You are on page 1of 47

BAB 1

PENGENALAN KEPADA REFORMASI


PENTADBIRAN
Company Name

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya dapat:


1. Mentakrif istilah pembangunan pentadbiran.
2. Mengenal pasti keperluan pembangunan untuk
sesebuah negara.
3. Membincangkan perjalanan pentadbiran untuk
sesebuah negara.

1.1 PENGENALAN
Sektor awam adalah suatu unsur yang
perlu dalam usaha negara bergerak cepat
ke arah pemodenan dan pembangunan
yang berasaskan sebuah negara
perindustrian.
Untuk melaksanakan peranannya dengan
lebih berkesan dan mewujudkan suatu
impak ke atas pertumbuhan ekonomi,
maka peranan birokrasi perlu
distrukturkan untuk mendukung sektor
swasta sebagai jentera pertumbuhan atau
engine of growth

1.1 PENGENALAN
Istilah pembangunan atau development
merupakan satu istilah yang popular
dalam politik di kebanyakan negaranegara sedang membangun atau
developing countries.
la adalah suatu konsep yang mempunyai
pelbagai dimensi dan berterusan pula.
Objektif-objektifnya tidak sahaja untuk
pertumbuhan ekonomi semata-mata
tetapi juga termasuk beberapa matlamat.

1.2 PENTADBIRAN PEMBANGUNAN ATAU


DEVELOPMENT ADMINISTRATION
Pentadbiran pembangunan atau development
administration lazimnya berkait dengan soalsoal keupayaan pentadbiran kerajaan, di mana ia
merupakan unsur yang perlu dalam penggubalan
dasar-dasar pembangunan dan pelaksanaan
projek-projek pembangunan.
la juga berkait dengan strategi untuk
meningkatkan keupayaan pentadbiran dan
menyelesaikan masalah-masalah yang
melibatkan birokrasi awam untuk
mempercepatkan pembangunan.

1.2 PENTADBIRAN PEMBANGUNAN ATAU


DEVELOPMENT ADMINISTRATION
Pentadbiran pembangunan bukan sahaja
berkait rapat dengan mentadbir
pembangunan, tetapi berkait dengan
pembangunan pentadbiran itu sendiri, di
mana suatu usaha dibuat bagi meninggikan
lagi kecekapan dan keberkesanan di dalam
sektor awam berkenaan.

1.3 BEBERAPA MASALAH KAJIAN DALAM


REFORMASI PENTADBIRAN
Pengetahuan teknologi
Sistem-sistem pentadbiran berubah dalam
keadaan yang berperingkat-peringkat atau
incremental
Sistem-sistem pentadbiran yang mereka warisi
daripada negara- negarabekas penjajah tidak
sesuai untuk memenuhi cabaran pembangunan
Rakyat awam tidak puas hati dengan
perkhidmatan kerajaan

1.3 BEBERAPA MASALAH KAJIAN DALAM


REFORMASI PENTADBIRAN
Syarat-syarat perkhidmatan yang lebih baik
serta diberikan juga keupayaan-keupayaan
profesional dan autonomi.
Keputusan-keputusan dari usaha-usaha
pentadbiran mengecewakan dan agensiagensi kerajaan terus mengalami kekurangan
personel yang mampu memberi panduan ke
arah penyempurnaan program-program dan
projek projek pembangunan.

1.3 BEBERAPA MASALAH KAJIAN DALAM


REFORMASI PENTADBIRAN
Rusuhan kaum 1969 dan kemunculan
semangat kebangsaan yang berasaskan
ekonomi di kalangan orang-orang Melayu
(Malay economic nationalism)
Kemiskinan, ketidakseimbangan ekonomi dan
ketidaksamaan dalam bidang pendidikan
Perubahan persekitaran politik yang
menghasilkan satu dimensi dan halatuju baru
dalam usaha-usaha pembaharuan.

1.3 BEBERAPA MASALAH KAJIAN DALAM


REFORMASI PENTADBIRAN
Usaha-usaha pembaharuan yang telah mengukuhkan
jentera kerajaan yang sedia ada semasa akhir tahuntahun 1970-an telah tidak dapat mengatasi
pembangunan yang begitu deras.
Justeru itu, perkhidmatan awam terpaksalah
menyesuaikan dirinya secara
Perubahan-perubahan persekitaran politik, ekonomi
dan sosial agar ia dapat hidup terus dan kekal
memainkan peranan sebagai suatu jentera yang
berwibawa untuk mencapai matlamat negara.

