You are on page 1of 3

PERATURAN MAKMAL BAGI PELAJAR

A.

Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan.


dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru.

Tidak sesiapapun

B.

Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi


dibawa keluar tanpa kebenaran guru.

C.

Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanya boleh digunakan atas arahan
dan panduan guru.

D.

Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah digunakan
hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya.

dalam makmal tidak boleh

E.

Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.

F.

Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru.

G.

Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan


segera kepada guru atau pun kakitangan makmal.

H.

Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam


makmal.

I.

Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat lain
tanpa kebenaran guru.

J.

Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal


hendaklah bersih dan kemas selepas tiap-tiap waktu makmal.

K.

Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu bunsen.

L.

Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti


sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

dipadamkan

M.

Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak
boleh dibuang ke dalam ataupun ke bawah sink, tetapi mesti dibuang ke dalam tong
sampah yang disediakan.

N.

Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.

O.

Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.

P.

Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum.

Q.

Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan


guru.

R.

Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap masa.

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA


A.

Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk


bahan kimia yang akan digunakan itu betul.

mempastikan bahawa

B.

Gunakan sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana


sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan kimia
adalah mencukupi untuk memberi pemerhatian yang jelas. Jangan membazirkan
bahan kimia.

C.

Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Jangan gunakan jari
tangan.

D.

Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup semula dengan segera
setelah diambil bahannya.

E.

Bahan kimia biasanya adalah beracun dan mengkakis. Jangan cuba merasa
sebarang bahan kimia sungguhpun ia dalam larutan cair.

KESELAMATAN MAKMAL BIOLOGI


1.2

BAHAN BIOLOGI

1.2.1 Keselamatan dalam pengendalian mikroorganisma:


a)

Semua perkerjaan hendaklah dilakukan dengan berhati-hati, mengikut cara kerja


yang disediakan. Bakteria, Fungi, Virus dan bahan pencemar yang tidak
diketahui bahayanya hendaklah dianggap sebagai patogen.

b)

Sebelum memulakan kerja, pastikan terdapat bekalan bahan penyahjankit yang


mencukupi dan sesuai dengan untuk organisma yang dikaji.

c)

Semua permukaan, Kerusi dan tempat berkerja hendaklah dibersihkan dengan


pencuci sebelum meninggalkan makmal.

d)

Bahan pencemar yang berbahaya tidak boleh dibiarkan kecuali setelah ditutup
atau dilebelkan dengan jelas.

e)

Peti sejuk serta alat-alat yang digunakan untuk menyimpan kultur mestilah
dibersihkan dan dinyahjankitkan selalu. Sewaktu melakukan pembersihan alatalat perlindung diri patut digunakan.Peti sejuk tidak dibenarkan menyimpan
makanan.

f)

Untuk mengurang belakunya pencemaran yang tidak disegajakan melalui


tumpahan, semua bekas yang mengandungi bahan jankitan hendaklah
diletakkan didalam dulang yang besar atau permukaan tempat kerja hendaklah
ditutup dengan bahan penyerap boleh dibuang.
2

g)

Tangan hendaklah dicuci bersih sebelum meneinggalkan makmal.

h)

Semua tumpahan dan kemalangan hendaklah direkodkan

AMARAN
Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa
kejadian yang tidak diingini sekiranya seorang pelajar itu tidak
mematuhi peraturan-peraturan tersebut di atas .

You might also like