You are on page 1of 22

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KBC3013

PINTAR CERDAS BERBAKAT DAN KREATIF


TAJUK TUGASAN

TUGASAN 2
KUMPULAN : UPSI 05
DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

AZRI BIN SARMANI

D20102044596

018-2775084

NAMA TUTOR E-LEARNING : FAEIZARATUL BINTI ISA


TARIKH SERAH :

15 NOVEMBER 2013

ISI KANDUNGAN
1

Bil

Topik

Halaman

1.0 PENGENALAN INSTRUMEN

2.0 INSTRUMEN ADIK AMMAR

3.0 PROGRAM INTERVENSI


4.0 KESIMPULAN
5.0 BIBLIOGRAFI

14
7
8

1.0)

INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN

1.1 PENGENALAN
Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran merupakan satu alat
untuk mengesan murid yang berkebarangkalian mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas.
2

Instrumen ini bertujuan membantu guru mengesan murid yang mempunyai masalah
dalam pembelajaran. Instrumen ini juga penting sebagai bahan rujukan untuk pengamal
perubatan membuat pengesahan status masalah pembelajaran murid.
Guru atau penilai perlu berbincang dengan ibu bapa / penjaga jika didapati murid
berkemungkinan mempunyai ciri-ciri keperluan khas. Instrumen ini perlu dibawa
bersama ketika berjumpa pengamal perubatan sebagai bahan rujukan untuk
pengesahan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.

1.2 OBJEKTIF
Saringan dijalankan bertujuan untuk memenuhi keperluan berikut:
2.1
2.2

Mengesan murid yang berkebarangkalian mempunyai masalah dalam


pembelajaran.
Memastikan murid mendapat akses perkhidmatan pendidikan yang
bersesuaian mengikut keperluan.

1.3 KUMPULAN SASARAN


Instrumen ini boleh digunakan bagi kumpulan murid berikut:
(i)
(ii)
(iii)

Murid LINUS Tegar


Murid Program Pemulihan Khas
Murid yang mempunyai kebarangkalian berkeperluan khas

1.4 KRITERIA MURID YANG DINILAI

Murid telah melalui proses pembelajaran untuk tempoh tidak kurang daripada
enam bulan;

Murid mempunyai kesukaran dalam penguasaan kemahiran membaca, menulis


dan mengira;

Murid mempunyai prestasi yang rendah dalam mata pelajaran akademik;


3

Murid telah diberi langkah-langkah pemulihan melalui program pemulihan dalam


kelas atau Program Pemulihan Khas.

1.5 Instrumen Kajian


Bagi mengenalpasti jenis masalah pembelajaran sampel kajian (Ammar Syafiq)
dengan lebih jelas dan terperinci, saya telah menggunakan beberapa instrumen yang
difikirkan sesuai dalam usaha mengumpulkan data dan maklumat dengan tepat dan
lengkap seperti di bawah :

1.5.1

Senarai Semak
Pengumpulan data melalui soal selidik diberi kepada murid bertujuan
mendapatkan gambaran awal berkenaan pencapaian murid tersebut dari aspek
tahap kebolehupayaan dan kekurangan bagi memghalusi matlamat kajian.
Senarai Semak ini dijalankan dalam bentuk lisan dan tulisan juga turut cuba
mengesan

kebolehan

pengurusan

diri

sampel

dari

aspek

tingkahlaku,

sosioemosi, kognitif dan lain-lain.


1.5.2

Pemerhatian
Proses pengumpulan data diteruskan dengan pemerhatian jangka pendek yang
telah saya lakukan sepanjang berada di dalam kelas tersebut. Instrumen
pemerhatian ini sangat penting dalam mengkaji perubahan tingkahlaku sampel
semasa mengikuti sesi p & p yang dijalankan. Dapatan pemerhatian ini dapat
direkodkan untuk mengenal pasti corak perubahan sikap dan tingkahlaku sampel
semasa bersama guru dan rakan-sekelas untuk dijadikan sumber penelitian yang
akan ditekankan nanti.

1.5.3

Temubual
Data pengumpulan maklumat juga dibuat berdasarkan instrumen temubual yang
dijalankan melibatkan guru-guru kelas khas dan ibu bapa sample bagi
mendapatkan

bayangan

sebenar

berkenaan

tingkahlakunya.