1.4 REFORMASI PENTADBIRAN


DITINJAU DARI PANDANGAN TEORI
Teori dari David Easton iaitu analisis sistem (system analysis).
Input mengandungi factor-faktor yang memberi kesan
Truput merujuk kepada jentera kerajaan akan menentukan
bagaimanakah kerajaan itu akan bertindakbalas dalam bentuk
kandungan-kandungan dasar dan arahan-arahan.
Output mengandungi pelbagai dasar dan tindakan kerajaan,
sama ada yang berbentuk struktur, prosedur atau tingkah laku
yang mana semuanya diarahkan untuk membaharui
perkhidmatan awam.

1.4 REFORMASI PENTADBIRAN


DITINJAU DARI PANDANGAN TEORI
Akhir sekali, sumber-sumber maklum balas yang baik dan
tidak baik akan mengeluarkan sumber-sumber baru input
dalam bentuk reaksi orang awam terhadap keputusanpencapaian berhubung dengan kecekapan, keberkesanan dan
produktiviti terhadap birokrasi awam dan dasar-dasarnya.
Sebaliknya, imej birokrasi awam menjadi meningkat atau tidak
meningkat bergantung kepada peningkatan kecekapan,
keberkesanan dan produktivitinya, manakala dasar-dasar
awam dikaji semula atau diubahsuai mengikut keadaan.

1.5 KESIMPULAN
Kajian pentadbiran pembangunan amat perlu
dilakukan dari semasa ke semasa untuk
memenuhi tuntutan rakyat bagi membangunkan
negara.
Peranan pentadbiran tetap relevan sebagai agen
pembangunan negara.
Tanpa pembangunan pentadbiran yang
diperbaharui dari masa ke semasa menyebabkan
tuntutan ekonomi dan sosial rakyat tidak dapat
dicapai dengan sebaik mungkin.

BAB 1
PENGENALAN KEPADA REFORMASI
PENTADBIRAN
TAMAT

BAB 2
KONSEP REFORMASI PENTADBIRAN
Company Name

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya dapat:


1. Membincangkan konsep pembaharuan pentadbiran dari pelbagai
pendekatan.
2. Membincangkan konsep pembaharuan dari sudut struktur dan
prosedur.
3. Membincangkan konsep pembaharuan dari sudut tingkah laku
(behavior).
4. Membincangkan penambahbaikan personel.
5. Membincangkan penambahbaikan sikap.
6. Membincangkan konsep pembaharuan pentadbiran dari segi
keberkesanan, kecekapan dan produktiviti.
7. Mengutarakan beberapa konsep yang sering menjadi ukuran
pembaharuan pentadbiran seperti kecekapan teknikal, kecekapan
berasaskan kos, pasaran lwn kriteria sosial untuk kecekapan dan
kecekapan berasaskan kebajikan.

KONSEP PEMBAHARUAN
PENTADBIRAN
Menurut Kamus Oxford, pembaharuan
pentadbiran ialah semua pembaikan
dalam pentadbiran, pembaikpulihan
keseluruhan pentadbiran dalam keadaan
kesukaran, pembaikan-pembaikan
tertentu dalam perkara salah pentadbiran
(maladministration), dan sebarang
cadangan yang lebih baik untuk
kerajaan.
Yehezkel Dror mentafsirkan pembaharuan
pentadbiran itu sebagai perubahan yang
terarah bagi ciri-ciri utama sesuatu sistem
pentadbiran.

KONSEP PEMBAHARUAN
PENTADBIRAN
Leemans yang mendefinisikan pembaharuan
pentadbiran sebagai apa-apa juga pembaharuan
bagi jentera-jentera pentadbiran nasional dan juga
peringkat kerajaan yang lebih rendah adalah
dianggap sebagai perubahan yang terarah (directed
change).
Hahn-Been Lee menekankan suatu pernyataan di
dalam definisinya yang berbunyi pembaharuan
dilihat sebagai satu proses yang generik atau yang
umum melangkau ke semua peringkat pentadbiran;
ianya pula digarapkan sebagai satu keupayaan yang
pokok yang dikehendaki untuk pengenalpastian
kreativiti ke dalam matlamatmatlamat
pentadbiran.

