You are on page 1of 17

PEMARKAHAN

TUGASAN 1

TUGASAN 2

E FORUM
JUMLAH

KBK 3053
ASAS LITERASI DAN KOMUNIKASI
TAJUK TUGASAN
TUGASAN INDIVIDU 1

KUMPULAN : UPSI 05(A131PJJ)


DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

AZRI BIN SARMANI

D20102044596

0182775084

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN. HASRUL BIN HOSSHAN


TARIKH SERAH: 17 NOV 2013

Isi Kandungan
1

Halaman
Isi Kandungan

1-3

1.0

Pendahuluan

1.1

2.0

Definisi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Kategori Kanak-kanak Berkeperluan Khas

2.1

Autisme

2.1.1

2.2

2.3

2.4

2.5

2.6

Ciri-ciri Kanak-Kanak Autisme

Cerebral Palsy

2.2.1

Ciri-ciri Celebral Palsy

Disleksia

2.3.1

Ciri-ciri Disleksia

Spina Bifida

2.4.1

Ciri-ciri Spina Bifida

Slow Learner

2.5.1

Ciri-ciri Slow Learner

Sindrom Down

2.6.1

Ciri-ciri Sindrom Down

2.7

Terencat Akal

2.8

Masalah Tingkah Laku

2.8.1

Jangka Masa

2.8.2

Kekerapan

2.8.3

Kesesuaian dan Ketidaksesuaian Masa Berlaku

2.8.4

Tidak Selaras Dengan Umur

2.8.5

Lambat Beri Respon

3.0

2.9

Masalah Kecacatan Bergabung

2.10

Masalah Pendengaran

2.11

Masalah Penglihatan

Kajian Kes: Kanak-kanak Berkeperluan Khas Kategori Sindrom Down Dengan

Masalah Bahasa dan Pertuturan

4.0

5.0

3.1

Pengenalan kepada Sindrom Down

3.2

Kajian Terhadap Seorang Kanak-kanak Sindrom Down

3.3

Latar Belakang Kanak-Kanak

3.4

Ciri-ciri Personaliti Hidayah

10

3.5

Ciri-ciri Fizikal Hidayah

10

Masalah Bahasa

10

4.1

Pengertian Masalah Bahasa

10

4.2

Masalah dalam Bentuk Bahasa

11

4.3

Masalah dalam Kandungan Bahasa

11

4.4

Masalah dalam Fungsi Bahasa

11

4.5

Ciri-ciri Masalah Bahasa Hidayah

11

Masalah Pertuturan

12

5.1

Pengertian Masalah Pertuturan

12

5.1.1

Masalah Artikulasi

12

5.1.2

Masalah Suara

12

5.1.3

Masalah Kelancaran

12

5.2

Ciri-ciri Masalah Pertuturan Hidayah

13

5.2.1

Masalah Artikulasi Hidayah

13

5.2.2

Masalah Suara Hidayah

13

5.2.3

Masalah Kelancaran

13
3

6.0

Kesimpulan

13

Rujukan

14

Lampiran

15

1.0

Pendahuluan

1.1

Definisi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah


dalam kebolehan dan perkembangan dalam sesuatu kemahiran.
2.0

Kategori Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Secara umumnya,terdapat beberapa kategori kanak-kanak berkeperluan khas yang


dikenalpasti. Setiap satu dari kategori ini mempunyai ciri-ciri tertentu, dengan masalah yang
berbeza serta cara mengatasi yang tertentu. Berikut merupakan keterangan mengenai tiaptiap kategori kanak-kanak berkeperluan khas.
2.1

Autisme

Autisme adalah ketidakupayaan yang dihidapi oleh seseorang yang menyebabkan


mereka tidak dapat memahami tentang apa yang mereka lihat dan dengar. Masalah ini
mencetuskan halangan dalam sosial dan komunikasi kanak-kanak ini.
2.1.1

Ciri-ciri Kanak-Kanak Autisme

Kanak-kanak autisme biasanya sukar untuk berhubung dan berkomunikasi


dengan masyarakat serta sukar menerima perubahan yang berlaku pada keliling mereka.
Mereka juga gemar untuk menyebut perkataan yang sama secara berulang selain tidak suka
bergaul dan memilih untuk menyendiri. Mereka sering kali tidak mengendahkan keadaan
sekeliling dan merupakan individu yang sangat pendiam. Selain itu mereka sangat
sayangkan sesuatu objek dan sukar untuk mengubah aktiviti biasa yang dilakukan setiap
hari.
2.2

