You are on page 1of 23

SENARAIKANDUNGAN

1.0
3.

4.

PENGENALAN
MASALAH CATUAN AIR DI SELANGOR

3.1 Faktor Musim

3.2 Masalah Pencemaran Air

3.3 Penggunaan Air

12

3.4 Masalah Politik dan pengurusan

13

ETIKA ALAM SEKITAR

15

4.1 Isu Etika Alam Dalam Musim

15

4.1.1 Technocentrism

15

4.1.2 Hipotesis Gaia

15

4.2 Isu Pencemaran Air Selangor Dalam Kontek Etika Alam Sekitar

16

4.2.1 Antroposentrik dan Minimum Wrong

16

4.2.2 Gaia Hyphotesis

17

4.2.3 Biocentric individual

18

4.2.4 Lifeboat ethic

19

4.3 Isu pengguna yang berkaitan dengan etika alam sekitar

19

4.3.1 Intrinsic value

19

4.3.2 Minimun Wrong

19

4.3.3 Tragedy of The Commons

20

4.4 Isu Konflik politik dan pengurusan air Selangor dalam etika alam

5.

20

4.4.1 Utilitarian

20

4.4.2 Externalities

21

4.4.3 Deontology

21

KESIMPULAN

6. RUJUKAN

22
23

SENARAIJJADUAH
Jadual 1 : Unit: Juta liter sehari (JLH)...................................................................................3
Jadual 2: Kapasiti Empangan Selangor, 2012)......................................................................4
Jadual 3 : Loji Rawatan Air di selangor.................................................................................6
Jadual 4: Punca-punca bahan pencemar (Davis dan Cornwell, 1998)...................................9

SENARAI RAJAH

Rajah 1: Gambaran sistem aliran bekalan air di Negeri Selangor at.....................................5


Rajah 2 : Kawasan-kawasan yang lewat mendapat bekalan air selepas catuan.....................5
Rajah 3 : Contoh aliran air pada loji rawatan air yang terdapat di Air Sungai Langat..........6
Rajah 4: Monsun Timur Laut yang bermula pada awal bulan November c..........................8

1.0

PENGENALAN

Penduduk Malaysia amat bertuah kerana negara ini kaya dengan sumber air berasaskan
hujan tahunan yang mencukupi (Chan 2003a). Selain itu, kedudukan negara ini di garisan
khatulistiwa menyebabkan negara ini tidak berdepan dengan musim kemarau yang
berpanjangan. Malaysia menerima taburan hujan yang tinggi iaitu sebanyak 3,000 mm
setahun. Walau bagaimanapun, taburan hujan yang banyak ini tidak dapat menjamin
bekalan air yang mencukupi kerana taburan yang tidak sekata baik dari segi reruang/spatial
mahupun dari segi masa (Chan 2003a). Faktor antropogenik seperti masalah pencemaran,
sikap pengguna dan kelemahan pengurusan air juga berupaya menjadi punca berlakunya
krisis bekalan air khususnya di negeri Selangor sehingga memaksa pihak pentadbiran
mengaktifkan pelan catuan air bermula pada awal tahun ini.

2.0

KRONOLOGI

Negeri Selangor hakikatnya adalah negeri yang terbesar dari segi jumlah pengeluaran air
yang dibekalkan mengikut negeri, Malaysia, 20062010 seperti yang dapat ditunjukkan
pada jadual di bawah.

Jadual 1 : Unit: Juta liter sehari (JLH)

Sumber: Jabatan Bekalan Air (Sabah & Sarawak) Suruhanjaya Perkhidmatan Air
Negara (Semenanjung Malaysia & W.P. Labuan)
Krisis air Selangor bermula pada 15 Julai sehingga 23 Julai 2012 manakala pada
tahun 2014 catuan air bermula pada mulai 27 Februari sehingga 31 Mac 2014, yang
melibatkan 71 kawasan. Kekurangan air di loji negeri Selangor, yang agak terhad dengan
rizab margin air kini berada pada tahap kurang daripada 2%, namun catuan air yang
berlaku pada masa ini adalah berpunca daripada kurangnya sumber air mentah. Disebabkan
cuaca yang panas dan kering diikuti dengan hujan yang kurang sejak Januari 2014, paras
sungai-sungai dan empangan-empangan telah menyusut.
Fenomena ini terbukti apabila rekod di empangan-empangan menunjukkan jumlah
hujan yang rendah berbanding dengan bulan-bulan yang sama tahun-tahun yang lepas.
Ketujuh-tujuh empangan bekalan air yang menyimpan air mentah bagi keperluan air
terawat di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menyusut ke tahap yang
rendah. Empangan Sg. Selangor merupakan empangan terbesar di negeri Selangor di
Lembangan Sungai Selangor. Di dalam lembangan yang sama, Empangan Sg. Selangor
dan Empangan Sg. Tinggi membekalkan sumber air mentah bagi memenuhi 61% daripada
permintaan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Lembangan

Sg Langat

Sg Klang

Sungai

Sg
Langat
Langat
Sg
Semenyih
Semenyih
Perlabuhan
Sg Klang
Klang

Sg Selangor

Air Bawah
Tanah
Air Bawah
Tanah
Konkrit

Ketinggian
(m)

Keluasan
(km
persegi)

Jumlah
Takungan
(M)

61.0

41.45

37.48

49.0

56.70

62.60

37.0

77.16

32.00

50.00

33.60

10.28

3.50

40.00

122.50

197.00

235.00

Air Bawah
44.0
Tanah
Sg
Air Bawah
Subang
9.1
Subang
Tanah
Air Bawah
Sg Tinggi Tinggi
42.5
Tanah
Sg
Air Bawah
Selangor
110.0
Selangor
Tanah
Jadual 2: Kapasiti Empangan Selangor, 2012
Sg batu

