You are on page 1of 8

T0PIC 9 :KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

KAJIAN TINDAKAN
9.1 Pengenalan.
Kesahan dan kebolehpercayaan merupakan elemen penting dalam kajian tindakan.

9.2 Kesahan
Istilah kesahan berasal daripada perkataan Latin 'validus' (Chambers English Dictionary, 1990)
yang bermaksud 'kuat' (strong). Mengikut Kamus The New Collins (1997) kesahan bermaksud
mengesahkan sesuatu secara rasmi. 'validus'1990
''1997
9.3 Kesahan dalaman atau Kreditabiliti dalam kajian tindakan

Untuk meningkatkan kesahan dalaman, strategi berikut dicadangkan:


:
i. Tempoh masa pengutipan data yang panjang. Ini memberi peluang kepada
pengkaji untuk menganalisis, membanding, mendapat persetujuan dan
menghalusi konstruk untuk memastikan pemadanan di antara teori dan realiti.
)

ii. Penggunaan bahasa tempatan.


iii. Kajian lapangan - pemerhatian haruslah dilakukan dalam sekitaran setempat yang
unik supaya maklumat yang diperoleh mencerminkan realiti kehidupan dan
pengalaman yang sebenar.
)

vi. Menggunakan kaedah triangulasi


Mengikut Denzin (1978) terdapat empat jenis triangulasi yang berbeza dari segi:
a) Sumber data (orang, tempat, masa dan lain-lain). Triangulasi masa bermakna
data dipungut pada suatu masa tertentu iaitu keratan rentas (cross-sectional)
atau di dalam suatu jangka masa tertentu iaitu longitudinal. Manakala
triangulasi tempat bererti data dipungut daripada subkumpulan (subgroup) yang
berlainan.

Denzin1978
a

b) Kaedah (temu bual, pemerhatian,dokumen dan lain-lain). Triangulasi kaedah bermakna


pelbagai kaedah

digunakan untuk mengumpul data.


c) Pengkaji (pengkaji A, B dan lain-lain). Triangulasi pengkaji bererti lebih daripada seorang
pemerhati digunakan dalam kajian tersebut.
AB
d) Teori. ini bermakna bahawa data yang dipungut dianalisis daripada berbagai-bagai perspektif
teoritikal. Oleh itu, triangulasi adalah suatu kaedahdi mana pengkaji mengkaji sesuatu
fenomena daripada pelbagai perspektif.
.

FOKUS KAJIAN: MENGGUNAKAN KAEDAH MOTIVASI INTRINSIK UNTUK


MEMPERTINGKATKAN
PEMBELAJARAN
MURID
TERHADAP
PENULISAN
KARANGAN
Sumber Data 1
Sumber Data 2 Sumber Data 3
PERSOALAN KAJIAN
Observation
Soal-selidik
Pre & Post Test
1. Adakah murid-murid pro-aktif dalam
penulisan karangan ?

2. Adakah murid-murid menunjukkan


minat apabila guru menerangkan caracara penulisan esei ?

3. Adakah murid-murid minat


membaca buku cerita untuk
meningkatkan cara penulisan esei ?

Pro aktif 20 orang


Kurang Pro aktif 5
orang
21 orang menunjukan
minat (gambar, video)

Dari pandangan furu 22


orang minat membaca
buku cerita

23 orang
menunjukan minat
2 orang tidak
22 orang
menunjukkan sikap
positf
3 orang kurang
minat
21 oarng selalu
baca buku cerita di
rumah

Test 1:22 orang


lulus dengan baik
2 orang gagal
Test ke-2: 22 orang
lulus dengan baik
2 orang gagal

Test ke3: 22 lulus , 3


orang masih gagal

9.4 Jenis-jenis kesahan dalam kajian tindakan


Mengikut Gall, Gall & Borg (2007), terdapat lima jenis kesahan untuk kajian tindakan seperti
berikut: GallGall 2007
i. Kesahan hasil (outcome validity): Sejauh mana tindakan yang diambil dapat menyelesaikan
masalah yang dikaji atau sejauh mana gelungan tindakan yang selesai
dilaksanakan berjaya menghasilkan penambahbaikan yang ketara.
)

ii. Kesahan proses: Merujuk kepada proses kajian tindakan yang digunakan seperti pungutan
data, analisis data, interpretasi data dan penggunaan triangulasi dapat mengurangkan berat
sebelah atau bias.
)

iii. Kesahan demokratik: Sejauh mana kajian tindakan yang dijalankan secara kolaboratif,
dilihat daripada pelbagai perspektif dan kepentingan peserta diambil kira.
)

iv. Kesahan pemangkin (catalytic): Sejauh mana kajian tindakan yang selesai dijalankan dapat
membuka minda pengkaji supaya beliau sanggup membuat transformasi terhadap pandangan
tentang realiti berkaitan dengan amalannya.
).

v. Kesanan dialog: Sejauh mana kajian tindakan dapat membantu pengkaji berkongsi atau

menyebarkan dapatan kajian serta menyemak semula tindakan yang lampau berdasarkan
dapatan dan interpretasi kajian semasa.
.)