KONSEP PEMBAHARUAN
PENTADBIRAN
Jon Quah mentafsirkan pembaharuan
pentadbiran dalam istilah
kandungannya sebagai suatu
percubaan yang terancang untuk
mengubah struktur dan prosedur
birokrasi, dan tingkah laku birokrat
awam yang terlibat supaya dapat
meningkatkan keberkesanan
organisasi serta memperoleh
matlamat-matlamat pembangunan
nasional.

KONSEP PEMBAHARUAN
PENTADBIRAN
Pembaharuan pentadbiran merupakan suatu unsur
pembangunan tanpa mengambil kira hala tuju
perubahan, masa dan kecepatan (speed)
Kajian ini mendefinisikan pembaharuan pentadbiran
sebagai suatu usaha bersepadu untuk membawa
perubahan-perubahan dalam pentadbiran awam demi
untuk meningkatkan keupayaan pentadbiran awam bagi
mencapai matlamat-matlamat pembangunan nasional.
Definisi ini juga direkabentuk untuk memenuhi
pembaikan-pembaikan organisasi (iaitu struktur dan
prosedur) dan pembaikan-pembaikan di dalam tingkah
laku pegawai awam.

1.1 PENGENALAN
Istilah pembangunan atau development
merupakan satu istilah yang popular
dalam politik di kebanyakan negaranegara sedang membangun atau
developing countries.
la adalah suatu konsep yang mempunyai
pelbagai dimensi dan berterusan pula.
Objektif-objektifnya tidak sahaja untuk
pertumbuhan ekonomi semata-mata
tetapi juga termasuk beberapa matlamat.

KONSEP PEMBAHARUAN DITINJAU DARI


PENDEKATAN STRUKTUR DAN PROSEDUR
Pembaharuan berbentuk struktur secara umumnya
dilihat sebagai suatu yang berkesan dari segi
intrinsiknya (intrinsic) dalam dua jenis organisasi, iaitu
satu yang berbentuk tradisi dan yang satu lagi yang
moden.
Asas struktural didapati daripada:
(i) Hubungan-hubungan struktur antara birokrasi,
masyarakat dan politik;
(ii) Pembaharuan organisasi ke arah model Max
Weber; dan
(iii) Prosedur-prosedur di dalam istilah istilah struktur
dan organisasi (pengaruh fahaman Taylorism).

KONSEP PEMBAHARUAN DITINJAU DARI


PENDEKATAN STRUKTUR DAN PROSEDUR
Prinsip asas pembaharuan struktur ialah sesuatu
struktur yang optimal atau yang ideal itu adalah
berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang sihat
atau healthy principles bagi organisasi tersebut
yang akan menyumbangkan prestasi tugas yang
optimal.
Pembaharuan struktur dalam sesebuah
organisasi juga mewujudkan kerangka asas di
mana pelbagai kedudukan dan bahagian yang
berfungsi itu dihubungkaitkan antara satu sama
lain.

KONSEP PEMBAHARUAN DITINJAU DARI


PENDEKATAN STRUKTUR DAN PROSEDUR
Prinsip organisasi Weber ini menekankan
struktur yang statik dan tidak menekankan
dinamiknya bagi sesuatu organisasi itu.
Dengan kata lain, teori birokratik ini juga tidak
membezakan dengan jelas di antara organisasi
sebagai satu cara ke arah matlamatnya, dan
objektif-objektif organisasi.
la juga mengabaikan aspek kemanusiaan dalam
organisasi itu serta aspek ekologi yang akan
terlibat.

KONSEP PEMBAHARUAN DITINJAU DARI


PENDEKATAN STRUKTUR DAN PROSEDUR
Pengurusan Saintifik Taylor atau Taylor's
Scientific Management.
Fahaman Taylor menunjukkan sedikit
penghormatan kepada perkerjaperkerja di
peringkat bawahan di dalam hierarki
organisasi.

