You are on page 1of 26

KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI : SATU TINJAUAN DI KALANGAN

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN SATU, DUA DAN EMPAT


DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (LAKI-LAKI) METHODIST
SENTUL, KUALA LUMPUR.

TEH SIEW HUI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTPSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL:

KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI: SATU TINJAUAN DI


KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN SATU, DUA DAN
EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (LAKI-LAKI)
METHODIST SENTUL, KUALA LUMPUR.
SESI PENGAJIAN: 2006 / 2007
TEH SIEW HUI________________________________
(HURUF BESAR)

Saya

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti


Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1.
2.

Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.


Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja.
Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
** Sila tanda ()

3.
4.

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


kepentingan Malaysia seperti yang termaktud di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah ditentukan


oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD
Disahkan oleh

________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap:

29-08-09 Bandar Baru Sentul,


51000 Kuala Lumpur.

Tarikh:

23 April 2007

CATATAN:

*
**

______________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
Dr. Mohd Rizal Mohd Said
Nama Penyelia
Tarikh:

23 April 2007

Potong yang tidak berkenaan.


Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan
atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Tandatangan

: ...............

Nama Penyelia : DR. MOHD RIZAL MOHD SAID


Tarikh

: 23 April 2007..

KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI: SATU TINJAUAN DI KALANGAN


PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN SATU, DUA DAN EMPAT DI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (LAKI-LAKI) METHODIST
SENTUL, KUALA LUMPUR.

TEH SIEW HUI

Laporan Projek Ini Dikemukakan


Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2007

ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

...

Nama Pengkaji:

TEH SIEW HUI

Tarikh

23 April 2007

iii

DEDIKASI

Khas Buat Ayah, Ibu, Suami Dan Ahli Keluarga Yang Tersayang
Serta Rakan-rakan Seperjuangan

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


kesyukuran kepada penyelia saya iaitu Dr. Mohd Rizal Mohd Said kerana sanggup
meluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan kepada
saya dari permulaan sehingga kajian ini berjaya disiapkan.

Tidak lupa saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan
dan pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan
(Laki-laki) Methodist Sentul, Kuala Lumpur. Kerjasama mereka untuk memberi
kebenaran dan meluangkan masa menyiapkan penyelidikan ini amatlah dihargai.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua tenaga pengajar dan kakitangan Fakulti Pendidikan dalam membantu
menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga saya menujukan penghargaan saya kepada
rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi dorongan dan nasihat kepada saya.

Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sama ada secara
langsung atau tidak langsung membantu dalam kajian ini.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kepentingan nilai-nilai


murni di kalangan pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Empat di Sekolah Menengah
Kebangsaan (Laki-laki) Methodist Sentul, Kuala Lumpur. Objektif kajian ini adalah
untuk (1) mengenalpasti tahap pemahaman nilai-nilai murni di kalangan pelajar, (2)
mengenalpasti penghayatan nilai-nilai murni di kalangan pelajar, (3) mengenalpasti
pengamalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar ketika berada di luar bilik darjah.
Pengkaji menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Pengkaji telah
memilih 235 orang sampel dari Sekolah Menengah Kebangsaan (Laki-laki)
Methodist Sentul, Kuala Lumpur. Dapatan kajian ini dianalisis dengan menggunakan
SPSS Window Versi 11.5 dan dikemukakan dalam bentuk frekuensi dan peratusan.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 90.6% yang memahami nilai-nilai
murni. Manakala tahap penghayatan nilai-nilai murni adalah lebih tinggi daripada
tahap pemahaman nilai-nilai murni iaitu 91.2%. Tahap amalan nilai-nilai murni pula
adalah paling rendah iaitu 76.5%. Ini menunjukkan bahawa tahap amalan nilai-nilai
murni masih berada di tahap yang perlu diperbaiki lagi. Sejajar dengan hasil dapatan
yang diperolehi, beberapa cadangan yang bersesuaian telah dikemukakan.