Cerebral Palsy

Celebral Palsy merujuk kepada golongan yang kurang upaya dan mempunyai
pergerakan yang terhad juga terhalang. Mereka tidak dapat mengawal pergerakan
disebabkan gangguan otak. Keadaan ini boleh terjadi apabila tiada penjagaan yang betul
semasa mengandung dan proses melahirkan. Contohnya seperti kekurangan oksigen ke
otak bayi atau trauma proses kelahiran. Oksigen yang tidak sampai ke bahagian otak bayi
menyebabkan otak mengalami kerosakan. Bayi akan mengalami perkembangan yang
lambat sekiranya mengalami kerosakan otak.
2.2.1

Ciri-ciri Celebral Palsy

Kanak-kanak ini akan tersentak-sentak kerana otot yang tegang dan kecut.
Mereka juga tidak dapat menggenggam objek dengan jari kerana kegagalan dalam
5

mengawal otot. Air liur juga meleleh kerana gagal mengawal otot lidah dan bibir. Mereka juga
tidak mengeluarkan suara, tidak bertindak balas dengan bunyi disekeliling dan pergerakan
bola mata adalah berterusan.
2.3

Disleksia

Disleksia adalah masalah kanak-kanak sukar menguasai kemahiran membaca


walaupun menerima pendidikan membaca. Mereka juga mempunyai masalah dalam literasi
dan numerasi.
2.3.1

Ciri-ciri Disleksia

Mereka biasanya lebih kurang sama dengan kanak-kanak normal yang lain
Cuma mereka agak kurang kemas. Contohnya tidak membutang baju dan selalu dilihat
sebagai pemalas. Mereka juga sukar menggunakan sudu ketika makan, sukar menggunakan
gunting dan sukar memegang pensel dengan betul. Mengalami masalah keseimbangan,
mereka sukar untuk menangkap objek, sukar menunggang basikal, selalu menjatuhkan
barang, sukar membuat aktiviti melompat dan sukar untuk menari.
2.4

Spina Bifida

Spina Bifida adalah masalah pembentukan tulang belakang yang tidak lengkap. Ini
terjadi kerana tulang yang mengelilingi otak dan tulang belakang gagal bercantum dengan
lengkap.
2.4.1

Ciri-ciri Spina Bifida

Kanak-kanak ini biasanya perkembangan fizikal mereka tidak lengkap dan


kebolehan mental mereka sangat rendah disamping cara percakapan janggal dan sukar
berjalan dengan mengikut arah bunyi.
2.5

Slow Learner

Slow learner ialah kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan di bawah tahap


sederhana dan rencatan ringan.
2.5.1

Ciri-ciri Slow Learner

Kanak-kanak slow leaner biasanya lemah daya perhatian pada sesuatu kerja
dan tidak pandai bersosial. Mereka selalu menyinggung perasaan kawan-kawan yang lain
dan sering menggunakan perkataan yang tidak menarik. Pergerakan tangan mereka juga
kekok dan mereka tidak mampu menghabiskan kerja sekolah seperti menyalin sesuatu.

2.6

Sindrom Down

Sindrom Down merupakan kecacatan genetik yang terjadi akibat penambahan


kromosom juga dikenali sebagai Trisomi 21.
2.6.1

Ciri-ciri Sindrom Down

Kanak-kanak Sindrom Down adalah kanak-kanak yang mempunyai ciri dan


fizikal yang seakan sama. Sifat pada kepala, muka dan leher adalah seperti mempunyai
hidung yang kemek dan terdapat lipatan pada bahagian kelopak mata. Saiz mulut mereka
pula selalunya kecil dan sentiasa terbuka. Leher mereka pendek dan mempunyai paras
telinga yang lebih pendek. Ciri-ciri pada jari pula selalunya mereka mempunyai jari kaki juga
jari tangan yang pendek dan sedikit bengkok. Otot kanak-kanak ini pula selalunya lemah dan
lembik. Mereka mudah bergaul dan mesra.
2.7

Terencat Akal

Kanak-kanak yang lewat dalam perkembangan dengan kanak-kanak normal adalah


kanak-kanak yang terencat akal. Kanak-kanak ini boleh diajar kemahiran tetapi mereka
memerlukan masa untuk menguasainya. Kanak-kanak khas ini biasanya dilihat berbeza dari
segi fizikal dan psikologi.
2.8

