You are on page 1of 7

PROGRAM i-THINK

MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR


UNTUK GURU-GURU SK BANDAR TUN HUSSEIN ONN 2
23 APRIL 2013 (SABTU)
8.00 PAGI HINGGA 4 PETANG

ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK BANDAR TUN HUSSEIN ONN 2
DENGAN KERJASAMA:
PPD HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN.

1.0

PENDAHULUAN
Program i-THINK adalah satu program yang bertujuan mempertingkat dan membudayakan
kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Abjad i
- bermaksud inovasi dan THINK pula bermaksud pemikiran iaitu pemikiran secara inovatif
yang perlu ada pada semua murid.

Program ini telah dilaksanakan secara rintis di 10 buah sekolah iaitu 6 sekolah rendah dan
4 sekolah menengah. Pelaksanaan program i-THINK di sekolah rintis telah dilaksanakan
selama 6 bulan iaitu pada bulan Januari hingga bulan Jun 2012. Kajian rintis telah
dilaksanakan pada bulan Julai hingga September 2012 oleh pihak Universiti Putra Malaysia
selain daripada pemantauan yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Program i-THINK
KPM bersama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Bagi program i-THINK, Peta Pemikiran diperkenalkan. Peta Pemikiran bukan kurikulum
yang baru, tetapi merupakan alat berfikir yang membolehkan guru menyampaikan
kurikulum yang sedia ada dalam bentuk yang lebih bermakna. Berdasarkan kajian
kecerdasan, Peta Pemikiran telah menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif
dan persembahan maklumat secara visual dalam bentuk grafik.

2.0

RASIONAL
Penglibatan para pentadbir dan guru dalam pelaksanaan program i-THINK di sekolah amat
penting untuk membangunkan profesionalisme diri dalam bidang perguruan khususnya
dalam pengajaran dan pembelajaran. Para pentadbir, guru dan murid perlu bersedia untuk
berubah dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, peranan pentadbir
adalah sangat signifikan dalam menyokong sepenuhnya program i-THINK di sekolah.

Dalam usaha membudayakan kemahiran berfikir, peta pemikiran sebagai salah satu alat
berfikir yang dapat meningkatkan aras pemikiran murid. Kemahiran berfikir ini akan menjadi
amalan apabila guru dan murid menggunakannya dalam bilik darjah melalui aktiviti yang
memerlukan penyoalan aras tinggi, inkuiri serta berpusatkan murid dengan menggunakan
alat berfikir.

Program i-THINK diperkenalkan menggunakan pendekatan seluruh sekolah (whole school


approach), di mana latihan diberi kepada pentadbir, guru dan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dengan itu, guru dan murid mempunyai bahasa pemikiran dan alat berfikir
yang sama.

3.0

OBJEKTIF
3.1

Membudayakan kemahiran berfikir agar dapat membantu guru dan murid untuk
memahami secara mendalam tentang program i-THINK.

3.2

Memperkenalkan lapan Peta Pemikiran yang digunakan dalam program i-THINK.

3.3

Menyebarluas tentang penggunaan i-Think dan Peta Pemikiran kepada warga


pendidik seterusnya kepada murid, ibu bapa dan masyarakat setempat.

3.4

Memberi pendedahan tentang peranan pentadbir, guru dan murid dalam


melaksanakan program i-THINK.

3.5

4.0

Meningkatkan standard profesion keguruan dalam pengajaran dan pembelajaran.

SASARAN
Semua pentadbir dan guru sesi pagi dan petang SK Bandar Tun Hussein Onn 2.

5.0

PELAKSANAAN PROGRAM
Pelaksanaan program adalah seperti berikut:

6.0

7.0

Tarikh

23 April 2013

Hari

Selasa

Masa

8 pagi hingga 4 petang

Tempat

De Palma Hotel, Shah Alam.

PENGISIAN PROGRAM
6.1

Ceramah

6.2

Bengkel

PENCERAMAH
1. Encik Musa bin Ismail
Penolong PPD Teknik dan Vokasional
PPD Hulu Langat.

2. Puan Suhaila binti Mohd Hassim


Penolong PPD Teknik dan Vokasional Rendah
PPD Hulu Langat.

3. Puan Maziah binti Ismail


Penolong Kanan Kurikulum
SK Sg Lui.

8.0

TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 1

9.0

JAWATANKUASA PROGRAM
Rujuk Lampiran 2

10.0

ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN


Rujuk Lampiran 3

11.0

PENUTUP
Adalah diharapkan program ini dapat meningkatkan budaya kemahiran berfikir dalam
kalangan guru dan yang paling utama dapat menghasilkan murid yang mempunyai
kemahiran berfikir aras tinggi.

Disediakan oleh;
___________________________
(
)

Disemak oleh;
___________________________
(
)

Disahkan oleh;
___________________________
(
)

LAMPIRAN 1

TENTATIF PROGRAM

PROGRAM i-THINK
20 APRIL 2013 (SABTU)

MASA
8.00 pagi
8.30 pagi
8.45 pagi
9.30 pagi
10.30 pagi
11.30 pagi
12.30 tengahari
1.30 petang
2.30 petang
3.30 petang
4.00 petang

ATURCARA
Pendaftaran dan sarapan
Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
Ceramah: Pengenalan Program i-THINK
Bengkel 1: Peta Pemikiran 1 dan 2
Bengkel 2: Peta Pemikiran 3 dan 4
Bengkel 3: Peta Pemikiran 5 dan 6
Bengkel 4: Peta Pemikiran 7 dan 8
Rehat/Makan tengahari/Solat Zohor
Refleksi dan soal jawab
Penyampaian Cenderahati dan Penutup
Minum petang dan bersurai

LAMPIRAN 2

JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA


PROGRAM i-THINK
23 APRIL 2013 (SELASA)
Pengerusi
Naib Pengerusi

:
:

Setiausaha

AJK
Penyambut Tetamu :
Buku Program
Pengacara Majlis
Bacaan Doa
Pendaftaran

:
:
:
:

Hadiah & Sijil

Makanan

Fotografi
Dokumentasi

:
:

Puan Normah bt. Kasim


Puan Noreda bt. Abdul Razak
Puan Nonzarinah bt. Haji Tarmudi
Cik Zuridah binti Idris

Puan Safarena bt Nasri


Puan Nur Hamidah bt Muhammad
Puan Norain bt Othman
Ustaz Kahar bin Awang Seman
Ustaz Mohd Kasmali bin Ghani
Puan Rahimah bt Mustaffa
Encik Azman bin Othman
Cik Fatin Nadiah bt Shafaruddin
Puan Kogilavani a/p Krishnan
Puan Suriany bt Ibrahim
Encik Mohd Nor Sofuan bin Hj Makhtar
Encik Mohd Aizuddin bin Mohd Noor
Puan Farhana bt Abdullah
Encik Mohd Zainudin bin Mustaffa

LAMPIRAN 3

ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

PROGRAM i-THINK
20 APRIL 2013 (SABTU)

PENDAPATAN
PPDHL

PCG Kaunseling
JUMLAH

(RM)

PERBELANJAAN

1 512.00 Makanan dan minuman


(RM12.00 x 126 orang guru)

50.00 Banner (RM50.00x1)


1 562.00

(RM)
1 512.00

50.00
1 562.00

You might also like