You are on page 1of 23

SBT SMKA SHARIFAH RODZIAH

Nama : Aisyah Zakiah binti Adam


Kelas : 5 Ibnu Rusyd

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya, Adam bin
Mohammad dan Zuridah binti Dopin, kerana telah memberi saya semangat dan dorongan untuk
menyiapkan folio Bahasa Melayu ini.
Jutaan terima ksih juga kepada abang saya, Mohd. Akmal bin Adam, yang telah berbesar hati
membenarkan saya menggunakan computer ribanya untuk menyiapkan folio ini.
Akhir sekali, kalungan terima ksih kepada sahabat-sahabat saya iaitu Kaiyisah binti Mohd Noor
dan Nurul Amirah Hamizah binti Suaidi yang banyak membantu memberi idea dan maklumat untuk
menyiapkan folio ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak
membolehkan saya berjaya menyiapkan folio Bahasa Melayu dengan jayanya.

TAJUK

MUKA SURAT

Penghargaan

Isi Kandungan

Sinopsis Novel

3-11

Tema dan Persoalan

12

Plot dan Teknik Penceritaan

13-15

Watak dan Perwatakan

16-17

Gaya Bahasa
Latar

18
19-20

Nilai Murni

21

Pengajaran

22

Bab 1 : Suratan yang Perlu Ku terima

Novel ini mengisahkan seorang lelaki bernama Bujei yang hidup sebatang kara dan sasau. Dirinya
dianggap bodoh, dungu dan tidak berakal oleh penduduk kampong. Bujei sering menghabiskan masanya
di tepi sungai sambil melayan perasaannya. Perasaannya mula terganggu apabila bapanya meninggal
dunia akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya Karak. Selepas kejadian itu, ibunya, Fatimah,
membawanya berpindah ke kampung dan berkahwin dengan lelaki bernama Harun, seorang duda yang
bertugas sebagai mandur di ladang kelapa sawit berhampiran dengan kampungnya. Bapa tirinya seorang
yang tidak bertanggungjawab dan sering mengikis wang ibunya. Bujei dituduh oleh Harun sebagai punca
kematian ibunya dan penduduk kampung mempercayainya kerana Bujei masih kecil pada waktu itu. Bujei
tinggal dengan neneknya dan kemudiannya neneknya pula meninggal dunia. Tragedi itu mempengaruhi
ingatan dan fikirannya.

Bab 2 : Inilah Dunia Ciptaannya


Sidang Saman menegur perlakuan Bujei dan Bujei mengakui dia berbuat sedemikian kerana
disuruh oleh Alias. Bujei sangat takut akan Alias kerana dia sering dipukul, disepak dan ditampar oleh
Alias sekiranya suruhannya tidak dituruti. Sidang Saman menyuruhnya pulang apabila mendengar bunyi
azan. Bujei pulang ke rumah arwah neneknya. Makan malamnya pada malam itu hanya pisang berangan.
Dia akan berangan tentang Sameah, anak kepada Sidang Saman dan Sameah dianggap buah hatinya.
Kebaikan Sameah menimbulkan perasaan sayang di hatinya. Sameah telah berjaya mengubah beberapa
sifat tabiinya seperti sentiasa menjaga kebersihan. Bujei bangun awal pagi setelah mendengar azan Subuh
dan segera bersiap. Bujei menunggu di jambatan dan akan mengikut sesiapa sahaja yang mempelawanya
menolong di kebun. Wang upah itu akan digunakan untuk mengisi perutnya pada hari berkenaan. Kasim,
Sulaiman dan Husin meminta Bujei membawa beg mereka sebagai balasan makanan yang diminta oleh
Bujei. Bujei terus ke kedai Pak Sulong kerana dia masih berasa lapar namun kecewa kerana tiada sesiapa
yang mengajaknya minum. Bujei bersandar pada tiang kedai yang kosong dan terkenang akan nasib
dirinya yang tiada sanak-saudara. Air matanya berlinangan lalu dia terlena.

Bab 3 : Masih Ada yang Simpati


Adila dan Sameah yang dalam perjalanan ke pekan melihat akan keadaan Bujei itu. Adila
bersimpati akan keadaan Bujei dan baginya Bujei masih berpeluang untunk sembuh. Sameah tersenyum
apabila mengenangkan kembali kali pertama adila bertemu Bujei. Kejadian itu begitu melucukan. Ketika
itu, keadaan Bujei berlainan daripada biasa kerana seluruh pakaiannya basah kuyup dan mukanya
bertopeng lumpur seperti badak meredah belukar. Adila ketakutan dan mukanya pucat semasa melihat
Bujei. Mereka sama-sama ketawa apabila mengenangkan peristiwa itu. Adila sedar manusia seperti itu
banyak dan dia memilih manusia abnormal sebagai bahan kajiannya.

Bab 4 : Siapa yang Mengerti Hatinya


Alias meminta Bujei membersihkan motornya dengan bersih tanpa mencalarkannya. Bujei tahu
bahawa Opah Arah, nenek Alias membencinya dan berdendam padanya walaupun dia tidak berdendam
dengan orang tua itu. Sewaktu membasuh motor, Bujei bermain air tanpa menyedari tugasnya belum
selesai. Bujei diherdik oleh Alias. Bujei juga mendengar percakapan Alias, Sahak dan Sani tentang
tentang kehadiran seorang gadis bernama Adila, yang merupakan seorang graduan university ke kampung
itu dan bekerja sebagai penoreh getah. Alias berhasrat untuk memikat Adila. Selain itu, mereka bercakap
tentang budak Kampung Batu Papan. Alias bangga kerana berjaya mendapatkan mereka. Setelah selesai
tugasnya, Bujei menghampiri Alias dan meminta bayarannya. Alias menengkingnya dan cuba menampar
Bujei. Mak Som menghidangkan sarapan dan memberikannya duit seringgit sebagai upah membasuh
motor Alias. Mak Som berpesan supaya dia tidak menerima permintaan Alias lagi untuk mencuci
motorsikalnya. Bagi Mak Som, sikap jahat Aliasadalah berpunca daripada mentuanya, Opah Arah yang
sentiasa memanjakan Alias. Bujei menyedari dirinya sentiasa diejek dan dipersendakan oleh orang
kampung namun dia seolah-olah merelakannya.

Bab 5 : Rajuk yang tak terpujuk


Adila memberitahu Sameah akan hajatnya untuk menemuramah Bujei. Adila berasa Bujei masih
mampu dipulihkan. Seterusnya, Sidang Saman memberitahu tentang kepulangan ayah tiri Bujei, Harun,
ke kampung mengundang seribu pertanyaan. Kepulangan Harun adalah untuk membolot hasil dusun
milik arwah ayah Bujei dan Bujei jarang merasai nikmat hasil buah dusunnya. Permintaan Mak Su
Bakyah agar kedua-dua anak saudaranya bermalam di rumahnya mendapat kebenaran Sidang Saman
sebelum Sameah berkahwin. Mak Su Bakyah merupakan adik bongsu Sidang Saman yang berumur
lingkungan lebih tiga puluh lima tahun dan begitu ramah. Adila menceritakan kisah hidupnya yang
sebelum ini belum diceritakan kepada Sameah. Adila menceritakan akan kekecewaannya akan sikap
Faizal yang telah mengecewakannya dengan mungkir janji dan telah berkahwin. Mereka berbual tentang
Bujei. Menurut Mak Su Bakyah, Bujei merupakan seorang lelaki yang jujur, ikhlas, baik tapi kurang akal.