Masalah Tingkah Laku

Tingkah laku merujuk kepada kelakuan dan perangai seseorang ketika melakukan
sesuatu. Masalah tingkah laku, atau tingkah laku terpesong boleh disebabkan oleh beberapa
perkara seperti berikut:
2.8.1

Jangka Masa

Mereka lebih memerlukan jangka masa yang panjang untuk sesuatu perkara.
Contohnya ketika menangis, mereka cenderung menangis lebih lama.
2.8.2

Kekerapan

Kekerapan mereka melakukan sesuatu biasa lebih dari kanak-kanak normal


yang lain.
2.8.3

Kesesuaian dan Ketidaksesuaian Masa Berlaku

Mereka sering bertingkah laku yang tidak sesuai dengan keadaan sekeliling.
Contohnya dalam suasana gembira, mereka mungkin akan menangis atau tiba-tiba

berteriak. Mereka tidak dapat beradaptasi dengan keadaan sekeliling. Tingkah-laku yang
dilakukan selalunya tidak dihiraukan dengan keadaan persekitaran.
2.8.4

Tidak Selaras Dengan Umur

Tingkah laku yang dilakukan oleh kanak-kanak ini selalunya tidak selaras
dengan umur mereka. Contohnya walaupun mereka mencapai umur belasan tahun, namun
sikap mereka seperti kanak-kanak yang masih kecil seperti berumur 4 ke 6 tahun.
2.8.5

Lambat Beri Respon

Kanak-kanak ini biasanya lambat memberi respon pada sesuatu perkara.


Mereka sering tidak berminat dengan ransangan pertama yang diberikan. Ini kerana
sarafnya tidak dapat berfungsi dengan baik berbanding kanak-kanak normal lain.
2.9

Masalah Kecacatan Bergabung

Kecacatan bergabung merujuk kepada kanak-kanak yang mempunyai dua atau lebih
kecacatan.

Contohnya

kanak-kanak

itu

mempunyai

kecacatan

penglihatan

dan

pendengaran.
2.10

Masalah Pendengaran

Kanak-kanak yang lahir dengan cacat pendengaran akan menyebabkan masalah


pertuturan. Ini kerana kanak-kanak ini tidak dapat belajar perkara melalui sekelilingnya.
Kecacatan pendengaran boleh dibahagi kepada empat jenis iaitu cacat pendengaran
penerimaan, cacat pendengaran pengamatan, cacat pendengaran dan cacat pendengaran
psikogenik.
2.11

Masalah Penglihatan

Kanak-kanak dengan masalah penglihatan berlaku apabila kanak-kanak tersebut


boleh melihat antara 20/200 dan 20/70. Terdapat pelbagai jenis masalah penglihatan seperti
miopia (rabun dekat), hiperopia (rabun jauh), astigmatisme, rabun malam dan rabun warna.

3.0

Kajian Kes: Kanak-kanak Berkeperluan Khas Kategori Sindrom Down Dengan

Masalah Bahasa dan Pertuturan


8

Saya telah menjalankan kajian ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai
masalah sindrom down.
3.1

Pengenalan kepada Sindrom Down

Sindrom down merupakan satu kecacatan genetik. Ianya adalah disebabkan oleh
kehadiran lebih kromosom pada kromosom ke-21. Trisomi ini menyebabkan mereka
mendapat kecacatan genetik Sindrom Down.

Trisomi ini terbentuk daripada kegagalan

dalam proses pembelahan sel,meiosis. Sindrom Down biasanya terjadi kepada ibu yang
telah lanjut usia melahirkan anak. Namun terdapat juga ibu yang berumur lebih muda
melahirkan anak Sindrom Down tetapi peratusannya lebih rendah.
Ciri-ciri biasa fizikal bagi kanak-kanak Sindrom Down adalah satu garis pada garisan tapak
tangan, lipatan pada kelopak mata, anggota seperti tangan lebih pendek, otot yang lemah,
lidah terjulur, leher lebih pendek, dan jarak ketara antara ibu jari kaki dengan jari kaki yang
bersebelahan. Selain itu, mereka juga mempunyai mulut yang terbuka dan tidak boleh
tertutup rapat. Dari segi badan, badan mereka biasanya gempal dan pendek. Kanak-kanak
Sindrom Down juga lebih berisiko menghidap pelbagai masalah kesihatan seperti kecacatan
jantung, apnea tidur dan kegagalan thyroid. Kanak-kanak ini biasanya suka bermanja, suka
bermain dan bergaul dengan baik.
Kanak-kanak Sindrom Down biasanya boleh dilatih untuk berdikari. Ibu bapa perlu memberi
sokongan dan mengajar mereka untuk menguasai sesuatu kemahiran.