Sg Buloh

Jenis
Empangan
Punca Air

Batu

( Jabatan Sumber Asli & Alam Sekitar dan Saliran)

Rajah 1: Gambaran sistem aliran bekalan air di Negeri Selangor daripada Empangan
sehingga ke rumah penduduk setempat

Rajah 2 : Kawasan-kawasan yang lewat mendapat bekalan air selepas catuan


Gambar menunjukkan bagaimana sistem catuan yang dijalankan dan bagaimana catuan
dilaksanakan yang ditentukan oleh faktor kedudukan geografi dan mengikut jenis kawasan
perumahan

2.1

Loji Rawatan

Loji rawatan adalah komponen yang terpenting dalam keseluruhan proses bekalan air. Ia
merupakan pusat pengawalan kualiti dan kuantiti bagi keseluruhan sistem. Reka bentuk
terbaik loji adalah dari segi susun atur loji dan kemudahan supaya ianya dapat beroperasi
dengan cara yang ekonomik dan mudah untuk diselenggara. Tujuan utama rawatan air
adalah untuk menghasilkan air yang selamat untuk di minum dan secara estetikanya
selamat untuk kegunaan harian dan gambar 3 menerangkan proses rawatan air di loji.

Rajah 3 : Contoh aliran air pada loji rawatan air yang terdapat di Air Sungai Langat
Air yang dirawat di Selangor dikendalikan oleh tiga syarikat iaitu Konsortium
Abass Sdn Bhd (ABASS), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan
Puncak Niaga Sdn Bhd. Manakala catuan dijalankan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor
Sdn Bhd (SYABAS) dimana 70% dipegang oleh Puncak Niaga dan 30% selebihnya
dipegang oleh kerajaan Selangor. Kini, terdapat 34 loji rawatan air di Selangor yang
menghasilkan 4,371 juta liter air terawat sehari.
Jadual 3 : Loji Rawatan Air di selangor
PUNCAK NIAGA

SPLASH

ABASS

29 loji rawatan air

3 loji rawatan air

3 loji rawatan air

Merawat 1,909 MLD dan


mampu menyalurkan
48.56% daripada 5 million
orang penduduk di Selangor,
Kuala Lumpur dan
Putrajaya.

Merawat 2,000 MLD air


yang diperolehi daripada Sg
Selangor

Mampu merawat 951 MLD


air

Oleh itu, pelan catuan belakan air telah diaktifkan pada 27 Februari 2014 atas
arahan kerajaan negeri Selangor dengan kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air
Negara(SPAN) yang meliputi 4 peringkat serta dilaksanakan secara berperingkat. Pelan
tindakan kecemasan (ERP) juga terpaksa dilaksanakan memandangkan keadaan bekalan
air semakin beruncing namun berjaya diatasi dalam waktu yang singkat. Pelbagai usaha
telah dilaksanakan oleh semua pihak seperti kerajaan negeri Selangor dan syarikat-syarikat
konsesi untuk menyelesaikan masalah ini antara usaha yang dilakukan adalah menambah
beberapa pusat panggilan kecemasan.
6

3.
3.1

MASALAHCATUANAIRDISELANGOR

Faktor Musim

Punca kekurangan air yang pertama sekali adalah disebabkan tahap taburan hujan yang
rendah di empangan Selangor. Di Malaysia, angin monsun barat daya membawa hujan
lebat mencapai purata 2,600mm hujan setahun namun terdapat sedikit penurunan kadar air
hujan beberapa tahun kebelakangan ini seperti yang dapat ditunjukkan pada graf bar di
bawah, selain itu, terdapat perbezaan kadar air hujan turun di Malaysia disebabkan oleh
peralihan angin monsoon.

Rajah 4: Monsun Timur Laut yang bermula pada awal bulan November dan berakhir pada
bulan Mac.
Monsun Timur Laut bermula dari awal bulan November dan berakhir pada bulan
Mac. Pada musim ini, kawasan Asia Tengah mengalami musim sejuk dan menghasilkan
satu kawasan tekanan udara tinggi. Pada masa yang sama, kawasan pedalaman Australia
pula mengalami musim panas dan menghasilkan satu kawasan tekanan udara rendah.
Perbezaan tekanan udara di antara kedua-dua kawasan tersebut mengakibatkan aliran udara
dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah. Oleh itu, angin bertiup keluar dari
Asia Tengah menuju ke kawasan pedalaman Australia. Angin ini merentasi negara kita
sebagai angin Monsun Timur Laut.
Angin Monsun Timur Laut yang bertiup dari Laut China Selatan membawa hujan
bukit yang lebat di kawasan tanah tinggi pantai timur Semenanjung Malaysia sahaja,
bahagian tengah Banjaran Titiwangsa, pantai utara Sabah, dan hampir seluruh negeri
8

Sarawak. Fenomena angin monsun ini yang menyebabkan negeri Selangor tidak akan
menerima hujan sepanjang tempoh tersebut disebabkan kedudukannya di Pantai Timur dan
terhalang oleh Banjaran Titiwangsa maka air di empangan akan berkurangan.
Kadar penerimaan air hujan di Empangan Sungai Selangor di bawah paras 100mm.
Pada awal bulan April 2014, Empangan Sg. Selangor dan Empangan Sg. Tinggi
mempunyai peratus simpanan terendah masing-masing pada 36.39% dan 60.97%. Begitu
juga dengan lain-lain empangan iaitu Empangan Sg. Langat 48.25%, Empangan Klang
Gates 50.04%, Empangan Sg. Semenyih 70.80%, Empangan Sg. Batu 77.06% dan
Empangan Tasik Subang 86.77%. Hal ini menyebabkan catuan air terpaksa dijalankan bagi
mengelak air di empangan habis sebelum musim panas berakhir. Monsun Barat Daya
bermula pada pertengahan bulan Mei hingga akhir bulan September dimana negeri
Selangor mula hentikan catuan air kerana hujan mula turun dengan lebat pada masa ini.
3.2

Masalah Pencemaran Air

Pencemaran air adalah dikaitkan dengan perubahan dari segi kandungan dan nilai estika
sehingga tidak sesuai untuk digunakan dan memberi kesan yang buruk kepada pengguna.
Masalah pencemaran air di Selangor adalah adalah faktor kedua dan mengakibatkan
kekurangan sumber air mentah. Secara umumnya, pencemaran air sering dikaitkan dengan
pembangunan pesat negara dan fasa urbanisasi yang membawa kepada perubahan guna
tanah. Perubahan gunatanah ini telah mendedahkan sungai kepada pelbagai tekanan yang
tidak dapat ditanggung oleh sungai, dan secara langsung menyebabkan perubahan pada
sistem sungai bukan sahaja dari segi kualiti tetapi juga kuantiti air.