Bab 6 : Pasang Umpan


Bapa tiri Bujei, iaitu Harun telah menemui Sidang Saman dan menyatakan hasratnya untuk
menuntut hak daripada harta peninggalan arwah isterinya dan mahu menyogok Sidang Saman jika ketua
kampung itu sanggup membantunya. Tanah isterinya yang telah dijual kepada Wak Senen dengan harga
yang murah cuba diungkit kembali keran baginya selagi tiada surat pengesahan penjualan, maka tanah
tersebut miliknya dan anak tirinya, Bujei. Mak Lamah berasa tidak puas hati terus mendapatkan Sidang
Saman setelah mendapati Harun beredar dari rumahnya. Sidang Saman menyabarkan Mak Lamah tidak
dapat tidur dengan lena malam itu kerana tergangg oleh setiap percakapan yang didengarnya dan bimbang

sekiranya suaminya fasik seprti Harun yang membelakangkan hukum syarak dalam mengendalikan harta
anak yatim.

Bab 7 : Malu
Selepas peristiwa tragis yang menyebabkan kematian ibunya, Bujei bersumpah untuk tidak lagi
menghampiri tapak rumah dan tanah sawah peninggalan ibunya. Apabila bertemu dengan Wak Senen,
Wak Senen akan memberikannya duit dan dia menyimpan duit tersebut tanpa membelanjakannya. Bujei
mengetahui kepulangan bapa tirinya, Harun dan dia sangat takut kerana dituduh penyebab kematian
ibunya walaupun dia tahu, dia tidak bersalah. Ketika ingin mengambil buah betik masak di tanah
kepunyaan Sidang Saman, dia telah disergah oleh Samsul dan meminta dia ke rumah Adila, kerana
sepupunya itu ingin berjumpa Bujei. Bujei ragu-ragu dan malu dengan berita yang disampaikan oleh
Samsul. Bujei berjumpa dengan Adiladi bawah pokok belimbing besi. Bujei meggeletar dan
percakapannya menjadi gagap. Bujei memperkenalkan dirinya yang sebenar kepada Adila. Nama
sebenarnya ialah Mohamad Hafiz. Adila menyatakan tujuannya untuk berkenalan, bertanya tentang diri
Bujei dan mengubah dirinya. Bujei menyatakan dirinya bodoh dan semua orang tahu dia tidak betul.
Adila menegaskan bahawa dia tidak mahu ikut orang lain. Adila menjelaskan semua perincangan akan
dicatat sebagai bahan kajian menyebabkan Bujei menjadi takut kerana berdasarkan pengetahuan yang
pernah dinyatakan Alias, repot bermaksud, dia akan dibawa ke balai polis dan akan dihantar ke tempat
orang gila. Bujei bangun dan cuba hendak melarikan diri tetapi ditenangkan kembali oleh Samsul. Adila
cuba mendapatkan semula kepercayaan Bujei semula. Adila bertanya tentang kasih sayang, kehidupan
yang telah lalu, tentang ibu bapanya dan neneknya yang telah meninggal dunia. Sewaktu menceritakan
akan kisah kematian ibunya, Bujei berkali-kali menafikan dirinya yang menyebabkan kebakaran rumah.
Adila mempercayai Bujei.

Bab 8 : Berharap dalam Curiga


Pertemuan Adila dengan Bujei menimbulkan perasaan yang tidak senang di hati Alias dan Sahak
kerana mereka berdua menyimpan perasaan terhadap Adila. Alias mengarahkan Sahak memaklumkan
kepadanya apabila melihat Bujei menemui Adila. Pada hari berikutnya apabila mengetahui Bujei
menemui Adila, Alias terus memandu ke rumah Sidang Saman. Perbincangan Adila dengan Bujei terhenti
apabila mereka melihat kelibat Alias. Bujei meminta diri apabila melihat Alias memberi isyarat
mengancamnya. Alias mengambil peluang berkenalan dengan Adila dan cuba mempengaruhi Adila
dengan menyatakan Bujei mempunyai penyakit kulit yang berjangkit dan maniac. Ketika berbual, Adila
melihat isyarat Sameah memberikan isyarat kepadanya agar memberhentikan perbualan. Mereka beredar
setelah Adila meminta diri untuk bersolat Asar. Sementara itu, Bujei yang terpaksa meninggalkan Adila
bersama Alias berasa begitu resah dan bimbang Adila akan dipengaruhi oleh kata-kata Alias
terhadapnya. Bujei melangkah longlai ke jambatan dan berhenti di tengah jambatan. Apabila dia
ternampak joran di sebelah kiri, dia terus ke sana dan merebahkan badan menikmati kedamaian alam.
Bujei terlelap dan dikejutkan dengan oleh orang tang tak ingin dilihatnya. Dia menjadi cemas dan
cubaannya untuk melepaskan pegangan Harun tidak berjaya. Bujei ditenteramkan dengan menggunakan
nada yang lembut. Bujei berasa orang yang dibenci dan ditakutinya telah berubah. Bujei diminta dan

dipujuk agar mengecap jari pada sekeping surat. Bujei ingat pesan Adila dan dia sendiri sudah berani
menegakkan haknya. Bujei mengecap jarinya pada surat berkenaan dengan kuat dan menyebabkan kesan
jari pada kertas itu tidak jelas. Harun yang pada mulanya tersenyum, akhirnya naik angina kerana surat
yang diupah sepuluh ringgit itu rosak dan merugikannya. Ketika ingin menuruni tebing untuk
menghukum Bujei, Harun tersungkur ke tanah dan sebahagian badannya tersembam dalam lumpur dan
air. Bujei cuba menolong Harun untuk bangun dan membuang lumpur pada baju ayah tirinya. Pertolongan
itu dibalas dengan penumbuk, sepakan dan ludahan Harun menyebabkan Bujei tidak sedarkan diri.

Bab 9 : Usah Kau Rayu


Adila dan Sameah berasa kelibat Bujei yang tidak kelihatan mungkin kerana takut akan Alias. Mak
Lamah pula berpesan kepada Adila agar perjumpaannya dengan Bujei tidak mendatangkan fitnah
penduduk kampung dan tidak akan kecewa sekiranya berhadapan dengan fitnah. Perbualan mereka
terganggu keran kedatangan Faizal. Mak Lamah memaklumkan Faizal ingin berjumpa Adila. Sidang
Saman meninggalkan mereka berdua untuk berbincang. Faizal cuba memujuk Adila agar menerimanya
kembali dan memberitahu bahawa dia telah bercerai dengan isterinya dan berharap Adila menerimanya
kembali. Bagi Adila, Faizal merupakan manusia yang lebih buruk daripada Hafiz. Seterusnya, Sidang
Saman bertanyakan Bujei yang tidak dating ke rumah mereka seperti biasa kerana baginya Bujei tidak
pernah mungkir janji. Manakala, Bujei yang dibelasah oleh bapa tirinya tersedar daripada pengsan ketika
malam telah menjelma. Hajatnya untuk ke rumah Sidang Saman tidak dapat ditunaikan kerana
keadaannya semakin teruk dan menyakitkan.