vi

ABSTRACT

The purpose of this research was to study the important of moral values
among students who study in Form One, Form Two and Form Four in Sekolah
Menengah Kebangsaan (Laki-laki) Methodist Sentul, Kuala Lumpur. The objectives
were (1) to identify level of understanding on moral values among the students, (2) to
identify appreciate on moral values among the students, (3) to identify practiced on
moral values among the students. The researcher had used the questionnaires as
instrument research. There were 235 samples from Sekolah Menengah Kebangsaan
(Laki-laki) Methodist Sentul, Kuala Lumpur which had been selected randomly as
respondents. The findings were analyzed by using SPSS Window Version 11.5. The
results of the finding were presented in the forms of frequency and percentage. The
result of the research showed that 90.6% respondents did understand moral values.
The level of appreciate in moral values was higher than the level of understanding
moral values, which was 91.2%. The level of practicing moral values was the lowest
which was 76.5%. This showed that the level of practicing moral values still had to
be improved. Based on the analyzed result, some suggestions had been given to
improve the level of practicing moral values.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

HALAMAN

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xi

SENARAI RAJAH

xiii

SENARAI SINGKATAN

xiv

SENARAI LAMPIRAN

xv

PENDAHULUAN
1.1

Pengenalan

1.2

LatarBelakang masalah

1.3

Pernyataan masalah

1.4

Objektif Kajian

1.5

Persoalan Kajian

1.6

Kepentingan Kajian

1.7

Skop Kajian

1.8

Batasan Kajian

10

1.9

Definisi Terminologi

10

viii
2

SOROTAN PENULISAN
2.1

Pengenalan

13

2.2

Senario Falsafah Pendidikan Negara

14

2.3

Tahap Pemahaman Nilai-nilai Murni

15

Di Kalangan Pelajar
2.4

Tahap Penghayatan Nilai-nilai Murni

17

Di Kalangan Pelajar
2.5

Tahap Amalan Nilai-nilai Murni Di

18

Kalangan Pelajar
2.6

Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan

20

2.7

Kajian Terhadap Nilai-nilai Murni

23

2.7.1

Kajian Di Institusi Pengajian Tinggi

23

2.7.2

Kajian Di Sekolah Menengah Kerajaan

24

2.8

Penutup

25

METODOLOGI KAJIAN
3.1

Pengenalan

26

3.2

Rekabentuk kajian

26

3.3

Populasi Kajian

27

3.4

Sampel Kajian

27

3.5

Instrumen Kajian

27

3.6

Kajian Rintis

30

3.7

Tatacara Kajian

31

3.8

Kaedah Pengumpulan Data

32

3.9

Kaedah Analisa Data

33

3.10

Penutup

33

ANALISIS DATA
4.1

Pengenalan

34

4.2

Analisis Bahagian A

34

4.2.1

Taburan Kekerapan dan Peratus


Responden Mengikut Tingkatan

35

ix
4.2.2

Taburan Kekerapan dan Peratus


Responden Mengikut Kaum

4.2.3

Taburan Kekerapan dan Peratus


Responden Mengikut Agama

4.2.4

36

37

Taburan Kekerapan dan Peratus


Responden Mengikut Markah
Matapelajaran Pendidikan Moral
Atau Agama Islam

4.3

38

Analisis Bahagian B

39

4.3.1 Persoalan 1

39

4.3.1.2 Ringkasan Taburan Peratusan


Responden Mengikut Tahap
Pemahaman Nilai-nilai Murni
4.3.2 Persoalan 2

41
42

4.3.2.2 Ringkasan Taburan Peratusan


Responden Mengikut Tahap
Penghayatan Nilai-nilai Murni
4.3.3 Persoalan 3

43
44

4.3.3.2 Ringkasan Taburan Peratusan


Responden Mengikut Tahap
Amalan Nilai-nilai Murni
4.3.4

46

Ringkasan Taburan Kekerapan dan


Peratus Responden Mengikut Persoalan
Kajian

47

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN


5.1

Pengenalan

49

5.2

Perbincangan

49

5.2.1

Adakah pelajar-pelajar sekolah


memahami erti nilai-nilai murni?

5.2.2

50

Adakah pelajar-pelajar sekolah


menghayati nilai-nilai murni?

