You are on page 1of 9

PUZZLE ART MENINGKATKAN KREATIVITI MURID DALAM

BIDANG MEMBUAT CORAK DAN REKAAN SENI


PSV TAHUN 6
Mohammad Azrie Bin Aminullah
pendidiksenivisual@gmail.com

Bostanoordin Bin Ahmad


bostanoordin@ipks.edu.my
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan penggunaan Puzzle Art untuk
meningkatkan kreativiti murid dalam menghasilkan motif corak dan rekaan bagi
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) tahun 6. Sampel kajian adalah
seramai 10 orang murid yang terdiri daripada murid yang lemah dalam akedemik
iaitu tahun 6 Ikhlas SK Taman Tawau. Instrumen kajian yang digunakan ialah
praujian, pascaujian, pemerhatian dan borang soal selidik. Data dianalisis
dengan menggunakan kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan
peningkatan daya kreativiti seni murid-murid dalam menghasilkan corak dan
rekaan berdasarkan peningkatan pencapaian purata markah min praujian 43%
kepada purata markah min pascaujian 71.2%. Keseluruhan peningkatan purata
markah min ialah sebanyak 28.2%. Dengan hasil dapatan yang diperolehi
daripada kajian ini, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan Puzzle Art ini
dapat meningkatkan daya kreativiti murid yang lemah akedemik dalam
menghasilkan corak dan rekaan bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
tahun 6.

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bidang kedua dalam Pendidikan Seni Visual ialah bidang membuat corak dan rekaan. Setiap kali
mempelajari seni dalam bidang ini terdapat masalah dikalangan murid-murid tersebut. Masalah
yang paling ketara sekali ialah murid tidak mempunyai idea yang kreatif dalam menghasilkan
corak. Berdasarkan pengamatan di dalam bilik darjah, sebanyak 80% daripada corak yang
dihasilkan adalah hampir serupa daripada aspek penggunaan warna, bentuk dan olahan susunan.
Contoh hasil yang dipaparkan seringkali ditiru oleh mereka. Semua lakaran mereka mempunyai
motif dan susun atur yang serupa atau lebih tepat lagi dikatakan sebagai peniruan hasil kerja. Hal
ini menunjukkan kreativiti mereka kurang berkembang dan kekurangan idea dalam menghasilkan
corak baru yang menarik. Disamping itu, mereka mempunyai tingkah laku yang hiperaktif lebih
suka untuk bermain dan mengganggu rakan yang lain semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Penumpuan yang kurang turut menyebabkan mereka tidak
berminat untuk mengikuti sesi pembelajaran.
Menurut kajian Wan Nur Azyyati (2007), semakin banyak pancaindera yang digunakan
semakin berkesan pembelajaran itu. Ini kerana pancaindera yang berlainan menghasilkan keadaan
penanggapan yang berlainan. Setiap pancaindera melengkapi kekurangan dan mengukuhkan
penanggapan sesuatu pancaindera yang lain. Oleh itu, pengajaran yang menggunakan alat-alat
yang berbagai pancaindera akan lebih memberi impak. Alat yang menggunakan warna dan bentuk
yang menarik akan lebih menarik perhatian. Demikian juga alat-alat yang dapat dipandang,
didengar dan dirasa akan lebih mendatangkan kesan Atan (1990).

2.0

FOKUS KAJIAN

Menurut Victor Lowenfeld (1975) beliau percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif
kerana kanak-kanak gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu tetapi perlu ada
bantuan daripada guru. Pengalaman pembelajaran yang lalu turut mempengaruhi murid-murid
untuk tidak berkarya dengan lebih baik dan kreatif. Peranan guru Pendidikan Seni Visual amat
penting dalam usaha membantu murid untuk memperkembangkan kreativiti dan seterusnya
menjana pelbagai idea hasil daripada ekspresi diri murid sendiri. Penggunaan bahan bantu
mengajar yang menarik dapat memupuk minat, kreativiti serta kemahiran seni murid-murid.
Rangsangan yang diberikan melalui Puzzle mampu memberi peluang kepada murid untuk
mengembangkan kreativiti dan menjana idea dan pemikiran yang lebih kreatif dan kritis selaras
dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Rajah 1 : Puzzle Art