Bab 10 : Bimbang
Adila begitu bimbang apabila Bujei tidak datang berjumpa dengannya seperti biasa di rumah Sidang
Saman. Adila meminta penjelasan tentang kesihatan Bujei daripada Sameah kerana Alias pernah
memberitahunya bahawa Bujei menghadapi penyakit kulit dan maniac. Menurut Sameah, Bujei pernah
mengalami alahan teruk setelah terkena pokok rengas sehingga mukanya sembap, merah dan mengelupas.
Penyakit ini berjangkit hanya sewaktu sakit dan tidak berjangkit setelah baik. Sameah juga menceritakan
kembali peristiwa suatu ketika dulu apabila Bujei berjaya memperbodohkan orang-orang kampung. Bujei
telah mengambil suatu objek bulat, berlorek warna hijau dan sebesar buah mangga. Alias yang ketakutan
kerana berasa Bujei memegang bom telah menghebahkan berita itu kepada semua orang kampung.
Menurut Sameah, dahulu, kampungnya pernah menjadi pangkalan tentera British melawan pengganas
komunis. Peralatan ketenteraan yang tidak digunakan ditanam di kawasan masjid. Setelah mendengar
berita Alias, orang kampung lari bertempiaran kerana takut akan Bujei. Apabila Bujei memasuki kedai
Pak Sulong, semua pelanggan lari meninggalkan kedai, kecuali Pak Sulong kerana tidak sempat berbuat
sedemikian. Bujei akhirnay menyerahkan objek tersebut setelah berjaya dipujuk oleh Pak Sulong. Pak
Sulong melontarkan putik nenas yang disangka bom itu ke arah orang ramai yang menyaksikannya. Alias
akhirnya dipersalahkan kerana menghebohkan berita tentang bom itu.

Bab 11 : Kasihan Bujei

Alias, Sani dan Sahak berbual tentang Adila dan Alias mengagak Adila mudah untuk dipikat.
Pada Alias, Adila bukanlah penuntut universiti di England walaupun dia pernah melihat fail milik Adila.
Alias menyatakan niatnya untuk keluar dengan Adila. Ketika berbual mereka ternampak Samsul sedang
mencari Bujei kerana Adila sedang menunggu Bujei. Alias meminta Samsul menyampaikan pesanannya
untuk berjumpa dengan Adila keesokan harinya. Samsul pulang dan memberitahu bahawa dia tidak
menemui Bujei. Adila dan Sameah berasa cemas lalu mendapatkan kepastian kepada Mak Lamah.
Samsul menjelaskan keadaan rumah Bujei gelap dan pintunya terbuka luas, namun kelibatnya tiada.
Samsul menyampaikan hajat Alias kepada Adila. Dengan ketawa, Adila menyatakan yang mereka
bercadang hendak ke pekan dan akan mengajak Alias bersama. Sidang Saman memarahi Samsul apabila
mengetahui Samsul takut untuk melihat Bujei di dalam rumahnya. Selesai solat Magrib, Sidang Saman
membonceng Bujei ke rumahnya. samsul cuba memimpin tangang Bujei untuk dibawa masuk ke rumah
tetapi ditolak oleh Bujei kerana malu setelah dia tidak mandi dan badannya berbau busuk. Samsul terkejut
keadaan Bujei yang kelihatan teruk. Malam itu, Bujei bermalam dalam bangsal kerana akan dibawa ke
pekan untuk menggunting rambut dan ke klinik. Bujei telah meluahkan isi hatinya kepada Samsul. Bujei
menceritakan kejadian dia dipukul oleh Harun. Bujei menangis sambil mencurahkan isi hatinya. Baginya,
Adila telah berjaya menyedarkannya tetapi dia masih takut untuk berubah. Samsul cuba menyabarkan
Bujei dan sedar akan kesilapannya yang pernah mempermainkan Bujei. Pagi itu Alias begitu kecewa
apabila melihat di dalam kereta Adila dipenuhi sepupunya dan juga Bujei. Adila memaklumkan bahawa
dia akan bertemu Alias di pekan. Alias mengangguk lemah dan kecewa. Di pekan, Bujei membeli baju
baru dan juga radio sebagai peneman hidupnya. Tiba di rumahnya, hari sudah lewat petang. Usikan Adila
untuk ke rumahnya menyebabkan Bujei mengemaskan rumahnya. Namun, kehadiran Alias secara senyapsenyap mengejutkan Bujei semasa asyik mengemas dapur sambil mendengar radio barunya. Alias
melambung-lambung radio yang ringan itu dengan perlahan -lahan tapi telah ditegah oleh Bujei. Alias
menuduhnya mencuri radio tersebut tetapi disangkal oleh Bujei. Dalam suasana yang tegang itu, Alias
sengaja menjatuhkan radio tersebut. Bujei telah menumbuk Alias lalu mencapai parang panjang yang
berkarat dan berpura untuk menetak Alias. Alias ketakutan. Bujei mendesak Alias membayar ganti rugi
dengan mengugut akan membakar motor Alias sekiranya permintaannya tidak ditunaikan. Bujei
menyuruh Alias pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Alias dating kali kedua bersama Sidang Saman
dan orang kampung. Setelah perkara sebenar diketahui oleh Sidang Saman, Alias diminta membayar ganti
rugi RM80.00 kepada Bujei. Alias menyerahkan RM50.00 dan diarahkan menjelaskan baki selebihnya.
Alias dating kali ketiga bersama Opah Arah menyebabkan suasana menjadi bising dengan maki hamun
dan kata-kata kesat Opah Arah kepada Bujei. Setelah didesak, akhirnya Alias menjelaskan bayaran baki
duit kepada Bujei dengan mencampakkannya ke tanah.

Bab 12 : Kebenaran Terbukti


Kisah Bujei dan Alias menjadi bualan penduduk kampung. Bujei hanya mendiamkan diri sahaja.
Setelah mendengar cerita Pak Longnya, Adila mengetahui bahawa Bujei berada di pihak yang benar.
Adila berasa panduan serta didikan yang diberikan pada Bujei adalah betul. Perubahan Bujei
membuktikan penyakit Bujei bukan berpunca daripada faktor dalaman tetapi faktor luaran. Bujei seperti
dipenjara dalam alam yang tak pernah diingininya. Berdasarkan pemerhatian Adila, Bujei sebenarnya
seorang pemuda biasa yang tidak pernah diberi peluang untuk hidup dalam keadaan normal. Bujei mampu
membaca dan berdialog tentang bahan bacaannya serta berbahas tentang isu yang dibincangkan. Bujei

juga telah banyak berubah. Bujei kini semakin kemas dan perlakuannya sudah teratur. Adila juga semakin
teringin untuk bertemu Bujei. Perubahan Bujei diakui oleh Pak Longnya. Menjelang sepuluh hari sebelum
perkahwinan Sameah, Adila telah dipinang oleh Alias yang diwakili oleh Pak Iman, adik kepada Opah
Arah. Sidang Saman berjanji akan memberitahu jawapannya selepas meminta tempoh seminggu. Adila
menolak pinangan itu. Bujei pula berasa tertipu dengan Adila dan menganggap Adila akan berkahwin
dengan Alias dan mengambil keputusan untuk tidak lagi berkunjung ke rumah Sidang Saman. Alias yakin
pinangannya akan diterima.

