You are on page 1of 1

Nor Amirah Binti Mohsen @ Mohsin

No. 16, Lorong Abdullah,


JalanAlsagoff,
82000 Pontian,
Johor.
Unit Kolej Zon B,
Universiti Teknologi Mara,
KM26, JalanLendu,
78000 Alor Gajah,
MELAKA.

1 APRIL 2014.

Tuan/Puan,
PERMOHONAN UNTUK PERTUKARAN KOLEJ.
Merujuk perkara di atas, saya Nor Amirah Binti Mohsen @ Mohsin, No. Matrik 2013803878,
semester 2,2013/2014 dengan ini ingin memohon untuk pertukaran kolej bagi semester 3,
2014 dari Kolej Tun Fatimah ke Kolej Tun Puteri, di bilik 0000.
2.
Hal Ini kerana pada semester 2 ini saya kerap keluar dan pulang lewat ke bilik pada
waktu malam atas sebab perbincangan bersama rakan sekelas. Permohonan ini adalah
bertujuan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti mengganggu rakan
sebilik untuk belajar.
3.
Bagi mengelakkan masalah ini saya bercadang bersama-sama rakan sekelas saya
untuk menjadi rakan sebilik. Hal ini bagi memudahkan kami untuk menyiapkan tugasan
kumpulan bersama. Tugasan yang akan dilakukan adalah berkenaan dengan tugasan kuliah
pada semesta 3.
4.
Saya memohon jasa baik daripada pihak tuan/puan untuk menerima permohonan
pertukaran ke bilik berkenaan. Kerjasama yang diberikan daripada pihak tuan/puan amatlah
saya hargai.

Yang benar,

(NOR AMIRAH BINTI MOHSEN @ MOHSIN)

You might also like