You are on page 1of 2

PERDANA MENTERI KEEMPAT

Tun Dr Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: ,


dilahirkan pada 10 Julai 1925[1], [2],[3]). Dalam buku A Doctor in
the House, Dr Mahathir menyatakan tarikh lahir sebenarnya
adalah 10 Julai 1925, tapi bapanya mendaftarkan tarikh lahir
dalam sijil kelahiran sebagai 20 Disember untuk memudahkan
urusan pendaftaran persekolahan. Beliau yang cukup dikenali
dengan "Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang
keempat. Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det"
sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel
pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits
Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk Malay Women
Make Their Own Freedom (Wanita Melayu Mencipta
Kebebasan Sendiri).[4]. Ketika penggal kepimpinannya dari 16
Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya
membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan
perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara
luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai
salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia
Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah
negara 'Harimau Ekonomi Asia'[5].
Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan
antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar
dari Krisis Kewangan Asia 1997dimana beliau telah menolak
cadangan dan juga dana bantuan dari IMF yang beliau sifatkan
akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang
diambil[6] dikiritik hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk
IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun
lama selepas kemelut berakhir[7] dimana beliau menyatakan
kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah
kepada penilaian mana-mana pihak[8].
Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal
berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang
mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem Ekonomi
Pasaran" terkawal[9] sebagai alternatif kepada"Sistem Ekonomi

Persendirian" dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas"


(laissez-faire)[10].
Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik
dengan dilabelkan sebagai autokratik oleh pelbagai pihak
termasuk badan dan media antarabangsa (contohnya, tajuk
artikel tentang persaraan beliau oleh The New York
Times menyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang karier
politiknya[11]) terutama berhubung Akta Keselamatan Dalam
Negeri yang beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan
yang hanya diambil atas desakan semasa (penjelasan beliau
diterima dan ditolak pembaca dengan pelbagai hujah)[12].
Selain itu, beliau tidak dapat lari dari tuduhan kronismeseperti
pemimpin-pemimpin lain di dunia.
Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega')
yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya
termasuk Jambatan Pulau Pinang,Menara Berkembar
Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat
Pentadbiran Putrajayadan Litar Antarabangsa Sepang.
Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir
dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku
Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan
sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya
membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri
baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun.
Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau
sebagai pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan
tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden
Suharto dariIndonesia.

You might also like