51

x
5.2.3

Adakah pelajar-pelajar sekolah


mengamalkan nilai-nilai murni
ketika berada di luar bilik darjah?

52

5.3

Rumusan

53

5.4

Cadangan Tindakan

54

5.5

Cadangan Kajian Lanjutan

56

5.6

Kesimpulan

57

RUJUKAN

LAMPIRAN
A

Borang Soal Selidik

Surat Pengakuan Membuat Kajian

Surat Kebenaran Dari EPRD

Surat Kebenaran Dari JPWP

Surat Pengesahan Pakar Bidang

59

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

4.2.1

TAJUK

Taburan Kekerapan dan Peratus


Responden Mengikut Tingkatan

4.2.2

36

Taburan Kekerapan dan Peratus


Responden Mengikut Agama

4.2.4

35

Taburan Kekerapan dan Peratus


Responden Mengikut Kaum

4.2.3

HALAMAN

37

Taburan Kekerapan dan Peratus


Responden Mengikut Markah
Matapelajaran Pendidikan
Moral atau Agama Islam

4.3.1.1

38

Taburan Kekerapan dan Peratus


Responden Mengikut Tahap
Pemahaman Nilai-nilai murni

4.3.1.2

39

Ringkasan Taburan Peratusan


Responden Mengikut Tahap
Pemahaman Nilai-nilai Murni

4.3.2.1

41

Taburan Kekerapan dan Peratus


Responden Mengikut Tahap
Penghayatan Nilai-nilai Murni

42

xii
4.3.2.2

Ringkasan Taburan Peratusan


Responden Mengikut Tahap
Penghayatan Nilai-nilai
Murni.

4.3.3.1

43

Taburan Kekerapan dan Peratus


Responden Mengikut Tahap
Amalan Nilai-nilai Murni.

4.3.3.2

44

Ringkasan Taburan Peratusan


Responden Mengikut Tahap
Amalan Nilai-nilai Murni

4.3.4.1

46

Ringkasan Taburan Kekerapan


dan Peratus Responden Mengikut
Persoalan Kajian

47

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

HALAMAN

Taburan Responden Mengikut Tingkatan

35

Taburan Responden Mengikut Kaum

36

Taburan Responden Mengikut Agama

37

Taburan Responden Mengikut Markah


Mata Pelajaran Pendidikan Moral atau
Agama Islam

Ringkasan Taburan Responden Mengikut


Tahap Pemahaman Nilai-nilai Murni

44

Ringkasan Taburan Responden Mengikut


Tahap Amalan Nilai-nilai Murni

41

Ringkasan Taburan Responden Mengikut


Tahap Penghayatan Nilai-nilai Murni

39

46

Ringkasan Taburan Peratus Responden


Mengikut Persoalan Kajian

48

xiv

SENARAI SINGKATAN

Peratus

PMR

Penilaian Menengah Rendah

SPM

Sijil Pelajaran Malaysia

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

Borang Soal Selidik

Surat Pengakuan Membuat Kajian

Surat Kebenaran Dari EPRD

Surat Kebenaran Dari JPWP

Surat Pengesahan Pakar Bidang

HALAMAN

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Isu keruntuhan moral di kalangan remaja kita sudah terlalu banyak disuarakan.
Boleh dikatakan semua peringkat masyarakat memberi pelbagai pendapat
mengenainya.Pelbagai berita, rencana dan ulasan mengenainya disiarkan oleh surat
khabar serta media elektronik; seminar dan perbincangan diadakan silih berganti di
merata tempat dan rumusan demi rumusan dibuat, tetapi masalah gejala keruntuhan
moral di kalangan remaja masih berleluasa. (Marican dan Mahmood Nazar, 1999)

Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya
merupakan suatu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan
pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni. (Sayed A.
Rahman, 1996)

Golongan belia yang dinamik, bersikap positif serta mempunyai sifat-sifat


kepimpinan sangat diperlukan bagi menjadikan sesebuah negara maju.
Walaubagaimanapun terdapat pelbagai situasi yang merunsingkan semua mengenai
perkembangan golongan belia masa kini. Golongan ini jika dibiarkan terus sendirian

