You are on page 1of 2

SK TEBONG, KM 37 JALAN KUALA

SUNGGA, 76460 TEBONG,


ALOR GAJAH MELAKA

PENTAKSIRAN
BERASASKAN
SEKOLAH(PBS)

Sk Tebong, Alor Gajah

tel .: 06-4486693

email: mba0037@pd.jaring,my
disediakan oleh :
ruslijusoh

PENGENALAN

PBS

merupakan satu bentuk


pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.
PBS dirancang, ditadbir, diskor dan
dilaporkan secara terancang mengikut
prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan.
PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan
pentaksirannya dilaksanakan oleh guruguru mata pelajaran secara berterusan
dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Komponen PBS terdiri daripada:


1.Pentaksiran Sekolah (PS)
2.Pentaksiran Pusat (PP)
3. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan
& Kokurikulum (PAJSK)
4. Pentaksiran Psikometri (PPsi)
PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS)

Pentaksiran yang dilaksanakan oleh


guru sebagai sebahagian daripada
proses pengajaran dan
pembelajaran(pdp) di sekolah.
Ia melibatkan pentaksiran sebagai
pembelajaran, pentksiran untuk
pembelajaran dan pentaksiran tentang
pembelajaran. Ia boleh dilaksanakan
menerusi pemerhatian atau ujian
berbentuk bulanan, penggal dan
tahunan termasuk apa-apa bentuk

pentaksiran yang menggunakan


pelbagai instrumen seperti tugasan
bertulis, projek, persembahan,
demonstrasi, kajian lapangan atau
kajian kes.
PENTAKSIRAN PUSAT (PP)
Pentaksiran Pusat ialah di mana pihak
sekolah mentadbir instrument serta
mentaksir dan memberi skor terhadap
respons (jawapan) murid berdasarkan
instrumen dan panduan penskoran yang
setara yang disediakan oleh Lembaga
Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan
Malaysia.

KSSR DAN PBS MELIBATKAN


SEMUA MURID TAHUN 1,2,3,4
DAN 5 PADA TAHUN 2015
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI,
SUKAN & KO-KURIKULUM(PAJSK)

Pentaksiran yang dilaksanakan oleh


peringkat sekolah oleh guru untuk
mengukur, menilai prestasi, penglibatan
penyertaan murid dalam aktiviti jasmani,
kesihatan, sukan dan kokurikulum.
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat


sekolah oleh guru untuk mengukur
kebolehan semulajadi, kemahiran berfikir,
kemahiran menyelesaikan masalah, minat,
kecenderungan, sikap dan personaliti
murid.

APA LAGI PENAMBAHBAIKAN


DALAM PBS?
Bagi memantapkan lagi pelaksanaan PBS
KPM telah melaksanakan kajian semula
serta melakukan penambahbaikan
terhadap pelaksanaannya agar menjadi
lebih mesra guru. Berdasarkan kajian
semula ini , maka penambahbaikan dalam
pelaksanaan PBS adalah seperti berikut:1)Guru dibekalkan dengan Panduan
Perkembangan Pembelajaran Murid bagi
menngantikan Dokumen Standard
Prestasi.
2)Guru merekod tahap penguasaan murid
mengikut kesesuaian masa dan kaedah
mereka sendiri. Perekodan ini
menggambarkan perkembangan
pembelajaran murid.
3) Sistem Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (SPPBS) diubah dari
sistem online kepada sistem offline. Guru
merekod perkembangan pembelajaran
murid secara manual bukan secara online
lagi.
4)Pelaporan perkembangan pembelajaran
murid boleh dicetak untuk kegunaan guru
dan makluman kepada ibubapa.

You might also like