Pemilihan

instrumen temubual ini dibuat berasaskan usaha mengumpulkan maklumat


secara terperinci khasnya bagi individu yang sudah mengenali sample dengan
tempoh yang lama dan sebagai sumber yang rapat dengannya.

2.0)

INSTRUMEN ADIK AMMAR


BAHAGIAN A :

MAKLUMAT MURID

Arahan : Tandakan pada petak yang berkaitan atau tulis pada petak yang disediakan.
1.

Nama :

2.

Jantina :

3.

Lelaki
Perempuan

Etnik :
Melayu
Cina
India
Bumiputra Sabah

4.

Adakah murid ini pempunyai masalah


fizikal ?

Bumiputra Sarawak
Bumiputra Orang Asli
Lain-lain

Ya
Tidak
Jika Ya Nyatakan :
5.

Tarikh Lahir :

6.

No. KP/Sijil Lahir :

7.

Tahun persekolahan
semasa :

8.

Murid pernah mengikuti program :

Tahun
1
2
3
4
5
6

9.

Nama Kelas

Prasekolah/Tadika

Kategori LINUS Tegar :

10. Kedatangan ke
sekolah :

Literasi
Numerasi

11.

Baik ( > 90% )


Memuaskan ( 70 89% )
Sederhana ( 50 69% )
Lemah ( 0 49% )

Keputusan Ujian Akhir Tahun :


Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Kemahiran Hidup
Pendidikan Islam/Moral
Pendidikan Jasmani & Kesihatan

Pendidikan Muzik
12. Pendapatan ibubapa/penjaga
sebulan :

13. Pendidikan tertinggi ibubapa/penjaga :

> RM5000
RM4000 RM5000
RM3000 RM4000
RM2000 RM3000
RM1000 RM2000
< RM1000

Sekolah Rendah
Sekolah Menengah
Universiti
Lain-lain :
Nyatakan : ..

14. Sejarah Kesihatan Murid :


Asma
Masalah Jantung
Leukemia

15. Nama sekolah :

16. Kod sekolah :

17. Daerah :

18. Negeri :

19. Jenis sekolah


7

SK
SJK(C)
SJK(T)
20. Lokasi sekolah

21. Gred sekolah :

Bandar
Luar bandar

A
B
SKM

Nama Penilai

Tarikh :

Tandatangan Penilai :

BAHAGIAN B :

SENARAI SEMAK

Arahan : Tandakan pada petak yang sesuai.

ELEMEN 1 : Tanda-Tanda Masalah Pendengaran


YA
1.

Murid boleh bertindak balas terhadap


bunyi.

2.

Murid boleh mengajuk bunyi yang


didengar.

Murid boleh menunjuk arah bunyi yang


didengar.

TIDAK

SKOR

JUML
AH
SKOR

ELEMEN 2 : Tanda-Tanda Masalah Penglihatan


YA
4.

Murid merapatkan buku ke muka ketika


membaca.

5.

Bacaan Ujian Snellen E:

TIDAK

SKOR

i.

Mata kiri 6/9 atau lebih.

ii.

Mata kanan 6/9 atau lebih.

ELEMEN 3: Tahap Penguasaan Kemahiran Asas Perkembangan Individu


YA
9

TIDAK

SKOR

6.

Murid mempunyai masalah dalam


bertutur.

Murid boleh menjawab secara lisan


soalan kefahaman daripada bahan yang
diperdengarkan dalam bahasa yang
difahami.

8.

Murid mengalami masalah tingkahlaku.

9.

Murid mempunyai daya tumpuan yang


singkat.

10

10.

Murid boleh mengimbangi diri apabila


berjalan di atas garisan lurus.

11

11.

Murid menghadapi masalah menggunting


kertas.

12

12.

Murid boleh menyambung titik-titik.

13

13.

Murid perlu bantuan ketika makan.

14

14.

Murid boleh bercerita berpandukan


gambar.

15

15.

Murid keliru dengan konsep arah:


i.

Kanan atau kiri.

16

ii.

Atas atau bawah.

17

iii.

Depan atau belakang.

18
YA

16.

Murid menghadapi masalah dengan


konsep turutan.

19

17.

Murid sering gopoh semasa bertindak.

20
10

TIDAK

SKOR

18.

Murid cemerkap (clumsy) dalam


pergerakan.

21

19.

Murid boleh menyesuaikan diri dalam


pergaulan.

22

20.

Murid boleh menyambut bola besar


dalam jarak satu meter.

23

21.