3.2

Kajian Terhadap Seorang Kanak-kanak Sindrom Down

Saya telah menjalankan kajian ke atas seorang kanak-kanak Sindrom Down di


Rembau, Negeri Sembilan. Nama kanak-kanak ini ialah Nurhidayah dan mesra dengan
panggilan Hidayah. Sewaktu kajian ini dijalankan, Hidayah sedang menjalani program sukan
yang diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan. Saya menjalankan kajian di rumah
Hidayah dan berpeluang mengikut beliau ke acara sukan anjuran PDK di Port Dickson.

3.3

Latar Belakang Kanak-Kanak

Nama

Nurhidayah Zulkifli

Umur

10 tahun

Tempat tinggal

Rembau, Negeri Sembilan

Adik beradik

5 orang

Pendidikan

Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kendong,


Negeri Sembilan

Aktiviti kegemaran

Mewarna

Nama Ibu

Puan Zaiti

Pekerjaan

Kerani Sekolah

Permainan Kegemaran

Bola

Latar Belakang Keluarga

Hidayah berasal dari Kedah dan setakat


penyelidikan dilakukan, didapati tiada ahli
keluarganya yang lain menghidapi Sindrom
Down.

Benda yang Ditakuti

- Haiwan yang Besar Seperti Gajah (Jika


melawat zoo, Hidayah tidak akan ke tempat
haiwan besar)
- Katak

Cerita Kegemaran

Spongebob Squarepants dan Mickey Mouse.


Menurut ibu Hidayah, Hidayah juga suka
menonton drama Melayu yang berunsur komedi.

Warna Kegemarann

Kuning dan Oren

Kenalan Karib di Sekolah

Wati, Hamdan dan Achik

3.4

Ciri-ciri Personaliti Hidayah


10

Hidayah merupakan seorang yang sangat manja dan peramah. Beliau dilihat tidak
kekok untuk berbual dengan orang asing seperti saya. Hidayah gemar mewarna dan sangat
sayangkan bahan mewarna seperti buku dan pensel warnanya. Beliau sangat kemas
dengan menyusun rapi buku-buku nya di dalam beg dan menyusun perkakas lain seperti
pensel dengan kemas di dalam kotak penselnya. Menurut ibunya Puan Zaiti, Hidayah
merupakan seorang yang sangat sayang pada benda kepunyaannya seperti kasut, beg, baju
dan lain-lain. Setiap malam sebelum tidur, Hidayah akan memerhatikan dan

menyusun

barang-barangnya seperti beg dan baju berdekatan dengan katilnya.


Semasa aktiviti mewarna, Hidayah merupakan seorang yang kidal tapi mampu memegang
pensel warna dengan betul. Walaupun bahan yang diwarna kadang-kala tidak begitu kemas,
tetapi Hidayah mampu mengawal pergerakan tangannya supaya warna-warna tersebut
hanya berada dalan ruangnya sahaja. Menariknya, Hidayah kenal warna-warna seperti hijau,
biru, ungu dan sebagainya. Beliau menyamakan pensel warna yang dipegang dengan baju
yang sedang dipakai ketika itu. Hidayah juga suka meniru tulisan-tulisan yang ada pada
buku-buku dan menulisnya di dalam buku tulis miliknya. Semasa kunjungan saya, Hidayah
sedang meniru sifir yang ada pada buku adiknya. Walaupun Hidayah tidak dapat meniru
dengan betul sepenuhnya sifir tersebut, namun Hidayah boleh mengekalkan bentuk sifir
yang ditulis berulang-kali. Begitu juga dengan tulisan. Hidayah boleh meniru bentuk huruf
A ,O dan sebagainya tetapi beliau tidak boleh mengenal huruf yang ditulisnya.
3.5

Ciri-ciri Fizikal Hidayah

Seperti kanak-kanak Sindrom Down yang lain, Hidayah mempunyai ciri-ciri fizikal
seperti berbadan agak gempal dan rendah. Hidayah juga mempunyai satu garisan sahaja
pada tapak tangannya. Selain itu, kelopak matanya juga tebal dan sendi-sendi tangan
kelihatan sedikit ketara. Jari kaki Hidayah ada yang kecil pada satu jari selebihnya kelihatan
normal. Hidayah seorang yang berkulit cerah dan berambut lebat dan lurus.
4.0

Masalah Bahasa
4.1

Pengertian Masalah Bahasa

Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan pehamaman dalam penggunaan


bahasa pertuturan, tulisan atau lain-lain. Masalah berikut adalah bentuk bahasa iaitu sistem
fonologi, morfologi dan sintaksis, kandungan bahasa atau sistem semantik seterusnya fungsi
bahasa dalam komunikasi juga dikenali sistem pragmatik.