Bab 13 : Siapa Sangka Merdu Suaranya


Bujei kini kehilangan semangat untuk bercucuk tanam di halaman rumahnya sejak mengetahui
pinangan Alias. Dia senang dan bahagia bersama-sama Adila walaupun dia sedar terdapat jurang antara
mereka. Samsul mengajak Bujei ke rumahnya untuk menolong kerja-kerja persiapan perkahwinan
kakaknya. Bujei akhirnya bersetuju setelah didesak oleh Samsul. Adila telah memperkenalkan Bujei
kepada ahli keluarganya. Pada malam pengantin, Bujei diminta oleh seorang peminat misteri agar
menyampaikan sebuah lagu yang ditujukan kepada tuan rumah. Orang ramai terkejut apabila Bujei naik
ke pentas dan dapat menyanyi dengan baik. Selesai menyanyi Bujei terus menghilangkan dirinya.
Penduduk menghargai jasa Adila yang berjaya memulihkan semangat Bujei. Adila menyatakan hasrat
penduduk kampung yang berkeinginan memohon maaf daripada Bujei atas segala kesilapan mereka yang
lalu akan terus membantu memulihkan Bujei.

Bab 14 : Tanah Pusaka


Bujei terjaga dari tidurnya ketika hari sudah petang. Dia begitu penat kerana membantu dalam
majlis perkahwinan Sameah. Samsul datang ke rumahnya dengan membawa makanan. Samsul juga
memeberitahu bahawa Pak Dahlan, ayah Adila mahu berjumpa dengannya. Dia ke rumah Sidang Saman
dan ternyata Pak Dahlan mesra terhadapnya. Ketika asyik berbual, Bujei melihat Adila pulang dengan
seorang lelaki. Pak Dahlan memperkenalkan Faizal kepada Bujei. Ketika di rumahnya, Bujei
mengenangkan dirinya berbanding dengan Adila yang mempunyai banyak perbezaan. Wak Senen dating
ke rumahnya. Dia begitu pelik kerana Wak Senen tidak pernah datang pada waktu malam. Wak Senen
memberitahu tujuan kehadirannya pada Bujei iaitu tentang isu tanah kepunyaan Bujei telah dijual oleh
bapa tirinya, Harun. Wak Senen mahu menyerahkan kembali hak Bujei sekiranya Bujei ingin mengambil
semula tanah pusaka arwah ibunya. Bapa tirinya juga berhasrat untuk menjual tanah milik Bujei dengan
harga yang lebih tinggi berbanding harga yang pernah dijualnya dulu. Wak Senen memberitahu bahawa
duit yang pernah diberikan untuk Bujei adalah sedekah dan tidak perlu dipulangkan semula dan meminta
Bujei berhati-hati dengan Harun supaya tidak ditipu da berjumpa dengan Sidang Saman sekiranya
bermasalah. Keesokannya, Bujei ke rumah Sidang Saman dan Bujei sangat gembira apabila Adila memuji
nynyiannya. Ketika menurunkan khemah, Bujei mendapat tahu bahawa Faizal bekas tuning Adila
daripada Samsul. Bujei berasa keliru dengan berita itu. Samsul meminta Bujei bertanya daripada Adila
sendiri. Mereka berehat sambil menikmati laksa asam di bawah pokok belimbing. Kedatangan Adila
membuatkan Bujei malu menikmati makanan kegemarannya.

Bab 15 : Serba Salah


Semenjak Sameah berkahwin dan dibawa pergi oleh suaminya, Adila berasa sangat sunyi. Dia
mula terasa ingin pulang ke Kuala Lumpur. Namun, tanggunggjawabnya untuk melihat Bujei berubah
masih belum selesai. Bujei telah banyak berubah hasil keperihatinannya. Mak Lamah pula menasihati
Adila agar memberi perhatian kepada kehidupannya. Adila mula teringat akan Faizal yang sentiasa
menaruh harapan padanya walaupun jelas ditolak olehnya. Perkara itu menyebabkannya berat hati untuk
kembali ke Kuala Lumpur. Lagi pula kajiannya tentang diri Bujei belum selesai dan lengkap. Kadangkadang Adila merasakan Alias lebih berpendirian berbanding Faizal yang seperti sudah tiada pegangan.
Adila tidak dapat melelapkan matanya pada malam itu dan akhirnya dia tertidur di meja makan di dapur.

Bab 16 : Dirasuk Gelisah


Alias datang ke rumah Bujei sewaktu Bujei sedang membuat batas tanaman. Bujei bersedia dengan
memegang batang cangkul sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Bujei terkejut dengan
perubahan diri Alias. Alias memohon kemaafan atas segala tindakan atau perbuatan yang pernah
dilakukan oleh Bujei sebelum ini dan mengakui bahawa dialah orang yang mahu memalukan Bujei pada
malam majlis perkahwinan Sameah. Namun, hasratnya tidak tercapai kerana Bujei dapat menyanyi
dengan baik dan berbakat. Alias memfitnah kononnya Adila berpenyakit AIDS yang dibawa daripada
England dan kerana itu Faizal memutuskan tali pertunangan mereka, lalu dia membawa diri ke kampung.
Alias menasihati Bujei supaya tidak rapat dengan Adila. Adila mungkin akan mengajak Bujei berkahwin
dan penyakit itu akan berjangkit kepada anak-anak mereka. Kata-kata Alias berjaya menakutkan Bujei
dan dia tidak lagi ke rumah Sidang Saman. Pada hari yang sama, Adila menerima sepucuk surat layang.
Dia menangis kerana dirinya difitnah telah rosak dan dikaitkan dengan Bujei. Mak Lamah memujuk dan
memberitahu perkara ini akan disiasat oleh Pak Longnya. Adila mengambil keputusan untuk pulang
seketika ke Kuala Lumpur bagi menenangkan fikirannya dan akan kembali demi Bujei setelah mendapat
ketenangan. Di Kuala Lumpur, Adila diminta oleh ayahnya agar bekerja untuk mengelak dirinya
memikirkan perkara yang buruk. Setelah menerima nasihat ayahnya, Adila memilih untuk menjadi
pensyarah, namun dia meminta sedikit masa untuk menghabiskan tugasnya bagi memulihkan Bujei.

Bab 17 : Rindu
Bujei begitu merindui Adila setelah lama tidak bersua walaupun mengetahui tentang penyakit yang
dihidapinya. Petang itu, Bujei menunggu kepulangan Samsul dari sekolah untuk bertanya tentang Adila.
Samsul mengajaknya ke rumah setelah mengetahui Bujei belum makan lagi. Bujei bertanya tentang
kesihatan Adila mengejutkan Samsul. Samsul meminta Bujei tidak mempercayai akan fitnah. Selesai
makan, mereka berehat di bangsal. Mak Lamah mengingatkan mereka tentang merokok dan juga
menunaikan solat. Bujei teringat kembali kejahatan yang pernah dilakukan Alias terhadapnya setelah
mendengar Mak Lamah menyebut tentang rokok. Alias memaksanya merokok da meminum air teh tarik

sekali gus ketika di kedai Pak Sulong. Apabila air bercampur rokok masuk ke dalam mulutnya, air itu
menjadi pahit dan meloyakan sehingga dia terbatuk dan air terkumpul di mulutnya itu tersembur ke muka
Alias. Semua orang mengetawakan Alias. Mereka sama-sama ketawa apabila mengingatkan kembali
peristiwa itu. Samsul juga cuba mendapatkan pandangan Bujei mengenai Adila dan menyatakan
keluargamereka risau fitnah yang menimpa Adila.

