You are on page 1of 9

Penyataan Masalah

Cheras merupakan salah satu kawasan yang sedang rancak dalam pembangunan terutama dalam aktiviti
perumahan dan sektor komersial. Salah satu sungai yang terdapat di kawasan ini adalah Sungai Sering yang mana
menerima kesan daripada pembangunan yang sedang dijalankan di kawasan ini. Isu pencemaran di Sungai Sering
jelas kelihatan sehingga mendapat liputan media dan perhatian orang ramai.
Matlamat Kajian
Matlamat kajian ini adalah untuk mengetahui kesihatan dan kadar pencemaran yang berlaku di Sungai Sering.
Objektif Kajian
1. Untuk mengetahui kesihatan sungai di Sungai Sering.
2. Untuk mengetahui guna tanah yang terdapat di sekitar kawasan Sungai Sering.
3. Untuk melihat perkaitan yang wujud antara guna tanah dengan pencemaran yang berlaku pada Sungai
Sering.
Perolehan
1. Pencemaran Sungai melalui pemerhatian

Gambar

Peta berskala 10,000 pada tahun 1974

Google map

2. Keratan Akhbar

3. Temubual Mr Yap memberitahu kami bahawa pernah berlaku banjir di kawasan ini. Banjir tersebut
berlaku kira-kira 10 tahun lepas. Pada masa kini, sudah tidak berlaku banjir. Dulu JPS selalu
membersihkan Sungai Sering tetapi sekarang sudah tidak ada.

Analisis Maklumat

Poligon
Garisan
Titik

Perumahan
Jalan Raya
Sekolah

Sungai
Rumah Agama

Perniagaan

Pejabat Pos

Berdasarkan peta yang diambil dari google map, dapat dilihat guna tanah di kawasan Sungai
Sering terdiri daripada kawasan perumahan. Terdapat beberapa taman perumahan di kawasan ini seperti Taman
Suntex, Taman Sri Mujur dan Kampung Baru Batu 9.
Berdasarkan pemerhatian di lapangan iaitu di kawasan sekitar Sungai Sering, kawasan ini
didiami oleh kaum Cina. Kawasan ini amat pesat dengan perumahan jenis rumah teres, rumah kampung dan
kondominium di kawasan sekitar Sungai Sering. Terdapat juga aktiviti pembangunan perumahan yang masih
dalam pembinaan. Selain terdapat kawasan perumahan di kawasan sekitar Sungai Sering, terdapat juga kawasan
perniagaan kecil seperti pasar, kedai makan dan juga restoran dan pusat penyediaan makanan (catering). Di
kawasan ini juga terdapat pusat pendidikan seperti Pusat Bimbingan Kanak-Kanak & SRJK (C) Batu 9. Terdapat
juga rumat ibadat (tokong) berhampiran dengan kedudukan Sungai Sering.

Hasil Kajian
Kesihatan sungai dapat dilihat melalui 3 indikator iaitu kuantiti, kualiti dan ketersediaan.
Berdasarkan pemerhatian di lapangan, kuantiti air di kawasan ini adalah sedikit dan kelajuan air adalah perlahan.
Namun, berdasarkan temu bual yang dijalankan terhadap penduduk yang tinggal di kawasan ini, banjir pernah
berlaku di kawasan ini kira-kira 10 tahun yang lalu. Mr Yap memberitahu yang kejadian banjir pernah berlaku di
sepanjang sungai Sering yang mengakibatkan air melimpah keluar dari sungai. Bagi indikator kualiti air,dapat
dilihat melalui kandungan fizikal air sungai iaitu warna dan bau. Warna air sungai Sering adalah agak keruh dan
berbau busuk akibat daripada sisa-sisa yang dialirkan ke dalam sungai daripada kawasan perumahan.
Di Sepanjang kawasan sekitar Sungai Sering, terdapat kawasan perumahan, kawasan
perniagaan kecil dan juga sekolah yang dibina di sepanjang sungai Sering adalah sejajar dengan bentuk sungai.
Rumah-rumah yang dibina pada jarak yang sangat dekat dengan sungai di mana bahagian belakang rumah-rumah
yang dibina terlalu hampir dengan sungai. Hasil tinjauan, terdapat saluran paip dari perumahan di sepanjang
sungai Sering dialirkan terus ke dalam sungai. Sisa-sisa domestik dari perumahan dialir ke dalam sungai. Terdapat
juga kedai makan dan sekolah yang dibina di tepi sungai Sering. Aliran air dari kedai tersebut di alir ke dalam
sungai Sering. Terdapat juga sampah sarap di dalam sungai yang dibuang oleh penduduk di kawasan sekitar
Sungai Sering.
Ketersediaan sungai Sering adalah berada pada tahap tidak terjamin kerana di kawasan sekitar
sungai Sering dipenuhi dengan kawasan perumahan, kawasan perniagaan kecil serta masih rancak dengan
pembangunan. Dengan keadaan kualiti, kuantiti air sungai Sering pada masa kini, ketersediaan untuk masa
hadapan adalah mengalami masalah kritikal.

