You are on page 1of 21

EDU3109 GURU DAN CABARAN SEMASA

Bab 1 : Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

1) Pengenalan;
usaha untuk mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam sebuah negara berbilang agama dan budaya
merupakan suatu perkara yang mencabar.
penekanan kepada perpaduan dalam kepelbagaian dan keterangkuman (inklusif)
pastikan kesaksamaan untuk semua,khususnya dalam bidang pendidikan.Contoh Pendemokasian
Pendidikan
Pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan yang sangat penting untuk memupuk
integrasi antara kaum. Contohnya Sekolah Wawasan
memerlukan tindakan secara holistik agar masyarakat memperoleh mutu pendidikan yang
setara.Contohnya PIPP
pendidikan adalah bersifat futuristik dalam menghadapi masa depan yang penuh saingan.

2) INTEGRASI NASIONAL
Akibat keretakan integrasi nasional
Perbezaan budaya dan agama
Ketidakpuasan hati
Kedudukan Geografi

3) Cabaran mewujudkan satu sistem sosial


Agama dan kebudayaan
Dasar Penjajah British
Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan
Amalan ekonomi yang berlainan

Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik

4) Halangan Integrasi Nasional


Perbezaan budaya dan agama
Dasar Penjajahan
Sistem Pendidikan
Amalan Ekonomi
Perbezaan politik

5) Pupuk Integrasi Nasional Melalui Dasar Pelajaran


Sistem Pendidikan Kebangsaan
Agenda Memperkasakan SK
Penerapan Nilai
Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan
Konsep Sekolah Wawasan
Aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum
Perkasakan bahasa Kebangsaan
Pemantapan Aktiviti
Pupuk Kefahaman
Dasar Pelajaran kebangsaan
-menggunakan sukatan pelajaran,
-buku teks, peperiksaan,
-pakaian seragam,
-sistem latihan guru dan

-bahasa penghantar yang sama

6) Usaha bagi memastikan matlamat perpaduan kaum dan integrasi nasional terus dipelihara dan
diperkukuhkan
melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan
menjadikan agenda memperkasakan SK
menerapkan nilai jati diri, budi bahasa dan seni budaya dilaksanakan secara sisipan dalam tajuk-tajuk
mata pelajaran yang bersesuaian.
memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan pada tahun 2003
memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan
melaksanakan beberapa aktiviti bagi menerapkan semangat patriotisme secara berterusan melalui
aktiviti kurikulum dan kokurikulum

7) Pupuk Integrasi Nasional Melalui RIMUP


Modul Aktiviti Kecemerlangan Akademik
Modul Aktiviti Kesukanan dan Permainan
Modul Aktiviti Kokurikulum
Modul Aktiviti Khidmat Masyarakat
Modul Aktiviti Meningkatkan Patriotisme

8) Tindakan KPM Untuk Pupuk Integrasi Nasional


Sekolah sebagai alat perpaduan
Sistem persekolahan yang sama
Penggunaan Bahasa Melayu
Pendedahan kepada nilai
Seminar/forum

9) Penglibatan Komuniti Setempat Untuk Pupuk Integrasi Nasional


Program Permuafakatan Masyarakat
Hari Keluarga
Acara Kebudayaan
Sambutan Perayaan
Aktiviti Kokurikulum
Bulan Kemerdekaan
Lawatan ziarah
Bina Insan

10) Melalui aktiviti yang dijalankan tersebut, secara keseluruhannya diharapkan akan dapatmencapai
objektif seperti yang berikut
meningkatkan kefahaman pelajar mengenai kepelbagaian kebudayaan masyarakat Malaysia.
menimbulkan rasa hormat terhadap kebudayaan dan adat resam pelbagai kaum.
menanamkan kesedaran bahawa unsur kebudayaan adalah penting untuk menyemarakkan suasana
harmoni dan semangat toleransi antara kaum.
menyemai dan memupuk nilai-nilai mulia yang dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara pelajar
berlainan latar belakang, agama, budaya dan adat resam.

11) PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN


Semua dapat hak yang sama
Sekolah dapat kemudahan yang sama
Sekolah Wawasan,kongsi kemudahan
Sekolah satu aliran
Amalan kehidupan

Peluang pendidikan yang sama


Persamaan hak
Peluang yang luas
Pembangunan sumber manusia

12) Tumpuan Dalam Pendemokrasian Pendidikan;

Basmi buta huruf


Pendidikan universal
Penyediaan infrastruktur
Guru terlatih yang mencukupi
Pra sekolah untuk semua

13) Strategi pelaburan dalam bidang pendidikan


Pendidikan asas perlu disediakan kepada semua kanak-kanak dan orang dewasa sesuai dengan sumber
yang ada. Dalam jangka masa panjang sistem pendidikan formal dan tidak formal perlu dibangunkan
pada setiap peringkat pendidikan.
Untuk meningkatkan produktiviti dan memperluaskan ekuiti sosial, peluang pendidikan perlu
disediakan tanpa mengira perbezaan jantina, latar belakang etnik dan status sosioekonomi.
Sistem pendidikan perlu cuba meningkatkan kecekapan dalaman dalam pengurusan.
pengagihan dan penggunaan sumber sedia ada untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan.
Pendidikan patut mempunyai kaitan dengan kerja dan persekitaran dalam usaha untuk meningkatkan
kuantiti dan kualiti pendidikan, pengetahuan dan kemahiran perlu untuk perkembangan ekonomi, sosial
dan lain-lain.

14) Rumusannya: Tumpuan Bank Dunia Dalam Pendidikan


Pendidikan asas

Pendidikan wajib untuk semua


Kecekapan dalam pengurusan
Pengagihan sumber
Keperluan dengan pasaran kerja

15) Pendidikan Negara


Pelbagai peringkat
Kurikulum yang sama
Penubuhan sekolah agama rakyat
Peningkatan bilangan pelajar ke university
Pendidikan swasta
Pendidikan untuk semua
Pengagihan sumber kewangan
Pendidikan sawarjagat
Pertambahan guru dan bilangan kelas
Pendidikan Bertaraf Dunia
Pendidikan berterusan
Pendemokrasian pendidikan
Pendidikan berkualiti

16) TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO;


Tonggak Pendidikan UNESCO adalah berdasarkan kepada;
I. pelajar belajar untuk tahu
II. belajar untuk membuat

III. belajar untuk menjadi apa


IV. belajar untuk hidup bersama

17) Kejayaan Sekolah Menurut UNESCO;


Pengurus punyai kuasa autonomi
Memperkasakan kapasiti
Struktur terurus
Ukuran prestasi
Pemantauan prestasi
Kawalan sumber
ketelusan

18) Menurut laporan Unesco (2005), kuasa autonomi bagi menguruskan perjalanan sekolah secara
keseluruhannya;
pengurusan sekolah mesti mempunyai strategi untuk memperkasa kapasiti dan kepemimpinannya.
sekolah perlu mempunyai maklumat tentang prestasinya untuk mengukur kekuatan, kelemahan dan
prioritinya.
sekolah memerlukan struktur yang terurus dan professional.
kerajaan pusat perlu terus memainkan peranan kritikal terutamanya dari segi pemantauan prestasi
sekolah.
sekolah perlu mengawal sumber-sumber.
pengurusan sekolah mesti telus.

19) Tujuan Tonggak Pendidikan UNESCO;


Memenuhi keperluan pembelajaran asas
Membentuk wawasan

Akses kepada universal


Focus terhadap pembelajaran
Perluaskan skop
Penambahbaikan persekitaran
Perkukuhkan perkongsian
Pembangunan dasar
gerakkan sumber
perpaduan antarabangsa

20) Dasar KPM dan kaitannya dengan Tonggak Pendidikan UNESCO;


Perkembangkan potensi individu
Tingkatkan kreativiti
Sistem pendidikan yang cekap
Pusat kecemerlangan pendidikan
Tingkatkan martabat pendidikan

21) Tujuan KPM untuk membentuk pembangunan insan yang seimbang adalah seperti yang berikut;
Memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripada
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
Meningkatkan kreativiti , inovasi dan budaya ilmu pelajar.
Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat.
Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia.
Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa.
22) Pembangunan Modal Insan KPM;
Perkembangkan potensi