4.2

Masalah dalam Bentuk Bahasa


11

Fonologi merupakan sistem bunyi bahasa dan peraturan yang menentukan


kombinasi bunyi. Kanak-kanak dengan masalah fonologi selalu akan menukar perkataan
seperti nama kepada mama.
Morfologi adalah yang menentukan struktur perkataan dan pembentukan perkataan dari
unsur makna asas. Kanak-kanak dengan masalah morfologi akan menggunakan struktur
ayat yang salah.
Sintaksis pula adalah yang menentukan susunan dan gabungan perkataan bagi membentuk
ayat. Kanak-kanak dengan masalah sintaksis adalah akan membuat kesalahan tatabahasa
dalam menyusun pendapat yang kompleks.
4.3

Masalah dalam Kandungan Bahasa

Semantik adalah psikolinguistik yang menentukan kandungan pertuturan, kehendak


seterusnya makna dan ayat. Kanak-kanak dengan masalah semantik mempunyai
perkembangan perbendaharaan kata yang lemah dengan menggunakan makna perkataan
yang tidak betul dan tidak boleh memahami makna perkataan.
4.4

Masalah dalam Fungsi Bahasa

Pragmatik adalah satu sistem psikolinguistik yang menentukan penggunaan bahasa


dalam komunikasi yang disampaikan secara pergerakan atau percakapan. Kanak-kanak
dengan masalah pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak itu memahami dan
menggunakan bahasa atau berbual.
4.5

Ciri-ciri Masalah Bahasa Hidayah

Hidayah mempunyai beberapa ciri-ciri masalah bahasa. Antaranya masalah fonologi.


Hidayah akan menyebut tisu sebagai susu. Hidayah juga mempunyai masalah bahasa
morfologi di mana beliau tidak boleh menggunakan struktur ayat dengan betul. Contohnya,
dia akan menyebut sudah buat saya dari saya sudah buat. Antara masalah bahasa lain
Hidayah adalah dia tidak boleh menggunakan ayat yang betul dan lengkap. Contohnya jika
ditanya sama ada suka atau tidak dengan warna, maka dia akan menjawab suka tanpa ada
ayat penuh. Jika ditanya di mana adik, dia akan menjawab sekolah. Hidayah tidak boleh
menggunakan ayat yang lengkap dan panjang. Selain itu, dia juga tidak boleh memberi
penjelasan kepada mesej yang kurang difahami. Contohnya apabila dia berkata terbang.
Dia sebenarnya menunjukkan kapal terbang yang lalu, apabila ditanya sekali lagi Hidayah
tidak mampu menerangkan maksud terbang yang disebutnya. Tetapi dia boleh memberi
penerangan dengan menunjukkan kapal terbang yang sedang lalu untuk memberi
penjelasan. Masalah lain adalah dia tidak boleh memaklumkan maklumat yang kompleks
12

kepada orang lain. Contohnya, apabila dia ingin menjelaskan buku biru dan buku hijau di
atas meja dia hanya boleh memberitahu buku biru sahaja. Hidayah juga sukar mengingat
kembali perkataan yang baru dipelajarinya. Contohnya seperti perkataan degil. Dia hanya
boleh mengingat perkataan tersebut setelah berulang-ulang kali disebut dan diajar
kepadanya.
5.0

Masalah Pertuturan
5.1

Pengertian Masalah Pertuturan

Pertuturan bermaksud bahasa biasa yang memerlukan pernafasan dan suara.