KONSEP PEMBAHARUAN DITINJAU DARI


PENDEKATAN STRUKTUR DAN PROSEDUR
Objektif-objektif utama pembaharuan-pembaharuan
struktur termasuklah pengurangan fungsi-fungsi yang
samar dan bertindih (overlapping), pentafsiran semula
tanggungjawab tanggungjawab, pengurangan
jangkaan kawalan (span of control) dan merekabentuk
semula organisasi dan institusi-institusi.
Dalam beberapa kes, pemimpin-pemimpin politik
mungkin menimbangkan pembaharuan-pembaharuan
struktur yang besar dan perlu untuk memperkukuhkan
negara dan kedudukan mereka juga.

KONSEP PEMBAHARUAN DITINJAU DARI


PENDEKATAN STRUKTUR DAN PROSEDUR
Peringkat yang terendah pembaharuan struktur
termasuklah pembaikan dalam prosedurprosedur atau mengubah amalan-amalan yang
bersifat rutin dalam pentadbiran. Ketidakcekapan
prosedur-prosedur pentadbiran dalam mengurus
permintaan yang meningkat dalam perlaksanaan
projek-projek pembangunan biasanya
merupakan alasan yang kukuh untuk
pembaharuan pentadbiran berbentuk prosedur.

KONSEP PEMBAHARUAN DITINJAU DARI


PENDEKATAN STRUKTUR DAN PROSEDUR

KONSEP PEMBAHARUAN DITINJAU DARI


PENDEKATAN TINGKAH LAKU
Herbert Kaufman menggunakan ungkapan tingkah laku
atau kelakuan pentadbiran untuk memindahkan kelakuan
manusia ke dalam pemasangan-pemasangan organisasi
(organisational settings), terutamanya kelakuan-kelakuan
orang lain.
Seterusnya, pembaharuan-pembaharuan kelakuan boleh
dibahagikan kepada dua dimensi iaitu, pembaikan
personel/pekerja; dan pembaikan kelakuan atau sikap
personel/pekerja itu.
Adalah diharapkan bahawa dengan menukar/mengubah
sikap dan kelakuan pegawaipegawai awam itu, maka
kecekapan, keberkesanan dan produktiviti pun akan
menyusul kemudian.

KONSEP PEMBAHARUAN DITINJAU DARI


PENDEKATAN TINGKAH LAKU
Pembaikan-Pembaikan Personel
Latihan dan pelajaran kepada pegawai-pegawai
awam dianggap satu bahagian yang penting dalam
proses mengubah sikap bekas-bekas pegawai yang
berkhidmat di zaman kolonial.
Berhubung dengan kemudahan-kemudahan
personel pula, istimewa upah dan gaji adalah agak
nyata dilihat bahawa satu daripada objektifobjektif pembaharuan pentadbiran ialah untuk
menaikkan gaji personel perkhidmatan awam.

KONSEP PEMBAHARUAN DITINJAU DARI


PENDEKATAN TINGKAH LAKU
Pembaikan Kelakuan atau Sikap
Usaha-usaha pembaharuan sejak
kebelakangan ini nampaknya telah mula
menekankan kepada perubahan nilai dan
sikap tadi.
Nilai juga dianggap sebagai suatu yang
meresap atau mendalam atau terselindung
dan sebagai suatu set sikap-sikap yang
terselindung atau underlying.

KONSEP PEMBAHARUAN DITINJAU DARI


PENDEKATAN TINGKAH LAKU
Menurut Kamus Ensiklopedia Psikologi, istilah
sikap pada umumnya dianggap sebagai
bentuk-bentuk kelakuan yang diterima, yang
mana diperkenalkan dalam analisis kelakuan
sosial sebagai pembinaan hipotesis bagi
menghitung atau mengenal pasti pemboleh
ubah-pemboleh ubah kelakuan yang kelihatan
di dalam keadaan-keadaan yang sama.

KONSEP PEMBAHARUAN DITINJAU DARI


PENDEKATAN TINGKAH LAKU
Kamus Sains Kelakuan mendifinisikan sesuatu
sikap itu sebagai suatu yang diketahui atau
dipelajari (predisposition) untuk bertindak secara
konsisten dalam sesuatu keadaan/perkara (sama
ada berbentuk positif atau negatif) terhadap
orang-orang tertentu, objek-objek atau konsepkonsep.
Sikap juga mempunyai komponen kognitif,
keberkesanan dan tingkah laku.

