You are on page 1of 10

APLUS ACADEMY

Prepared by: Mr.Foong

Bab 1 Pengenalan Perakaunan


1. Pendedahan kepada Penyata kewangan.
Jenis-jenis Penyata kewangan
- Penyata kewangan terdiri daripada Penyata pendapatan dan Kunci kira-kira.
Tujuan Penyata kewangan
- Penyata kewangan disediakan pada hujung satu tempoh perakaunan untuk mencari
keuntungan dan mengetahui kedudukan kewangan sesebuah perniagaan.
Tajuk Penyata kewangan
- Tajuk bagi penyata kewangan:
Penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2014
Kunci kira-kira pada 31 Disember 2014
Komponen setiap jenis Penyata kewangan
- Bagi Penyata pendapatan:
i.
Belanja
ii.
Hasil
iii.
Untung bersih atau rugi bersih
- Bagi Kunci kira-kira:
i.
Aset bukan semasa
ii.
Aset semasa
iii.
Liabiliti bukan semasa
iv.
Liabiliti semasa
Pihak yang bertanggungjawab di atas penyediaan Penyata Kewangan:
i.
Akauntan
- Tugas akauntan adalah merancang, melaksanakan dasar, memastikan system
belanjawan dan kawalan akaun dipraktikkan dengan betul, dan juga memberi
nasihat berkaitan dengan perakaunan.
ii.
Pengurus Kewangan
- Merupakan pengurus dalam bidang perakaunan supaya lancar dan teratur.
Menyediakan akaun bulanan dan laporan bulanan kepada pihak atasan.
iii.
Pengurus Akaun
- Bertanggungjawab dalam penyelenggaran rekod yang lengkap bagi semua
transaksi kewangan sesebuah perusahaan mengikut prinsip perakaunan yang betul
dibantu oleh Akauntan.
- Mengesahkan dokumen dan rekod yang berkaitan penerimaan, pembayaran dan
transaksi kewangan yang lain. Beliau juga menyediakan penyata dan laporan
kewangan bagi tempoh tertentu. Menyediakan akaun dengan menggunakan pakej
perisian yang terhad.
Pengguna Penyata kewangan:
Page 1 of 10

APLUS ACADEMY

i.
Peniaga
- Untuk mengetahui secara khusus berkenaan dengan perniagaan yang diceburi
iaitu potensi syarikat dapat diketahui melalui Penyata pendapatan dan lain-lain.
ii.
Pelabur
- Untuk mengetahui kedudukan kewangan satu syarikat maka pelaburan dapat
dilakukan.
iii.
Bank
- Untuk memberi pinjaman kepada organisasi melalui maklumat yang terdapat di
dalam penyata kewangan.
iv.
Pelanggan
- Untuk membuat keputusan meneruskan aktiviti jual beli dengan syarikat melalui
maklumat kewangan yang diperolehi daripada kewangan.
v.
Kerajaan
- Untuk tujuan percukaian. Cukai merupakan hasil pendapatan negara yang akan
membantu negara membangun dengan lebih pesat.
Kepentingan Penyata kewangan dalam perniagaan
- Kepentingan penyata pendapatan adalah untuk menunjukkan sama ada perniagaan
mengalami keuntungan ataupun kerugian bagi satu tempoh masa perakaunan.
Biasanya dalam tempoh masa satu tahun. Manakala kunci kira-kira akan
menunjukkan kedudukan kewangan sesuatu perniagaan bagi satu tempoh masa.
Kedudukan kewangan yang dimaksudkan adalah berkenaan dengan asset, liabiliti,
dan ekuiti pemilik. Adakah asset syarikat dapat menampung liabiliti yang
ditanggung oleh syarikat melalui pengiraan ratio-ratio tertentu. Jadi dengan
mengetahui kedudukan kewangan syarikat maka dapatlah syarikat membuat
perancangan-perancangan kewangan.