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif khusus kajian ini ialah untuk:


1. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan Puzzle Art bagi menjana kreativiti murid dalam
membuat corak dan rekaan
2. Mengenal pasti tahap peningkatan pencapaian murid tahun 6 Ihklas dalam menghasilkan
corak dan rekaan
3. Mengenalpasti minat murid dalam membuat corak dan rekaan melalui penggunaan Puzzle
Art

4.0 PERSOALAN KAJIAN


Dapatan kajian ini akan menjawab persoalan berikut:
1. Apakah
Puzzle Art dapat meningkatkan kreativiti murid tahun 6 Ikhlas
untuk
menghasilkan corak dalam bidang Membuat Corak Dan Rekaan?
2. Apakah tahap peningkatan pencapaian murid tahun 6 ikhlas dalam menghasilkan corak
dan rekaan ?
3. Adakah penggunaan Puzzle Art dapat meningkatkan minat murid dalam aktiviti membuat
corak dan rekaan?

5.0

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan seramai 10 orang murid tahun 6 Ikhlas yang mempunyai tahap kecerdasan
yang rendah di Sekolah Kebangsaan Taman Tawau dengan mengambil kira aspek minat,
penglibatan dan pencapaian murid-murid dalam mempelajari mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual. Murid-murid di tahun 6 Ikhlas ini terdiri daripada 6 orang lelaki dan 4 orang murid
perempuan. Semua murid tersebut terdiri daripada latar belakang keluarga yang mempunyai status
sosio ekonomi rendah.

6.0

PELAKSANAAN KAJIAN

Pelaksanaan kajian ini berlandaskan kepada Model Kemmis dan McTaggart (1988). Lazim
digunakan dalam menjalankan kajian tindakan. Terdapat 4 elemen dalam model ini iaitu:
6.1 Merancang (plan)
Dalam perancangan ini saya telah merancang untuk membuat praujian sebelum
melaksanakan intervensi. Melalui analisis markah dalam praujian saya akan dapat
merancang satu set kajian tindakan yang lengkap, sesuai dan sistematik. Dalam tempoh
tersebut saya turut menjalankan pemerhatian menggunakan rubrik penilaian. Borang soal
selidik saya edarkan pada permulaan dan akhir intervensi untuk melihat keberkesanan,
pencapaian dan minat murid-murid dalam aktiviti seni visual dan khususnya dalam
menghasilkan motif dalam bidang Membuat Corak Dan Rekaan

6.2 Bertindak (action)


Selepas peringkat merancang, peringkat yang kedua ialah membuat tindakan. Pengajaran
dan pembelajaran menggunakan Puzzle Art. Setiap responden akan diberikan satu set
Puzzle Art. Sebelum murid bermain dengan Puzzle Art, saya menerangkan bagaimana
cara menggunakan Puzzle tersebut. Responden diberi kebebasan untuk menyusun bentuk
geometri yang terdapat dalam Puzzle tersebut di atas kertas lukisan untuk mencantumkan
bentuk menjadi rupa motif. Jika mereka sudah berpuas hati untuk susunan yang
dihasilkan, mereka melakar bentuk susunan motif di atas kertas lukisan. Teknik melakar
ada dua cara bagi memudahkan murid melakarkan. Jika murid tersebut kurang kemahiran
mereka boleh melakar semasa susunan Puzzle masih ada di atas kertas lukisan dengan
melakar mengikut tepi Puzzle tersebut. Cara kedua, jika murid mempunyai kemahiran,
selepas disusun mereka hanya melihat susunan tersebut dan terus melakar motif di atas
kertas lukisan.
6.3 Memerhati (observe)
Peringkat ketiga ialah membuat pemerhatian. Dalam peringkat ini, saya telah
memerhatikan keberkesanan, pencapaian dan minat dalam sesi praujian, intervensi dan
pascaujian. Pemerhatian juga dilaksanakan bagi meninjau keberkesanan Puzzle Art
dalam meningkatkan kreativiti murid dalam menghasilkan corak dan rekaan
6.4 Mereflek (reflect)
Peringkat terakhir ialah membuat refleksi. Refleksi dilakukan bertujuan untuk memahami
kewujudan sesuatu masalah dan kesukaran, mengesan bentuk masalah yang timbul dan
memahami responden yang terlibat dalam masalah ini. Peringkat ini penting kerana dapat
membantu saya melihat kejayaan kajian ini