KONSEP PEMBAHARUAN DITINJAU DARI


PENDEKATAN TINGKAH LAKU
Menurut Lewin, model manipulatif telah direka bentuk
untuk mengatasi halangan terhadap perubahan, dan ia
responsif terhadap beberapa persoalan seperti
Bagaimanakah kita dapat mendorong manusia
membuat apa yang kita mahu buat?
Perkara tersebut adalah berhubung dengan
mengubahsuai kelakuan manusia di dalam organisasi
dengan cara memanipulasi penyertaan dan
mengarahkan semula gerak kuasa kumpulan ke arah
matIamat-matlamat perubahan yang diingini.
Ciri-ciri pokok model penukaran nilai (rujuk m/s 19)

KONSEP PEMBAHARUAN DITINJAU DARI


PENDEKATAN TINGKAH LAKU
Strategi-strategi hubungan kemanusiaan ini dikatakan
berguna bagi negara-negara sedang membangun, di
mana usaha-usaha untuk menyemaikan nilai-nilai dan
sikap-sikap birokrasi ke dalam sistem-sistem
pentadbiran mereka yang sejajar dengan matlamatmatlamat pembangunan nasional. keberkesanan.
Nilai-nilai termasuklah nilai pengurusan Jepun seperti
kepimpinan melalui tauladan, persyarikatan Malaysia,
penswastaan, konsep kerajaan bersih, cekap dan
amanah, anugerah perkhidmatan cemerlang dan
sebagainya.

KONSEP-KONSEP KECEKAPAN,
KEBERKESANAN DAN PRODUKTIVITI
Kecekapan adalah berkait dengan kos (cost-related), iaitu
penggunaan kos yang sedikit (least cost) untuk mengeluarkan
output semaksimum yang diingini.
Keberkesanan pula, di satu sudut yang lain, adalah yang
berorientasikan keputusan atau hasil (result-oriented), iaitu
satu tugas yang diberi dengan sejumlah input yang ada dan
didalam satu set masa tertentu.
Produktiviti (daya keluaran) pula merujuk kepada pencapaian
keputusan akhir (end-result achievement) yang disasarkan
atau yang dirancangkan.

KONSEP-KONSEP KECEKAPAN,
KEBERKESANAN DAN PRODUKTIVITI
Kesesuaian (Efficacy) atau kesesuaian merujuk kepada satu
isu asas seperti bolehkah ia berfungsi?
Keberkesanan terbina di atas efficacy atau kesesuaian dan
membicarakan soalan-soalan seperti: Adakah ia berfungsi
secara praktiknya?
Tidak seperti kecekapan, keberkesanan memerlukan pertimbangan
kebolehmungkinan (probabilistic judgements) mengenai keadaankeadaan realiti masa depan.

Kecekapan teknikal
Prosedur-prosedur yang berkesan dianggap secara teknikalnya cekap
dan apabila hendak menjanakan/mengeluarkan output yang lebih
cekap ia memerlukan tambahan.

KONSEP-KONSEP KECEKAPAN,
KEBERKESANAN DAN PRODUKTIVITI
Konsep-Konsep Kecekapan Berasaskan Kos
(Cost-based)
Memaksimumkan output bagi satu perbelanjaan
yang diberi ke atas input-input; dan
meminimumkan kos input-input yang digunakan
untuk mengeluarkan sesuatu output tertentu.
1. Kecekapan kos/Keberkesanan kos
2. Peminimuman/Minimization kos
3. Pasaran lawan kriteria sosial untuk kecekapan

KONSEP-KONSEP KECEKAPAN,
KEBERKESANAN DAN PRODUKTIVITI

Konsep-Konsep Kecekapan
Berasaskan Kebajikan
Kecekapan sahaja tidak cukup.
Sumber-sumber keluaran mestilah
digunakan untuk menghasilkan
keluarankeluaran yang paling bernilai sekali.
(a) Kriteria Pareto dan kecekapan peruntukan
(b) Kegagalan pasaran: ketidakcekapan peruntukan

KONSEP-KONSEP KECEKAPAN,
KEBERKESANAN DAN PRODUKTIVITI
Penilaian Keberkesanan dan Kecekapan
Keberkesanan dan kecekapan dalam
perkhidmatan awam atau jabatanjabatan
kerajaan lazimnya difokuskan kepada empat
fungsi kecil (rujuk m/s 27)
Konsep produktiviti merupakan suatu ukuran
bagaimanakah sesuatu sistem operasi itu
berfungsi?
Bagi individu (pengurus) produktiviti adalah
penting sebab ia menandakan tingkat kecekapan
dan daya saingan jabatan atau firmanya.