Analisis Maklumat

Berdasarkan peta yang diambil dari google map, dapat dilihat guna tanah di kawasan Sungai Sering terdiri
daripada kawasan perumahan.
Terdapat beberapa taman perumahan seperti:

Taman Suntex

Taman Sri Mujur

Kampung Baru Batu 9.

Majoriti penduduk di Kampung Batu 9 adalah kaum cina. Kawasan ini dipenuhi oleh rumah teres yang dibina
sepanjang sungai Sering. Terdapat kawasan perniagaan seperti pasar, restoran, dan pusat penyediaan makanan
(catering). Di kawasan ini juga terdapat pusat pendidikan seperti Pusat Bimbingan Kanak-Kanak & SRJK (C)
Batu 9 serta tokong berhampiran sungai.

KUANTITI

KUANTITI
Kuantit air adalah sedikit walaupun semasa lawatan
dilapangan adalah pada musim hujan.

Aliran air adalah perlahan dimana sampah sarap yang


dibuang di bahagian atas sungai menyekat aliran air.
Tumbuhan yang tumbuh didalam sungai juga menyekat
aliran air.

KUALITI
Sampah sarap yang dibuang oleh penduduk perumahan
Batu 9 telah menyebabkan kualiti air sungai Sering
terjejas. Sisa makanan merupakan pembuangan yang
paling banyak dibuang kedalam sungai.
Daun pokok buluh yang luruh dibahagian atas sungai
telah menyebabkan sungai dipenuhi oleh daun dan juga
menyebabkan sampah seperti beg-beg plastik
tersangkut dalam sungai.
Daun yang telah luruh kedalam sungai lama-kelamaan
menjadi reput. Hal ini menyebabkan air menjadi busuk
disamping sisa makan yang dibuang juga turut
menyebabkan air menjadi busuk.

Akta ini digubal bertujuan untuk mengawal aktiviti dan projek pembangunan di dalam kawasan
pentadbiran Majlis terutama berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan jalan, parit dan
bangunan. Penyediaan dan pembinaan jalan , parit dan bangunan serta kerja-kerja tanah perlu mematuhi
piawaian kelulusan dan garis panduan yang telah ditetapkan bagi memastikan keselesaan orang ramai

Isu yang jelas kelihatan di sungai Sering adalah pencemaran air. Pencemaran yang berpunca dari pembuangan sisa
makanan dan sampah oleh penduduk yang tinggal disepanjang sungai menjadikan kualiti air terjejas. Selain itu,
terdapat juga isu banjir yang berlaku disungai Sering pada 10 tahun dahulu. Hasil temubual bersama Mr Yap, dia
memberitahu kami bahawa pernah berlaku banjir di kawasan ini. Banjir tersebut berlaku kira-kira 10 tahun lepas.
Pada masa kini, sudah tidak berlaku banjir. Selain itu juga, JPS selalu membersihkan Sungai Sering tetapi
sekarang sudah tidak ada lagi proses tersebut kerana sudah tiada kejadian banjir.

Kesan akibat pencemaran sungai, air sungai telah menjadi busuk akibat dari sisa makanan yang dibuang. Selain
itu, sampah seperti daun yang luruh kedalam sungai menjadi reput dan menyebabkan air menjadi busuk.Tambahan
lagi, kewujudan banyak kedai makan di kawasan perumahan Kampung Baru serta pusat pendidikan iaitu SRJK
(C) Batu 9, Cheras yang mengalirkan air kotor yang mengandungi sisa makanan dan sampah melalui paip ke
dalam sungai. Selain itu, air juga menjadi keruh kerana sisa makanan yang dibuang mereput dalam air dan lamakelamaan air bertukar warna disebabkan aliran air yang perlahan serta kuantiti air juga sedikit.

Cadangan, pihak JPS perlu menjalankan semula kerja-kerja mencuci sungai bagi melancarkan aliran air sungai
yang perlahan. Selain itu, pihak JPS perlu menguatkuasakan undang undang dalam pembinaan kediaman atau
premis bagi tidak terlalu rapat dengan tebing sungai dan premis tidak boleh alirkan paip terus ke dalam sungai.
Penduduk pula perlu diberi pendedahan tentang tindakan membuang sampah yang memberi kesan kepada orang
ramai yang tinggal dibahagian bawah sungai. Selain itu, penduduk boleh menjalankan gotong royong untuk
memotong pokok serta membersihkan kawasan longkang dan sungai dari sampah sarap.

You might also like