Punyai pelbagai kemahiran


Bentuk peribadi
Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran ICT
Pembelajaran sepanjang hayat
Nilai yang tinggi
23) Cabaran KPM adalah untuk menyediakan generasi muda Malaysia dengan seluas-luas peluang
dengan cara;
memperkembangkan potensi diri bagi setiap pelajar.
melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai kemahiran.
membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam
kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
24) Pembangunan modal insan juga termasuk melengkapkan diri pelajar dengan;
kemahiran komunikasi berkesan.
kebolehan menggunakan ICT dengan baik.
berfikir secara kreatif dan kritis.
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
nilai yang tinggi supaya berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.
25) Pendidikan Berterusan;
Institusi diperbanyakkan
Bekalkan kemahiran
Memenuhi guna tenaga sumber manusia
Ahli masyarakat yang berfungsi
Pemahaman kritikal
Bijak menggunakan masa lapang
Belajar sukarela

Sedar kepada biografi


Merancang kerja
Perkembangan bakat
Bentuk konsep kendiri

26) Beberapa alasan mengapa trend tersebut wujud dalam kalangan masyarakat;
Memberi peluang orang dewasa yang kekurangan pendidikan di peringkat sekolah tinggi untuk
memperoleh kemahiran yang diperlukan supaya dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam
masyarakat dan pekerjaan.
Memperoleh kemahiran pekerjaan peringkat tinggi.
Memperoleh kemahiran yang diperlukan bagi menjadi seorang ahli masyarakat yang berfungsi lebih
efisien dan dapat menjadi seorang pengguna yang lebih pintar.
Membangunkan pemahaman kritikal daripada masalah-masalah yang wujud dalam masyarakat serta
berupaya mengambil bahagian secara aktif dalam masyarakat dengan tujuan mencapai keadilan sosial.
Membangunkan sikap menggunakan masa lapang dengan kreatif bagi memperoleh pengetahuan yang
diperlukan.
Membangunkan sikap belajar secara sukarela.
Membantu orang dewasa menjadi lebih sedar pada biografi sendiri dalam hubungannya dengan
masyarakat secara keseluruhannya.
Membantu orang dewasa dalam merancang kerjaya dan mencapai matlamat yang bererti.
Membolehkan individu membangunkan kelebihan-kelebihan terpendamdan mempertingkatkan
konsep kendiri individu tersebut.

27) Pendidikan Seumur Hidup adalah bertujuan untuk;


Menyediakan dan memberi galakan latihan dalam teknologi tinggi dengan memberi penekanan kepada
kepelbagaian kemahiran.
Membangunkan program latihan yang berinovasi bagi memenuhi keperluan pengetahuan dalam
industri.
Mewujudkan program e-Latihan.

Mewujudkan persekitaran yang mesra kepada pembelajaran di semua agensi dalam perkhidmatan
awam.
Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pendidikan dewasa dan Pendidikan
Berterusan.
Menggubal polisi bagi menggalakkan penggunaan sekolah, kolej komuniti, masjid, dewan orang ramai
dan bangunan awam dan persendiran bagi program Pendidikan Berterusan.
Melancarkan Kempen Kebangsaan mengenai kepentingan pendidikan seumur hidup.
28) Rumusannya; Pendidikan Seumur Hidup;
Galakan dalam teknologi
Pembangunan pgram latihan
E-learning
Persekitaran yang mesra
Penggunaan institusi
Kempen di peringkat kebangsaan
29) Globalisasi Dalam Pendidikan;
Cabaran globalisasi dalam pendidikan adalah dari segi yang berikut;
Keperluan terhadap pembelajaran berterusan.
Inovasi dalam pelaksanaan kurikulum
Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat.
Pengurusan pendidikan.
Pembentukan jati diri pelajar.
Kualiti guru.

30) Perlu kepada perubahan kurikulum;


Antara perubahan yang dapat diperhatikan adalah seperti yang berikut;
Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan
menggunakan komputer dan penggunaan multimedia

Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru
berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan
kemudian menyalurkannya kepada pelajar
Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan
maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan
pemudahcara.
Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran.
Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada
pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.

31) Persediaan menghadapi persaingan global iaitu dari segi;


Mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat.
Mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa.
Meguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian.
Bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar, menyelesaikan masalah serta
menjana pengetahuan baru.
Menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan budaya.