Jadual 4: Punca-punca bahan pencemar (Davis dan Cornwell, 1998)


Sumber pencemaran bertitik dapat dikesan dan dikawal kerana bahan pencemarnya berasal
dari lokasi yang boleh dikenalpasti. Aktiviti tersebut dikelaskan sebagai punca pencemaran
9

titik iaitu aktiviti pengorekan dan pengambilan pasir sungai, dan pelepasan effluent
daripada sesuatu premis. Manakala pencemaran punca tidak bertitik sukar dikesan kerana
lokasi punca bahan pemcemar tidak jelas dan tidak diketahui sebagai contoh air larian
permukaan. Air hujan yang bertindakbalas atau melarutkan bahan kimia dipermukaan
bumi termasuk partikel tanah lalu masuk ke dalam aliran air sungai akan menyebabkan
pencemaran kimia dan fizikal. Pencemar air sungai boleh member kesan negatif kepada
manusia dan hidupan lain serta keseimbaangan ekosistem. Bahan pencemar yang hadir
pada kuantiti tinggi daripada had yang dibenarkan akan mengubah sifat semulajadi sungai
dari segi fizikal dan kimia serta komposisi asal air, sehinggakan tidak sesuai untuk
kegunaan harian manusia.
Terdapat beberapa insiden pencemaran air yang berlaku di Selangor dan
mengakibatkan isu krisis air semakin rumit. Berikut adalah isu pencemaran yang
dibincangkan secara terperinci;-

3.2.1

Pencemaran air sungai Langat akibat pelepasan bahan kimia ammonia


melebihi tahap selamat;

Peningkatan tahap ammonia adalah berpunca daripada kegagalan loji rawatan kumbahan
dan punca lain daripada perindustrian, kuari, pembukaan tanah dan kepadatan penduduk di
sepanjang lokasi di Sungai Langat. Paras maksima kandungan amonia di dalam air mentah
yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah 1.5mg/l. Berikutan
pencemaran tersebut, 2 Loji Rawatan Air di Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi ditutup
sementara atas sebab faktor keselamatan. Faktor persekitaran seperti kurang taburan hujan
juga menyebabkan pengaliran Sungai Langat menurun dan mengurangkan proses
pencairan ammonia sehingga ketahap 12.5mg/l. Akibatnya, sebanyak 35,381 pintu rumah
di kawasan Hulu Langat tidak mendapat bekalan air atau mengalami tekanan air yang
rendah.
Pelbagai usaha dilakukan untuk pencemaran ammonia, dintaranya dengan
meningkatkan aliran air air empangan Langat. Selain itu, arahan dikeluarkan kepada pihak
terbabit untuk meningkatkan efisiensi proses rawatan dan mengawal jumlah kandungan
ammonia dalam effluent sebelum di lepaskan ke sungai. Pemantauan kualiti air berterusan
dilakukan untuk memantau kualiti air mentah dari masa ke semasa.

10

3.2.2

Pencemaran air sungai Selangor akibat peresapan masuk air sampah


(leachate) dari Bukit Tagar.

Sungai Selangor merupakan sumber bekalan air bagi loji rawatan air SSPI dan SSPII.
Masalah aliran air sampah ke aliran anak sungai memasuki sungai Selangor menyebabkan
gangguan terhadap proses rawatan air. Percemaran tersebut menyebabkan nilai estetika air
iaitu berbau busuk dan sangat toksik kepada pengguna. Kandungan kimia terdiri daripada
ammonia dan bahan berbahaya lain. Punca Air sampah tersebut dikenalpasti hasil daripada
proses pereputan sampah di tapak pelupusan sampah Bukit Tagar.

3.2.3

Isu pembuangan bahan toksik ke persekitaran

Kesedaran masyarakat tentang isu krisis air di Selangor akibat kekurangan sumber air
bersih dan masalah pencemaran masih berada pada tahap yang rendah. Pada September
2013, Sepasang suami dan isteri merupakan ahli peniagaan kepada 3 bengkel kereta telah
dikenakan tindakan mahkamah atas sebab 30 pertuduhan mengikut Akta Kualiti Alam
Sekeliling, 1974 dan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang menyebabkan
kepada berlakunya pencemaran air. Mereka didakwa atas kesalahan melupuskan buangan
terjadual (buangan minyak) tanpa kelulusan daripada Ketua Pengarah Alam Sekeliling.
Perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab ini menyebabkan krisis air semakin buruk.

3.2.4

Cadangan penggunaan air kolam lombong sebagai sumber air minuman.

Air kolam lombong berisiko mengandungi bahan berbahaya yang berasaskan logam seperti
besi, plumbum, nikel dan mangan. Penyiasatan kualiti air mendapati mendapati paras besi
dalam kolam lombong adalah 554 peratus melebih paras normal, plumbum (460 peratus),
nikel (240 peratus) dan mangan (135 peratus), beliau berkata penemuan itu menimbulkan
kebimbangan. Paras logam tersebut boleh menyebabkan masalah kesihatan yang
menyebabkan kepada kerosakan kekal selepas meminum air tersebut khususnya di
kalangan kanak-kanak. Pada paras bertoksik itu, logam-logam berkenaan boleh
menyebabkan kerosakan kekal kepada sistem-sistem otak, saraf pusat, kardiovaskular dan
pencernaan.