2
tanpa bimbingan dan didikan yang sempurna oleh sistem pendidikan serta daripada
keluarga, mereka ini akan lebih mudah terjebak ke dalam aktiviti-akitviti yang kurang
sihat seperti kegiatan ponteng sekolah, lepak, pergaulan bebas, penagihan dadah dan
juga jenayah. Fenomena ini terjadi disebabkan kurangnya pemahaman dan penghayatan
pelajar terhadap nilai-nilai yang baik atau disebut sebagai nilai-nilai murni. (Norasmah
Hj. Othman, 1996)

Menurut Tamby Subahan (1991), sebelum pelajar dapat menghargai alam


sekeliling dan seterusnya ingin memelihara dan mengharungi alam sekeliling, pelajarpelajar perlu memahami fakta-fakta atau pengetahuan tentang peranan serta sumbangan
alam sekeliling dalam menjamin kesejahteraan hidup. Begitu juga sebelum pelajarpelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama tentang perasaan cinta, kasih
sayang yang mendalam dan berkekalan lahir dari hati yang rela kepada sesuatu, mereka
perlu memahami nilai-nilai itu. Nilai-nilai ini boleh diukur secara langsung atau dibuat
inferensi dari konsep-konsep kepercayaan, sikap dan tingkah laku.

Kemunculan Wawasan 2020 pada tahun 1991 yang mengajak setiap warga
Malaysia berusaha membentuk sebuah negara perindustrian yang maju sepenuhnya
melalui pelaksanaan sembilan tuntutan strategik dalam tempoh tiga dekad membawa
implikasi yang besar terhadap fokus dan fungsi pendidikan dalam bidang akademik dan
bukan akademik pada semua peringkat persekolahan, khususnya dalam bidang
pendidikan nilai dan moral. Ini adalah kerana kejayaan merealisasikan matlamat
Wawasan 2020 banyak bergantung pada kualiti sistem nilai yang dihayati oleh setiap
warganegara dan pendidikan merupakan satu mekanisme penting dalam membantu
seseorang untuk mengembangkan nilai hidup yang murni. (Nik Azis, 1994)

Menurut Kamal dalam Nik Azis Nik Pa (1997), menyatakan pendidikan di


Malaysia dilihat sebagai satu proses yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap nilai

3
dan gaya hidup seseorang warganegara dan ianya dianggap sebagai satu mekanisme
yang penting bagi pembangunan individu, masyarakat dan negara. Pendidikan nilai
khususnya pendidikan nilai yang berlandaskan keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan
telah wujud begitu lama sebelum pendidikan formal bermula di negara ini dan ianya
terus mempunyai tempat yang istimewa sehingga kedudukan itu dicabar dengan hebat
oleh amalan hidup yang bebas lepas.

Menurut Nik Azis (1996), pendidikan formal di Malaysia dilaksanakan dengan


berpandu kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan. Misalnya, semua sekolah perlu
mematuhi beberapa peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dalam sistem tersebut, sekolah dikehendaki berfungsi secara langsung dan tidak
langsung untuk membantu para pelajar memikirkan dengan serius tentang isu-isu yang
membabitkan kebenaran dan kesalahan, untuk meningkatkan minat para pelajar
menghayati kebaikan sosial dan untuk membantu para pelajar membina serta
mengamalkan tingkah laku yang beradab. Sekolah di negara kita perlu melaksanakan
fungsi moral di samping melaksanakan beberapa fungsi yang lain seperti fungsi
intelektual dan fungsi sosial. Dalam konteks pendidikan moral, sekolah dilihat sebagai
satu penghubung yang kritis antara dunia keluarga dengan dunia kehidupan pelajar.