Bab 18 : Keliru
Alias terus datang ke rumah Bujei untuk menasihati Bujei agar tidak lagi berkunjung ke rumah
Sidang Saman. Katanya keluarga Sidang Saman sudah pun terkena penyakit itu. Alias menyatakan Adila
sudah tidak laku, jadi mereka cuba mengkhawinkan Adila dengan Bujei. Bujei semakin mempercayai
kata-kata Alias dan cuba mengelakkan diri dengan Samsul sewaktu kedatangan Samsul menyampaikan
berita kepulangan berita kepulangan dan pesanan Adila. Namun, Samsul mendesak Bujei untuk ke
hospital melawat pesakit yang sedang terlantar dan memerlukan bantuan darah. Bujei menyangka bahawa
Adila sedang menderita di hospital namun tekaannya tidak tepat dan dia terkejut besar apabila mendapati
Adila sedang berbual dan ketawa bersama Mak Lamah. Samsul menjelaskan bahawa Sahak dimasukkan
ke hospital setelah kemalangan teruk ketika berlumba motorsikal dengan Alias. Sidang Saman pulang
memaklumkan bahawa Sahak mengalami kekurangan darah jenis AB. Adila mengakui darahnya sama
dan akan berbuat sedemikian jika diperlukan. Kenyataan Adila mencemaskan Bujei dan dia teringat akan
kata-kata Alias.

Bab 19 : Aku Cinta Adila


Akhirnya, Adila telah mendermakan darahnya untuk Sahak dengan hati yang benar-benar ikhlas
untuk membantu. Sahak akan pulih tetapi parut luka di bahagian kiri mukanya akan kekal sepanjang
hayat. Kemalangan Sahak sedikit pun tidak menginsafkan Alias, malah dia masih berbangga dan
keegoannya semakin menjadi-jadi. Kemarahan Alias semakin menjadi-jadi apabila melihat Bujei bersama
Adila. Ketika di rumah Bujei, dia memarahi dan mengugut Bujei dengan alasan penyakit yang dihadapi
oleh Adila akan berjangkit kepada semuan orang kampung disebabka kelalaian Bujei. Bujei akan dihalau
dari kampung sekiranya perkara ini terjadi. Bujei mendapat akal dan berjaya membuatkan Alias kalah
dengan sikap angkuhnya sendiri. Bujei meminta Alias mengetuainya untuk menghalau Adila dari
kampung kerana penyakit berbahaya yang dihidapi oleh Adila. Alias terkejut akan saranan Bujei dan
terpaksa mengaku kalah dengan mengatakan dia perlu mengajak penduduk kampung yang lain untuk
menghalau Adila. Alias mendapati Bujei telah banyak berubah dan tidak boleh diperalatkan lagi.
Penolakan pinangan dan keakraban hubungan Adila dan Bujei menyebabkan Alias berasa terhina.
Kawan-kawannya berasa terancam apabila Alias memberitahu hasratnya untuk menculik Adila. Beberapa
pucuk surat pujukan dan rayuan telah diberikan kepada Adila, namun gagal memikat hati Adila. Dengan
bantuan neneknya, Opah Arah, Alias cuba mendapatkan ilmu pengasih untuk menundukkan Adila. Dia ke
rumah Bujei untuk memujuk Adila untuk menerimanya. Alias kini sudah berubah menjadi manusia yang
hilang harga diri, sebaliknya Bujei berubah menjadi seorang pemuda yang berkeperibadian yang unggul.

Bab 20 : Mereka Tidak Ragu-ragu Lagi


Adila akhirnya meluahkan perasaannya terhadap Bujei dan mahu menjadikan Bujei sebagai
suaminya. Hal ini mengejutkan Sidang Saman dan Mak Lamah. Mereka risau dengan penerimaan ibu
bapa Adila. Manakala, Sidang Saman pula bersutuju dengan hasrat Adila tetapi perkara itu mesti
dipersetujui oleh ibu bapa Adila. Sidang Saman menjelaskan Bujei masih belum bersedia menjadi suami
Adila. Adila perlu menunggu Bujei pulih sepenuhnya. Mereka bertiga akan menyimpan dahulu rahsia
berkenaan. Keesokannya, Bujei bertemu Adila seperti biasa. Adila menjelaskan kajiannya telah selesai
dan berharap Bujei mampu berdikari. Bujei menyatakan dia benar-benar terhutang budi pada Adila. Adila
memberitahu bahawa dia akan pulang ke Kuala Lumpur. Adila meminta agar Bujei belajar agama
daripada Pak Longnya, Sidang Saman. Mereka berbual tentang pertemuan kali pertama mereka dan samasama ketawa dengan pengalaman itu. Kelibat seorang pemuda yang berada di luar pagar memerhati
mereka di anjung mematikan perbualan mereka. Akhirnya, pemuda yang berseluar pendek dan berbaju
panas pucat kotor itu berlalu meninggalkan mereka. Melihat keadaan itu, Bujei berasa dia seperti melihat
dirinya dahulu yang kini sudah ditinggalkannya. Mereka berpandangan dan untuk seketika pandangan
mereka bertaut. Mak Lamah mengintai mereka dengan harapan akan ada keunggulan buat Adila dan
Bujei.

Tema

Tema novel ini ialah konflik jiwa yang dialami oleh seorang pemuda akibat peristiwa tragis
sewaktu kecil. Bujei mengalami konflik jiwa akibat fitnah bapa tirinya dan dianggap tidak siuman oleh
penduduk kampung. Dia sentiasa dipesenda dan diperbodohkan oleh penduduk kampung terutamanya
Alias. Kehadiran Adila dalam kehidupannya telah membantu memulihkan Bujei menjadi manusia biasa
seperti sediakala.

Persoalan
Persoalan novel ini ialah tanggungjawab sesama manusia, contohnya, sebagai manusia biasa,
Adila berasa bertanggungjawab untuk membantu membentuk semula keperibadian Bujei yang hanyut
dalam dunianya sendiri tanpa ada sesiapa pun yang membantunya. Selain itu,mengambil kesempatan
terhadap insan yang tidak berdaya, contohnya Alias sentiasa menjadikan Bujei seperti kulinya.
Seterusnya, sikap suka memfitnah, contohnya Alias yang cemburu dengan hubungna Bujei dengan
Adila mendakwa Adila menghidap AIDS dan juga memfitnah Adila seorang perempuan yang telah rosak
setelah tidak berjaya memiliki Adila. Seterusnya, prihatin terhadap kesusahan orang lain, contohnya
Mak Lamah sentiasa mengambil berat tentang Bujei dan menyediakan makanan untuk Bujei apabila Bujei
dating ke rumahnya. Selain itu, kasih sayang mampu mengubah sifat seseorang, contohnya Bujei
berasa begitu dihargai apabila Adila sentiasa membimbingnya sehingga berjaya mengubah sifatnya. Di
samping itu, sikap mementingkan diri sendiri dan tidak berhati perut, contohnya Harun begitu
mementingkan diri sendiri dengan mengambil kesempatan terhadap Fatimah yang mempunyai banyak
wang peninggalan arwah suaminya dan menghabiskan semua harta itu untuk kepentingan dirinya.
Seterusnya, berpegang teguh pada pendirian, contohnya Wak Senen berpegang teguh pada
pendiriannya bahawa harta yang dibeli daripada bapa tiri Bujei adalah bukan haknya malah menjadi hak
Bujei lalu dia sanggup menyerahkan semula tanah yang sepatutnya menjadi milik Bujei kepada Bujei.
Seterusnya, jodoh pertemuan adalah kehendak Tuhan, contohnya Adila pada mulanya agak takut
berhadapan dengan Bujei akhirnya jatuh hati pada Bujei dan mahu Bujei menjadi calon suaminya setelah
Bujei semakin pulih. Akhir sekali, persoalan keberanian mempertahankan hak, contohnya Bujei begitu
berani mempertahankan haknya dengan mendesak Alias membayar semula ganti rugi sebanyak RM80.00
setelah Alias merosakkan radio yang baru dibelinya.