11

3.3

Penggunaan Air

Peningkatanpermintaanairdalamkebelakanganinijugatelahmenyumbangkepadakrisis
airterutamanyadikawasankawasantertentudiSelangorsejakawalFebruari.Olehitu
sebilanganbesarpenduduktelahmengalamigangguanbekalanairbersih.Bekalanairke
daerahtertentuterpaskadicatusecaraselangduahari.Objektifcatuanairadalahuntuk
memastikanpenggunaanairyangrendahsemasamusimkeringsebelummusimhujantiba.
Catuanairdikenakandinegeriinibermulapada25Februari.Untukfasa1,catuanbermula
di Hulu Langat, Sepang dan daerah Kuala Langat. Seterusnya, fasa 2 akan menjadi
WilayahPersekutuanKualaLumpur,Petaling,Klang/ShahAlam,KualaSelangor,Hulu
SelangordandaerahGombak.
Ironinya, di sebalik pencatuan air oleh pihak berkuasa, penduduk Malaysia masih
menggunakan purata 226 liter air atau kira-kira 150 botol 1.5 liter air seorang, setiap hari.
Kajian terdahulu mendapati tahap penggunaan air di negara ini secara puratanya amatlah
tinggi berbanding negara lain di dunia. Angka tersebut lebih tinggi berbanding dengan
penggunaan individu di Singapura 154 liter serta 90 liter bagi setiap individu di Thailand
dan 100 liter setiap individu di Afrika. Haliza (2014) menyatakan bahawa 70% pengguna
air di Malaysia mengunakan air secara berlebih dan sebahagian besar daripada mereka
tidak berhasrat untuk mengubah tabiat penggunaanairtersebut. Piawaianantarabangsa
menganggarkanhanya165literairbagisetiapindividudigunakandiduniaini.Jumlahini
hampir dua kali ganda lebih berbanding penggunaan di Malaysia. Jika pengguna di
Malaysiamengikutkadaryangdisyorkanolehpiawaiantarabangsaini,penggunaanair
sebanyak37%akandapatdikurangkan.
Sikapapatipenggunaairmerupakansalahsatupuncamasalahpembaziranairdan
penggunaanairyangsangattinggidinegarakita.Tariffairyangsangatmurahdanharga
airdiSelangorkhasnyamasihlagimurahiaituRM0.57permeterpaduberbandingnegara
negaralainsepertiBrazilRM3.91permeterpadu,AfrikaRM2.31permeterpadudan
Singapura RM4.78 per meter padu. Jika dibuat perbandingan dengan elektirik, bil air
hanyalah 10% daripada harga bil elektrik. Oleh kerana sumber air yang banyak serta
mewah,penggunadinegarainikuranguntukmenghargainilaiairyangdibekalkanke
rumahrumah. Tambahan pula kerajaan negeri telah memberi 20m 3 percuma kepada
pengguna domestik negeri Selangor. Tindakan sedemikian menyumbang kepada kadar
12

pembaziranairyanglebihtinggisertaairyangdigunakantiadanilainya.Tidakhairanlah
jika dilihat dari statistik yang diperolehi dari laporan "Malaysia, Panduan Industri Air
2005" menunjukkan unjuran permintaan domestik dan perindustrian meningkat pada 6
peratuspada2010,dari9.655jutalitersehari(JLH)pada2000kepada15.285JLHpada
2010dan3.3peratusatau20.338JLHpada2020. Menjelang2050,unjuranpermintaan
domestikdanperindustriandijangkasekitarkirakira31.628JLH,kenaikan1.2peratus
dari28.131JLH yang diunjurkan untuk 2040 dan 24.485 JLH pada 2030.

3.4

Masalah Politik dan pengurusan

Konflik politik berlaku dalam krisis catuan air melibatkan tiga penjuru iaitu kerajaan
persekutuan, negeri dan syarikat konsesi. Dimana tiadanya persefahaman diantara ketigatiga pihak menyebabkan pengurusan air di Selangor tidak sistematik. Ketidaksefahaman
diantara pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor telah menyebabkan
berlakunya kawalan industri air. Masalah pengendalian air tidak berhasil juga menjadi
masalah dalam pembangunan sektor bekalan air diMalaysia. Ketulusan syarikat konsesi
menjadi satu masalah dalam pengurusan air yang menyebabkan berlakunya masalah catuan
air di Selangor.
3.4.1

Masalah tiada kerjasama

Masalah tiada kerjasama diantara kerajaan negeri, dan persekutuan dan syarikat konsesi
dalam mencari satu jalan penyelesaian yang terbaik. Pengambilalihan aset oleh kerajaan
negeri Selangor terhadap syarikat konsesi merupakan masalah utama yang memerlukan
campur tangan kerajaan persekutuan namun kerajaan persekutuan tidak campur tangan
menyebabkan berlaku konflik diantara kerajaan negeri Selangor dan Syarikat konsesi
dalam isu tawaran pengambil alihan apabila syarikat konsesi tidak bersetuju dengan
tawaran yang dikemukakan oleh kerajaan negeri Selangor dan menolak tawaran tersebut
menyebabkan berlaku konflik diantara mereka.
Kerajaan persekutuan mempunyai hak untuk campur tangan dalam masalah
pengambilalihan konsesi air Selangor, kerana kerajaan persekutuan tidak menggunakan
kuasa eksutifnya untuk menyelesaikan masalah. Kerajaan persekutuan dilihat lebih
mengambil langkah berdiam diri dalam menangani masalah ini tanpa pihak kerajaan
persekutuan sebagai salah satu pihak dalam rundingan menyebabkan masalah

13

pengambilalihan aset tidak akan selesai kerana hal ini tertakhluk dalam Seksyen 191
(4)Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA).
Selagi kerajaan persekutuan tidak campur tangan maka konflik terus berlaku.
Kerajaan negeri Selangor tidak mahu bekerjasama dan bertolak ansur tentang keperluan
pengambilalihan syarikat konsesi, manakala pihak Syarikat konsesi memikirkan
keuntungan

semata-mata

dan

kerajaan

persekutuan

dilihat

tidak

menjalankan

tanggungjawab untuk campur tangan dalam masalah ini.


