You are on page 1of 6

Mata Pelajaran/

Kelas

DST - Elemen Sains/ Tahun 3 Merah

Tema

Bumi Dan Sains Angkasa

Tajuk

Tanah

Masa
Bilangan Murid

9.00 pagi ~ 10.00 pagi (60 minit)


30 orang

Standard
Pembelajaran

7.1.1, 7.1.2 , 7.1.3, 7.1.4

Objektif
Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran murid dapat;


1) Mengenalpasti kandungan yang terdapat di dalam
beberapa jenis tanah seperti tanah liat, tanah
kebun, dan pasir dengan cara menjalankan
penyiasatan.
2) Membuat urutan jenis tanah mengikut keupayaan
air mengalir melaluinya dengan menjalankan
penyiasatan.
3) Mengitlak jenis tanah yang sesuai untuk menanam
pokok berdasarkan penyiasatan di atas.
4) Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
penulisan, TMK atau lisan.

KMS

1.2.1 : Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan


bahan sains dengan betul.
1.2.2 : Mengendalikan spesimen dengan betul dan
selamat.
1.2.4 : Membersihkan peralatan sains dengan cara yang
betul.
1.2.5 : Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan
betul dan selamat.

Aktiviti P&P
1. Guru menunjukkan 2 gambar pokok iaitu pokok
kelapa dan pokok pisang yang hidup di tanah yang
berbeza.

2. Guru

menyoal murid tersebut;


Apakah nama pokok ini?
Di kawasan mana pokok ini boleh didapati?
Apa akan terjadi jika pokok tersebut bertukar
tempat?

3. Guru menunjukkan tiga jenis tanah di dalam bikar


4. Guru menerangkan terdapat tiga jenis tanah iaitu
tanah kebun, tanah liat dan tanah pasir.
5. Guru mengambil satu jenis tanah dan
meletakkannya di dalam botol mineral yang berisi
air.
6. Guru menggoncang botol tersebut dan
membiarkannya untuk sehari.
7. Guru mengambil contoh botol yang berisi tanah dan
air yang telah dibiarkan selama sehari yang
berlabel lapisan-lapisan kandungan tanah.
8. Guru menerangkan kandungan yang terdapat di
dalam tanah.
9. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan.
10.
Setiap kumpulan dibekalkan dengan bahan
dan radas ujikaji iaitu;
3 jenis tanah
3 cawan kertas
3 bikar air ( 100 ml )
3 biji gelas
Jam randik
Paku
11.
Setiap kumpulan dikehendaki menjalankan
ujikaji bagi menentukan jenis tanah yang
mempunyai keupayaan air mengalir melaluinya
mengikut urutan.
12.
Murid menebuk 9 lubang di bahagian bawah
setiap cawan kertas dengan menggunakan paku.

13.
Murid mengisi 3 jenis tanah ke dalam cawan
kertas dengan kuantiti yang sama.

14.
Murid menuang 100 ml air ke dalam setiap
cawan kertas.

15.
Murid dikehendaki mengenalpasti tanah yang
mempunyai keupayaan air mengalir melaluinya
paling baik dan lemah berdasarkan kuantiti air yang
terkumpul di dalam gelas selepas 3 minit.

16.
Guru bertanyakan semula soalan
berdasarkan hasil dapatan;
Tanah manakah yang mempunyai kuantiti air
yang paling sedikit?
Tanah manakah yang mempunyai kuantiti air
yang paling banyak?
Tanah yang manakah yang membenarkan air
mengalir melaluinya dengan mudah?
Tanah yang manakah yang tidak
membenarkan air mengalir melaluinya
dengan mudah?
17.

Murid membuat urutan jenis tanah mengikut

keupayaan air mengalir melaluinya dari yang paling


baik kepada paling lemah.
18.
Berdasarkan hasil dapatan, murid
mengenalpasti jenis tanah yang sesuai untuk
menanam pokok.
19.
Murid memberikan contoh tanaman yang
terdapat di dalam Taman Sains.
20.
Guru mengedarkan lembaran kerja
a) Melabelkan lapisan kandungan tanah
b) Isi tempat kosong bagi keupayaan air mengalir

EMK

Bahan Bantu
Belajar

Penilaian P&P

Menghargai alam sekitar

3 jenis tanah
3 cawan kertas
3 bikar air ( 100 ml )
3 biji gelas
Jam randik
Paku
Gambar pokok pisang dan pokok kelapa

Lembaran Kerja

Refleksi

LEMBARAN PENYIASATAN

Tajuk

: Keupayaan air mengalir melaluinya mengikut jenis tanah.

Arahan

1. Urutan jenis tanah mengikut kuantiti air yang dikumpul paling sedikit
kepada paling banyak.

2. Urutan keupayaan air mengalir melaluinya mengikut jenis tanah dari


yang
paling baik kepada yang paling lemah.

You might also like