PLOT

Permulaan
Menceritakan watak Bujei yang digambarkan sering menghabiskan masanya di tebing sungai
semenjak melalui peristiwa tragis dalam hidupnya setelah kehilangan ibu tersayang dan peristiwa itu
sentiasa mengganggunya. Masyarakat kampung pula menganggapnya gila dan dia rela dirinya dituduh
sedemikian. Alias pula sering mengambil kesempatan terhadap Bujei dengan menjadikan Bujei seperti
kulinya.

Perkembangan
Perkenalan dengan Adila telah mengubah kehidupan Bujei yang hidup bersendirian tanpa tunjuk
ajar sesiapa pun. Bujei menjadi seorang yang berkeyakinan untuk meneruskan kehidupan. Adila juga
yakin Bujei masih mampu dipulihkan sekiranya mendapat bimbingan dengan betul. Adila berada di
kampung kerana kecewa dengan FAizal yang telah mungkir janji dengannya apabila berkahwin dengan
wanita lain. Bujei ada menyimpan perasaan terhadap Adila namun pada masa yang sama, Alias dan Sahak
juga meminati Adila.

Perumitan
Alias akan cemburu akan hubungan baik Adila dan Bujei lalu cuba mengganggu hubungan
mereka. Bapa tiri Bujei, Harun datang untuk meminta cap jari Bujei. Tindakan Bujei merosakkan surat
pindah milik tanah menyebabkan Harun naik angin. Selain itu, Alias geram apabila Adila membawa Bujei
ke pekan dan telah merosakkan radio yang baru dibeli oleh Bujei lalu Bujei menumbuk dan mengugut
Alias dengan parang. Bujei tidak lagi membiarkan dirinya diperbodohkan oleh Alias. Tindakan Alias
seterusnya untuk menghalang Bujei dengan Adila adalah dengan menyebarkan fitnah bahawa Adila
berpenyakit AIDS dan telah rosak serta cuba menjadikan Bujei pak turut. Hal ini menyebabkan Bujei
menjauhi Adila. Adila begitu sedih akan fitnah yang dilemparkan kepadanya dan kembali seketika ke
Kuala Lumpur. Bujei pula begitu rindu akan Adila setelah menjauhkan diri daripada Adila. Bujei terkejut
apabila Adila yang disangkanya sakit tenat rupanya langsung tidak sakit malah Adila sanggup pula
mendermakan darah untuk Sahak yang kemalangan. Hubungan Adila dan Bujei kembali pulih. Alias
bertambah geram lalu dia memarahi Bujei kerana tidak menjauhkan diri daripada Adila.

Kemuncak
Bujei kini semakin mampu berfikir telah meminta Alias mengetuai mereka untuk menghalau Adila
dari kampung kerana berpenyakit AIDS. Bujei puas, akhirnya dia berjaya mengenakan Alias yang cuba
menjauhkan Adila daripadanya. Alias tidak lagi mengganggu Bujei, namun Alias menjadi semakin tidak
tentu arah kerana terlalu mengharapkan Adila menerimanya sehingga sanggup untuk mengenakan ubat
pengasih dan menculik Adila, namun hanya diketawakan oleh kawan-kawannya.

Peleraian

Adila menaruh hati terhadap Bujei dan memberitahu hal itu kepada Pak Long dan Mak Longnya.
Mereka menasihati Adila agar bersabar dahulu sebelum berterus-terang kepada Bujei sehingga Bujei
betul-betul bersedia untuk menjadi suaminya. Adila menemui Bujei dan memberitahu bahawa dia telah
menerima tawaran sebagai pensyarah. Adila telah meminta Bujei untuk belajar agama daripada Pak
Longnya. Walaupun sedih, namun Bujei memberitahu bahawa dia terhutang budi atas jasa Adila
kepadanya. Mak Lamah yang melihat keadaan itu berharap agar hubungan Adila dan Bujei akan terus
berkekalan.

TEKNIK PENCERITAAN
Pemerian
Dalam sesebuah novel, teknik pemerian memang sering digunakan oleh pengarang. Teknik ini
amat mudah untuk menjelaskan kepada pembaca tentang latar, gambaran, ataupun pendirian watak dalam
membincangkan sesuatu isu. Sebagai contoh halaman 22 pengarang menggambarkan watak Bujei melalui
teknik pemerian. Bujei digambarkan akan bangun pada awal pagi untuk menunggu penduduk kampung
yang ingin menorah getah. Apabila dipelawa dia akan membantu penduduk kampung di kebun. Hasilnya,
dia akan dapat bersarapan upah yang diberi.

Dialog
Teknik ini digunakan untuk melahirkan pendapat watak tentang isu. Kebiasaannya hanya hal yang
penting sahaja dinyatakan dalam bentuk dialog. Di halaman 177, pengarang menulis perbualan antara
Bujei dan Samsul. Dalam perbualan itu, Bujei meluahkan perasaannya terhadap Samsul
dengan menyatakan bahawa dia tidak bodoh. Bujei menyatakan dia juga mempunyai perasaan seperti
orang lain dan dia rasa terharu dengan pertolongan Adila yang membantunya.

Imbas kembali
Teknik ini digunakan untuk mengimbas kembali sesuatu peristiwa yang dialami oleh watak.
Melalui teknik ini, pembaca akan mendapat gambaran sesuatu peristiwa yang menyebabkan perasaan
watak terganggu. Sebagai contoh, menerusi halaman 10, Bujei berusaha menyelamatkan nyawa ibunya
dalam kebakaran setelah bapa tirinya langsung tidak berusaha menyelamatkan ibunya yang pengsan.
Bujei cuba meredah api bagai mendapat kekuatan untuk menyelamatkan ibunya tetapi dirinya dirangkul
dengan kasar oleh penduduk kampung agar tidak terkorban sebagaimana ibunya.

Monolog

Teknik monolog digunakan untuk menggambarkan watak yang sedang berkata dengan diri sendiri
untuk meluahkan rasa gembira atau duka. Dalam novel ini, sebagai contoh di halaman 39, pengarang
menggunakan teknik ini untuk menggambarkan Adila yang ketakutan apabila melihat Bujei buat kali
pertama. Sameah tergelak apabila menceritakan kembali peristiwa itu kepada Adila dan mereka samasama ketawa.