Page 2 of 10

APLUS ACADEMY
2. Sejarah Perakaunan
Permulaan menyimpan rekod
- Rekod perakaunan yang paling awal adalah di Babylonia pada tahun 3500 SM.
- 2300 SM dibuat atas kepingan tanah liat.
- 400 SM. Rekod dibuat atas papyrus, iaitu kertas dan calamus (pen).
- Sistem kewangan telah digunakan dan urus niaga direkodkan dengan
menggunakan nilai wang pada abad ke 5 dan ke 6 SM.
- Abad ke 7 dan ke 11 sistem angka telah digunakan oleh orang India.
Permulaan catatan bergu
- Bermula di Itali selaras dengan perkembangan perdagangan yang pesat di Bandar
Itali pada tahun 1200-1500 M. Dikenali sebagai Kaedah Venice.
- Luca Pacioli seorang rahib francisca berbangsa Itali merupakan bapa perakaunan.
Beliau telah menerbitkan buku matematik yang menerangkan tentang kepentingan
peraturan simpan kira yang diguna pakai sehingga hari ini.
Perkembangan sistem Perakaunan
- Revolusi perindustrian di England, pada pertengahan abad ke 18 telah
mengembangkan perdagangan dan perakaunan. Penyediaan akaun lejar dan
penyediaan penyata kewangan dibincangkan dan diperkenalkan.
- Pada abad ke 19, syarikat besar bermodal besar ditubuhkan. Kerajaan telah
menggubal perundangan untuk melindungi semua syarikat yang terlibat.
- Syarikat diwajibkan menyediakan laporan perakaunan dalam bentuk penyata
kewangan tahunan berdasarkan piawaian perakaunan minimum.
- Sejak tahun 1900, bidang perakaunan telah mencapai taraf profesional. Beberapa
badan perakaunan profesional ditubuhkan untuk:
i.
Menentukan taraf minimum untuk kelayakan profesional
ii.
Membentuk kod etika akauntan
iii.
Memastikan kod ini dipatuhi
- Jawatankuasa Panduan Piawai Perakaunan (Accounting Standard Steering
Committee) ditubuhkan pada tahun 1969 menerbitkan Penyata Amalan
Perakaunan Piawaian (Standard of Statement Accounting Practice SSAP)
- Pada tahun 1973, Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International
Accounting Standard Committee atau IASC menerbitkan Piawaian Perakaunan
Antarabangsa (International Accounting Standards) untuk membentuk dan
menggalakkan penggunaan piawai perakaunan asas dalam penyediaan akaun dan
penyata kewangan.
- Persatuan profesion perakaunan Malaysia telah menubuhkan Malaysia Institute of
Accountants (MIA) untuk mengawal profesion perakaunan dan mengadakan
peperiksaan untuk menentukan taraf profesion itu.

Page 3 of 10

APLUS ACADEMY

Falsafah Perakaunan Islam dan Konvensional


- Sistem kewangan yang berasakan syariah Islam telah berkembang dengan pesat
dan menjadi sebahagian daripada system kewangan antarabangsa. Tetapi system
kewangan Islam masih bergantung kepada sistem perakaunan konvensional.
Sumber perakaunan Islam berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Semua aktiviti
perakaunan adalah mengikut amalan aktiviti yang dibenarkan dalam Islam dan
mengikut syarat. Larangan amalan ria adalah satu contoh sistem perakaunan Islam.
- Konsep Pendedahan vs. Konsep Penemuan
- Falsafah pelaporan kos Sejarah dan nilai Saksama
- Proses Perakaunan (Manual dan Berkomputer)
Perakaunan sebagai Profesion:
- Maksud profesional merujuk kepada sesuatu pekerjaan ikhtisas ataupun profesion
yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kemahiran yang kuat dan betulbetul terlatih di dalam sesuatu bidang yang diceburi atau yang dipelajari dan
dipraktiknya.
Akauntan sebagai pemimpin
- Akauntan adalah seseorang yang mengkhusus dalam bidang perakaunan. Tugas
seorang akauntan sekarang merangkumi sebagai penasihat kepada sesuatu
perniagaan. Akauntan juga mesti seorang yang tahu membuat keputusan dengan
memikirkan kesan setiap keputusan yang dibuat bukan hanya untuk kepentingan
individu atau syarikat tetapi juga kesan kepada persekitaran dan masyarakat
setempat. Perlu bertindak sebagai seorang pemimpin yang berakauntabiliti kepada
pihak dalaman perniagaan dan pihak awam. Oleh itu, seorang akauntan perlu
mempunyai ciri-ciri sebagai seorang pemimpin seperti akauntabiliti, jujur,
amanah, komited dan berintegriti.
Keperluan Kod etika Profesion Perakaunan
- Seorang akauntan haruslah mematuhi beberapa kod etika yang berkaitan dengan
professionnya ketika menjalankan tugasnya. Etika yang dipatuhi adalah
berdasarkan kod etika untuk Akauntan Profesional (Code of ethics of professional
Accountants) yang dikeluarkan oleh International Federation of Accountants
(IFAC). Etika adalah mengenai prinsip nilai dan kepercayaan yang memberi
kesan pada pengaruh, pertimbangan dan tingkah laku.

