You are on page 1of 2

MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419

TUGASAN 1 SCE 3063E BERFIKIR DAN BEKERJA SECARA SAINTIFIK


_________________________________________________________________________________________________________________

Anda ingin Menyiasat kesan darjah kepanasan air terhadap kepanasan kuantiti garam
yang terlarut.
a.

Berdasarkan

penyiasatan

diatas

mengapa

kemahiran

mengenal

pasti

pembolehubah sangat penting untuk setiap prinsip.


(10 Markah)

Kemahiran mengenalpasti pembolehubah sangat penting semasa melakukan sesuatu ujikaji


atau eksperimen. Pembolehubah terbahagi kepada tiga iaitu pembolehubah dimanipulasi,
pembolehubah yang dimalarkan dan pembolehubah bergerak balas.
Di antara kepentingan kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah ialah untuk
membantu kita menentukan dengan teliti pemboleh ubah yang menyebabkan sesuatu kesan
kepada keputusan ujikaji yang dilaksanakan. Ini bermaksud apabila kita telah mengenalpasti
pembolehubah yang dimanipulasi, kita akan akan dapat memerhatikan hubungannya
dengan pembolehubah bergerak balas atau pun keputusan ujikaji. Dengan itu, ia akan dapat
membantu kita untuk membina hipotesis yang sesuai. Berdasarkan penyiasatan di atas
misalnya , darjah kepanasan air telah dikenalpasti sebagai pembolehubah yang akan
memberi kesan kepada kuantiti garam yang larut.

Jadi, ia merupakan pembolehubah

dimanipulasi yang merupakan faktor yang akan diubah-ubah agar hubungannya dengan
kuantiti garam yang terlarut dapat dilihat
Seterusnya,

kemahiran

mengenalpasti

pembolehubah

juga

penting

untuk

membolehkan kita menetapkan pembolehubah-pembolehubah tertentu supaya tidak


memberi kesan kepada keputusan ujikaji yang dilaksanakan. Dalam penyiasatan yang
dijalankan, hanya pembolehubah dimanipulasi yang diubah-ubah untuk melihat perubahan
yaang berlaku kepada keputusan ujikaji. Bahan, alat, radas atau faktor yang lain perlu
dimalarkan agar ia tidak mempengaruhi keputusan penyiasatan. Contohnya, apa yang mesti
ditetapkan atau dimalarkan dalam penyiasatan di atas ialah ialah kuantiti atau jenis air agar
ia tidak menjadi faktor kedua yang boleh mempengaruhi keputusan ujikaji.
Ini bermakna, kemahiran mengenalpasti pembolehubah akan membantu kita untuk
menentukan sesuatu kesan oleh pembolehubah yang dimanipulasi ke atas pembolehubah
bergerakbalas.

MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419


TUGASAN 1 SCE 3063E BERFIKIR DAN BEKERJA SECARA SAINTIFIK
_________________________________________________________________________________________________________________

b. Berdasarkan contoh penyiasatan diatas, huraikan cara anda mendefinasikan secara


operasi pemboleh ubah kepanasan air dan kuantiti garam tanpa menggunakan
termometer dan mesin penimbang.
(10 Markah)

Mendefinisi secara operasi merupakan satu proses untuk memberi definisi sesuatu konsep
dengan menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan diperhatikan. Biasanya ia digunakan
untuk mendefinisikan pembolehubah atau fenomena yang tidak dapat diukur secara
langsung.
Berdasarkan penyiasatan, Selain daripada menggunakan termometer, kita boleh
mengukur kepanasan air dengan cara memasukkan jari ke dalam air tersebut. sekiranya
kepanasan air itu tinggi, apa yang dapat diperhatikan ialah jari hanya boleh dimasukkan ke
dalam air tersebut dalam masa yang sangat singkat. Apabila kepanasan air itu berkurang,
jari akan dapat dimasukkan ke dalam air tadi dalam masa yang lebih lama. Manakala,
sekiranya kepanasan air itu rendah sehingga mencapai tahap suhu bilik, jari akan mampu
dimasukkan ke dalam air dalam tempoh yang lama tanpa masalah. Oleh itu kita bolehlah
mendefinisikan secara operasi kepanasan air dengan maksud kemampuan memasukkan jari
ke dalam air bagi satu dalam tempoh yang lama atau cepat.
Bagi kuantiti garam pula, selain menggunakan mesin penimbang, kita boleh menggunakan
alatan lain seperti sudu untuk menyukat kuantiti garam.kemudian, berapa banyak bilangan
sudu garam yang

dimasukkan akan perhatikan dan dikira. Oleh itu, kita bolehlah

mendefinisikan kuantiti garam sebagai bilangan sudu garam yang dimasukkan ke dalam
bekas.

You might also like