Bujei / Mohamad Hafiz

Bujei anak tunggal kepada Fatimah dan suaminya tentera. Bapanya telah meninggal dunia dalam
kemalangan di Lebuhraya Karak manakala ibunya juga meninggal dunia angkara bapa tirinya, Harun dan
telah memfitnah Bujei yang menyebabkan kematiannya. Selepas ibunya meninggal dunia Bujei tinggal
bersama-sama neneknya. Setelah itu, neneknya pula meninggal dunia. Antara perwatakan Bujei ialah
seorang yang penyayang, contohnya dia amat menyayangi ibunya. Buktinya, dia cuba menyelamatkan
nyawa ibunya yang pengsan dipukul oleh bapa tirinya yang naik angin apabila tidak mendapat wang lalu
menyepak pelita sehingga rumahnya terbakar. Selain itu, mudah percaya akan kata-kata orang lain,
contohnya Bujei mempercayai kata-kata Alias kononnya Adila menghidap penyakit AIDS dan mula
menjauhi Adila. Selain itu, Bujei seorang yang tidak suka meminta-minta, contohnya Bujei tidak akan
meminta-minta untuk mendapatkan makanan kecuali ada yang mempelawanya makan ketika dia
merayau-rayau di kedai Pak Sulong. Seterusnya, Bujei seorang yang suka bergaul dengan kanakkanak, contohnya Bujei lebih senang bergaul dengan kanak-kanak terutamanya Samsul, Kasim, Sani,
Sulaiman dan Husin. Selanjutnya, Bujei seorang yang pemalu, contohnya dia agak malu untuk menemui
Adila setelah Samsul memberitahu bahawa Adila ingin menemuinya kerana dia sedar akan kekurangan
dirinya. Bujei juga seorang yang rajin, contohnya Bujei akan bangun awal pagi untuk menunggu
penduduk kampung yang mempunyai kebun getah mempelawanya menolong mereka. Akhir sekali, Bujei
seorang yang suka membantu,contohnya apabila diajak oleh Samsul untuk membantu menurunkan
khemah kenduri perkahwinan Sameah, Bujei tidak segan-segan untuk membantu.

Adila
Adila ialah anak kepada Pak Lang Dahlan dan anak saudara kepada Sidang Saman dan Mak
Lamah. Sepupu kepada Sameah, Samsul dan Saniah. Adila berkelulusan ijazah dari sebuah university di
England dan belajar di sana selama lima tahun. Antara perwatakan Adila ialah seorang yang ikhlas
membantu orang lain, contohnya Adila ikhlas membantu memulihkan Bujei yang diyakini mampu
sembuh sekiranya dibimbing dengan baik. Selain itu, Adila seorang yang bertanggungjawab, contohnya
walaupun berhadapan dengan fitnah yang begitu memalukan dirinya bahawa dirinya telah rosak tetapi dia
tidak sanggup untuk meninggalkan Bujei yang masih memerlukan bimbingannya. Seterusnya, Adila juga
seorang yang tegas dalam membuat keputusan, contohnya Adila tidak menerima Faizal kembali apatah
lagi Faizal tergamak menceraikan isterinya demi mendapatkan Adila semula. Di samping itu, Adila juga
seorang yang prihatin terhadap orang lain, contohnya Adila risau apabila tidak melihat kelibat Bujei
dengan meminta Samsul mencari Bujei yang jatuh sakit setelah dipukul oleh bapa tirinya. Akhir sekali,
Adila juga seorang anak yang taat kepada ibu bapa dan orang tua, contohnya Adila taat akan nasihat
bapanya apabila bapanya menasihati Adila agar menerima tawaran kerja sebagai seorang pensyarah.

Alias
Alias ialah anak kepada Mak Som dan cucu kepada Opah Arah serta cucu saudara kepada Tuk
Imam Ngah. Alias merupakan seorang cucu yang manja kerana sering dimanjakan oleh neneknya iaitu
Opah Arah. Alias juga seorang pemuda yang nakal dan liar dan suka berlumba motorsikal sehingga
terbabit dengan kemalangan yang menyebabkan kawannya, Sahak cedera parah. Di samping itu, Alias
juga seorang yang suka membuli, contohnya Alias sentiasa menyuruh Bujei mencuci motorsikalnya dan
juga memaksa Bujei terjun ke dalam sungai apabila melihatnya. Seterusnya, Alias seorang yang
bersikap pentingkan diri, contohnya Alias sedikit pun tidak rasa bersalah apabila Sahak cedera parah

ketike berlumba motorsikal dengannya. Seterusnya, Alias juga seorang yang suka memfitnah, contohnya
Alias sanggup memfitnah Adila berpenyakit AIDS kerana tidak mahu Bujei rapat dengan Adila. Akhir
sekali, Alias juga seorang yang suka mengugut, contohnya Alias sentiasa mengugut agar pihak polis
menangkap Bujei menyebabkan Bujei ketakutan apabila mendengar sesuatu yang berkaitan dengan polis.

Harun
Harun ialah seorang duda, mandur di ladang kelapa sawit tidak berapa jauh dari kampung. Harun
berkahwin dengan Fatimah atas dasar harta dan bukannya cinta. Harun seorang suami mata
duitan apabila sanggup menghabiskan harta Fatimah dan setelah habis harta dikikis, dia menjadi seorang
suami yang tidak bertanggungjawab dengan sering memukul Fatimah kerana inginkan wang dan
menganggap Bujei sebagai beban kerana tidak suka akan anak tiri. Harun juga seorang yang pentingkan
diri, contohnya Harun juga akan pulang ke kampung ketika musim buah-buahan untuk mengutip hasil
yang lumayan tanpa memberikan sedikit pun bahagian Bujei yang juga berhak ke atas hasil tersebut.
Akhir sekali, Harun juga seorang yang kejam, contohnya sanggup menuduh Bujei yang menyebabkan
kebakaran padahal dirinya yang begitu kejam apabila telah memukul Fatimah sehingga pengsan dan
membiarkan Fatimah hangus dalam kebakaran tanpa berusaha menyelamatkan Fatimah.

Mak Lamah
Mak Lamah ialah isteri Sidang Saman dan ibu kepada Sameah, Saniah dan Samsul. Mak Lamah
juga ibu saudara kepada Adila. Mak Lamah seorang yang prihatin, contohnya sentiasa prihatin akan
Bujei walaupun Bujei tidak siuman dan selalu menyediakan makanan untuk Bujei. Mak Lamah juga
seorang yang bertanggungjawab, contohnya Mak Lamah sentiasa menasihati Adila supaya berfikir
masak-masak sebelum membuat keputusan mengenai perasaannya terhadap Bujei. Akhir sekali, Mak
Lamah juga amat mengambil berat akan hal agama, contohnya sentiasa mengingatkan Samsul agar
bersolat pada waktunya.

Opah Arah
Opah Arah ialah nenek kepada Alias dan sering memanja-manjakan Alias. Dia seorang yang suka
bertindak terburu-buru, contohnya memaki hamun Bujei apabila mengetahui Bujei menyerang
cucunya. Akhir sekali, dia juga sentiasa memenuhi keinginan cucunya, contohnya Opah Arah akan
melakukan apa-apa sahaja demi cucu kesayangannya termasuklah meminang Adila untuk Alias.