3.4.2

Sistem pengurusan yang tidak cekap

Pengurusan dari segi keberkesanan pilihan syarikat-syarikat konsesi yang dilantik oleh
kerajaan melalui penswastaan juga tidak memperlihatkan ketulusan. Ketulusan dalam
pengurusan air seperti meningkatkan tarif air, kuasa untuk mengawal selia adalah penting
untuk memastikan rakyat tidak menjadi mangsa, hal ini kerana matlamat syarikat swasta
adalah mencari keuntungan sekiranya tidak dikawal dan tidak diselia dengan baik
matlamat untuk membantu kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat adalah tidak
berjaya.
Masalah pengurusan tentang penjadualan catuan air juga tidak dapat diatasi oleh
pihak SYABAS iaitu pihak yang berwajib dalam melaksanakan pelan catuan air yang tidak
konsisten apabila penjadualan tidak seperti yang dijadualkan akibat dari berlakunya
masalah teknikal seperti paip pecah dan rumah pap yang tidak mampu memenuhi
keperluan permintaan air yang tinggi. Hal ini telah memburukan lagi keadaan catuan air
sehingga terpaksa Pelan Tindakan(ERP) zon kuning dikeluarkan oleh pihak SYABAS.
3.4.3

Masalah air tidak berhasil

Air yang tidak terawat yang hilang akibat pencurian, kebocoran, kesilapan meter, sejatan
dan penggunaan yang tidak bermeter adalah masalah air tidak berhasil. Kegagalan dalam
menyelesaikan air tidak berhasil terjadi akibat dari pengurusan air yang tidak cekap. Paip
yang rosak tidak diganti kerana memikirkan soal kos yang tinggi untuk menyelenggara
tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang.
Apabila tiadanya persefahaman antara kerajaan persekutuan dan negeri Selangor
menyebabkan syarikat konsesi menjadi mangsa apabila mereka tidak boleh menjalankan
proses pembersihan untuk memastikan masalah air tidak berhasil ini terus menjadi masalah
dalam pengurusan air. Kos pembekalan air dan kos pengurusan air hendaklah tidak
14

dipolitikan mana-mana pihak agar masalah ini dapat diatasi. Semakin banyak air tidak
berhasil semakin banyak pembaziran dihasilkan oleh itu masalah ini harus segera di
selesaikan.
4.

ETIKAALAMSEKITAR

4.1

Isu Etika Alam Dalam Musim

4.1.1

Technocentrism

Teori Technocentrism atau turut dikenali sebagai Sustainopreneurship.dipelopori oleh Paul


Ehrlich (1969). Teori etika ini adalah satu sistem nilai yang menumpukan kepada
keupayaan teknologi mengawal dan melindungi alam sekitar. Dalam teori ini, masalah
alam sekitar di bawah kawalan manusia dan diselesaikan menggunakan sains dan teknologi
melalui penyelidikan saintifik. Teori ini turut menyokong bahawa manusia mempunyai
kuasa dalam mengawal dan mempengaruhi alam sekitar dan setiap masalah persekitaran
yang berlaku dipercayai mampu diatasi dengan teknologi dan tidak bersetuju menerima
bahawa manusia adalah punca kepada masalah dan aktiviti manusia perlu diselesaikan.
Dalam isu catuan air misalnya, pembenihan awan dilaksanakan berdasarkan kepada
teori ini dimana, penggunaan teknologi dijadikan sebagai medium dalam usaha
menyelesaikan kekurangan air. Hal ini berketepatan dengan konsep teori Technocentrism
yang mengutamakan teknologi dalam menyelesaikan suatu permasalahan tanpa
mengurangkan sebarang aktiviti manusia yang dikaitkan dengan masalah tersebut seperti
masalah penggunaan air secara tidak berhemah dan seumpamanya.

4.1.2

Hipotesis Gaia

Hipotesis Gaia juga dikenali sebagai teori Gaia, pengaruh Gaia atau prinsip Gaia yang
dikatakan bermula sejak tahun 1960-an lagi diasaskan oleh James Lovelock. Teori ini
mengandaikan bahawa bumi adalah organism hidup yang bergerak sendiri (survival) dan
begitu juga dengan komponen alam sekitar yang lain yang dikatakan saling memahami dan
mempengaruhi antara satu sama lain dan saling berinteraksi dengan sendirinya dan
akhirnya memberi kesan seperti tahap kestabilan suhu bumi, kemasinan laut, oksigen di
atmosfera dan sebagainya yang mempengaruhi antara satu sama lain.
Teori ini bermula apabila Lovelock berandaian bahawa bumi merupakan hidup
kerana inginkan keseimbangan. Teori Gaia digambarkan dengan cara bagaimana bumi
boleh bertindak balas terhadap tekanan yang diletakkan ke atasnya. Sebagai contoh bumi
15

menyesuaikan diri adalah dengan bertindak balas kepada daripada manusia, melalui
pencemaran udara dan gangguan buatan manusia dengan iklim global.
Dalam isu catuan air, bumi dilihat bertindak balas terhadap tekanan yang dikenakan
ke atasnya iaitu akibat gangguan pada proses transpirasi, pembentukan awan kurang, dan
sebagainya, gangguan ini menyebabkan bumi bertindakbalas dengan tidak banyak
berlakunya proses kondensasi di atmosfera. Contoh lain, penerimaan kerpasan adalah tidak
sekata bagi negeri di Malaysia walaupun kadar hujan tahunan agak tinggi,menunjukkan
bumi mengimbangi suhu sejuk dan panas pada ketika itu.

