You are on page 1of 12

KEHALUSAN BAHASA

Saat ke-15
Zoey menggunakan kata yang menarik agar nenek
memberi perhatiaan terhadap hajatnya supaya
nenek menyerahkan semua hartanya kepada Zoey.
Zoey juga menokok tambah dan membuat ekspresi
yang berlebihan terhadap penyakit yang dihidap
oleh nenek untuk meyakinkan nenek bahawa dia
perlu segera untuk membuat wasiat.

KEHALUSAN BAHASA
Minit ke-3.
Puan Muniandy cuba memujuk Zoey dengan bahasa yang
halus supaya menghubungi Nuha untuk mendapatkan
keizinannya bagi proses penukaran hak milik rumah pusaka
Tan Sri Hana.
Puan Muniandy telah menggunakan kata-kata manis seperti
sepupu kesayangan cik untuk merujuk kepada Nuha.
Puan Muniandy boleh sahaja merujuk Nuha sebagai sepupu
cik.
Namun, beliau menambah perkataan kesayangan sebagai
elemen tokok tambah untuk memaniskan kata-kata beliau
ketika memujuk Zoey.

KEHALUSAN BAHASA
Minit ke-5
Puan Muniandy telah menggunakan perkataan negatif yang berbunyi positif
apabila tidak bersetuju dengan kata-kata Zoey.
Beliau telah mengungkapkan ayat Tak bolehlah macam tu, Cik Zoey
apabila Zoey tidak mahu menghubungi Nuha.
Puan Muniandy tidak menggunakan perkataan negatif seperti Janganlah
sebaliknya beliau menggunakan perkataan negatif yang berbunyi positif
iaitu Tak bolehlah.
Boleh asalnya ialah perkataan positif namun, apabila ditambah perkataan
Tak di hadapan, perkataan ini menjadi perkataan negatif.
Penggunaan perkataan negatif berbunyi positif akan menjadikan kata-kata
yang keluar daripada mulut lebih lembut didengar, terutamanya apabila
ingin menyatakan rasa tidak setuju.
Kata-kata seperti ini dapat menjaga hati pendengar di samping tidak
merosakkan usaha memujuk

PENGUSULAN TINDAKAN OLEH


PENULIS ATAU PENUTUR
Saat ke-43
Zoey telah memanggil Puan Muniandy, peguam
tersohor di Shah Alam untuk sama sama memujuk
Tan Sri Hana supaya membuat wasiat sebelum dia
menghembuskan nafas terakhir.
Hal ini adalah untuk memudahkan proses
pembahagian harta setelah ketiadaannya nanti.

PENGUSULAN TINDAKAN OLEH


PENULIS ATAU PENUTUR
Minit ke-14
Apabila doktor telah mengusulkan kepada Tan Sri
Hana supaya menjauhkan Zoey daripada taugeh
untuk mengelakkan Zoey daripada pengsan kerana
alergik terhadap taugeh.
Saranan daripada doktor inilah yang telah
menyebabkan Tan Sri Hana menolak permintaan
Zoey supaya mengambil dan memasakkan taugeh
yang menjadi makanan kesukaannya.

PENGGABUNGAN BUKTI DAN TUJUAN


DALAM SATU ADUNAN YANG KEMAS
Minit ke-14
Doktor yang merawat Zoey berjaya menyakinkan Tan Sri Hana supaya
menjauhkan Zoey daripada taugeh.
Tan Sri Hana yang risau dan bimbang dengan keadaan Zoey yang selalu
pengsan telah menemui doktor untuk mendapatkan penjelasan dan
pencerahan.
Doktor menerangkan bahawa Zoey sebenarnya mengalami alergik taugeh
tahap empat yang membuatkannya tidak boleh makan taugeh.
Itulah bukti yang menyebabkan Zoey selalu pengsan.
Namun, penyakit yang dihidapi oleh Zoey ini boleh sembuh dan bergantung
kepada system imunisasi tubuh Zoey.
Doktor menasihatkan Tan Sri Hana agar menjauhkan Zoey daripada taugeh
untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang.

GAYA PENYAMPAIAN
Minit ke-11
Nuha menggunakan bahasa tubuh mengugut untuk mengarahkan
supaya Zoey mendiamkan diri dan tidak mendedahkan perbuatan
jahatnya yang cuba memasukkan racun ke dalam ubat nenek.
Tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata Nuha mendekati Zoey
secara perlahan-lahan dan menekup mulut Zoey.
Dia kemudiannya membuat isyarat senyap kepada Zoey.
Gaya penyampaian ugutan oleh Nuha ini berjaya menimbulkan
rasa takut dalam diri Zoey dan imaginatif dalam fikirannya bahawa
jika dia mendedahkan perbuatan Nuha itu dia akan mendapat
balasan buruk daripada Nuha walaupun Nuha tidak mengungkap
sepatah kata ugutan pun.

