You are on page 1of 2

Tarikh : ________________________________________________

Latihan Belanjawan Tunai


Bahagian Pemasaran Syarikat Husna Sdn.Bhd. telah menyediakan anggaran jualan untuk 12
bulan bagi tahun 1999 seperti berikut:
Bulan
Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember

Anggaran Jualan
57 000
40 000
50 000
55 000
50 000
60 000
45 000
50 000
48 000
52 000
40 000
70 000

Maklumat Tambahan
1. Bahagian Pengeluaran
Bahagian pengeluaran menganggarkan :
Bahan mentah
20% daripada jualan bersih
Upah langsung
30% daripada jualan bersih
Overhed kilang:
Berubah
Tetap

5% daripada jualan bersih


RM4,000 sebulan

2. Bahagian pentadbiran
Anggaran perbelanjaan pentadbiran:
Berubah
5% daripada jualan bersih
Tetap
RM4,000 sebulan
3. Perbelanjaan pemasaran dan jualan sebanyak 6% daripada jualan bersih.
4. Pembelian aset tetap bernilai RM30,000. Pembayarannya akan dibuat secara ansuran
mulai bulan Julai hingga Disember 1999.
5. Cukai pendapatan dianggarkan RM24 000 dan pembayarannya dibuat pada setiap bulan.

6. Pembayaran dividen bernilai RM48,000 setahun dibuat sebanyak dua kali, iaitu pada
bulan Jun dan Disember.
7. Jualan pada bulan Oktober 1998 sebanyak RM45 000, November 1998 sebanyak RM50
000 dan Disember 1998 sebanyak RM60 000.
Jualan :
Jualan tunai 30%
Jualan kredit 70%
60% membayar dalam tempoh sebulan
25% membayar dalam tempoh dua bulan
15% membayar dalam tempoh tiga bulan
8. Pembelian bahan mentah dibuat sebulan sebelum jualan dan pembekal memberi tempoh
kredit selama 30 hari.
9. Pada 31 Disember 1998, baki tunai adalah sebanyak RM20,000 dan syarikat mengamalkan
dasar baki minimum sebanyak RM4,000 sebulan.
Soalan
Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai syarikat ini bagi tempoh berakhir 31
Disember 1999.

You might also like