4.2

Isu Pencemaran Air Selangor Dalam Kontek Etika Alam Sekitar

Secara umumnya, dapat dijelaskan bahawa masalah pencemaran air Selangor memberi
kesan kepada krisis air di Negeri Selangor. Pencemaran air yang berlaku di Selangor
adalah disebabkan oleh faktor persekitaran seperti penurunan aliran air sungai akibat
daripada cuaca kering, larut resap bahan pencemar ke dalam jasad air tanpa disengajakan
dan tindakan melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. Dalam kontek etika alam sekitar, perilaku dan aktiviti kehidupan
manusia di sesebuah tempat adalah dipengaruhi oleh ciri-ciri alam sekitar yang wujud.
Oleh yang demikian, isu pencemaran air Selangor dapat dikaitkan dengan konsep etika
alam sekitar di antara perilaku manusia dan hubungkait atau kesan terhadap bumi seperti
dibawah;-

4.2.1

Antroposentrik dan Minimum Wrong

Masyarakat di negeri Selangor yang kurang kesederan, tidak peka dan tidak
bertanggungjawab terhadap permasalah pencemaran air dengan melepaskan atau
membebaskan bahan pencemar ke saliran air sungai di Selangor adalah bersifat kepada
mementingkan diri sendiri (antroposentrik) tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang
dan kesan alam sekitar. Konsep ini merujuk kepada kepentingan individu atau manusia.
Konsep ini menjelaskan bahawa manusia dan bumi adalah dari entiti yang berbeza dan
manusia memanipulasi alam sekitar demi kepentingan mereka. Hal ini, disebabkan oleh
persepsi manusia yang mengangap diri mereka adalah sebagai entiti penting.
Dalam kontek isu pencemaran air Selangor, perilaku masyarakat yang membuang
bahan cemar toksik ke dalam sungai adalah disebabkan oleh mengejar faktor keuntungan.
16

Pada perkiraan mereka, kos rawatan air sisa atau bahan toksik yang perlu ditanggung
secara berterusan adalah leih tinggi dan membebankan berbanding saman atau denda yang
dikenakan apabila didapati melanggar peruntukan Akta Alam Sekeliling, 1974 dan
peraturan-peraturannya. Perilaku manusia yang sering dikaitkan dengan kesan negatif
kepada persekitaran antaraya seperti pelupusan sisa berbahaya secara haram, pembebasan
gas-gas toksik ke ruang udara, pembukaan tanah dan pembalakan secara besar-besaran,
pembuangan bahan kimia domestic, termasuk saki baki ubat-ubatan ke dalam sistem
kumbahan, sungai atau aliran anak sungai dan aktiviti pertanian.
Namun demikian, konsep minimum wrong menyokong nilai antroposentrik.
Apabila kesan yang berlaku dirasakan oleh masyarakat, mereka berusaha untuk
meminimakan kesalahan terhadap alam sekitar (minimum wrong). Seperti contoh dalam
usaha Negeri Selangor yang berhadapan dengan masalah kekurangan sumber air bersih,
wujud nilai kebertanggungjawaban oleh pihak tertentu seperti Indah Water Konsortium
(Loji Rawatan Kumbahan), SPLASH, ABASS & PUNCAK NIAGA (Loji Rawatan Air),
Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan lain-lain lagi untuk memastikan sumber air
selamat dan mencukupi untuk kegunaan masyarakat serta tidak terus dicemari oleh aktiviti
manusia yang tidak bertanggungjawab.

4.2.2

Gaia Hyphotesis

Dalam pengurusan kawalan bahan pencemar persekitaran di Malaysia, standard yang


berkaitan dengan air mentah dan terawat telah diwujudkan oleh pihak berkuasa, iaitu
National Standard Water Quality Index (NSWQI), 2004. Standard ini digunakan sebagai
rujukan untuk oleh mana-mana industri dan loji rawatan air kumbahan sebelum
melepaskan semula effluent ke sungai. NSWQI 2004, bahan pencemar yang disenaraikan
telah ditetapkan had minimum dan maksimum kuantiti bahan kimia yang dibenarkan untuk
dilepaskan ke persekitaran. Penentuan tahap minimum dan maksimum ini adalah
bertepatan dengan konsep gaia.

Idea yang di bawa ddalam hipotesis gaia adalah

kehidupan manusia telah mempengaruhi keadaan bumi. Konsep gaia juga menerangkan
tentang keupayaan bumi atau alam sekitar merawat dan membaikpulih dengan sendiri dan
disokong oleh sistem persekitaran yang sedia ada.
Pada pandangan manusia, perlakuan melepaskan bahan kimia pencemar pada
amaun yang minimum ke persekitaran dikatakan tidak akan memberi kesan kepada
kesihatan pengguna dan tidak menyebabkan kepada perubahan kualiti air, kerana bahan
17

tersebut akan bertindakbalas dan mengalami proses pencairan oleh faktor suhu, melarut
pada kandungan air yang tinggi, dan diuraikan oleh organism mikro seperti bacteria dalam
aktiviti pereputan.
Namun demikian, isu pencemaran ammonia di Selangor ini wujud akibat pelepasan
effluent oleh loji rawatan air kumbahan di sungai Langat dan larut resap air sampah yang
terbentuk di bukit tagar ke sungai selangor. Masalah ini mungkin berlaku akibat kecuaian
manusia atau gangguan pada sistem persekitaran. Kecuaian manusia adalah merujuk
kepada sikap sambil lewa pihak terlibat untuk memastikan parameter ammonia perlu
dipantau dan dipastikan berada pada takat yang dibenarkan iaitu 1.5 mg/l sebelum ia
dilepaskan ke persekitaran semula. Manakala gangguan persekitaran adalah berpunca
akibat fenomena El Nino (cuaca kering), penurunan aliran air sungai dan tahap simpanan
air di empangan.