Murid boleh mewarna dalam ruang yang


disediakan

24

Murid boleh berinteraksi dengan rakanrakan mengenai perkara-perkara


semasa.

25

22.
23.

Murid mempunyai masalah rendah diri.

26

24.

Murid tidak mempunyai hubungan mata


(eye contact) ketika berkomunikasi.

27

25.

Murid boleh mengikut arahan mudah.

28

26.

Murid boleh menamakan objek.

29

27.

Kebolehan lisan dalam bahasa yang


difahami murid setanding dengan rakan
sebaya

30

28.

Murid boleh memakai kasut dengan


betul.

31

JUMLAH
SKOR

Elemen 4: Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis


A.

Mengeja
YA
11

TIDAK

SKOR

29.

Murid sukar mengeja perkataan mudah.

32

30.

Murid sering mengeja perkataan yang


tiada langsung kaitan makna dengan
perkataan asal.

33

31.

Murid kerap melakukan kesalahan:

32.

B.

i.

Menyusun abjad dalam perkataan.

34

ii.

Menggabung suku kata secara


terbalik.

35

Murid keliru membezakan bunyi abjad


yang hampir sama dalam suku kata.

36

Membaca
YA

C.33.

Murid boleh membaca.


(Jika TIDAK terus ke soalan 36)

37

34.

Murid ketinggalan dalam kebolehan


membaca berbanding rakan sebaya.

38

35.

Kesalahan yang kerap dilakukan oleh


murid semasa membaca ialah:
i.

menggugurkan perkataan.

39

ii.

Menambah perkataan pada


bacaannya.

40

iii.

melangkau baris.

41

iv.

menggantikan perkataan.

42

Menulis

12

TIDAK

SKOR

YA
36.

Murid sukar menyalin maklumat dari


papan tulis.

43

37.

Tulisan murid sukar dibaca.

44

38.

Murid menulis lambat berbanding


dengan rakan sebaya.

45

39.

Murid menulis secara terbalik:


i.

Abjad-abjad tertentu.

46

ii.

Perkataan.

47

TIDAK

SKOR

JUMLAH
SKOR

ELEMEN 5 : Tahap Penguasaan Nombor


YA
40

Murid tidak boleh membezakan konsep


banyak dan sedikit.

48

41.

Murid tidak boleh membezakan saiz.

49

42.

Murid tidak mengenal angka 0 hingga


9.

50

43.

Murid tidak boleh membilang dalam


lingkungan 10 secara lisan.

51

44.

Murid tidak boleh menulis angka 0


hingga 9.

52

TIDAK

SKOR

JUMLAH
SKOR

13

3.0)

PROGRAM INTERVENSI
Setiap individu pelajar yang normal semenjak dari usia bayi telah memiliki potensi dan

bakat yang boleh diperkembang dan dipertingkatkan. Dewasa kini mereka telah terdedah lebih
awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak
yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi
mereka, terutama di kalangan mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar yang
mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih
dikenali sebagai kanak kanak pintar cerdas (gifted). Pelajar pintar cerdas dan berbakat
merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan
pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan
berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan.
Secara amnya, keperluan kanak-kanak pintar cerdas perlu dipenuhi kerana mereka
mempunyai hak dalam mendapat akses pembelajaran yang ekuiti. Guru perlu peka
memerhatikan ciri-ciri yang terdapat di dalam kanak-kanak pintar cerdas agar kesesuaian
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bukan sahaja memenuhi kehendak murid
biasa tetapi juga kanak-kanak pintar cerdas. Guru juga perlu memastikan golongan ini tidak
rasa terabai atau tersingkir kerana keadaan yang berlaku kini melihatkan mereka sering tidak
diendahkan kewujudan mereka. Malahan, kanak-kanak pintar cerdas sama seperti populasi lain
yang memerlukan keadaan yang normal dalam pengajaran dan program khas perlu dibuat agar
keperluan ini dipenuhi. Ciri-ciri seperti kepelbagaian minat, perasaan ingin tahu yang tinggi, dan
keupayaan mereka memanipulasi simbol memerlukan pihak sekolah bertindak balas terhadap
ciri-ciri ini. Dalam konteks ini, potensi kanak-kanak pintar cerdas tidak dapat berkembang tanpa
didikan dan panduan yang betul. Didikan yang dimaksudkan itu merangkumi aspek didikan di
rumah, sekolah dan juga di dalam komuniti itu sendiri.
Selain itu, program pendidikan yang tidak memadai bagi seseorang kanak-kanak pintar
cerdas adalah disebabkan penekanan kepada asas kemahiran semata-mata. Hakikatnya
kanak-kanak pintar cerdas sudah mempunyai asas kemahiran tersebut. Ironinya, kanak-kanak
ini memerlukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna agar potensi diri mereka
diterokai sepenuhnya sepanjang perkembangan mereka menjadi individu yang berjaya.
Memandangkan adik Ammar Asyraf mempunyai kemahiran belajar yang berlainan
daripada kanak-kanak biasa maka guru perlu merangka satu program pendidikan khas untuk
memenuhi keperluan adik Ammar melalui beberapa program intervensi iaitu :
14

