuduhnya sebagai penipu.
D
Lias menuduh rakannya sebagai penipu dengan berani dan nada yang marah.
Kanta lekap begitu terkenal dalam kalangan remaja dan kira-kira 60 peratus daripada
pemakainya ialah wanita.
A
Kira-kira 60 peratus pemakai lekap ialah wanita dan terkenal dalam kalangan
remaja.
B
Begitu terkenal kanta lekap dalam kalangan remaja dan pemakainya adalah
sebanyak 60 peratus wanita.
C
Kaum wanita adalah 60 peratus yang memakai kanta lekap yang begitu terkenal
dalam kalangan remaja.
D
Dalam kalangan remaja, kanta lekap amat terkenal dan lebih kurang 60 peratus
daripada pemakai kanta lekap ialah wanita.

Soalan 25-27
Pilih ayat-ayat yang betul.
25

I
II

26

III
IV
A
B
C
D
I
II
III
IV
A
B
C
D

Pasukan komando yang dihantar bertugas ke kawasan sempadan itu berani


sungguh.
Piring yang sumbing itu tidak boleh digunakan untuk menghidangkan makanan
lagi.
Puan Zalina pergi ke salun untuk meluruskan rambutnya yang kerinting.
Jarak antara rumah saya dengan rumah Puan Supiah sangat panjang.
I dan II sahaja
I dan III sahaja
I, II, dan III sahaja
II, III, dan IV sahaja
Jangankan pulang ke kampung, menulis surat pun dia tidak pernah.
Saya akan menghadiri seminar itu apabila tiada pengganti.
Mereka mendengar ceramah tentang kepentingan mempelajari bahasa Inggeris.
Abang Osman membaca surat khabar dan mendengar radio.
I dan II sahaja
I dan III sahaja
I, II, dan III sahaja
II, III, dan IV sahaja

27

I
II
III
IV

Puan Shima merupakan seorang dermawan di Hospital Kuala Pilah.


Sungai itu mengalir dari Bukit Tunggal hingga ke kuala sungai, kata Nida.
Siaran langsung perlawanan badminton itu akan disiar pada pukul 7.00 malam.
Para tetamu dipelawa oleh Puan Awanis untuk merenjiskan air mawar kepada
pasangan pengantin itu.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja

A
B
C
D
Soalan 28-30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
28

29

Sementara menunggu tawaran kerja yang tetap, Hamdi tidak segan untuk menjadi
pembantu jurujual sementara di sebuah pasar raya di bandarnya.
Sikap Hamdi sesuai dengan peribahasa
A
alang-alang berdakwat biar hitam.
B
biar putih tulang jangan putih mata.
C
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
D
berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak.
Peribahasa berikut mempunyai maksud yang sama, kecuali
A
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
B
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
C
masing-masing perahu, masing-masing kayuh.
D
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Kecil jangan disangka anak,
Besar jangan disangka bapa

30

Maksud peribahasa di atas ialah


A
seseorang yang pada mulanya bodoh, jika rajin berusaha akhirnya akan berjaya.
B
pengetahuan seseorang tidak diukur berdasarkan fizikal.
C
peribadi anak akan mengikut peribadi ibu bapanya.
D
melakukan dua pekerjaan dalam satu masa.

Soalan 31 hingga soalan 35


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat)
Pergi ke belukar memasang pikat,
Pulang lewat di hujung petang;
Jikalau sentiasa berjimat cermat,
Rezeki secupak terasa segantang.
Indah nian pemandangan dunia,
Dari timur hingga selatan;
Sikap berjimat amalan mulia,
Orang boros sahabat syaitan.
Masak meranum buah ara,
Jatuh sebiji di atas papan;
Jika berjimat setiap perkara,
Pasti terjamin masa hadapan.
Sungguh pahit buah peria,
Dimakan juga dibuat sayuran;
Membesar belanja sesia,
Hanya menambah beban kewangan.
Singgah berehat di kota lama,
Kuih dijamah air dihirup;
Berjimat cermat suruhan agama,
Jika diamal sejahtera hidup.
Inderagiri pasirnya lumat,
Tempat berkelah putera raja;
Baik sedikit tetapi berjimat,
Daripada banyak membazir sahaja.
Turun ke ladang memetik kacang,
Hendak dibuat masak lemak;
Segala urusan jika terancang,

Sikap membazir pasti terelak.


(Dipetik daripada puisi tradisional Pantun Empat Kerat Berjimat Cermat, antologi Kasut
Kelopak Jantung, Tingkatan 1,Dewan Bahasa dan Pustaka)

31

Siapakah yang akan menjadi sahabat syaitan?


A
Orang yang boros.
B
Orang yang berjimat cermat.
C
Orang yang kedekut.
D
Orang yang suka menabung.

32

Bagaimanakah sikap membazir dapat dielakkan?


