You are on page 1of 4

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN

PERTANDINGAN NASYID (TERBUKA)


SEMPENA KARNIVAL FIESTA MESRA BELIA 1 MALAYSIA
NEGERI PULAU PINANG 2014

1) SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN PERATURAN


i.

Semua peserta mestilah warganegara Malaysia.

ii.

Penyertaan setiap kumpulan nasyid terbuka kepada lelaki atau perempuan.

iii.

Berumur 15 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh pertandingan akhir
dijalankan.

iv.

Gabungan antara lelaki dan perempuan dalam satu kumpulan adalah tidak
dibenarkan.

v.

Jumlah peserta bagi setiap kumpulan adalah tidak melebihi 15 orang.

vi.

Penyertaan terbuka kepada kumpulan-kumpulan di seluruh negeri termasuk


kumpulan nasyid sekolah-sekolah di seluruh negeri Pulau Pinang.

vii.

Sesebuah kumpulan dianggap tidak layak menyertai pertandingan nasyid ini


sekiranya mana-mana ahli kumpulannya terdiri dari penyanyi professional
(telah membuat album sama ada dalam bentuk piring hitam, kaset atau
cakera padat, baik secara solo atau berkumpulan dan diedar/diterbit oleh
syarikat rakaman berdaftar).

viii.

Kumpulan yang menjadi JOHAN di peringkat Negeri akan dibawa ke


pertandingan peringkat KEBANGSAAN.

ix.

Kumpulan yang berminat boleh memohon untuk menyertai pertandingan


dengan menghantar Borang Penyertaan yang lengkap kepada pihak
Urusetia selewat-lewatnya pada 5 MEI 2014.

x.

Segala perbelanjaan perjalanan, penginapan, makan minum dan kebajikan


adalah tanggungjawab kumpulan masing-masing.

2) PEMILIHAN LAGU DAN MUZIK


2.1

Setiap kumpulan nasyid hendaklah mempersembahkan sebuah lagu sahaja


dengan pilihan lagu bebas samada dalam Bahasa Melayu, Bahasa Arab,
Bahasa Inggeris atau gabungan ketiga-tiga bahasa.

2.2

Setiap kumpulan boleh menyampaikan sama ada lagu nasyid


kontemporari/moden atau lagu nasyid tradisional. Nasyid tradisi bermaksud
lagu yang mengandungi unsur-unsur antaranya bayati, nahwan, sikah, ras,
sobah, hijaz. Manakala lagu nasyid moden ialah lagu selain daripada lagu
tradisi tetapi hendaklah tidak termasuk rentak seperti rock, heavy metal, jazz,
hip hop, rap dan seumpamanya.

2.3

Masa persembahan ialah 6 minit sahaja (tidak termasuk masa turun naik dan
persiapan). Markah permulaan diambil kira setelah pasukan memulakan
nasyid (memulakan lagu). Persembahan yang melebihi masa yang
ditetapkan akan dipotong dua (2) markah.

2.4

Senikata lagu hendaklah dalam Bahasa Melayu, Bahasa Arab atau Bahasa
Inggeris atau gabungan bahasa-bahasa tersebut. Bagi senikata di dalam
Bahasa Arab dan Inggeris hendaklah diterjemahkan ke dalam Bahasa
Melayu.

2.5

Lirik lagu hendaklah berunsur nilai-nilai Islam yang bertujuan untuk memupuk
semangat dakwah Islamiah, semangat patriotik dan kehidupan sejahtera,
membanteras gejala-gejala sosial, meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan
sejagat dan seumpamanya.

2.6

Lagu-lagu yang akan dipertandingkan perlu disediakan dalam bentuk CD


minus one (3 salinan) dan lirik lagu (5 salinan).

2.7

Setiap CD minus one dan lirik lagu nasyid hendaklah sampai ke tangan
pihak penganjur pertandingan ini sebelum tarikh tutup penyertaan.

2.8

Setiap lagu nasyid hendaklah diiringi dengan muzik minus one yang
disediakan (rakamannya) oleh setiap kumpulan itu sendiri.

2.9

Pemuzik dan peralatan muzik tambahan tidak dibenarkan.

3) PENGHAKIMAN DAN FORMAT PERSEMBAHAN


3.1

Penghakiman akan diadili oleh Jemaah Hakim yang dilantik oleh penganjur
dan keputusan hakim adalah Muktamad.

3.2

Penghakiman berdasarkan pada aspek-aspek berikut:BIL

KATEGORI YANG DINILAI

MARKAH

1.

Lagu

25 markah

2.

Suara

25 markah

3.

Lirik (Mesej)

20 markah

4.

Gaya Persembahan

15 markah

5.

Muzik

5 markah

6.

Kreativiti

5 markah

7.

Bonus (lagu ciptaan sendiri)

5 markah

Jumlah Keseluruhan

100 markah

3.3

Seseorang yang terlibat sebagai penulis, pencipta, penggubah, jurulatih


atau ketua bagi mana-mana kumpulan yang menyertai pertandingan
nasyid ini tidak layak menjadi panel hakim untuk pertandingan ini. Sekiranya
ada pelanggaran kepada syarat tersebut di atas. Urusetia Pertandingan
Nasyid berhak membatalkan penyertaan kumpulan mereka.

3.4

Penghakiman akan dipengerusikan oleh seorang Ketua Jemaah Hakim


Pertandingan Nasyid sempena Pertandingan Amal Islami, Karnival Fiesta
Mesra Belia 1 Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2014.

4) LAIN-LAIN KETERANGAN
4.1

Pakaian peserta kumpulan Nasyid hendaklah bersopan dan menutup aurat


sesuai dengan nilai-nilai Islam. Sebarang perhiasan dan solekan hendaklah
dalam keadaan sederhana dan tidak keterlaluan.

4.2

Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa tuntutan


bagi sebarang kemalangan, kecederaan atau kerugian sebelum, semasa
dan selepas pertandingan ini dilaksanakan.

4.3

Setiap kumpulan hendaklah melaporkan diri 30 minit sebelum pertandingan


bermula. Sebarang kelewatan akan menyebabkan penyertaan dibatalkan.

4.4

Semua peraturan dan syarat-syarat pertandingan wajib dipatuhi. Manamana kumpulan yang melanggar mana-mana syarat dan peraturan di atas
boleh dibatalkan penyertaannya.

Disediakan Oleh:
Unit Pembangunan Sosial
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang

You might also like