You are on page 1of 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN BULAN DAKWAH & MAULIDURRASUL


_________________________________________
[ALU-ALUAN: ]
Ketibaan Yang Berbahagia Encik Sebarudin bin Madun Ketua Kampung Pulau Timbang
dengan diiringi Encik Husin Bin Abdullah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan
Baru
Murid-murid & Guru-guru diminta berdiri.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
[ALU-ALUAN: ]


.
Yang Berbahagia Encik Shahbudin Bin Madun
Ketua Kampung Pulau Timbang
Yang Berusaha Encik Husin bin Abdullah
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru
Yang Berusaha Encik Adam bin Abdullah
Guru Penolong Kanan I
Puan Haisa binti Abd Hakim
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Ustza Syed Mohd Khairudin bin Syed Omar
Guru Penolong Kanan Kokurkulum
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekelian.
[ALU-ALUAN]
Selamat datang diucapkan, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, ke Majlis Pelancaran Bulan
Dakwah dan Sambutan Maulidurrasul pada pagi yang mulia ini, yang dianjurkan Panitia
Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Terusan Baru.
[BACAAN DOA]

Tetak buluh panjang sepuluh,


Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.
Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segala
hormatnya, mempersilakan Yang Berusaha al-Fadhil Ustaz Syed Mohd Khairudin Bin
Syed Omar untuk menyampaikan bacaan doa.
Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan.
(Bacaan doa)
Amin, Ya Rabb al-Alamin.
[UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR]
Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Husin Bin Abdullah Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Terusan Baru untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan penuh hormat, majlis mempersilakan.
/2
(Ucapan Alu-aluan)
Jazakallahu Khayran Kathira diucapkan kepada Yang Berbahagia Encik Husin Bin
Abdullah atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
[UCAPAN PERASMIAN]

Buah langsat di tepi busut,


Mari dimuat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
Tibalah masa yang dinanti-nantikan.
Majlis dengan segala sukacita dan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia
Sebarudin Bin Madun, untuk menyampaikan ucapan.
Dengan penuh hormat dan takzim, majlis mempersilakan.
(Ucapan Perasmian)
Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia tuan atas ucapan perasmian yang
disampaikan tadi.
[PERSEMBAHAN PELAJAR]
Sekarang marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan nasyid dari kumpulan
Hijrah dengan lagunya yang bertajuk ya Rsulullah
Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan nasyid Hijrah atas persembahan itu tadi.
(CERAMAH DAN TAYANGAN VIDEO]

Seterusnya marilah kita sama-sama mendengar ceramah dan tayangan video yang akan
disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Huszarudin Bin Hussin, majlis dengan segala hormat
mempersilakan.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Ustaz Huszarudin
Bin Hussin atas ceramah dan tayangan video itu sebentar tadi.
[PERSEMBAHAN PELAJAR]
Majlis sekali lagi dihiburkan dengan persembahan syair oleh adik Razamli bin Sardi
daripada kelas tahun 6. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada adik Razamli Bin Sardi atas persembahan
sebentar tadi.
Majlis sekali lagi dihiburkan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan mawar
merah yang akan menyampaikan lagu bertajuk bila Allah beri rezeki majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan nasyid mawar merah atas
persembahan sebentar tadi.
[PENYAMPAIAN CENDERAHATI]

Bila memandang ke muka laut,


Nampak sampan mudik ke hulu;
Bila terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu
Sebagai penghargaan kehadiran tetamu kehormat ke majlis perasmian pada pagi yang
mulia ini, pihak majlis mempersilakan Yang Berbahagia Encik Husin Bin Abdullah
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru, untuk menyampaikan cenderahati
sebagai tanda rasa terima kasih kepada perasmi
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan:
Yang Diraikan Encik Sebarudin Bin Madun untuk menerima cerderahati.
Terima kasih Yang Berbahagia tuan guru besar

Ceramah I
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian....
Majlis ------------------------- kita pada hari ini akan dimulakan dengan ceramah yang pertama yang
akan disampaikan oleh penceramah kita yang disegani iaitu
..
Tanpa membuang masa lagi majlis dengan segala hormatnya mempersilakan penceramah kita untuk
menyampaikan
ceramahnya yang bertajuk
Dipersilakan.
Sungguh merdu suaramu ustaz
Kata-katamu manis berunsur nasihat
Terima kasih atas setiap amanat
Semoga ia mendapat berkat
Minum pagi
Sungguh indah bunga kemboja
Di bawah atap tepi halaman
Juadah sudah terhidang di atas meja
Sudilah santap peserta sekalian
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian
Majlis berehat seketika untuk kita menikmati minuman pagi dan akan disambung semula pada jam
10.30 pagi
Ceramah II
Ceramah satu sudah berlalu
. menyusul pula
Majlis dengan hormatnaya mempersilakan...................................
Terima kasih diucapkan kepada
. diatas
taklimat yang disampaikan sebentar tadi. Semoga para peserta dapat iktibar dan pengajaran dari
ceramah itu tadi.
Penyampaian Cenderahati
Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan hormatnya menjemput
untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yg Berbahagia ....................
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Cenderahati diberikan
Pohon berangan tempat bertemu
Girangnya rasa si anak dara
Baliklah hadirin membawa ilmu
Binalah bangsa bangunkan negara
Bunga dedap di atas para

Anak dusun pasang pelita


Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta
Para hadirin sekalian
Selesailah sudah majlis kita pada hari ini. Oleh itu pihak majlis menjemput tetamu khas &
jemputan serta para peserta untuk menikmati jamuan tengahari yang telah disediakan.
Sekian, wabillahitaupik walhidayah wassalamualaikum warahmayullahiwabarokatuh.

You might also like