7.0

DAPATAN KAJIAN

Persoalan 1: Apakah Puzzle Art dapat meningkatkan kreativiti murid tahun 6 Ikhlas untuk
menghasilkan corak dan rekaan?

Berdasarkan keputusan data rekod pemerhatian terdapat dua item dalam instrumen pemerhatian
menunjukkan peningkatan sebanyak 100 % iaitu item 1 menjana idea menghasilkan corak dan
item 6 dapat menyiapkan hasil kerja pada masa yang ditetapkan. Item 3 juga turut berlaku
peningkatan daripada 70 % semasa praujian kepada 90 % semasa pascaujian. Kepelbagaian
warna pada serpihan Puzzle dapat membantu responden dalam menjana kreativiti dari aspek
warna. Item 4 iaitu dapat menghasilkan kerja yang kemas dan teliti juga turut berlaku peningkatan
daripada 40 % praujian kepada 60 % pascaujian. Aspek ketekunan juga meningkat sebanyak 50
%. Kesimpulannya, berlaku peningkatan dalam penilaian aspek kreativiti daripada 36,33% semasa
praujian kepada 78.33%. Peningkatan sebanyak 42%. Ini membuktikan bahawa pembelajaran
dengan menggunakan Puzzle Art dapat membantu meningkatkan kreativiti murid dalam
menghasilkan corak dan rekaan

Jadual 1:
Taburan Pemerhatian Berstruktur Kriteria Penilaian Kreativiti
Item
1
2
3
4
5
6

Kriteria Penilaian
Dapat menjana idea menghasilkan
corak pelbagai
Dapat menyusun motif dengan menarik
Dapat menghasilkan corak dengan
menggunakan campuran
Hasil kerja kemas dan teliti
Ketekunan dalam menjalankan aktiviti.
Dapat menyiapkan kerja dalam masa
yang diberi

Praujian
% Kekerapan
40%

Pascaujian
% Kekerapan
100%

Perbezaan
%
60%

0%
70%

50%
90%

50%
20%

40%
20%
30%

60%
70%
100%

20%
50%
70%

Pemerhatian

Jumlah % Kekerapan

Pra
Pasca
% Peningkatan

36.33%
78.33%
42%

PERSOALAN 2 : Apakah tahap peningkatan pencapaian murid tahun 6 ikhlas dalam bidang
menghasilkan corak dan rekaan ?
Berdasarkan analisis data yang dibuat dalam jadual 2, kesemua responden berjaya melakukan
peningkatan dalam sesi pascaujian yang telah dilaksanakan. Jika dibandingkan dengan tahap
pencapaian yang diperoleh oleh responden semasa praujian dahulu, peningkatan purata markah
sebanyak 28.2%. Bukti analisis data bagi pascaujian yang dijalankan menunjukkan bahawa hanya
2 orang responden masih berada pada tahap yang lemah. Namun begitu, jika dilihat markah yang
diperoleh responden menunjukkan peningkatan. Responden 1 daripada 40% semasa praujian
meningkat 56 % semasa pascaujian. Responden 4 daripada 40% semasa praujian meningkat 58%
semasa pascaujian. Seramai 3 orang responden telah menunjukkan peratusan pencapaian yang
cemerlang hingga mendapat peratusan pencapaian tertinggi 82 %. Seramai 5 orang responden
juga turut menunjukkan perubahan positif dengan mendapat peratusan pencapaian gred B.