4.2.3

Biocentric individual

Konsep biosentrik adalah berpaksikan kepada nyawa dan hayat. Manusia dan bumi
mempunyai nilai kesamarataan dan saling berkaitan iaitu hubungan di antara benda hidup
dan benda bukan hidup. Ia merangkumi pengaruh undang-undang undang-undang,
sosiologi, teologi, ekonomi, ekologi dan geografi. Penerapan konsep biocentrik dapat
dilihat dengan meletakkan benda hidup sebagai manusia, dan benda bukan hidup sebagai
persekitaran dan pengaruh dalam kehidupan seharian. Berikut adalah salingkait manusia
dengan benda bukan hidup dalam isu pencemaran air dan aspek biosentrik;i)

Manusia dan ekonomi --- peningkatan ekonomi adalah dikaitkan dengan


peningkatan jenis dan saiz industri yang dijalankan. Namun demikian, hasil

ii)

daripada aktiviti tersebut ia berpotensi untuk mencemarkan persekitaran.


Manusia dan tanah --- dikaitkan dengan perubahan fasa urbanisasi, kawasan
penempatan baru diperlukan untuk menyokong keperluan hidup. Oleh demikian,
pertambahan penduduk secara langsung boleh member kesan kepada persekitaran
seperti penghasilan sisa pepejal, masalah pengurusan sisa kumbahan dan

iii)

pencemaran air.
Manusia dan undang-undang --- undang-undang persekitaran yang diwartakan dan
dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia adalah sebagai satu langkah kawasaln
untuk memastikan persekitaran dikawal dengan baik dan untuk pengekalan nilai
persekitaran. Ia merujuk kepada kesamarataan yang dinyatakan pada biosentrik.
18

4.2.4

Lifeboat ethic

Bumi adalah sesuatu medium yang menyokong kehidupan. Pihak pencinta alam
(environmentalist) menggunakan contoh bumi ini sebagai "ruang angkasa" dalam usaha
memujuk negara, industri dan manusia untuk berhenti membuang dan mencemarkan
sumber daya alam. Ini kerana, kita semua berkongsi hidup di muka bumi ini, oleh itu
mereka bependapat bahawa tidak ada seorang/ agensi pun mempunyai hak untuk
memusnahkan, membuang sisa sampah, atau menggunakan lebih daripada hak/bahagian
dari sumbernya

4.3

Isu pengguna yang berkaitan dengan etika alam sekitar

Apabila catuan air sudah ditarik balik, ini bukan bermakna penduduk di kawasan
berkenaan boleh menarik nafas lega. Walaupun terdapat jaminan bahawa bekalan air tidak
akan terganggu lagi tetapi, Jabatan Meteorologi sudah mengingatkan pengguna bahawa
cuaca kering dijangka bermula semula pada pertengahan Mei untuk tempoh kira-kira lima
bulan akan datang berikutan musim monsun barat daya. Namun, kita tidak boleh
menyalahkan cuaca atau pentadbir negara semata-mata sebagai punca krisis air. Kita perlu
bertanya kepada diri, apakah peranan yang kita mainkan dalam penjimatan air itu sendiri
atau sama ada kita yang menyumbang ke arah pencemaran sumber air.
4.3.1

Intrinsic value

Pengguna menganggap bahawa alam sekitar termasuk air adalah tanggungjawab kerajaan
dan bukan tanggungjawab kita, justeru, perkara ini menyebabkan masyarakat buat tak
endah soal pemuliharaan air. Walaupun sumber air datang kepada kita dengan mudah iaitu
hanya membuka pili air, namun kita harus menghargai nilai intrinsik (intrinsic value) air
itu sendiri bukan semata-mata pada saat kita memerlukan. Jangan hanya apabila berlaku
catuan air kita menggunakannya secara berhemah, tetapi semasa tiada gangguan bekalan
air juga kita harus sentiasa sentiasa berjimat, terutamannya bagi penduduk Selangor yang
tidak terlibat dengan catuan air tersebut
4.3.2

Minimun Wrong

Selain itu, pengguna harus mengubah sikap agar dapat menggunakan air secara bijak
dengan cara meminimumkan kesalahan (minimun wrong). Justeru, kita harus melihat
19

kembali sikap dan habit yang boleh menyumbang ke arah pembaziran. Terdapat pelbagai
cara bijak yang dapat di lakukan seperti tidak biarkan air mengalir ketika menggosok gigi,
membasuh muka ataupun bercukur, mengurangkan masa mandi, tidak menyiram pokok
bunga secara berlebihan, kerana menurut kajian, 30% daripada penggunaan air harian
digunakan untuk menyiram pokok bunga. Selain itu, pastikan paip ditutup dengan ketat
setiap kali selepas digunakan untuk mengelakkan air dari terus menitis. Begitu juga rutin
mencuci kereta harus di ubah iaitu hanya mencuci apabila perlu atau bila kereta betul betul
kotor.
4.3.3

Tragedy of The Commons

Di samping itu pengguna juga harus mempertimbangkan tindakan kerajaan untuk


menaikan tarif air. Walaupun tarif air merupakan isu sensitif, namun langkah ini dapat
dilihat sebagai salah satu jalan penyelesaian krisis air di Selangor ini. Tarif yang begitu
murah, sementara memastikan semua penduduk mendapat air yang secukupnya
menggalakkan penggunaan melampau dan pembaziran air. Konsep Tragedy of The
Commons boleh gunakan dalam situasi ini, kerana kita tahu kita tidak dapat menggelakan
kekurangan sumber air yang sememangnya telah lama dijangkakan. Oleh itu, istilah denda
atau caj boleh dikenakan kepada masyarakat secara meningkatkan tarif air. Namun begitu
sebarang kenaikan tariff air ini harus tidak membebankan golongan kurang mampu.
Kategori pembaziran boleh dibuat, dimana kerajaan boleh mengenakan tarif yang tinggi ke
atas penggunaan air yang melebihi paiawaian yang ditetapkan. Secara tidak langsung,
pengguna akan lebih berjimat dan menggunakan air secara bijak.

