You are on page 1of 1

TAJUK: ISU LANGKAH UNTUK MENGATASI GEJALAH SOSIAL DALAM KALANGAN

REMAJA
NILAI: HARGA DIRI
Pada 5 Oktober 2014 yang lepas, saya telah meluangkan masa untuk mencari maklumat
tentang cara mengatasi gejala sosial dalam kalangan remaja. Gejala ini, menyebabkan negara
kehilangan banyak wang dan tenaga kerja. Oleh itu, saya telah menyumbang tenaga untuk mencari
maklumat mengenai isu di Internet bagi mengelakkan saya daripada terjebak dalam masalah sosial ini.
Pertama, remaja patut memilih rakan sebaya daripada golongan yang mempunyai
keperibadian yang mulia. Remaja mesti sentiasa bersikap selektif dan perlu meninjau latar belakang
kehidupan kawan sebelum bergaul dengan mereka. Oleh itu, saya ingin menyumbang idea bahawa
kawan yang bersikap budi perketi akan mengarahkan kehidupan kita ke kejayaan, manakala kawan
yang telah terlibat dalam gejala sosial akan menjadi penghalang semasa kita menempa ke kejayaan
dalam kehidupan kita. Dengan ini, saya juga akan sentiasa bersikap berbudi pekerti semasa bergaul
dengan kawan saya kerana saya prihatin terhadap kehidupan mereka.
Seterusnya, remaja juga harus mengisi masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat
mengelakkan diri sendiri daripada melepak dan terdorong ke dalam kancah moral. Misalnya, pelajar
boleh menyertai aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Oleh itu, sebagai seorang
pelajar, saya bertanggungjawab untuk memimpin kawan saya menghadiri pelbagai aktiviti
kokurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah pada setiap minggu. Saya juga akan rajin pergi ke
perpustakaan untuk membaca pelbagai jenis buku yang berfaedah supaya dapat meluaskan horizon
pemikiran saya dan dapat mengawal keadaan sikap saya supaya tidak terjerumus dalam kancah
kemaksiatan.
Selain itu, remaja juga boleh berbincang dengan ahli keluarga secara terbuka jika menghadapi
masalah seperti dibuli ataupun diajak untuk menyertai gangsterisme. Remaja boleh meminta pendapat
dan cadangan ahli keluarga untuk menyelesaikan masalah gejala sosial. Oleh itu, sebagai anak yang
baik, saya mengamalkan nilai toleransi dalam diri saya dengan mewujudkan persefahaman antara ibu
bapa dan saya supaya masalah ini tidak berlaku dalam keluarga saya. Dalam hal ini, saya akan
bekerjasama dengan ibu bapa saya dalam usaha mendidik adik-beradik saya dan juga saya sendiri
supaya menjauhi gejala sosial.
Kesimpulannya, saya telah sedar bahawa kesilapan kita pada masa muda boleh
mengakibatkan masa depan kita menjadi gelap. Oleh itu, saya telah insaf bahawa saya perlulah
mengurangkan aktiviti yang tidak berguna dan memperbanyakkan aktiviti yang berfaedah. Saya juga
telah mengambil iktibar daripada tugasan harian ini bahawa saya haruslah lebih berhati-hati supaya
saya tidak menjadi mangsa seterusnya dalam gejala tersebut. Secara keseluruhannya, saya akan
berubah sikap untuk menjadi seorang remaja yang lebih positif dan proaktif agar keamanan hidup
dapat dicapai.

You might also like