3.1

Program Pengayaan
3.1.1 Aktiviti Pendedahan
Dalam aktiviti pendedahan, murid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari

bidang yang diminati. Satu sudut yang lengkap dengan pelbagai bahan pengayaan disediakan
di bilik darjah. Maklumat-maklumat pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang
tersebut, dari mana boleh mendapatkan maklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam
bidang ini, disediakan. Selain daripada majalah, pamplet dan buku-buku, guru juga perlu
mengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dan sebagainya sebagai aktiviti
pendedahan. Justifikasi daripada program yang dilaksanakan ini dapat meningkatkan
kemahiran dan kreativiti murid dalam pelbagai bidang. Ini juga akan menjadikan mereka
golongan yang berilmu pengetahuan. Murid tahap ini sentiasa berfikiran jauh, justeru guru perlu
lebih kreatif dalam proses penyampaian isi pengajaran agar potensi diri dapat dibentuk dengan
cara yang lebih berkesan.
3.1.2 Latihan berkelompok
Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak. Antara
aktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projek dan inkuiripenemuan. Kebanyakan pelajar pintar cerdas sememangnya amat berminat dalam kaedah
latihan ini. Hal ini demikian kerana latihan seperti ini dikatakan mencabar minda mereka untuk
berfikir dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.
3.1.3 Penyelidikan Masalah Sebenar
Kanak-kanak pintar cerdas diberi latihan secara kumpulan kecil. Mereka diberi latihan dan
bimbingan khusus untuk menyelidik masalah sebenar. Aktiviti ini menggunakan teknik inkuiripenemuan iaitu kanak-kanak pintar cerdas tadi bermula dengan pembentukan sesuatu
masalah, memahami masalah yang dibentuk, menyediakan pelan tindakan, menjalankan
rancangan penyelidikan, membuat laporan dan membuat refleksi untuk membina skim
penghayatan yang mantap.
3.1.4

Program Percepatan

Ini bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu dihabiskan
dengan cepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak-kanak yang
15

lebih muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas, melangkaui sebahagian
daripada masa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu dalam kelas yang lebih tinggi
(mengikut minat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh pengajaran seperti
kurikulum setahun diajar dalam tempoh 6 bulan dan lebihan masa itu digunakan untuk
mempelajari kurikulum yang lebih tinggi.
3.1.5 Program Pengelompokan
Program ini menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas ini
dikumpulkan dalam satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang terlatih.
Program pengelompokan ini memerlukan satu penilaian yang standard untuk menentukan
tahap kanak-kanak pintar cerdas. Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanakkanak pintar cerdas untuk menikmati pembelajaran yang lebih sempurna. Komputer dan Kanakkanak Pontar Cerdas. Geoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, Personal Computers Help
Gifted Students Work Smart telah menggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam
memenuhi keperluan belajar kanak-kanak pintar cerdas. Antaranya ialah;
a. Teknologi komputer yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minat
individu untuk berinteraksi dengan gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium
yang memberi keselesaan kepada pelajar.
b. Struktur pengalaman yang direka oleh guru-guru terlatih akan membantu pelajar untuk
membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan mereka. Word Processors
dapat memperbaiki penulisan dan pengolahan idea-idea. Program-program komputer
yang berkaitan dengan data statistik boleh membantu pelajar menyelesaikan pelbagai
soalan yang mencabar minda mereka. Pelajar-pelajar akan bertambah yakin membina
pelbagai skills mereka.
c. Komputer juga boleh digunakan untuk menyaingi kehendak pelajar. Komputer dapat
bersabar dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang.
Komputer juga boleh melakukan kerja-kerja yang kompleks apabila para pelajar telah
bersedia untuk menggunakannya.
d. Apabila para pelajar telah menerima sesuatu tanggungjawab dan menguasai
penggunaan komputer, mereka akan bekerja dengan lebih cekap. Komputer berkhidmat
untuk masyarakat. Semakin baik pemahaman pelajar tentang proses pembelajaran,
mereka akan dapat menggunakan teknologi ini dengan cekap.
e. Masyarakat belajar daripada masyarakat. Maklumat dan idea daripada masyarakat luar
boleh didapati dari komputer. Para pelajar akan dapat dihubungkan melalui software,
papan buletin atau perbincangan dan projek kumpulan. Para pelajar akan lebih terdedah
kepada golongan masyarakat yang berilmu dan bijak menerusi teknologi komputer ini
16

