You are on page 1of 2

1.a.

perbezaan penyelidikan deskriptif(kualitatif) dan experiment(kuantitatif)

Pengukuran kesahan dan kebolehpecayaan (deskriptif kurang tepat n sebaliknya.)

Penulisan kajian (experiment lebih fokus,panjang n spesifik n sebaliknya.)

Persampelan (experiment ada kump.rawatan n kawalan, tapi deskriptif tidak perlu.)

Cara data dikutip (experiment melibatkan pengiraan peratusan, ukuran dan amat
statistic, manakala deskriptif memerlukan nota kajian lapangan, temu bual dan
dokumen rasmi)

Matlamat penyelidikan (experiment biasanya menguji teori ataupun menjelaskan


sesuatu fakta manakala .adalah membina konsep dan meningkatkan memahami
sesuatu situasi ataupun fenomena)

b. berdasarkan kesahan n kebolehpecayaan, penyelidikan deskriptif boleh melibatkan


penggunaan soal selidik dan cara menganalisis yg melibatkan kuantitatif akan member
keahan dan kebolehpecayaan yg tinggi. Contohnya sekirannya seseorang ingin menguji
minat dan motivasi maka skala likert boleh digunakan sebagai instrument kajian untuk
mengukur minat dan motivasi seseorang dan bukannya hanya menggunakan kaedah temu
bual sahaja.

2. penggunaan kaedah penyelidikan yg berbeza.


Berdasarkan masalah motivasi belajar dalam kalangan pelajar di sekolah menengah di
bandar terdapat dua jenis kaedah penyelidikan yang boleh digunakan untuk menyelidik
masalah tersebut. duan jenis kaedah penyelidikan yang disebut adalah kaedah penyelidikan
tinjauan dan kaedah penyelidikan kajian kes. Kaedah penyelidikan tinjauan adalah
bermatlamat untuk mengumpul maklumat mengenai pembolehubah-pembolehubah.
Tinjauan diguna untuk mengukur pembolehubah yang berkait dengan sesuatu fenomena
tanpa menyoal mengapa pembolehubah tersebut wujud. Maka dengan itu, persoalan kajian
boleh berbunyi seperti:
Apakah masalah motivasi belajar yang dihadapi dalam kalangan pelajar di sekolah
menengah di bandar?
Bagaimana masalah motivasi mengpengaruhi pelajar bandar?
Berdasarkan persoalan2 tersebut maka kaedah temu bual, soal selidik dan sebagainya boleh
digunakan untuk mengetahui sebab-sebab berlakunya fenomena tersebut

kaedah penyelidikan kajian kes merupakan penerangan dan penganalisisan terperinci


sesuatu fenomena atau unit sosial (individu, kumpulan, institusi atau komuniti). Selain itu,
Kajian kes juga memfokuskan kepada penghuraian yang holistik atau menyeluruh dan
memberikan penjelasan kepada sesuatu peristiwa yang berlaku secara mendalam. Dalam
kajian ini, persoalan kajian yang didirikan adalah seperti berikut:
mengapakah masalah motivasi dihadapi oleh pelajar di sekolah menengah di bandar?
Bagaimanakah masalah motivasi tersebut boleh wujud?
Berdasarkan persoalan2 tersebut, maka instrument yang sesuai digunakan adalah temu bual,
pemerhatian dan dokumen peribadi.
Oleh itu, hasil dapatan kajian adalah menjelaskan tentang berlakunya fenomena tersebut
secara terperinci dan spesifik.

1. Penyelidikan tersebut dianggap sebagai satu kitaran proses yagn sentiasa berulang.
Sesuatu hasil penyelidikan dikatakan satu kesimpulan tanpa penyelesaian kerana hasil
penyelesaian kadang kala tidak dapat digeneralisasikan. Sebagai contoh: kajian kuantitatif
seperti kajian tinjauan dan kajian kes hanya melibatkan sekumpulan responden dalam
sesuatu kelompok masyarakat maka hasil dapatan tidak dapat digeneralisasikan.
Selain itu, kaedah penyelesaian hanya sesuai dilaksanakan dalam tempoh tertentu. Sebagai
contoh, cara pemusatan guru yang dikatakan cara penyelesaian yang sesuai dijalankan pada
tahun 1990-an kemungkinan tidak sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah
pembelajaran pada hari ini.

You might also like