KONSEP-KONSEP KECEKAPAN,
KEBERKESANAN DAN PRODUKTIVITI
Peter Drucker menyatakan bahawa, tanpa objektifobjektif produktiviti, sesuatu perniagaan itu tidak
mempunyai hala tuju; tanpa pengukuranpengukuran
produktiviti bererti tidak mempunyai kawalan.
Bain menekankan bahawa produktiviti bukan sematamata sebagai satu ukuran pengeluaran atau output
yang dikeluarkan tetapi ia juga sebagai satu ukuran
bagaimanakah sumber-sumber itu digabungkan dan
dipergunakan sebaik-baiknya untuk menyempurnakan
keputusan-keputusan khusus yang diingini.

KONSEP-KONSEP KECEKAPAN,
KEBERKESANAN DAN PRODUKTIVITI
Pengeluaran, prestasi, kos-kos dan hasilhasil/keputusan-keputusan adalah beberapa
komponen daripada usaha produktiviti.
Salah satu dari segmen yang utama kerja yang
berkait rapat dengan prestasi ialah pekerjapekerja (faktor-faktor manusia) dalam
pengeluaran.

KONSEP-KONSEP KECEKAPAN,
KEBERKESANAN DAN PRODUKTIVITI
FAKTOR-FAKTOR MANUSIA DI DALAM
PRODUKTIVITI
Nadler menyatakan bahawa produktiviti
bererti mewujudkan peningkatan-peningkatan
yang diingini dalam pengeluaran tanpa
meningkatkan saiz tenaga kerja atau
menambahkan peralatan baru, tetapi melalui
kecekapan yang lebih tinggi kepada kedua-dua
aspek tadi (tenaga kerja dan peralatan).

KONSEP-KONSEP KECEKAPAN,
KEBERKESANAN DAN PRODUKTIVITI
Bain, menyatakan bahawa manusia adalah faktor
utama dalam meningkatkan produktiviti dan keadaankeadaan mendesak memerlukan mereka mempunyai
kebolehan untuk menyesuaikan/menyahut
perubahanperubahan yang sedang berlaku itu.
Dorongan kerja didefinisikan sebagai satu set pekerja
yang bertenaga yang berasal daripada dalam dan juga
di luar dari sesuatu sistem individu itu, untuk
memulakan tingkah laku yang
berkait dengan kerja, dan seterusnya menentukan
bentuknya, hala tuju, intensiti dan jangka masa.

KONSEP-KONSEP KECEKAPAN,
KEBERKESANAN DAN PRODUKTIVITI
Tanpa program-program pembaikan, pengetahuan dan
kemahiran yang telah membolehkan pekerja menjadi
cekap di tempat kerjanya akan menjadi ketinggalan
zaman. Ringkasnya, seorang pekerja di dalam suatu
persekitaran yang sedang berubah akan mendapati
pengetahuan dan kemahiran yang mendalam itu perlu
diisi dengan pembelajaran semula.
Dalam hal ini, peranan pembangunan sumber manusia
(HRD) bagi menghasilkan individu dengan
pembelajaran dan pengalaman yang perlu untuk
menentukan kebolehannya yang berterusan untuk
terus berprestasi dengan cekap, berkesan dan
produktif di dalam organisasinya.

KESIMPULAN
Program pengukuran produktiviti adalah
penting kepada kerajaan dalam usahanya
untuk mempertingkatkan prestasi
perkhidmatan awam.
Satu penilaian usaha pembaikan/peningkatan
produktiviti akan dibincangkan dalam
pelajaran seterusnya.

BAB 2
KONSEP REFORMASI PENTADBIRAN
TAMAT

You might also like