Page 4 of 10

APLUS ACADEMY
3. Bentuk Organisasi
Pengenalan kepada Milikan tunggal, Perkongsian, Syarikat Berhad dan Koperasi.
Milikan tunggal ialah perniagaan yang dimiliki dan diuruskan oleh seorang sahaja
yang melaburkan modal di dalam perniagaan. Berhak ke atas semua keuntungan dan
menanggung semua kerugian. Liabiliti tidak terhad iaitu semua asset peribadi boleh
digunakan untuk melangsaikan hutang perniagaan. Contoh perniagaan tunggal:
i.
Perniagaan berjaja, bergerai, dan perniagaan runcit
ii.
Peguam, doctor, arkitek dan akauntan
iii.
Kedai jahit, salun kecantikan, kafe internet, dll.
Perkongsian merupakan satu unit perniagaan yang dimiliki oleh beberapa orang yang
menjalankan perniagaan bersama untuk memperolehi keuntungan. Bilangan ahli
perkongsi maksimum adalah 20 orang manakala perkongsian ikhtisas tiada had.
Perkongsian didaftarkan mengikut akta perkongsian 1961. Mestilah mempunyai ikatan
perjanjian di antara pekongsi. Jika tidak sebarang permasalahan akan diselesaikan
menggunakan akta perkongsian 1961. Liabiliti tidak terhad bermaksud segala asset
peribadi boleh digunakan untuk melangsaikan hutang perniagaan.
Syarikat berhad ialah perniagaan yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965.
Terdapat 2 jenis syarikat iaitu:
i.
Syarikat Sendirian Berhad 2 50 ahli
ii.
Syarikat awam berhad Tiada had
- Modal disumbangkan melalui pelaburan saham. Liabiliti adalah terhad kepada
pelaburan yang disumbangkan. Dasar syarikat ditentukan oleh lembaga pengarah.
Koperasi
- Satu pertubuhan yang didaftarkan di bawah akta koperasi 1993 berdasarkan
prinsip-prinsip yang berikut:
i.
Keanggotaan sukarela dan terbuka
ii.
Pengurusan yang demokratik
iii.
Pulangan terhad atas modal yang disumbangkan oleh anggota
iv.
Pembahagian keuntungan dengan saksama
v.
Galakkan pendidikan koperasi
vi.
Kerjasama aktif di kalangan koperasi-koperasi berdaftar
- Liabiliti adalah terhad.
- Mesti menggunakan perkataan Berhad di belakang nama koperasi yang
didaftarkan.
- Modal adalah melalui sumbangan saham oleh setiap anggota. Harga saham adalah
tetap seperti yang telah dinyatakan dalam undang-undang kecip koperasi.
- Setiap pekongsi mempunyai kuasa mengundi sekali seorang tidak kira berapa
jumlah saham yang dimilikinya.