McNiff, Lomax & Whitehead (2003) pula menambahkan empat lagi jenis kesahan seperti berikut:
2003

V. Kesahan kendiri (self-validation}: Pengkaji harus menunjukkan bahawa inkuiri telah


dijalankan dengan sistematik seiring dengan tujuan, andaian asas dan nilai-nilai murni yang
diamalkan sendiri.
v)

22 orang lulus dengan baik


VI) .

Kesahan rakan kritikal (peer validation): Mendapat persetujuan dan maklum balas
daripada kumpulan rakan kritikal (critical friends) seperti rakan sekerja, pendidik guru,
pengkaji lain tentang dapatan kajian tindakan tersebut. Kumpulan rakan kritikal memberi
maklum balas bahawa dapatan kajian adalah berguna untuk amalan mereka.
VI)/;
/

VII)i Kesahan oleh pihak atasan (up-liner validation): Adalah pengiktirafan oleh pihak
pengurusan atau pihak atasan bahawa intervensi yang diamalkan telah memperbaiki
amalan kerja.
VII) /
VIII). Kesahan pelanggan (client validation) :
Pelanggan bersetuju bahawa kajian tindakan telah dilaksanakan dengan wajar dan amalan
telah bertambah baik hasil intervensi yang dilakukan.
4.5 Kebolehpercayaan dalam kajian tindakan()
Kebolehpercayaan dalam kajian tindakan merujuk kepada dua situasi:

(a) sejauh mana sesuatu ukuran adalah tekal walaupun diulangi beberapa kali; dan

(b) kestabilan sesuatu ukuran sepanjang masa. Jika keputusan yang sama sentiasa diperolehi
dengan menggunakan kaedah atau metodologi yang sama, maka instrument kajian tersebut
adalah dikatakan boleh dipercayai.
b,
Dalam lain perkataan, jika seorang individu yang sama diukur dalam keadaan yang sama,

maka suatu ukuran yang mempunyai kebolehpercayaan akan menghasilkan ukuran yang sama
atau hampir sama. Pendek kata, kebolehpercayaan prosedur ukuran boleh didefinisikan
sebagai kestabilan atau ketekalan sesuatu ukuran. Dalam kajian tindakan, kebolehpercayaan
disetarakan kepada kebolehan bergantungan iaitu sejauh mana seseorang boleh dipercayai oleh
orang lain kerana integriti, kejujuran dan ciri-ciri personaliti seseorang yang menggalakkan

orang lain bergantung kepadanya. Oleh itu, pengkaji perlu sentiasa member! penjelasan tentang
perubahan konteks kajian yang dijalankan. Pengkaji
adalah
bertanggungjawab
untuk
menerangkan perubahan yang berlaku dalam keadaan dan bagaimana perubahan tersebut akan
mempengaruhi pendekatan kajiannya. Untuk
meningkatkan
kebolehpercayaan, beberapa
strategi dicadangkan seperti berikut:

i. Deskripsi data dibuat secara verbatim sebaliknya pengkaji tidak digalakkan


menggunakan inferen. Semua perbualan dan transkrip yang direkodkan adalah
dibuat secara verbatim dan menggunakan pernyataan langsung daripada dokumen
yang dipetik, serta memberi deskripsi yang konkrit dan tepat dalam nota lapangan.

,
ii. Inkuiri audit: iaitu penilai memeriksa kedua-dua proses dan produk kajian
tersebut untuk menentukan ketekalannya.

iii. Semua data direkodkan secara elektronik dan digital seperti penggunaan teknologi
pandang dengar, teknologi berasaskan komputer dan teknologi bersepadu seperti multimedia
untuk meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu kajian tindakan.

.
iv. Objektiviti atau pengesahan (confirmability) dalam kajian tindakan.
Mengikut Lincohl dan Guba (1985), pengesahan atau confirmability sesuatu kajian
merujuk kepada darjah keberkecualian seseorang pengkaji dalam membuat pentafsiran data.

confirmabilityLincohlGuba1985
confirmability

Keberkecualian itu boleh ditunjukkan melalui "audit pengesahan" (confirmability audit)


yang terdiri daripada
(a) data mentah;
(b) nota analisis; ;
(c) nota proses; ;
(d) nota peribadi; dan
(e) maklumat perkembangan awal e.

Oleh kerana kajian tindakan mengkaji kejadian atau peristiwa kritikal yang tidak menentu (messy
real-world events), maka ketekalan dapatan suatu kajian tindakan dengan kajian tindakan yang
lain mungkin berubah dari satu masa dengan masa yang lain atau dari satu sampel kajian dengan
sampel kajian yang lain.