4.4

Isu Konflik politik dan pengurusan air Selangor dalam etika alam

4.4.1

Utilitarian

Masalah dalam politik ini adalah apabila kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak
berfikir dalam ruang lingkup pemikiran yang memberi manfaat secara keseluruhan iaitu
utilitarian, dan tidak memenuhi elemen iaitu kebaikan yang akan diperolehi oleh pengguna
dan mematuhi peraturan dimana peruntukan dibawah senarai bersama yang diperuntukkan
oleh Perlembangan Persekutuan. Kerajaan negeri dan persekutuan hendaklah mempunyai
hubungan yang baik agar pengurusan masalah bekalan air dapat diatasi melalui
perbincangan bersama diantara dua pihak.

20

Dimana kerajaan persekutuan menggunakan kuasa eksutif yang diperuntukkan


dalam Seksyen 191(4) Akta Perkhidmatan Industri 2006 (WSIA) untuk terlibat sama dalam
rundingan antara kerajaan Selangor dan pihak syarikat konsesi untuk mencari satu jalan
penyelesaian dalam pengambilalihan aset, manakala pihak kerajaan Selangor pula
hendaklah akur tentang segala keputusan yang telah dipersetujui oleh semua pihak demi
kepentingan bersama.

4.4.2

Externalities

Etika yang boleh menggambarkan situasi ini adalah Externalities. Di mana kesan luaran
akan terjadi iaitu satu kos atau faedah yang tidak dijelaskan melalui harga. Kesan luaran ini
akan ditanggung oleh firma yang tidak menyetujui sesuatu tindakan yang menyebabkan
kos dan faedah dimana kos dan faedah itu akan memberi kesan negatif dan positif. Kesan
luaran dapat dilihat melalui syarikat-syarikat konsesi telah gagal dalam pasaran berpunca
daripada tingkahlaku manusia iaitu tingkah laku pihak konsesi yang dilantik hanya
memenuhi kepentingan diri, individu atau syarikat secara keseluruhan yang menjurus
memberi kesan kepada masyarakat. Kegagalan dalam pasaran iaitu kegagalan syarikat
konsesi yang dilantik menjadi pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan air hal ini
memerlukan campur tangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah, campur tangan ini
melibatkan pemantauan, kawalan harga dan dasar perlindungan.

4.4.3

Deontology

Hal ini boleh dikaitkan dengan etika alam sekitar seperti deontology. Dimana prinsip apa
yang dipertanggungjawabkan adalah apa yang wajar dilaksanakan. Syarikat konsesi yang
dilantik untuk menyelenggara yang telah dipertanggungjawabkan maka sewajarnya mereka
diberikan kebebasan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dipertanggungjawabkan tanpa gangguan dari mana-mana pihak kerana apa yang dipertanggungjawabkan
adalah untuk kebaikan pengurusan air yang cekap kerana dengan adanya campur tangan
dari beberapa pihak akan menyebabkan syarikat konsesi tidak dapat menjalankan
tanggungjawabnya dengan baik. Oleh itu, untuk memastikan syarikat konsesi menjalankan
tanggungjawabnya dengan baik maka campaur tangan dari mana-mana pihak hendaklah
tidak berlaku.

21

5.

KESIMPULAN

Malaysia merupakannegarabertuahyangkayadengansumberair.Peningkatanjumlah
penduduk dan permintaan terhadap bekalan air memandu kepada masalah kekurangan
bekalanairmentahdanterawat.Walaupunfenomenasemulajadidilihatberupayamenjadi
faktor penyebab berlakunya krisis air ini, namun faktor antropogenik juga berupaya
menjadipenyebabutamamasalahiniTambahanpulakurangnyaperancangandantenaga
kerja yang berkemampuan untuk melaksanakan pengurusan yang menyeluruh. Dalam
menanganikrisisairdinegeriSelangor,fahamanpolitikharusdiketepikan.Pihakkerajaan,
swastamahupunsyarikatsyarikatkonseiairharusbergabungtenagadankepakaranuntuk
memantapkanlagipengurusanairdinegeriSelangor.Selainitu,penguatkuasaanundang
undang yang ketat harus di kenakan terhadap pihak yang melakukan pencemaran air
sehinggamenyebabkan penurunan aliran air sungai akibat daripada cuaca kering, larut
resap bahan pencemar ke dalam jasad air tanpa disengajakan. Disampingitu,kenaikan
tarif air juga boleh dilihat sebagai instrumen pengawalan sikap pembaziran air dalam
kalangan penduduk kerana menurut Chan (2003a) tarif air yang murah menyebabkan
berlakunya pembaziran air. Akhir sekali, pengguna air sendiri perlu berubah dari
Masyarakat Membazir Air yang bersikap apati kepada Masyarakat Menjimat Air yang
perihatin sepaya benar-benar mencerminkan sebuah masyarakat moden yang matang dan
bertanggunjawab.

22

6.RUJUKAN
Michael Totty (2010) Journal Reports High-Tech Cures for Water Shortages . Journal
Report San Francisco. Technology & Culture, 49(3), 773-778.
Stephen Dale (2000). Smart Solutions To A Worsening Water Crisis. Article 2000-07,
University of California: Berkeley.
W.H. Auden (1998). Ten Steps to Preventing the Next Urban Water Crisis by Monsoon.
International Review for Environmental Strategies, 3(2), 222-239

23

You might also like