Jadual 2 :
Pencapaian Markah Praujian Dan Pascaujian

Responden
R1
R2
R3
R4
R5
R6
R7
R8
R9
R10

Pra
40
46
42
40
40
46
42
44
42
44

Gred
C
C
C
C
C
C
C
C
C
C

Pasca
56
80
70
58
74
82
60
78
74
80

Gred
C
A
B
C
B
A
B
B
B
A

Peningkatan
16
34
28
18
34
36
30
34
32
36

Peratus Pencapaian (%)

Perbandingan Praujian Dan Pascaujian


100
80
60
40

Pra Ujian

20

Pascaujian

R1

R2

R3

R4

R5 R6 R7
Responden

R8

R9

R10

Graf 1 : Perbandingan Peratus Pencapaian Praujian Dengan Pascaujian

Perbandingan Tahap Pencapaian Dalam Praujian Dan


Pascaujian
12

Bilangan Murid

10
8

Praujian

Pascaujian

2
0
Cemerlang Sederhana (B) Lemah (C)
(A)
Graf 2 : Perbandingan Tahap Pencapaian Dalam Praujian Dan Pascaujian

Berdasarkan graf 2 yang ditunujukkan di atas, perubahan terhadap tahap pencapaian


responden dalam pelaksanaan praujian dan pascaujian jelas menunjukkan bahawa bilangan
responden yang mencapai tahap lemah dalam sesi praujian mengalami perubahan yang sangat
ketara kepada tahap sederhana dan cemerlang dalam sesi pascaujian yang dijalankan. Pada
peringkat awal, tidak terdapat seorang pun yang memperoleh tahap sederhana dan cemerlang.
Namun, saya dapat melihat perubahan tahap pencapaian responden telah berubah sehingga
terdapat 3 orang responden boleh mencapai tahap cemerlang.
Dapatan kajian ini juga disokong oleh kenyataan Md. Nasir dan Ibrahim (2003),
menyatakan bahawa tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual adalah memupuk kreativiti
dikalangan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan yang boleh menjadikan
murid-murid lebih kreatif.

Persoalan 3: Adakah penggunaan Puzzle Art dapat meningkatkan minat murid dalam aktiviti membuat corak dan rekaan

Jadual 3, menunjukkan taburan minat terhadap terhadap aktiviti membuat corak dan rekaan. Saya dapati peningkatan yang sangat positif berlaku
bagi 6 item soal selidik selepas intervensi dijalankan iaitu 100 % murid mula seronok menggunakan Puzzle Art dalam pembelajaran Pendidikan Seni
Visual. Bagi item 2 dalam soal selidik iaitu suka membuat corak dengan menggunakan Puzzle Art telah berlaku peningkatan skor min kepada 4.80.
Dalam item 3 iaitu tumpuan terhadap aktiviti yang dilakukan juga meningkat daripada skor min 2.10 kepada 4.30. Sebelum ini, tingkah laku responden
hiperaktif di dalam bilik darjah. Berdasarkan data ini jelas membuktikan Puzzle Art secara langsung dapat mengubah tingkah laku responden.
Peratusan dalam item 4 iaitu semangat setiap kali melakukan aktiviti turut berlaku peningkatan besar daripada skor min 1.90 kepada skor min 4.40. Ini
juga menunjukkan bahawa pembelajaran dengan menggunakan Puzzle dapat menarik minat murid yang mempunyai tahap kecerdasan yang lemah
untuk lebih bersemangat mengikuti setiap aktiviti membuat corak. Secara keseluruhannya, tahap minat murid membuat corak dan rekaan melalui
Puzzle Art meningkat iaitu daripada tahap sederhana min 2.82 semasa soal selidik praujian kepada tahap tinggi min 4.67 semasa soal selidik
pascaujian.

