You are on page 1of 1

2. Mengelas.

Menggunakan pemerhatian untuk mengasing atau mengumpul objek atau fenomena


berdasarkan ciri yang sama. Dibuat berdasarkan ciri yang dapat diperhatikan dan penggunaan
diktomi semasa menyisih objek-objek ke dalam kategori tertentu. Satu objek hanya boleh
dikelaskan di bawah satu kategori, iaitu kriteria yang digunakan dapat membezakan objekobjek yang dikelaskan. Kriteria yang berlainan boleh digunakan untuk mengelas set objek
yang sama untuk menghasilkan pengelasan yang berlainan. Antara petunjuk dalam kemahiran
mengelas ini ialah seperti mengenal pasti ciri umum sekumpulan item, memberi nama kepada
kumpulan item itu Kenal pasti ciri lain, memasukkan item berciri sama ke dalam kumpulan
yang lebih kecil, ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatu
kumpulan.

You might also like