32) Kesan Globalisasi Pendidikan;


Pembelajaran sepanjang hayat
Kebolehan berkomunikasi
Kemahiran teknologi
Kesediaan kognitif
Warganegara bertanggungjawab
33) Cabaran Globalisasi;
Kesediaan guru
Kurang rasa kepunyaan

Pertambahan beban
Kekurangan sokongan pengurusan
Pengurusan pendidikan
Sikap guru
Perbezaan tahap pengetahuan
Perubahan yang kerap
Penggunaan teknologi
Pembentukan jati diri
Budaya sekolah
Perkembangan profesionalisme guru

34) Pembelajaran Berbantu Komputer;


Perisian latih tubi
Perisian tutorial
Perisian simulasi
Perisian permainan
Perisian penyelesaian masalah

35) Pengurusan Maklumat Sekolah Menurut Rahmad Sukor (2006);


Permudahkan urusan
Tingkatkan kecekapan
Kurangkan beban
Jimatkan masa
Penempatan pelajar
Pengagihan jadual waktu guru dan pelajar

Pengagihan sumber
Rekod stok dan inventori

36) Perkembangan Profesionalisme Guru;


Memimpin perubahan
Utamakan daya pengeluaran
Perkembangan semasa
Perkembangan teknologi
Perubahan inovasi
37) Cabaran membentuk Perkembangan Profesionalisme Guru;
Berupaya memimpin perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas.
Mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya.
Sentiasa mengikuti peredaran masa.
Memahami perkembangan teknologi.
Mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea baru dan inovatif

38) Fuller (1975) dalam kajian perkembangan profesionalisme guru mengkategorikan tingkah laku guru
kepada tiga tahap iaitu;
Tumpuan Berkaitan Peribadi
Tumpuan Berkaitan Tugas
Tumpuan Berkaitan Kesan.

39) Hall dan Loucks (1978) pula dalam kajian lanjutnya telah memurnikan klasifikasi tumpuan tersebut
kepada tahap berikut;
Tumpuan Tiada Berkaitan: Guru tidak mahu mengambil tahu apa-apa perubahan yang berlaku di
sekolah.

Tumpuan Berkaitan Peribadi: Guru melihat keupayaan diri sendiri untuk melaksanakan sesuatu tugas
terutama dari segi kemahiran dan pengetahuannya. Aspek lain yang diberi tumpuan adalah berkaitan
keluarga, kesihatan dan penggunaan masa senggangnya.
Tumpuan Berkaitan Tugas: Guru cenderung untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan sentiasa
berusaha menghasilkan yang terbaik terutama dari segi pengajaran dan pembelajaran.
Tumpuan Berkaitan Kesan: Guru mempunyai visi yang jelas terhadap peranannya sebagai pendidik
secara holistik dalam konteks kemajuan pelajar, kebolehlaksanaan kurikulum dan implikasi kurikulum
terhadap kemajuan negara.
40) Impak Globalisasi Kepada Perkembangan Profesionalisme Guru;
Berdaya saing
Hubungan sumber pendidikan
Kemahiran berbahasa
Komunikasi rentas budaya
Produk dan perkhidmatan
Keupayaan nilai antarabangsa
Peningkatan bilangan institusi
Penyebaran teknologi
Cita rasa global

41) Kesan Negatif Globalisasi;


Negara lemah ditindas
Ketidakadilan perkongsian
Pemantauan yang mendalam
Permintaan pasaran tenaga kerja
Meminggirkan bahasa melayu
Terbuka kepada persaingan tidak sihat
Pengkomersilan pendidikan

Penafian pendemokrasian pendidikan


Penghayatan ilmu terhakis

42) Kepelbagaian Budaya;


Perlu keadilan
Peluang pendidikan kepada semua
Pupuk melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum
Program sekolah berkembar

43) Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia (2001), proses
pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut beberapa prinsip yang
digariskan. Antaranya adalah seperti yang berikut;
Pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan melibatkan pelajar secara aktif.
Berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa, potensi dan
kemajuan pelajar.
Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.

44) Kepelbagaian sosio budaya pelajar haruslah ditangani dengan bijak. Oleh yang demikian, berikut
adalah beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan untuk menjayakan isi tersebut, antaranya adalah
seperti yang berikut;
Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan
dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil,
sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan
negara.
Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan
pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.
Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam
tanpa mengira latar belakang.

Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam
bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti kearah mempertingkatkan mutu
pendidikan setanding dengan negara-negara maju.
Memastikan pelantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan
berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.
Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak.
Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih
mengikut permintaan.
Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan
kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan perkembangan semasa.
Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang
mengajar di pedalaman.
Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan
keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.
Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasatermasuk Bahasa Inggeris,
Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.
Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.
Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan
pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik
yang boleh diterima termasuklah sijil dan Diploma Muadalah (diploma berkembar).

45) Cadangan Tangani Kepelbagaian Sosiobudaya;


Sekolah kebangsaan sebagai peneraju
Kelayakan pelajar jadi penentuan
Pindaan akta
Tingkatkan kemudahan
Tingkatkan mutu pendidikan guru
Peluang latihan
Biasiswa kepada yang berkelayakan

Kuasai pelbagai bahasa

46) Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK);


Suasana lebih kondusif
Mudah hasilkan bahan
Kepelbagaian media
Maklumat pelbagai

47) Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat iaitu;


teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan
menggunakan teknologi.
memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
proses berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk
berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

48) Perubahan Teknologi Maklumat;


Kuasa penggerak
Pelaksanaan
Pemudahan bertindak
Kaedah perubahan
Permulaan perubahan

49) Implikasi TMK;


penggunaan komputer dalam sistem organisasi yang mampu merubah cara kerja dan penyesuaian
pekerja dengan sesuatu tugasan.
menjadikan sesuatu keputusan yang ingin dilaksanakan oleh organisasi menjadi lebih terancang dan
telus terutama organisasi yang mempunyai maklumat yang banyak dan terdapat perkara kerahsian.

mampu untuk mengawal selia dengan lebih terancang dan tersusun tanpa wujud kekhilafan dalam
perlaksanaannya.
kemampuan sistem komputer yang mempunyai internet dan perkembangan sistem komunikasi juga
akan lebih menjurus kearahberkomunikasi secara interpersonal dan bukan secara bersemuka yang lazim
dilaksanakan dalam organisasi.

50) Komputer Dalam Pendidikan;


Pendidikan jarak Jauh
Reformasi dalam pendidikan
Mudah beri maklumbalas
Sebagai bahan pengajaran pembelajaran
Alat komunikasi
Memudahkan pemahaman

51) GEJALA SOSIAL;


Pengkelasan masalah sosial boleh dipecahkan kepada 3 Bahagian iaitu;
I. Jenis kesalahan jenayah seperti mencuri basikal, melawan guru, bertumbuk sesama pelajar, berjudi
dan mencuri kertas soalan ujian.
II. Jenis kesalahan gengsterisme seperti menjadi ahli kumpulan geng, mengutip duit pau daripada
pelajar lain, mencari gaduh dengan kumpulan lain, memaksa kumpulan lain untuk menjadi ahli
kumpulan dalam geng dan berkelakuan seperti samseng.
III. Jenis kesalahan kurang sopan dan biadab seperti menghisap serta menyimpan rokok, mengganggu
pelajar perempuan, melawan pengawas, bising dalam bilik darjah, minum serta menyimpan minuman
keras, berbohong, berambut panjang, mengeluarkan kata-kata lucah, menonton dan menyimpan filem
lucah dan lain-lain.
52) Punca Gejala Sosial;
Globalisasi dan modenisasi
Keruntuhan institusi keluarga
Media-massa

ICT
Kelemahan undang-undang
Sikap remaja
Sikap ibu bapa

53) Kesan Negatif;


Kepada individu sendiri
Menjejaskan Negara
Keruntuhan nilai agama

54) Tangani Gejala Sosial;


Peranan ibu bapa
Peruntukan undang-undang
Pendekatan akademik
Didikan agama
Peranan ahli masyarakat

55) Kesimpulan;
Antara cabaran yang perlu ditangani dan diatasi adalah seperti yang berikut;
pemupukan Integrasi Nasional
melaksanakan Pendemokrasian Pendidikan
menjadikan Tonggak Pendidikan UNESCO sebagai panduan
menghadapi Globalisasi Dalam Pendidikan dengan jayanya
menangani Kepelbagaian Budaya dengan penuh berhemah
menggunakan Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan sepatutnya

berjaya mengatasi setiap Gejala Sosial yang berlaku dalam kehidupan masyarakat di negara ini.

You might also like