Jadual 3:
Taburan Minat Murid Membuat Corak Dan Rekaan Dengan Menggunakan Puzzle Art Dalam Pendidikan Seni Visual
Item
Perkara
1

Saya suka subjek Pendidikan Seni Visual

Saya suka membuat corak dengan


menggunakan Puzzle Art
Saya sentiasa memberi sepenuhn perhatian
semasa melakukan aktiviti
Saya sentiasa bersemangat setiap kali
melakukan aktiviti
Puzzle Art membuat saya teruja mengikuti
perkembangan pembelajaran
Saya sangat seronok menggunakan Puzzle
Art dalam pembelajaran Pendidikan Seni

3
4
5
6

Ujian
Pra
Pasca
Pra
Pasca
Pra
Pasca
Pra
Pasca
Pra
Pasca
Pra
Pasca

STS
(%)

1 (10)
1 (10)

Kekerapan dan Peratus


TS
TP
S
(%)
(%)
(%)
6 (60)
2 (20)
3 (30)
8 (80)
2 (20)
2 (20)
7 (70)
2 (20)
7 (70)
9 (90)
6 (60)
7 (70)
3 (30)
2 (20)
6 (60)
4 (40)
PURATA SKOR MIN

SS
(%)
2 (20)
7 (70)
8 (80)
3 (30)
4 (40)
8 (80)
10 (100)
Pra
Pasca

Min

Tahap Skor
Min

3.00
4.70
3.20
4.80
2.10
4.30
1.90
4.40
3.30
4.80
3.40
5.00
2.82
4.67

Sederhana
Tinggi
Sederhana
Tinggi
Lemah
Tinggi
Lemah
Tinggi
Sederhana
Tinggi
Sederhana
Tinggi
Sederhana
Tinggi

8.0

PERBINCANGAN DAN REFLEKSI

Penggunaan Puzzle Art di dalam Pendidikan Seni Visual merupakan inovasi saya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah khususnya kepada responden yang
menghadapi masalah dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Puzzle Art juga merupakan satu
medium yang lebih kreatif dalam membentuk murid-murid lemah untuk mengikuti pembelajaran
pendidikan seni seiring dengan murid-mirid yang lain. Bagi pendapat peribadi saya, sebagai
seorang guru profesionalisma tidak seharusnya memperkecilkan bakat setiap murid. Guru juga
tidak seharusnya mengabaikan murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran mereka.
Sesungguhnya, murid yang lemah itu mempunyai kelebihan dalam aspek pembelajaran yang
lain.
Setiap murid mempunyai kreativiti. Dalam kreativiti, terdapat dua kreativiti dalam diri
setiap manusia iaitu krativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif ialah kreativiti yang
sememangnya ada dalam diri setiap manusia secara semula jadi. Kreativiti analitik pula ialah
kreativiti yang perlu diperkembangkan dengan bantuan rangsangan yang diberikan. Menyedari
akan hakikat ini, maka saya memberanikan diri untuk mencuba sesuatu kaedah yang lain untuk
membawa murid-murid yang lemah dan sering diabaikan agar dapat mengikuti proses
pembelajaran seperti mana rakan mereka yang lain
Perubahan tingkah laku positif dapat dikesan hasil daripada kajian ini. Sebelum ini,
tingkah laku responden hiperaktif sehingga mengganggu pembelajaran rakan-rakan yang lain.
Disamping itu, mereka juga tidak dapat memberi tumpuan semasa aktiviti dijalankan di dalam
bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran yang menarik dengan menggunakan Puzzle Art
dapat mengurangkan tingkah laku hiperaktif mereka.
Kreativiti mereka dapat dilihat berkembang melalui hasil kerja mereka yang telah dapat
menepati item-item di dalam borang pemerhatian. Daripada mereka tidak mempunyai idea
kepada mempunyai idea yang pelbagai dan menarik dalam menghasilkan motif corak. Begitu
juga aspek penggunaan ruang dalam menghasilkan susunan corak, mereka telah dapat
menggunakan ruang dalam menghasilkan susunan motif yang pelbagai dan menarik.
Selain itu, hasil kajian didapati murid sangat seronok belajar sambil bermain Puzzle
Art. Murid yang hiperaktif tidak dapat dinafikan mereka lebih suka bermain daripada belajar.
Oleh itu, atas dasar inilah maka saya memikirkan sesuatu iaitu untuk menggunakan Puzzle Art
dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Apabila mereka seronok secara langsung ia akan
dapat membantu murid memberi tumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya
amat terharu apabila Puzzle Art pertama kali saya guna dalam aktiviti intervensi menyebabkan
mereka diam dan ingin mengikuti pengajaran saya. Saya juga berasa gembira kerana dapat
membantu mereka untuk turut serta dalam aktiviti pembelajaran. Di sinilah nilai sebagai
seorang pendidik seharusnya membimbing dan mendidik anak-anak murid tanpa mengira tahap
kecerdasan mereka.
Namun, dalam kajian ini juga terdapat beberapa cabaran ke atas diri saya selaku
pengkaji. Pada peringkat awal, tidak dapat dinafikan mereka ini lambat dalam menyusun Puzzle
sehinggakan terdapat segelintir murid tidak dapat menyiapkan kerja dengan kemas. Masa yang
mereka ambil terlalu lama untuk menghasilkan motif sehinggakan hasilan agak kurang
memuaskan namun tetap berlaku perubahan peningkatan hasil mereka selepas menggunakan
Puzzle Art.
Justeru, saya mengharapkan kajian ini dapat memberi manfaat dan kepentingan
khususnya kepada diri sendiri dan para pendidik yang lain. Penyelidikan pendidikan yang
berterusan dapat menjamin melahirkan modal insan yang gemilang. Kesimpulannya, kajian
tindakan yang telah dijalankan menunjukkan hasil yang positif seperti apa yang diharapkan.

