You are on page 1of 23

Apakah Itu Dadah?

Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:- Mempunyai kesan paling ketara atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang).
- Digunakan bukan tujuan perubatan dan penggunaanya adlah dilarang.
- Diperolehi secara haram.
- Mengakibatkan pergantungan fizikal dan psikologikal dan peningkatan daya tahan terhadap
dadah.
- Mendatangkan kesan-kesan buruk ke atas kesihatan dan fungsi sosial.
James Scarzelli (1983) - Dadah ialah apa jua bahan kimia psikoaktif semada asli atau
tiruan apabila dimasukkan ke dalam badan akan mengubah fungsi struktur badan
manusia di mana penyalahgunaan menyebabkan seseorang sentiasa bergantung kepada
bahan itu.
Apakah Yang Dikatakan Penyalahgunaan Dadah?
Seseorang dikatakan menyalahgunakan dadah apabila dia menggunakannya tanpa nasihat dan
arahan doktor.
Jenis-Jenis Dadah
Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:Candu (Opium)
Candu adalah narkotik yang diperolehi dari poppy. Bahan ini digunakan dalam perubatan
untuk menidurkan atau untuk melegakan kesakitan tetapi mempunyai potensi yang tinggi
untuk menyebabkan ketagihan. Dadah yang boleh diperolehi dari candu adalah morfin dan
heroin.
Ganja (Cannabis)
Ganja adalah istilah umum yang digunakan untuk semua bentuk dadah yang diperolehi dari
pokok Genus Cannabis. Ganja juga dikenali sebagai marijuana, grass, pot dan weed, bhang,
tokrouri dan dagga. Pokok ini ditanam di kawasan-kawasan beriklim panas di Asia, Mexico,
Afrika dan Timur Tengah.
Depresen
Bahan depresen memainkan peranan yang penting dalam bidang perubatan.
Walaubagaimanapun, ia digolongkan sebagai dadah apabila disalahgunakan. Bahan-bahan ini
dikelaskan seperti Sedatif-hipnotik dan Tranqulizer.
Simulant
Simualant merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsangkan aktiviti sistem saraf pusat
secara keseluruhan. Terdapat dua jenis simulant iaitu jenis amphetamine dan kokain.
Halusinogen

Ia adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria (sensory perception).
Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga amat susah untuk
membezekan yang benar dan yang tidak.
Dadah Perangsang
Apakah Itu dadah Perangsang Jenis Amphetamine?
Dadah ini bertindak ke atas otak dan merangsang aktiviti fizikal. Kesan Amphetamine Type
Of Simulant (ATS) pada amnya serupa dengan kesan Amphetamine yang menyebabkan
kerosakan kepada sistem degupan jantung, pernafasan, kesihatan dan kulit.
Amphetamine Type Of Simulant (ATS) merupakan dadah sintetik dan kebanyakan dihasilkan
oleh kilang-kilang haram. Kandungan ATS dalam seuatu keluaran adalah berbeza-beza dan
tercemar dengan bahan yang memudaratkan. Terdapat 14 jenis ATS yang disenaraikan sebagai
dadah berbahaya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tanda-Tanda Penggunaan Amphetamine Type Of Simulant (ATS):Bercakap berlebihan, bertindak balas kepada muzik yang kuat dengan menggoyangkan
kepala, badan, kelihatan resah/cemas, panas baran, kerap minum air kerana suhu badan panas
dan berpeluh.
ATS Yang Sering Disalahgunakan:1. 3-4 Methylenedioxymethamphetamine (Ecstasy, MDMA)
2. Methamphetamine (Syabu/Ice)
3. Amphetamine
Akibat Penyalahgunaan Amphetamine Type Of Simulant (ATS)
ATS menyebabkan seseorang tidak boleh tidur, kegelisahan dan mengalami tekanan perasaan
yang teruk dan bertindak ganas. Keadaan gila, paramonia juga boleh dialami oelh pengguna
ATS pada dos yang tinggi, pengguna juga berhadapan risiko maut.