Penggunaan aplikasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak
membantu murid untuk menguasai semua kemahiran komputer. Namun demikian, guru dan ibu
bapa perlu memantau gerak kerja mereka menggunakan komputer agar mereka mengetahui
apa yang diperlukan atau apa yang tidak diperlukan dalam sesuatu pencarian maklumat.
Program sebegini dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam aplikasi penggunaan
komputer.

Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang berlainan


daripada kanak-kanak biasa, maka para pendidik perlu merangka satu program pendidikan
khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini. Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini
Khalifah (1982), program pendidikn kanak-kanak pintar cerdas ini terbahagi kepada tiga bentuk
umum iaitu pengayaan,percepatan dan pengelompokan.
Program

pengayaan terdiri

berkelopok dan penyelidikan

daripada

masalah

tiga

sebenar.

jenis

aktviti

Dalam aktiviti

iaitu pendedahan,latihan
pendedahanmjurid

diberi

kebebasan atau ruang untuk mempelajari bidang yang diminati. Satu sudut yang lengkap
dengan pelbagi bahan pengayaan disediakan di bilik darjah. Maklumat-maklumat pengayaan
seperti apa yang menarik dalam bidang tersebut, dari mana boleh mendapatkan maklumat
tambahan, apakah isu-isu semasa dalam bidang ini disediakan. Selain daripada mjalah, risalah
dan buku-buku, guru juga perlu mengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dan
sebagainya sebagai aktiviti pendedahan.
Latihan berkelompok ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran
kanak-kanak pintar cerdas. Antara aktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kriitis, penyelesaian
msalah, kaedah projek dan inkuiri-penemuan.Penyelidikan masalah sebenar pula berfungsi
kenak-kanak pintar cerdas diberi latihan secara kumpulan kecil. Mereka diberi latihan dan
bimbingan khusus untuk menyelidik masalah sebenar. Aktiviti ini menggunakan teknik inkuiripenemuan iaitu kanak-kanak pintar cerdas tadi bermula dengan pembentukan sesuatu
masalah, memahami masalah yang dibentuk, menyediakan pelan tindakan, menjalankan
rancangan penyelidikan, membuat laporan dan membuat refleksi untuk membina skim
penghayatan yang mantap.
Program Percepatan bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar
cerdas itu dihabiskan dengan cepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan pogram ini,
seperti kanak-kanak yang lebih muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas,
17