A
Membuat perancangan dengan teliti.
B
Menyimpan wang tanpa membelanjakan.
C
Menggunakan wang untuk barangan yang perlu sahaja.
D
Meletakkan wang di dalam tabung yang sukar dibuka.
Sungguh pahit buah peria.

33

Gaya bahasa yang digunakan dalam ayat yang diberikan ialah


A
simile.
B
inversi.
C
metafora.
D
hiperbola.

34

Nilai yang terkandung dalam rangkap ketujuh pantun ini ialah


A
bijaksana.
B
berwaspada.
C
berhati-hati.
D
bekerjasama

35

Antara berikut ialah pengajaran yang ada dalam pantun ini, kecuali
A
kita hendaklah menjauhi sikap boros.
B
kita hendaklah berhati-hati semasa berbelanja.
C
kita hendaklah mempelajari ilmu kira-kira dengan baik.
D
kita haruslah mengamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan.

Soalan 31 hingga soalan 35


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ternyata kepulangan kami membuatkan mereka begitu gembira hingga nenek


kelam-kabut sekali menyiapkan masakan yang istimewa untuk kami. Pada malamnya
kami anak-beranak tidur berdekatan ruang tamu walaupun nenek menyiapkan bilik
untuk kami. Aku tidak mahu berenggang langsung dengan ibu. Aku tidur berhimpitan
dengan ibu, dan memeluk ibu dengan erat sekali. Ibu menepuk-nepuk belakangku
hingga aku tertidur. Aidil dan Manja pula berpelukan seselimut dengan ayah. Mereka
tidur dengan nyenyak sekali, maklumlah kerana kepenatan seharian dalam perjalanan.
Aku pula macam tidur-tidur ayam saja. Sekejap lena sekejap lagi tersedar.
Apabila aku tersedar, aku akan meraba-raba di sebelahku. Apabila aku tersedar, aku
meraba-raba di sebelahku. Kalau aku dapati ibu masih ada di sisi, aku akan cuba
memejamkan mataku semula. Ternyata tidurku tidaklah selena tidur adik-adikku.
Keesokan harinya apabila ibu dan ayahku berangkat pulang, aku berdiri jauh
dengan linangan air mata.
Mira sayang, ibu dan ayah balik dulu. Kalau ada apa-apa yang Mira dan adikadik perlukan telefonlah ibu di pejabat atau di rumah, O.K. sayang, jaga diri baik-baik
dan belajar rajin-rajin. Ibu cuba menyembunyikan sebak dalam dadanya dengan
senyuman yang ternyata dibuat-buat. Sayu dan hiba membuatkan aku hanya berdiam
diri dan mencium mereka dengan penuh kesedihan. Walaupun kereta yang ayah pandu
beredar dan hilang daripada pandangan, aku masih berdiri di situ. Terasa jalan
kehidupanku mula kesunyian dan kosong sekali. Adik-adikku membonceng basikal
datuk untuk melihat-lihat suasana kampung. Mereka kelihatan riang kerana
perpisahan dengan ayah dan ibu tidak begitu bermakna kepada mereka.
(Dipetik daripada cerpen Warkah daripada Ibu, antologi Gema Sepi
Gadis Genius, Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka)

36

Mengapakah nenek kelihatan kelam-kabut sekali menyiapkan masakan yang istimewa?


A
kerana aku sekeluarga pulang ke kampung.
B
kerana dia tidak menyangka aku sekeluarga pulang ke kampung.

C
D

37

38

kerana dia berasa begitu gembira akan kepulangan aku ke kampung.


kerana dia berasa begitu gembira akan kepulangan aku sekeluarga ke kampung.

Apakah perkara yang menyebabkan tidur aku tidak selena adik-adiknya?


A
Ibu aku tiada disisinya sewaktu aku tidur.
B
Ibu dan ayah aku akan pulang ke kota keesokan harinya.
C
Ibu, ayah, dan aku adik-beradik tidur berderetan di ruang tamu.
D
Ibu dan ayah akan meninggalkan aku dan adik-adik bersama-sama nenek dan
datuk.
Frasa tidur-tidur ayam seperti yang terdapat dalam petikan cerpen merupakan unsur gaya
bahasa
A
metafora.
B
personafikasi.
C
simpulan bahasa.
D
penggunaan bahasa pasar.
Mira sayang, ibu dan ayah balik dulu. Kalau ada apa-apa yang Mira
dan adik-adik perlukan telefonlah ibu di pejabat atau di rumah, O.K.
sayang, jaga diri baik-baik dan belajar rajin-rajin.

39

40

Teknik plot yang digunakan dalam petikan di atas ialah


A
dialog.
B
monolog.
C
monolog dalaman.
D
dialog dan monolog dalaman.
Berikut merupakan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam cerpen Warkah daripada Ibu,
kecuali
A
patriotisme.
B
kesyukuran.
C
kasih sayang.
D
kesederhanaan.

You might also like