Page 5 of 10

APLUS ACADEMY
4. Perakaunan dan Simpan Kira
Takrif Perakaunan dan Simpan Kira.
- Simpan kira ialah cara merekod urus niaga dengan tepat dan sistematik dengan
menggunakan sistem catatan bergu.
- Perakaunan meliputi simpan kira iaitu satu process di mana melibatkan merekood,
melapor, dan mentafir maklumat kewangan untuk membantu pihak pengurusan
membuat keputusan. Perakaunan juga merancang dan mengawal aktiviti
perniagaan.
Sub bidang perakaunan:
i.
Perakaunan kewangan
- Ialah satu cabangan perakaunan yang asa kerana melibatkan proses maklumat
kewangan perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir, dan dihubungkan.
Perakaunan kewangan adalah berkaitan dengan pelaporan prestasi perniagaan
(untung atau rugi) dalam satu-satu tempoh perakaunan. Objektif utama
perakaunan kewangan adalah untuk menyediakan maklumat-maklumat
perakaunan kepada pengguna yang berkepentingan.
ii.
Perakaunan Pengurusan
- Mengkhusus kepada penyediaan maklumat-maklumat untuk kegunaan dalaman
perniagaan seperti pihak pengurusan dan kakitangan.
Maklumat ini digunakan untuk perancangan, kawalan, pembuatan keputusan dan
pengurusan syarikat.
iii.
Audit
- Adalah satu proses secara sistematik untuk memperolehi dan menilai bukti secara
objektif mengenai pernyataan tentang kegiatan kewangan. Melibatkan aktiviti
pemeriksaan dokumen-dokumen bagi mengesahkan urus niaga yang direkod itu
sebenarnya telah berlaku. Mengesahkan rekod perakaunan yang telah disediakan
adalah mengikut piawaian dan peraturan perakaunan yang diterima umum.
iv.
Percukaian
- Seseorang yang terlibat di dalam bidang percukaian mestilah seseorang yang
mempunyai kemahiran di dalam bidang perakaunan. Iaitu seseorang yang boleh
menjadi perunding percukaian, perancangan percukaian, dan menyediakan
penyata cukai individu, syarikat dan organisasi secara keseluruhannya.
v.
Sistem maklumat perakaunan
- Ialah satu system yang digunakan untuk menjana maklumat perakaunan sebagai
sebahagian daripada system maklumat keseluruhan. Segala maklumat perakaunan,
dan maklumat pengurusan perakaunan serta maklumat percukaian dapat disatukan
di dalam satu sistem yang membolehkan seseorang di dalam organisasi membuat
keputusan untuk organisasi secara keseluruhannya.

Page 6 of 10

APLUS ACADEMY
5. Persekitaran Perakaunan di Malaysia
Sejarah perakaunan di Malaysia
- Permulaan menyimpan rekod
- Rekod perakaunan yang paling awal adalah di Babylonia pada tahun 3500 SM.
- 2300 SM dibuat di atas kepingan tanah liat.
- 400 SM. Rekaod dibuat atas papyrus, iaitu kertas dan calamus (pen).
- Sistem kewangan telah digunakan dan urus niaga direkod menggunakan nilai
wang pada abad ke 5 dan ke 6 SM.
- Abad ke 7 dan ke 11 sistem angka telah digunakan oleh orang India .
- Permulaan catatan bergu
- Bermula di Itali pada tahun 1200-1500 M. Dikenali sebagai Kaedah Venice
- Luca Pacioli seorang rahib francisca berbangsa Itali merupakan bapa perakaunan.
Beliau telah menerbitkan buku matematik yang menerangkan tentang kepentingan
peraturan simpan kira yang diguna pakai sehingga hari ini.
- Perkembangan sistem perakaunan
- Revolusi perindustrian di England, pada pertengahan abad ke 18 telah
mengembangkan perdagangan dan perakaunan. Penyediaan akaun lejar dan
penyediaan penyata kewangan dibincangkan dan diperkenalkan.
- Pada abad ke 19, syarikat yang besar bermodal besar ditubuhakan. Kerajaan telah
menggubal untuk melindungi semua syarikat yang terlibat.
- Syarikat diwajibkan menyediakan laporan perakaunan dalam bentuk kewangan
tahunan berdasarkan piawaian perakaunan minimum.
- Sejak tahun1900, bidang perakaunan telah mencapai taraf profesional. Beberapa
badan perakaunan profesional ditubuhkan untuk:
i.
Mementukan taraf minimum untuk kelayakan profesional
ii.
Membentuk kod etika akauntan
iii.
Memastikan kod ini dipatuhi
Badan-badan Perakaunan di Malaysia
- Badan Penggubal Piawaian (MASB)
- Pengenalan kepada MASB (Malaysia Accounting Standard Board)
- Ditubuhkan di bawah akta Laporan Kewangan 1997 (Finanical Reporting Act
1997) sebuah badan bebas untuk membentuk dan menerbitkan piawaian laporan
kewangan di Malaysia.
- Antara tugas dan kuasa MASB
i.
Menerbitkan penyata-penyata prinsip (Statement of Principles) bagi kegunaan
dalam penyediaan laporan kewangan
ii.
Menaja atau membentuk piawaian yang mungkin
- Menerbitkan piawaian perakaunan yang baru
- Badan profesional
- Khidmat nasihat awam
Page 7 of 10