Pertuturan melibatkan bunyi bertujuan melahirkan idea.
Masalah pertuturan pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu artikulasi, suara dan
kelancaran. Suara terbahagi kepada tiga bentuk iaitu pic, kekuatan dan kenyaringan.
5.1.1

Masalah Artikulasi

Masalah artikulasi adalah pengeluaran bunyi yang tidak normal menyebabkan


percakapan menjadi tidak sesuai. Masalah artikulasi yang pertama adalah penggantian.
Penggantian adalah apabila satu perkataan diganti dengan bunyi lain, seperti mari menjadi
riri dan sama menjadi mama. Masalah ini biasanya bagi kanak-kanak yang belum matang.
Masalah artikulasi yang kedua adalah pengguran di mana ini melibatkan kehilangan sesuatu
konsonan. Contohnya minum menjadi inum dan sebagainya. Masalah artikulasi yang
ketiga adalah penggubahan di mana sebutan asal digubah. Contohnya seperti saya menjadi
sssaya melibatkan penggubahan sebutan asal. Masalah artikulasi yang keempat adalah
penambahan bermaksud penambahan dalam bunyi. Contohnya, nasi menjadi nasisi dan
sebagainya.
5.1.2

Masalah Suara

Masalah suara adalah masalah melibatkan bunyi tidak normal atau bunyi luar
biasa semasa bercakap. Suara mungkin dikeluarkan secara sengau, serak dan berbisik.
5.1.3

Masalah Kelancaran

Masalah kelancaran adalah masalah melibatkan aliran pertuturan di mana


masalah ini mempengaruhi kelicinan percakapan. Contoh masalah kelancaran adalah gagap
iaitu bercakap dengan berulang-ulang dan tersekat-sekat. Ciri-ciri individu gagap hanya
boleh dilihat apabila dia bertutur dan fizikalnya biasanya adalah sama dengan manusia
normal lain.

13

5.2

Ciri-ciri Masalah Pertuturan Hidayah

Hidayah tidak boleh bertutur dengan sempurna dan lengkap di mana terdapat banyak
masalah pertuturan yang dihadapinya.
5.2.1

Masalah Artikulasi Hidayah

Contohnya Hidayah menyebut sama dengan mama. Selain itu, Hidayah juga
kerap kali menyebut perkataan dengan tidak sempurna seperti kamu menjadi amu dan
saya menjadi aya. Melalui kajian yang saya jalankan ini, Hidayah sangat sukar menyebut
perkataan yang mempunyai huruf s seperti susu. Hidayah akan meninggalkan huruf s atau
menggantikan huruf s dengan c seperti cucu. Ini mungkin disebabkan keadaan lidahnya
yang tebal.
5.2.2

Masalah Suara Hidayah

Secara keseluruhannya, Hidayah kurang mempunyai masalah pertuturan


yang melibatkan suara. Hidayah tidak mempunyai suara yang sengau tetapi ada sedikit
suara serak ketika meyebut beberapa perkataan.
5.2.3

Masalah Kelancaran

Hidayah juga kurang bermasalah dalam kelancaran. Pertuturannya tidak


gagap tetapi kurang difahami.
6.0

Kesimpulan

Kemahiran bahasa dan pertuturan sangat penting. Kanak-kanak berkeperluan khas biasanya
gagal menguasai bentuk dan penggunaan bahasa dengan betul. Masalah ini tidak boleh
dipandang ringan kerana kanak-kanak yang tidak berupaya menyampaikan mesej dengan
jelas boleh menyebabkan kanak-kanak berikut menjadi antisosial dan murung. Ini seterusnya
akan menjejaskan pencapaian mereka dalam pelajaran.
Masalah yang melibatkan bahasa dan pertuturan sebenarnya boleh diatasi dengan langkah
yang betul. Sekurang-kurangnya, masalah ini tidak begitu ketara apabila terapi yang sesuai
diberi kepada kanak-kanak ini. Beberapa pendekatan perlu diambil oleh pihak guru dan ibu
bapa bagi mengatasi dan mengurangkan masalah bahasa dan pertuturan kanak-kanak yang
mengalaminya. Langkah mengatasi perlu dilakukan awal bagi mengelakkan masalah ini
menjadi lebih teruk apabila kanak-kanak ini meningkat dewasa.
Rujukan

14

Jamiliah K.A. Mohamed. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala
Lumpur: PTS Professional.
K.A. Razhiyah. (2005). Menjadi Guru Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: PTS Professional.
K.A. Razhiyah. (2006). Anak Istimewa: Panduan Bagi Ibu Bapa Membesarkan Anak
Istimewa. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Mark Selikowitz. (2008). Down Syndrome. New York: Oxford University Press.
Joan Matthews & James William. (2000). The Self-Help Guide for Special Kids and Their
Parents. United States of America: Jesica Kingsley.

Lampiran

15

Nur Hidayah Ketika Bersiap ke Acara Sukan di Port Dickson

Memenangi Acara Dalam Berkumpulan

Hasil Tulisan Nur Hidayah Meniru Penulisan Bentuk Sifir


16

17

You might also like