melangkaui sebahagian daripada masa keas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu dalam
kelas yang lebih tinggi (mengikut minat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh
pengajaran seperti kurikulum setahun diajar dalam tempoh enam bulan dan lebihan masa itu
digunakan untuk mempelajari kurikulum yang lebih tinggi.
Program Pengelompokan menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar
cerdas ini dikumpulan dalam satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang
terlatih. Program pengelompokan ini memerlukan satu penilaian yang standard untuk
menentukan tahap kanak-kanak pintar cerdas. Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada
kanak-kanak pintar cerdas untuk menikmati pembelajaran yang lebih sempurna.
Selain daripada program pendidikan yang dinyatakan di atas, pengajaran dengan
bantuan teknologi komputer juga salah satu caranya. Geoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk,
Personal Computers Help Gifted Students Work Smart telah menggariskan kebolehankebolehan komputer dalam memnuhi keperluan belajar kanak-kanak pintar cerdas. Antarnya
ialah teknologi yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minat individu untuk
berinteraksi dengan gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium yang memberi
keselesaan kepada pelajar.
Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam kesembilan-sembilan kecerdasan
yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalaan, pengayaan,
dan pengajaran yang sesuai (Armstrong 1994). Dalam konteks pendidikan, guru memainkan
peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat
memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang
diperkenalkan oleh Howard Gardner. Maka, guru juga dapat merancang aktiviti dalam P&P
yang sesuai daripada sembilan kkecerdasan tersebut untuk kanak-kanak pintar cerdas juga.
Semasa melaksanakan Teori Kecerdasan Pelbagai dallam P&P, terdapat tiga peringkat
iaitu Peringkat Padanan, Percubaan dan Peningkatan. PadaPeringkat Padanan, guru perlu
mengenalpasti kecerdasan pelajar pintar cerdas tersebut bagi memudahkan proses
pembelajaran. Pada peringkat ini, guru mengenalpasti kekuatan sendiri dalam kecerdasan
pelbagai dan juga kekuatan pelajar tersebut. Melalui mengenalpasti ini, guru dapat memilih
strategi P&P yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan pelajar tersebut. Dengan ini,
guru boleh memperkembangkan potensi pelajar dalam kecerdasan yang belum menyerlah.
Peringkat Percubaan bagi melaksanakan atau mengaplikasikan Teori Kecerdasan
Pelbagai dalam pengajaran ialah percubaan. Pada peringkat ini, guru perlu memikirkan
18

bagaimana Teori Kecerdasan Pelbagai boleh diaplikasikan dalam P&P seharian. Terdapat
persoalan-persoalan yang membantu para guru bagi menyediakan rancangan pengajaran,
melalui verbal-linguistik, melibatkan persoalan bagaimana saya boleh menggunakan bahasa
llisan, bacaan dan penulisan? Selain itu, persoalan logikal-matematik ialah bagaimana saya
boleh memasukkan nombor, pengiraan atau menggalakkan pemikiran kritis? Melalui visualruang melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh menggunakan bahan bantu belajar
mengajar visualisasi, warna, seni, metafora atau penyusun grafik?
Seterusnya elemen muzik, bagaimana saya boleh menggunakan muzik, bunyi-bunyian
persekitaran atau unsur ritma dan melodi? Elemen kinestetik pula bagaimana saya boleh
melibatkan pengalaman pergerakan seluruh badan atau aktiviti hand-on? Di samping itu,
elemen interpersonal melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh melibatkan pelajar dalam
perkonsian rakan sebaya, pembelajaran kerjasama atau simulasi kumpulan? Elemen
intrapersonal pula bagaimanakan saya boleh memberi pilihan kepada pelajar merangsang
perasaan kendiri? Akhir sekali elemen naturalis ialah bagaimanakah saya boleh membawa
alam semulajadi ke dalam bilik darjah atau membawa pelajar keluar ke alam semulajadi.
Pada peringkat kedua ini juga guru memikirkan cara memaksimumkan potensi
persekitaran, terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah. Menghiaskan bilik darjah dengan
maklumat yang boleh dihargai oleh setiap kecerdasan. Contohnya, pelajar pintar cerdas yang
cenderung kepada verbal-linguistik menyediakan poster beberapa orang penulis terkenal.
Membawa pelajar keluar dari bilik darrjah juga merupakan aktiviti yang dapat menarik mint
pelajar, supaya guru dapat memerhati dan memahami bagaimana setiap individu ini mempunyai
dan menggunakan kecerdasan pelbagai masing-masing.
Pada Peringkat Peningkatan, guru perlu mengaitkan Teori Kecerdasan Pelbagai
dengan kemahiran berfikir untuk perkembangan pelajar. Melalui peningkatan ini, pelajar dapat
mengaplikasikan apa yang diajar dalam hal tertentu. Dalam visual-ruang, pelajar dapat melakar,
membuat peta minda, membayangkan masalah dan penyelesaiannya. Melalui kinestetik pula,
pelajar boleh memanipulasi alat, bahan untuk menyelesaikan masalah. Melalui muzik, murid
memahami ritma, harmoni,, mengenalpasti masalah dan penyelesaiannya. Peningkatan dari
segi interpersonal pula, pelajar mendapat pelbagai idea melalui interaksi dengan orang lain
mengenai masalah dan penyelesaiannya. Peningkata intrapersanol, pelajar membuat refleksi
secara

mendalam

berasaskan

pengalaman,

perasaan

diri

mengenai

masalah

dan

penyelesaiannya. Akhir sekali, peningkatan naturalis, pelajar menggunakan contoh daripada


