You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

KARNIVAL SUKAN PASCA UPSR PERINGKAT SEKOLAH


2009
1. PENDAHULUAN
Sukan adalah satu bentuk aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesama murid
dan guru. Dengan adanya aktiviti sukan sebegini akan mencetuskan semangat
kesukanan dan pertandingan yang sihat di kalangan murid. Selain daripada itu, ia
dapat dijadikan sebagai satu aktiviti kepada semua murid yang baharu selesai
menghadapi peperiksaan UPSR.
2. OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang permainan
dengan lebih menyeluruh
2.2 Memberikan pendedahan kepada murid kepelbagaian jenis permainan
Secara khusus
2.3 Membentuk sahsiah murid agar lebih berdisiplin dengan aktiviti permainan
yang
terancang
2.4 Mengeratkan ikatan silaturahim di antara semua murid dan guru melalui
aktiviti
yang diadakan bersama
2.5 Mengisi masa luang selepas peperiksaan UPSR
3. TEMA
SUKAN UNTUK SEMUA
4. SASARAN
303 orang murid tahun 6
5. TEMPAT
Padang , SK. Taman Bukit Indah
6. TARIKH
Bulan Oktober 2009
a. Bola Sepak dan Bola Baling-5 dan 6 Oktober 2009
b. Sepak Takraw dan Bola Jaring-7 dan 8 Oktober 2009
c. Akhir-9 Oktober 2009
Masa: 8.00 hingga 10.00 pagi(Sebelah pagi sahaja)
P&P berjalan seperti biasa selepas pukul 10.30 pagi

7. JAWATANKUASA
Penasihat
Pengerusi
Naib Pengerusi 1
Naib Pengerusi 11
Penyelaras
Setiausaha Program

:
:
:
:
:
:

Pn. Sharidah bt. Md. Jarwis


Pn.Zainap bt. Ahad
Tn. Hj. Mohd. Yusof b. Hj. Hamzah
Pn. Asnah bt. Abdul Ghani
Pn. Hjh. Noorakhma bt. Jaafar
En. Normayadi b. Othman

Jawatankuasa Pelaksana
Raferi

: 1) Bola Sepak(5 dan 6 Oktober 2009)


-En. Hafeze b. Zakaria(K)
-En. Amirudin b. Samsudin
-En. Zabidi b. Alias
2) Sepak Takraw(7 dan 8 Oktober 2009)
-En. Zabidi b. Alias (K)
-En. Amirudin b. Samsudin
3) Bola Baling(5 dan 6 Oktober 2009)
- En. Normayadi b. Othman(K)
- Cik Ku Norazrihan b. Ku Mohd. Yusof
4) Bola Jaring(7 dan 8 Oktober 2009)
- Pn. Nik Marini bt. Ariffin(K)
- Pn. Mariah bt. Awang
- Pn. Azizah bt. Harun

Disiplin
Teknikal & Peralatan

: Guru-guru tahun 6
: En. Amirudin b. Samsudin

Juru Gambar & Dokumentasi : En. Normayadi b. Othman

PERATURAN- PERATURAN PERTANDINGAN


1.KUMPULAN- KUMPULAN UMUR (LELAKI DAN PEREMPUAN)
1.1 Bawah 12 tahun - Lelaki dan Perempuan

2. ANJURAN
Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK. Taman Bukit Indah

3. PECAHAN PERTANDINGAN

3.1 Lelaki
- Bola Sepak
- Sepak Takraw
3.2 Perempuan
- Bola Baling
- Bola Jaring
4. PENYERTAAN
4.1 Setiap kelas tahun 6 dibenarkan menghantar satu kumpulan untuk
setiap pertandingan yang dianjurkan. Setiap kumpulan adalah tidak
melebihi
7 orang termasuk simpanan bergantung kepada jenis pertandingan.
4.2 Mata kemenangan akan diberikan kepada mana- mana kumpulan yang
menang iaitu sebanyak 3 mata dan seri 1 mata manakala kalah akan
mendapat 0 markah
4.3 Semua peserta mestilah sihat.Pengurus pasukan mestilah terdiri daripada
Guru Pendidikan Jasmani kelas masing- masing.Keselamatan murid
adalah
diutamakan.
5. PEMBATALAN
5.1 Peserta tidak harus mendapat sebarang pertolongan di sepanjang
pertandingan
5.2 Mana- mana peserta yang didapati melanggar syarat pertandingan akan
dibatalkan hak penyertaannya
6. PAKAIAN
6.1 Semua peserta dikehendaki memakai pakaian sukan sekolah dan boleh
memakai jersi sekiranya ada
6.2 Mana- mana peserta yang tidak memakai pakaian sukan tidak dibenarkan
memasuki acara

7. HADIAH
7.1 Hadiah bagi Juara, Naib Juara dan Tempat Ketiga akan
disediakan.Hadiah Pemain Terbaik dan Penjaring Terbanyak juga
disediakan
8. BANTAHAN
8.1 Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Referi secara bertulis
dan

Wang cagaran RM 50.00 hendaklah disertakan 15 minit selepas


pengumuman keputusan dibuat

9. KEPUTUSAN

9.1 Keputusan Jemaah Juri Rayuan adalah muktamad


10. ANGGARAN PERBELANJAAN
9.1

9.2

Pendapatan
9.1.1 Sumbangan Pendaftaran
9.1.2 Duit Dana Tahun 6(Jika ada)

Perbelanjaan
9.2.1

Bajet Hadiah/Pingat
Bajet Piala
(
JUMLAH BESAR

10. PENUTUP
Adalah diharapkan agar program ini akan mencapai objektif seperti yang telah
direncanakan dan mendatangkan faedah kepada semua murid.Sehubungan dengan
itu, murid murid dapat mengenali sesuatu jenis permainan dengan lebih dekat.
Disediakan oleh,
__________________,
(EN. NORMAYADI B. OTHMAN)
Setiausaha Program Sukan,
Tahun 6,
SK. Taman Bukit Indah.
Disemak oleh,
_____________________,
(PN. ZAINAP BT. AHAD)
PK. Kokurikulum,
SK. Taman Bukit Indah.
Disemak oleh,
____________________________,
(PN. SHARIDAH BT. MD. JARWIS)
Guru Besar,
SK. Taman Bukit Indah.

You might also like