1. Simile
Contoh: Jangan takut. Dia mendengar lagi, seperti memujuk pula.

2. Personifikasi
Contoh: Angin lembut bersih menjamah tubuhnya dan ledakan bunyi air membuai perasaannya.

3. Hiperbola
Contoh: Macam seorang pembunuh yang suka membunuh orang... tak kira tempat atau masa, tak
kira sesiapa aje?

4. Sinkope
Contoh: Tak tentu perasaan Bujei mendengar suara Adila dan sebutan yang begitu hormat
dirasakannya.

5. Metafora
Contoh: Tidak pernah diduga, apa lagi mengharapkan satu lorong yang akan membebaskan dirinya
daripada pasung peribadi itu.

6. Kata Ganda
Contoh: Dia bagaikan merindui tempat-tempat dan lorong-lorong yang biasa dikunjunginya.

Latar masa
Antara latar masa yang terdapat dalam novel ini ialah waktu Subuh, contohnya Bujei akan terjaga
daripada tidur setelah mendengar azan Subuh. Dia segera mandi dan menyiapkan dirinya untuk mencari

rezeki pada pagi itu. Seterusnya waktu pagi, contohnya Bujei sedang menunggu penoreh getah di hujung
jambatan dengan harapan dia dipelawa untuk membantu mereka di kebun getah. Seterusnya waktu awal
rembang, contohnya Bujei teringat akan Adila dan tidak dapat menahan perasaan rindunya kepada Adila
setelah sepuluh hari tidak bertemu. Seterusnya waktu hamper Magrib, contohnya Sidang Saman yang
menaiki motorsikal melalui kawasan jambatan begitu terkejut melihat Bujei terjun ke sungai.
Seterusnya waktu malam, contohnya Bujei berjalan pulang ke rumahnya setelah tersedar daripada
pengsan setelah dibelasah oleh bapa tirinya kerana merosakkan surat serah kuasa harta milik Bujei kepada
bapa tirinya. Akhir sekali tempoh masa selama dua bulan, contohnya Adila telah tinggal di kampung
selama dua bulan setelah membawa diri apabila tunangnya, Faizal telah berkahwin ketika Adila kembali
ke tanah air apabila tamat belajar di luar Negara.

Latar tempat
Antara latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah sebuah kampung di negeri Perak,
jaraknya dari Kuala Lumpur kurang dari dua ratus kilometre dan kira-kira 50 kilometer dari Ipoh. Latar
tempat seterusnya ialah Kuala Lumpur, contohnya Adila dan keluarganya menetap di Kuala Lumpur.
Seterusnya rumah peninggalan arwah nenek Bujei, contohnya Bujei menetap di rumah peninggalan
neneknya setelah ibunya meninggal dunia diikuti pula oleh neneknya. Seterusnya rumah Sidang Saman,
contohnya telah dua bulan Adila tinggal di rumah Sidang Saman kerana membawa diri setelah kecewa
akan sikap Faizal yang mungkir janji dengannya. Seterusnya tebing sungai, contohnya Bujei terjun ke
dalam sungai apabila terdengar deruman motorsikal Alias. Seterusnya rumah Fatimah, contohnya di
rumah inilah berlaku tragedy apabila Bujei melihat arwah ibunya meninggal dunia dalam kebakaran
akibat perbuatan bapa tirinya. Seterusnya di bawah pokok belimbing besi, contohnya Adila dan Bujei
sering bertemu di bawah pokok belimbing besi di luar rumah Sidang Saman untuk mengenali dan Adila
membantu memulihkan Bujei. Seterusnya di bawah pokok bunga di hujung jambatan, contohnya
Alias menunggu Adila di bawah pokok bunga untuk mengajak Adila ke pekan. Akhir sekali pekan,
contohnya di Pekan Adila dan Sameah membeli barang perkahwinan manakala Samsul dan Bujei ke
kedai gunting rambut dan pusat membeli belah.

Latar masyarakat
Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah pelbagai golongan masyarakat,
contohnya golongan tua seperti Sidang Saman, Mak Lamah, Mak Som, Opah Arah dan Pak Lang Dahlan.
Manakala, Adila, Bujei, Faizal, Sameah, Alias, Sahak dan Sani mewakili golongan muda dan golongan
kanak-kanak diwakili oleh Samsul, Zulkarnain dan Husin. Seterusnya masyarakat yang suka
mengambil kesempatan dan mementingkan diri sendiri, contohnya apabila Harun mengikis semua
harta ibu Bujei setelah mengahwininya dan menyebabkan Bujei kehilangan ibu pada usia yang kecil.
Selain itu, masyarakat yang memandang rendah kepada golongan yang tidak bernasib baik,
contohnya masyarakat kampung sering mengatakan Bujei bodoh, dungu dan tidak berakal. Di samping
itu,masyarakat yang beragama Islam, contohnya Mak Lamah sering mengingatkan Samsul agar
bersolat apabila tiba waktu solat. Seterusnya masyarakat yang berpendidikan tinggi, contohnya Adila

menuntut di luar negara selama lima tahun. Akhir sekali, masyarakat yang mudah percaya akan
tohmahan, contohnya masyarakat kampung percaya bahawa Bujei yang menjadi penyebab kematian
ibunya setelah difitnah oleh bapa tirinya.

1. Nilai kasih sayang


Contoh :

Bujei cuba menyelamatkan ibunya dalam kebakaran rumahnya. Ibunya pengsan setelah didera oleh
bapa tirinya ketika itu.
2. Nilai hormat menghormati
Contoh :
Adila telah memanggil Bujei dengan nama asalnya iaitu Hafiz.
3. Nilai baik hati
Contoh :
Adila dan Samsul telah membawa Bujei ke klinik untuk mendapatkan rawatan setelah dibelasah oleh
Harun.
4. Nilai keadilan
Contoh :
Sidang Saman meminta Alias membayar ganti rugi atas kerosakan radio Bujei.
5. Nilai keberanian
Contoh :

Bujei

berani

mempertahankan

dirinya

daripada

ditindas

1. Kita hendaklah menerima ketentuan atau takdir Tuhan.


Contoh :
Bujei menerima hakikat ibunya yang meninggal dunia akibat perbuatan bapa tirinya.
2. Kita janganlah bersifat dengki sesama manusia.

oleh

Alias.

Contoh :
Alias yang telah memfitnah Adila setelah pinangannya ditolak.
3. Kita hendaklah membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Contoh :
Adila optimis dia boleh membantu Bujei memulihkan keperibadiannya dan perkara itu dapat
direalisasikannya.
4. Kita hendaklah berpegang teguh kepada janji yang telah dibuat.
Contoh :
Faizal tidak menepati janjinya untuk bernikah dengan Adila kerana telah berkahwin dengan orang lain.
5. Kita janganlah bercakap bohong.
Contoh :
Alias telah membohongi Bujei dengan mengatakan bahawa Adila menghidapi penyakit Aids untuk
menjauhkan perhubungan mereka.
6. Kita janganlah mudah mempercayai perkara karut.
Contoh :
Alias berpakat dengan neneknya untuk mencari ilmu pengasih bagi mendapatkan cinta Adila.
7. Kita janganlah mementingkan diri sendiri untuk mencapai cita-cita.
Contoh:
Alias tidak mempedulikan Sahak yang terlibat dalam kemalangan sewaktu berlumba motor dengannya.

You might also like