Tanpa pendidikan dan tunjukajar yang lengkap dan bermutu, maka agak sukar
kita dapat menjamin pembentukan individu, masyarakat dan bangsa yang kuat dan mulia.
Justeru ini, ia menunjukkan betapa pentingnya pemahaman, penghayatan dan
pengamalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar bagi melahirkan insan yang
kamil. (Norasmah Othman, 1996)

J. Jegathesan (1992), Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Kemajuan


Perindustrian Malaysia (MIDA) menyatakan tiada gunanya melahirkan golongan bijak
pandai jika mereka akhirnya terjerumus ke dalam kancah yang tidak baik. Beliau juga

4
berpendapat matlamat pendidikan tidak akan tercapai jika ia hanya melahirkan jurutera,
arkitek dan ahli perniagaan yang akhirnya terjerumus dalam kancah rasuah dan pecah
amanah.

Kerajaan yang telah sedar tentang perkara yang perlu dibendung ini, telah
membuat beberapa tindakan dan salah satu daripada pihak yang dipertanggungjawabkan
ialah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesedaran tentang kemerosotan disiplin dan
akhlak telah dirakamkan oleh JawatanKuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar
Pelajaran 1979 dan menyarankan bahawa tenaga rakyat yang diperlukan untuk
kepentingan pembangunan negara perlu memiliki sikap jujur dan dedikasi terhadap kerja
selain daripada jenis pengetahuan dan kemahiran. Mereka juga perlu boleh berfikir
secara logik dan bertindak dengan positif sama ada secara sendiri atau beramai-ramai
dengan berlandaskan akhlak yang mulia. Di samping itu, sistem persekolahan negara
bertanggungjawab untuk melahirkan individu yang selaras dengan tujuan pembangunan
sumber manusia.

Sememangnya untuk melahirkan akhlak yang tinggi di kalangan pelajar-pelajar


telah menjadi hasrat kerajaan agar sekolah dijadikan salah satu daripada institusi untuk
menyerapkan dan guru-guru pula diberi peranan untuk menerapkan nilai-nilai murni di
kalangan pelajar-pelajar. Menurut Amla (1994), ini dapat dilihat dengan dasar kerajaan
memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sejak beberapa
tahun lalu yang berhasrat untuk mewujudkan sebuah kurikulum yang dapat membantu
perkembangan pelajar secara total. Untuk itu kurikulum tersebut telah menekankan
keperluan menerapkan nilai-nilai murni secara sedar di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Orientasi guru yang hanya sebagai penyampai maklumat
perlu diubah supaya aspek-aspek lain pertumbuhan pelajar turut diberi perhatian.

Sikap dan kualiti golongan remaja yang bertanggungjawab cuma boleh


diperolehi jika terdapat pendidikan nilai dan moral pada peringkat awal lagi. Pendidikan

5
yang baik ini juga berupaya melahirkan golongan belia yang berperibadian mulia.
Golongan ini akan memiliki naluri (conscience) yang benar dan betul serta akan sentiasa
menghalang daripada berlakunya ketidakadilan. Sementara itu nilai yang luhur juga
boleh menjadi pengukur cerminan rupa bangsa. Ini bermakna kecemerlangan sesuatu
bangsa itu dibina berlatarbelakangkan kepada kesungguhan yang kuat dan serius dalam
membina masyarakat.

Tanpa nilai yang luhur golongan belia ini akan tenggelam dalam ledakan budaya
liar dan pengaruh yang tidak mengakar dengan realiti tempatan. Kesannya sukarlah
untuk membina bangsa Malaysia yang berwawasan tanpa penerapan nilai dan moral
kepada pembangunan sumber manusia. (Norasmah Othman, 1996)

1.2

Latar Belakang Masalah

Remaja-remaja di sekolah merupakan aset yang amat berharga dalam sesebuah


negara. Mereka merupakan tenaga simpanan yang bakal menjadi pemimpin pada masa
hadapan, penyambung budaya, penggerak kemajuan, pelopor pembangunan dan
sebagainya bagi sesebuah masyarakat.

Pengamalan nilai murni penting kepada setiap pelajar agar mereka dapat
menghubungkan ilmu pengetahuan yang dipelajari dengan kesedaran bahawa sumber
ilmu secara mutlak adalah hak Tuhan semata-mata. (Tajul Ariffin dan Noraini, 1992)

Kepentingan nilai-nilai murni di sekolah harus diambil perhatian. Pelajar-pelajar


di sekolah seharusnya menghayati dan mengamalkan apa yang telah diserapkan tentang
nilai-nilai murni memandangkan masih berlaku beberapa masalah seperti peras ugut,
bergaduh dengan rakan-rakan, melawan guru, merokok dan sebagainya. Masalah ini

6
sepatutnya tidak timbul kerana pelajar-pelajar ini telahpun didedahkan dengan nilai-nilai
murni sebelumnya.