AMPHETAMINE TYPE OF SIMULANT (ATS) ADALAH DADAH BERBAHAYA DI


BAWAH AKTA DADAH BERBAHAYA 1952
Pemilikan ATS boleh dikenakan hukuman sehingga RM100,000.00 atau penjara sehingga 5
tahun atau kedua-duanya sekali.
Pemilikan 5-30gm ATS - Penjara 2-5 tahun dan 3-9 sebatan.
Pemilikan melebihi 30gm ATS - Penjara 5 tahun hingga seumur hidup dan sebatan tidak
kurang dari 10 sebatan.
Pemilikan melebihi 50gm - Dianggap mengedar dadah berbahaya dan hukuman mati
madatori.
Maklumat dari:Cawangan Hal Ehwal Awam IPK Melaka
APA ITU ECSTASY?

Dadah perangsang jenis amfetamina (Amphetamine-Type Stimulants (ATS)).


Nama kimianya adalah 3, 4 - Methylenedioxymethamphetamine atau MDMA.
Seperti dadah lain yang diharamkan, tiada kawalan terhadap pengeluarannya seperti
ketulenan dan kebersihan sewaktu proses pengeluaran secara haram dilakukan.
Pencemaran kerap terjadi sewaktu proses pengeluaran secara haram melalui
pencampuran bahan mentah yang rendah mutunya.

Ini menyebabkan dadah tersebut mengandungi kekuatan MDMA yang pelbagai yang
boleh meningkatkan risiko penyalahguna dadah ini mengambil dos yang berlebihan,
mengalami keracunan atau reaksi yang buruk.
NAMA-NAMA LAIN
Ecstasy dikenali dengan pelbagai nama bergantung pada bentuk.
Love drug
Yuppie drug
Dance drug
Pink Lady
Playboy
Nama-nama ini seringkali bertukar.
Kesan Penggunaan Ecstasy
Kesan buruk:
Peningkatan kadar degupan jantung, suhu badan dan peningkatan tekanan darah.
Kancing gigi, mulut kering, muntah, hilang selera makan, kekejangan otot, berpeluh,
rasa panas dan sejuk, dahaga, masalah kencing, pening, risau, takut, cemas dan sukar
untuk tidur.
Kaum lelaki boleh mengalami masalah mati pucuk.

Rasa terancam dan tidak yakin terutamanya apabila berhadapan dengan orang yang
tidak dikenali.

Kesan Ecstasy selalunya bermula dalam tempoh 20 minit selepas pengambilan dan boleh
berlanjutan sehingga 6 jam. Ada penyalahguna dadah ini dilaporkan mengalami kesan dadah
ini sehingga 32 jam selepas diambil.
Kesan pengambilan Ecstasy selalunya melalui 3 fasa:
Peringkat permulaan:
penyalahguna berasa khayal
Peringkat pertengahan:
penyalahguna berasa gembira, seronok dan tenang
Peringkat akhir:
penyalahguna berasa letih, tertekan, murung, gementar, hilang tumpuan, sukar tidur
dan berasa tidak selamat.
Dengan pengunaan yang kerap dan berulang, penyalahguna dadah akan mengalami
kesan yang sama dan seterusnya menyebabkan kekeliruan.
Penyalahguna dadah ini yang mengalami masalah tekanan darah tinggi, penyakit jantung ,
diabetes, masalah hati, sawan, bermasalah mental atau cemas akan mengalami risiko
kemudaratan yang lebih tinggi dari segi fizikal dan psikologikal kesan daripada
mengambil dadah Ecstasy.
Kesan Pengambilan Dos Yang Tinggi
Pengambilan dos yang tinggi tidak akan meningkatkan kesan yang menyeronokkan tetapi
sebaliknya menyebabkan kesan buruk seperti:
Muntah
Perasaan melayang / terapung
Bertingkahlaku ganjil
Paranoia (rasa takut yang tidak munasabah)
Tertekan
Halusinasi (khayal)
Sawan
Masalah pernafasan
Masalah Jantung

Tanda - tanda Penagihan Dadah


Simptom atau tanda yang perlu diberi perhatian. Setengah dari simptom ini boleh berdiri
berasingan dan setengahnya pula berkombinasi dengan simptom simptom yang lain.
Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di
sekolah/tempat kerja.
Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di
sekolah/tempat kerja.
Marah marah atau meradang tak tentu sebab.
Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya.
Hilang selera makan atau selera bertambah.
Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair dan kuyu.

Apabila bercakap tidak bertentang mata.


Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka menjadi pucat.
Parut atau bekas suntikan di lengan.
Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi.
Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan.
Selalu menggaru terutamanya dibahagian hidung dan kelakuan aneh.
Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong, masuk di dalam semak dan
tempat dimana tiada orang.
Tidak mahu makan bersama sama keluarga dan suka makan di tengah malam
berseorangan.

- Sekiranya anda melihat perubahan-perubahan yang tiba-tiba ini kepada perangai ahli
keluarga atau teman anda yang dikasihi. Perubahan perubahan ini selalunya mempunyai
hubungan dengan penggunaan dadah. Hubungi doktor anda atau pegawai pemulihan dadah
untuk mendapatkan kepastian. Jangan sesekali membuat diagnosa anda sendiri!
(Sumber : PEMADAM)

Senario Dadah Serantau

Menurut lapuran dari "The International Narcotics Control Board (INCB) ", senario dadah
jenis ATS di rantau Asia ialah seperti berikut:

China dan Myanmar telah di kenalpasti sebagai pengeluar bahan-bahan


Amphatemine-type stimulants (ATS) dan methylamphetamine.

Meningkatnya penyeludupan bahan-bahan bagi menghasilkan heroin dan


methylamphetamine seperti acetic, anhydride, ephedrine dan pseudoephedrine ke
kawasan "Segi Tiga Emas" melalui sempadan bersama China.

Meningkatnya rampasan dadah methylamphetamine di Hong Kong yang di


maksudkan untuk negara Jepun dan Filipina.

Di Thailand, sejak tahun 1998 telah menyaksikan peningkatan penyalahgunaan dadah


ATS terutama sekali di kalangan genarasi muda.

Sebab sebab Syabu menjadi pilihan masakini


Persoalan mengapa dadah syabu telah menjadi pilihan penagih-penagih adalah sukar untuk
mencari satu jawapan yang tepat dan jelas. Bagaimanapun berbagai fakta yang dipercayai
boleh memberikan kesan kepada situasi ini, antara lainnya termasuklah: Menurut kajian Dr. Diana P.P. Chong dan Dr. Thomas B. Smith ( UBD ) keatas
penuntut pada tahun 1998, penuntut-penuntut mempunyai high degree of accessibility
of drugs. Keadaan ini menggambarkan dadah boleh didapati di mana-mana termasuk
di dalam kawasan sekolah, apatah lagi di tempat awam. Ruang yang terbuka ini telah
diambil kesempatan oleh pengedar-pengedar untuk menjual dadah syabu kepada
penagih-penagih dan sukar untuk dikawal oleh pihak yang berkuasa.

Kemasukan dadah syabu ke negara ini kian meningkat sepertimana yang dinyatakan
oleh statistik rampasan sejak tahun 1996. Dadah jenis lain seperti codeine dan pil-pil
psaikotropik menjadi berkurangan. Keadaan ini secara tidak langsung menggambarkan
dadah syabu telah mengambil aleh tempat dadah-dadah ini di kalangan penagihpenagih dadah. Populariti dadah syabu adalah satu phenomena yang sukar untuk
difahami. Bagaimanapun, kelebihan yang tersendiri pada dadah ini setentunya telah
dapat memikat hati pengguna-pengguna dadah di negara ini.

Berbanding dengan dadah lain, syabu mudah diseludup masuk kerana sais nya yang kecil
mudah disembunyikan. Permintaan yang banyak pada peringkat ini, menyebabkan harga

syabu melambung tinggi yang mana menggalakan penyeludup membawa masuk bagi
mendapatkan keuntungan yang lumayan.
Aspek ekonomi di dalam perdagangan dadah memainkan peranan yang sangat penting
yang mana dapat mempengaruhi situasi dadah setempat.
Penggunaan dadah syabu adalah dengan cara membakar ketulan untuk mengeluarkan
asap yang nanti akan dihidu. Cara begini nampaknya mudah saja dan bersih. Faktor
ini juga tidak dapat diketepikan kerana teknik penggunaan dadah yang mudah dan
cepat boleh mempengaruhi cita rasa seseorang individu penagih.
Di segi psikologi, penggunaan dadah syabu dipercayai dapat memberikan satu kesan
rangsangan dan khayalan yang lama kepada penagih. Kajian klinikal diluar negara mendapati
bahawa bahan-bahan "methylamphetamine" boleh menyebabkan seseorang berperasaan lebih
gigih dalam aktibiti yang dilakukan nya. Jika penagih memakan satu jumlah yang banyak,
maka ianya boleh menghilangkan rasa mengantuk.