alam semulajadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya.
19

Melalui peningkatan kecerdasan pelajar, kreativiti dan inovasi dapat dicungkil daripada
pelajar pintar cerdas. Pelajar ini juga dapat memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuautu
perkara serta mengaplikasi pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baru
dan berlainan. Aktiviti bilik darjah boleh dipelbagaikan dengan menggunakan Teoti Kecerdasan
Pelbagai untuk peningkatan perkembangan kognitif mengikut Taksonomi Bloom.
Bagaimanapun, tugasan yanglebih sesuai antaranya meminta mereka menulis satu
artikel mengenai satu tajuk yang memang menarik minat mereka. Dalam soal menyiapkan
tugasan, selain memberi mereka galakan supaya menyiapkan tugasan mereka dengan baik
mungkin, golongan pelajar ini perlu diberi kebebasan dalam menentukan had masa
mmenyiapkan tugasan, Ini keranan motivasi intrinsik adalah pendorong yang kuat terhadap
tingkahlaku mereka. Kanak-kanak pintar cerdas perlu menikmati autonomi, autoriti dan
kebebasan untuk memebuat keputusan sendiri. Namun kebebasan ini perlu digabungkan
dengan amanah.[1]

4.0)

KESIMPULAN
Individu yang pintar cerdas lazimnya disifatkan mempunyai tahap kecerdasan yang

tinggi dalam semua aspek. Banyak teori yang dikemukakan untuk menerangkan tahap
kecerdasan mereka. Walaupun demikian, mengenali kanak-kanak pintar cerdas tidak lengkap
tanpa mengetahui masalah lain yang dihadapi oleh mereka. Walaupun seorang pintar cerdas
mempunyai tahap perkembangan yang tinggi daripada orang normal, namun kadang-kala
mereka mempunyai masalah dalam emosi dan sosial mereka. Walaupun kadang kala dia
menampilkan sikap emosi atau sosial yang tidak matang, ia tidak menunjukkan bahawa dia
bukan seorang yang pintar cerdas tetapi terdapat beberapa halangan yang menjadikannya
begitu. Dalam konteks ini, sekiranya tekanan ini mampu ditangani dengan baik maka sudah
pastinya kanak-kanak pintar cerdas ini akan berupaya menyesuaikan diri dalam persekitaran
sosial dan seterusnya menjalani kehidupan dengan harmoni dan selesa.
Walau bagaimanapun, sekiranya mereka gagal, ia berkemungkinan akan menjurus
kepada kemungkinan untuk mensia-siakan anugerah yang dimiliki dalam pelbagai situasi
negatif seperti kegagalan meneruskan kecemerlangan ataupun penglibatan dalam gejala
20

kurang sihat sebagai reaksi kepada pemberontakan emosi yang mereka alami. Hakikatnya,
kanak-kanak ini perlu dibimbing dalam segala aspek berkaitan dalam hidup mereka agar dapat
mengimbangi tahap kepintaran atau kecerdasan intelektual mereka dengan wibawa diri yang
dilengkapi dengan kestabilan mental dan emosi, serta tidak menyalahi norma-norma sosial
masyarakat umum. Program pendidikan pintar cerdas di Malaysia haruslah dibangun
berpaksikan matlamat menyerlahkan potensi diri pelajar pintar cerdas secara maksimum tanpa
mengabaikan dimensi psikologi, sosio-emosi dan rohani agar menjadi generasi berminda kelas
pertama Malaysia.

5.0)

BIBLIOGRAFI

1. Betts,G.T. & Neihart,M.(1988). Profiles of the gifted and talented. Gifted Child Quarterly,
32(2),248-253.
2. Goleman, Daniel (1999), Working with Emotional Intellegence, Bantan, New York.
3. Mook Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-Kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
4. Nordin Mamat (2005), Asas Sosial Kanak-kanak. Pustaka Salam Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.
5. Prof. Madya Dr. Mansor Fadzil, Prof. Madya Dr. Abdul Razak, Prof. Dr. Khadijah Mohd Yunus.
(2003) Asas Psikologi: Pendidikan Khas. OUM.
6. Rohani Abdullah (2001). Perkembangan Kanak-Kanak Penilaian Secara Portfolio. UPM

21

Serdang
7. Zalizan Mohd Jelas. 2009. Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Konsep dan
Amalan Universiti Kebangsaan Malaysia

22

You might also like