Menurut Khaidzir Ismail (2005), 886 daripada 887 pelajar perempuan yang
menuntut di beberapa sekolah menengah di sebuah negeri mengaku pernah melakukan
hubungan seks. Selain terbabit dalam hubungan seks, didapati juga 98 peratus daripada
mereka mengaku mengambil dadah, terbabit dalam kongsi gelap (98%), bahan lucah
(97.3%), berjudi (96.8%), vandalisme (85.4%) dan ponteng sekolah (77.2%).

Rahimah Haji Ahmad (1993), menjelaskan mengenai kepentingan nilai dan


moral dalam dokumen yang menggariskan dasar kerajaan seperti Laporan Jawatankuasa
Falsafah Pendidikan Negara (1990) dan Wawasan 2020. Malaysia mempunyai matlamat
untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang mempunyai identiti sendiri dan
berasaskan nilai etika yang sesuai oleh seluruh masyarakat Malaysia.

Bersabit dengan pendidikan dan nilai-nilai, E.F. Schumaker dalam Wan Mohd
Zahid (1993) menjelaskan bahawa:

Pada dasarnya pendidikan bererti penyampaian nilai-nilai murni tetapi nilainilai ini tidak akan membolehkan kita untuk hidup dengan jayanya kecuali nilainilai ini menjadi sebahagian daripada diri kita, lebih khusus lagi sebahagian
daripada mental kita.
(dalam Ke Arah Pelaksanaan Nilai-nilai Murni Dalam KBSM,1988, hal. 35)

Keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi pada masa kini semakin menjadi-jadi,


adakah ini disebabkan oleh kepincangan di dalam sistem pendidikan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mana ianya telah menerapkan nilai-nilai
murni semasa proses pengajaran dan pembelajaran, atau ianya datang daripada individu
itu sendiri?

Oleh itu apabila kita memperkatakan perihal kemerosotan akhlak di kalangan


pelajar-pelajar, seringkali dikaitkan dengan apakah penerapan nilai-nilai murni yang
diserapkan selama ini di sekolah tidak mendatangkan kesan dan dapat dihayati dengan
sepenuhnya.

Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak tinggi di mana mereka perlu


memahaminya dahulu dan kemudiannya mengamalkan nilai-nilai murni yang telah
diterapkan.

Matlamat Pendidikan Negara yang berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan


Negara adalah bertujuan melahirkan insan yang seimbang dan sempurna supaya dapat
melahirkan warganegara yang baik.

1.3

Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah, pengkaji ingin mengkaji tentang


kepentingan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan (Laki-Laki) Methodist Sentul, Kuala Lumpur dengan berasaskan kepada
tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni oleh pelajar-pelajar
sekolah tersebut.

1.4

Objektif Kajian

Berdasarkan persoalan-persoalan yang dinyatakan, kajian ini dilaksanakan untuk


mengetahui dan mengenalpasti kepentingan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar
berdasarkan tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni di

8
Sekolah Menengah Kebangsaan (Laki-Laki) Methodist Sentul, Kuala Lumpur. Secara
khususnya objektif kajian ini ialah :
1. Mengenalpasti tahap pemahaman nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar.
2. Mengenalpasti penghayatan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar.
3. Mengenalpasti pengamalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar ketika berada
di luar bilik darjah.

1.5

Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang dikemukakan oleh pengkaji dibahagikan kepada beberapa


aspek iaitu:
1. Adakah pelajar-pelajar sekolah memahami erti nilai-nilai murni?
2. Adakah pelajar-pelajar sekolah menghayati nilai-nilai murni?
3. Adakah pelajar-pelajar sekolah mengamalkan nilai-nilai murni ketika berada di luar
bilik darjah?

You might also like