9.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Antara cadangan kajian yang boleh dilaksanakan ialah:


9.1 Penggunaan Puzzle Art juga boleh diaplikasikan bagi pelbagai masalah lain yang
berlaku di dalam bilik darjah. Antaranya, untuk mengurangkan masalah tingkah
laku hiperaktif dikalangan murid, membentuk nilai sikap yang positif dan
sebagainya.
9.2 Kajian ini dilaksanakan untuk murid tahap 2 tahun 6. Saya mencadangkan
penggunaan Puzzle Art dalam Pendidikan Seni Visual juga dibuat kepada muridmurid tahap 1 bagi kajian selanjutnya. Ini bertujuan untuk menguji penggunaan
Puzzle Art sesuai bagi murid tahap 1 dan tahap 2.
9.3 Puzzle Art diperkembangkan lagi konsepnya daripada bentuk asas geometri
kepada bentuk gambar yang pelbagai mengikut tema. Cadangan tema ialah seperti
tema motif tumbuh-tumbuhan , tema motif haiwan dan tema motif benda buatan
manusia. Ini bertujuan akan dapat menarik minat murid serta dapat meningkatkan
kemahiran seni dalam bidang lain iaitu Bidang Menggambar, Bidang Membentuk
Dan Membuat Binaan dan Bidang Kraf Tradisional.
9.4 Puzzle Art dapat diaplikasikan dalam bentuk multimedia di sekolah rendah. Ini
bertujuan untuk menarik minat dan dapat meningkatkan kemahiran teknologi
maklumat kepada murid. Secara langsung dapat meningkatkan martabat mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual seiring dengan arus pembangunan negara yang
maju.
Oleh itu, diharapkan cadangan kajian ini dapat mencetuskan dan menggalakkan idea baru
kepada penyelidik-penyelidik yang lain bagi memperoleh dapatan kajian yang pelbagai dan
berguna kepada sistem pendidikan negara kita.

RUJUKAN

Kemmis, S. & Mc Taggart, R. (1988). The Action Research. Victoria, Australia:


Dekin University
Lowenfeld, V. (1975). Creative And Mental Growth. New York: Macmillan.Co.
Md. Nasir Iberahim, Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni Untuk
Maktab & Universiti. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd Najib Abd Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.
Mok Soon Sang (1992). Pedagogi 2: Strategi Pengajaran Pembelajaran Mikro.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Wan Nur Azyyati (2007). Psikologi Kognitif . Johor : Universiti Teknologi Malaysia.

You might also like