Kebolehubahan yang besar ini akan menjejaskan kebolehpercayaan sesuatu kajian tindakan.
Oleh yang demikian dapatan
kajian
tindakan
tidak
boleh digeneralisasikan secara
menyeluruh.

Sebaliknya,ia lebih sesuai dilihat dari sudut situasi-situasi khusus atau menjelaskan situasi-situasi
yang serupa dengannya. Maka dari segi kebolehpercayaan bagi kajian tindakan adalah dengan
melihat perkara-perkara yang berlaku secara berulangan seperti item, tema atau corak yang
sama daripada data yang dikaji. Oleh yang demikian, isu kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu
kajian tindakan adalah bergantung kepada kerelevanan kajian tersebut.

KUALITI KAJIAN TINDAKAN


Reason (2003), mentakrifkan kualiti sesuatu kajian tindakan sebagai cara bagaimana sesuatu
kajian tindakan dijalankan manakala Somekh (1993) menekankan produk yang dihasilkan oleh
kajian tindakan tersebut. Kedua-dua perkara proses dan produk adalah amat penting dalam
menilai kualiti sesuatu kajian tindakan. Secara am, terdapat pelbagai cara untuk menilai kualiti
sesuatu laporan kajian tindakan. Antaranya adalah seperti keaslian (originality),
kesignifikanan (significance), ketat rapi dan teliti (rigor). Mengikut McNiff & Whitehead
(2009),terdapat empat kriteria kualiti yang hams diberi perhatian iaitu (i) jelas dan mudah
difahami (comprehensibility), (ii) betui (authenticity), (iii) benar (truthfulness) dan (iv)
sesuai (appropriateness). Implikasinya, suatu laporan kajian tindakan yang berkualiti
diterangkan seakan-akan keadaan yang sebenar (verisimilitude), menonjol
(compelling)mempunyai kredibiliti yang tinggi iaitu setiap kesimpulan disokong dengan bukti
empirikal atau triangulasi serta mematuhi peraturan penulisan akademik. Kita juga boleh
menilai kesesuaian kaedah yang digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Selain itu, kita
boleh menilai sama ada data yang dipungut mencukupi dan pengkaji
REASON2003Somekh
1993

Whitehead2009

Topic 9 ()
Heikkinen et al. (2007) telah merangka suatu kerangka untuk menilai kualiti laporan kajian tindakan
secara lebih objektif dan eksplisit atau quality-as-measured (Elliott, 2008). Kerangk mereka mengandungi
lima kriteria yang penting. Berikut adalah kerangka yang disarankan oleh mereka.
2007
2008
1) Prinsip perhubungan sejarah. Menghuraikan kajian tindakan secara kontekstual dan bersejarah. Ini
bererti tindakan yang diambil oleh pengkaji haruslah berkait rapat dengan asal usul sejarah peristiwa
berkenaan dalam sekitaran setempat atau contextual setting.
1
,
2)) Prinsip refleksiviti. Mengamalkan prinsip menyoal kendiri {self-questioning). Pengkaji melakukan
dialog kendiri tentang percanggahan di antara nilai-nilai hidup dan matlamat yang ingin dicapai dengan
objek kajiannya (maksud objek di sini adalah amalan pendidikan atau educational practices). Prinsip ini
juga menekankan tentang ketelusan menjelaskan kaedah yang digunakan serta interpretasi datanya.
2


3) Prinsip dialektik. Dalam hal ini, proses kolaboratif ditunjukkan di mana pelbagai perspektif dicapai
melalui dialog di antara pengkaji dengan peserta. Dialog tersebut haruslah dilaporkan secara betui dan
benar {authentic atau genuine).
3

4)) Prinsip keboleh pakai (workability).


Merujuk kepada kualiti pragmatik atau sejauh mana kajian berjaya digunapakai dalam amalan hidup
seharian atau quality-as-experienced (Elliott, 2008). Ini termasuk: (a) Bersifat kritikal (criticality) iaitu
perbicaraan susulan yang timbul hasil kajian tersebut. (b) Soal etika iaitu sama ada tindakan tersebut
dilakukan secara etika. (c) Memperkasakan (empowerment) iaitu hasil kajian menyebabkan peserta
menjadi lebih yakin tentang kebolehan sendiri dan berkemungkinan bertindak dan menggalakkan amalan
atau tindakan baharu yang disyorkan.
4)

2008

5) Prinsip evokasi (evocativeness) bermakna kecenderungan untuk menimbulkan kenangan atau perasaan
yang dialami. Sehubungan ini, kajian tindakan yang berkualiti haruslah menimbulkan imej mental,
kenangan atau emosi berkaitan dengan tema kajian.
5/

You might also like