You are on page 1of 1

1.

Guru menunjukkan bahan yang digunakan untuk menjalankan eksperimen (suratkhabar,


kad manila, tisu, beg plastik ) di hadapan murid satu demi satu.
2. Murid diminta menjawab sama ada bahan yang ditunjukkan boleh menyerap air atau
tidak.
3. Guru mengemukakan persoalan : Bahan apakah yang paling cepat menyerap air dan
bahan apakah yang paling lambat menyerap air?
4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan hasil pembelajaran pada hari ini.
Langkah 1:
1. Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan bagaimana untuk menguji kadar
penyerapan setiap bahan yang ditunjukkan tadi. Murid dibenarkan mencari rujukan
daripada buku.
2. Selepas 5 minit, salah satu wakil kumpulan diminta menjelaskan langkah-langkah
eksperimen serta pembolehubah yang dibincangkan tadi.
3. Selepas penjelasan wakil kumpulan, guru meminta wakil kumpulan lain yang mempunyai
langkah eksperimen yang berlainan daripada kumpulan sebelumnya menjelaskan
langkah eksperimen mereka.
4. Guru membimbing semua murid untuk memilih salah satu langkah eksperimen yang
paling sesuai digunakan serta mengulangi langkah-langkah eksperimen tersebut secara
lisan.

You might also like