APLUS ACADEMY
-

Mengenal pasti skop dan aplikasi piawaian

Page 8 of 10

APLUS ACADEMY
6. Konsep dan Prinsip Perakaunan yang asas.
i.
Usaha Berterusan
- Perniagaan mempunyai hayat yang berterusan dan akan terus beroperasi untuk
satu masa yang berlanjutan.
ii.
Permadanan
- Jumlah hasi bagi tempoh itu mesti dipadankan dengan jumlah perbelanjaan dalam
tempoh yang sama untuk menentukan untung bersih bagi sesuatu tempoh
perakaunan.
iii.
Ketekalan
- Kepentingan mengamalkan kaedah merekodkan butiran dalam akaun-akaun
secara konsisten atau tetap bagi setiap tempoh perakaunan. Ini bertujuan untuk
mengelakkan kekeliruan atau pemesongan dalam laporan kewangan.
iv.
Materialiti
- Perbelanjaan perniagaan yang bukan satu butiran kebendaan akan dicatatkan
sebagai belanja dalam tempoh perakaunan ia dibeli walaupun boleh digunakan
untuk jangka masa yang lebih daripada satu tempoh perakaunan. Contoh:
Calculator (boleh digunakan beberapa tahun)
v.
Entiti berasingan
- Entiti perniagaan wujud sebagai satu entiti atau unit yang berasingan daripada
pemiliknya. Rekod perakaunan hanya merekod urusan perniagaan pemilik dan
bukan urusan peribadi pemilik.
vi.
Wang sebagai ukuran
- Rekod perakaunan hanya melibatkan urus niaga yang dapat dinilaikan dalam
bentuk wang (Ringgit Malaysia)
vii.
Tempoh perakaunan
- Jangka masa perakaunan jangka masa perniagaan yang elah ditetapkan oleh
syarikat supaya dapat mengetahui hasil atau keuntungan syarikat pada satu masa.
viii. Kos sejarah
- Urus niaga direkodkan mengikut nilai yang sebenar iaitu pada kos belian pada
tarikh belian dilakukan.
ix.
Catatan bergu
- Setiap urus niaga direkodkan mestilah dalam dua akaun yang berbeza dengan
jumlah atau amaun yang sama, satu disebelah debit dan satu lagi disebelah kredit.
x.
Pelaporan berasaskan nilai saksama
- Mengikut konvensyen ini, aset dilaporkan dalam kunci kira-kira pada kos sejarah
(kos asal) atau pada nilai yang berasaskan kos sejarah. Nilai pasaran semasa aset
diabaikan untuk tujuan pelaporan luar. Walaupun pengguna kos sejarah akan
meningkatkan lagi objektiviti penyata kewangan (dan seterusnya
kebolehanpercayaan/reliabiliti) tetapi ia mungkin dianggap kurang relevan bagi
kebanyakan pengguna yang lebih inginkan nilai semasa. Perkembangan semasa
Page 9 of 10

APLUS ACADEMY
pelaporan perakaunan memerlukan pelaporan yang berasaskan nilai saksama (fair
value reporting). Dalam keadaan ini, kemungkinan nilai yang diterima pakai
bukan berdasarkan kos sejarah. FRS 101 yang menggantikan MASB 1
memuatkan peraturan berkaitan falsafah pelaporan yangmenitikberatkan
kerelevanan maklumat kepada pengguna.
xi.
Konservatisme
- Hasil & untung perniagaan direkodkan jika ia benar-benar berlaku, jika ada
jangkaan dalam kerugian akan diambil kira tetapi jangkaan keuntungan tidak
diambil kira.
- Asset tidak terlebih nyata dan liabiliti tidak terkurang nyata
Contoh: Perniagaan Ali telah berkontrak dengan syarikat dari Korea. Hasil
daripada kontrak ini perniagaannya dijangka akan memperolehi keuntungan RM 3
juta. Pengarah syarikat mengarahkan akauntannya melaporkan keuntungan
tersebut dalam penyata keuntungan tersebut?
8. Kitaran Perakaunan

Page 10 of 10

You might also like