PEMUJUKAN RASIONAL
Minit ke-11
Nuha telah menggunakan pemujukan rasional untuk memujuk
neneknya, Tan Sri Hana supaya mengizinkannya menyambung
pengajian di United Kingdom (UK).
Apabila neneknya bertanyakan tentang bagaimana caranya dia
ingin ke UK, Nuha meyakinkan neneknya bahawa dia tahu
bagaimana hendak menguruskan hal itu dan merasionalkan
pemujukannya dengan mengemukan alasan yang logik bahawa
dia sudah pun memohon untuk belajar di sana.
Nuha menyatakan demikian kerana mahu neneknya tahu bahawa
dia benar-benar ingin menyambung pengajian di UK dan
terpengaruh dengan cadangan yang dikemukannya seterusnya
bersetuju mengizinkannya ke UK.

PEMUJUKAN RASIONAL
Minit ke-12
Puan Muniandy memujuk Zoey dengan mengatakan bahawa Zoey tidak
perlu risau mengenai Nuha kerana segalanya telah diuruskan olehnya dan
Nuha tidak mungkin akan kembali menuntut harta Tan Sri Hana.
Puan Muniandy juga cuba menyakinkan Zoey bahawa dalam masa lima
minit harta Tan Sri Hana pasti akan menjadi milik Zoey.
Dalam hal ini Puan Muniandy telah berjaya memanipulasikan
kedudukannya sebagai peguam untuk menjadikan setiap kata-katanya logik
pada pandangan Zoey.
Akibatnya, Zoey seorang yang bijak dan objektif telah terpengaruh dengan
kedudukan dan pujukan Puan Muniandy.
Buktinya, Zoey bukan sahaja turut menyertai Puan Muniandy mengira detik
masa sebelum kemunculan Nuha kerana yakin dengan kata-kata Puan
Muniandy bahawa dalam masa lima minit harta Tan Sri Hana akan menjadi
miliknya malahan turut menjadikan peguam itu sebagai rakan subahatya.

PEMUJUKAN TIDAK RASIONAL


Minit ke-8
Nuha telah menggunakan pendekatan tidak rasional untuk memujuk Tan Sri
Hana memetik buah cempedak untuknya. Nuha merayu-rayu dan
menggoncang tangan neneknya sambil merengek-rengek kepada
neneknya bahawa dia ingin memakan buah cempedak.
Nuha menyarankan agar neneknya memanjat pokok cempedak walaupun
dia tahu adalah mustahil untuk neneknya yang berusia untuk memanjat
pokok itu.
Namun, Nuha bijak bermain dengan psikologi dengan menggunakan rasa
kasih sayang Tan Sri Hana terhadapnya agar neneknya itu berasa belas
kasihan dan simpati dengannya sehinggakan neneknya itu sanggup
melupakan faktor usia untuk memanjat pokok cempedak.

KESIMPULAN
Bagi menguasai kemahiran memujuk, seseorang perlu
terlebih dahulu mengusai enam ciri retorik pemujukan iaitu
kehalusan bahasa, pengusulan tindakan oleh penulis atau
penutur, penggabungan bukti dan tujuan dalam satu adunan
yang kemas, gaya penyampaian, retorik rasional dan retorik
tidak rasional.
Penguasan keenam-enam ciri retorik ini penting untuk
menjadikan seorang itu pemujuk yang hebat kerana seorang
pemujuk yang hebat bukan sekadar pandai berkata-kata atau
melahirkan nukilan di atas kertas tetapi bijak
memanipulasikan teknik-teknik pemujukan yang ada.

KESIMPULAN
Penggunaan retorik pemujukan sememangnya mendatangkan banyak
kelebihan kepada yang berjaya mengaplikasikannya.
Seni percakapan ini perlu digunakan dengan cara yang betul supaya tidak
mendatangkan mudarat kepada diri sendiri.
Pendengar dan pembaca yang cuba dipujuk juga harus berhati-hati dengan
pujukan yang dilakukan dan bijak menilai setiap kata-kata yang didengar
dan dibaca agar tidak mudah terpengaruh.
Tidak dapat dinafikan bahawa retorik pemujukan merupakan satu retorik
yang mampu menghasilkan impak yang hebat jika betul teknik
penggunaanya.
Jika tidak, masakan ada peribahasa Melayu berbunyi, Kupinang-pinang tak
dapat, kupujuk-pujuk ku bawa lari yang menunjukkan betapa hebatnya
retorik pemujukan sehingga mampu mengawal dan mengubah keyakinan,
pemikiran bahkan pendirian seseorang.

You might also like