You are on page 1of 2

Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

Pada Isnin (27 Julai 2009), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah
mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA), termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar
jenayah, dan memerangi rasuah. Bidang-bidang lain termasuk meluaskan akses kepada
pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat
berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan
menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.
Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dengan rasminya telah
ditubuhkan pada 16 September, 2009 dan merupakan satu unit di bawah Jabatan Perdana
Menteri. Tujuan utama dan objektif PEMANDU adalah menyelia pelaksanaan, menilai
kemajuan, memudahcara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program
Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan secara
keseluruhannya menyelia Indeks Prestasi Utama (KPI) semua Menteri.
Pengerusi bagi PEMANDU ialah Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib
Bin Tun Abdul Razak. Jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Ketua Eksekutif pula
disandang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato' Sri Idris Jala.

NKRA
Mengurangkan Jenayah
Membanteras Rasuah

DIKETUAI
Menteri Dalam Negeri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Memastikan Pendidikan Berkualiti


Menteri Pelajaran
Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Rumah Berpendapatan Rendah
dan Masyarakat
Mempertingkatkan Pembangunan Luar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Bandar
Wilayah
Mempertingkatkan Pengangkutan
Menteri Pengangkutan
Awam Bandar
Menangani Kos Sara Hidup
Timbalan Perdana Menteri
Sementara tanggungjawab penyampaian menyeluruh untuk keberhasilan Bidang
Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian
(MKRA) bergantung kepada Menteri yang berkaitan, dan kejayaan Bidang Ekonomi
Utama Negara (NKEA) bergantung kepada sektor swasta, PEMANDU telah diberi
mandat untuk menjadi pemangkin perubahan dalam penyampaian sektor awam dan
swasta, menyokong kementerian dalam proses perancangan penyampaian dan
menyediakan pandangan bebas berkaitan dengan prestasi dan kemajuan kepada Perdana
Menteri dan menteri-menteri.

You might also like