10 fakta-fakta asas tentang HIV dan AIDS

Adalah hak anda untuk mengetahui


1. AIDS disebabkan oleh HIV.
AIDS disebabkan oleh HIV, iaitu virus human immunodeficiency, yang merosakkan sistem
pertahanan badan. Mereka yang mempunyai AIDS akan menjadi lemah disebabkan oleh
badan mereka telah hilang keupayaan untuk menentang semua jenis penyakit. Mereka
akhirnya akan meninggal dunia. Tiada penawar bagi HIV.
2. Bermulanya AIDS boleh mengambil masa sehingga sepuluh tahun.
Bermulanya AIDS boleh mengambil masa sehingga sepuluh tahun daripada jangkitan pertama
virus HIV. Oleh itu seseorang yang telah dijangkiti HIV mungkin akan kelihatan dan rasa
sihat untuk beberapa tahun, tetapi dia masih boleh menjangkiti orang lain dengan virus
tersebut. Ubat-ubatan yang terbaru boleh membantu seseorang itu kekal hidup dengan sihat
untuk jangkamasa yang lebih lama, tetapi dia masih mempunyai HIV dan masih boleh
menjangkiti orang lain.
3. HIV dipindahkan melalui cecair badan yang telah dijangkiti HIV.
HIV dipindahkan melalui pertukaran mana-mana cecair badan yang telah dijangkiti oleh HIV.
Jangkitan boleh berlaku pada mana-mana peringkat jangkitan/penyakit. Virus HIV boleh
didapati pada cecair-cecair berikut: darah, air mani (dan cecair sebelum ejakulasi), cecair
faraj, dan susu ibu.
4. HIV selalunya dijangkiti melalui hubungan seks.
HIV selalunya dijangkiti melalui seks dengan pasangan yang positif HIV. Ini disebabkan oleh
cecair yang bercampur dan virus boleh bertukar, terutama sekali apabila terdapat luka pada
tisu-tisu faraj, kecederaan atau jangkitan-jangkitan yang didapati melalui seks (STI). Budak
perempuan adalah lebih terdedah kepada jangkitan HIV kerana selaput membran faraj mereka
lebih nipis dan lebih senang untuk dijangkiti dibandingkan dengan wanita-wanita dewasa.
5. Mereka yang mempunyai jangkitan-jangkitan yang didapati melalui seks (STI) mempunyai
risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan HIV.
Mereka yang mempunyai STI adalah berisiko tinggi untuk dijangkiti HIV dan menjangkiti
orang lain. Mereka yang mempunyai STI patut mendapatkan rawatan secepat yang mungkin
dan mengelakkan hubungan seks atau mengamalkan seks selamat (seks tanpa penembusan
atau seks menggunakan kondom), dan memberitahu pasangan-pasangan mereka.
6. Risiko terhadap jangkitan HIV melalui seks boleh dikurangkan.
Risiko terhadap jangkitan HIV melalui seks boleh dikurangkan sekiranya mereka tidak
melakukan seks, sekiranya pasangan mereka yang tidak dijangkiti hanya melakukan seks
dengan satu sama lain sahaja dengan cara seks selamat seks tanpa penembusan atau
menggunakan kondom. Hanya ada satu cara sahaja untuk memastikan pencegahan HIV
melalui seks ialah dengan tidak melakukan seks langsung.
7. Mereka yang menyuntik diri sendiri dengan dadah mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti
dengan HIV.
HIV juga boleh dijangkiti apabila kulit tercedera atau dicucuk menggunakan jarum yang tidak
steril picagari, pisau lipat, pisau atau lain-lain alat. Mereka yang menyuntik diri sendiri
dengan dadah atau melakukan seks dengan pengguna-pengguna dadah adalah berisiko tinggi
untuk mendapat jangkitan HIV. Lebih-lebih lagi, penggunaan dadah mengganggu pemikiran

seseorang itu dan boleh membawa kepada kelakuan seksual yang berisiko, seperti tidak
menggunakan kondom.
8. Hubungi pegawai kesihatan atau pusat HIV/AIDS untuk mendapatkan kaunseling dan
ujian.
Sesiapa yang mensyaki yang mereka mungkin telah dijangkiti HIV patut menghubungi
pegawai kesihatan atau pusat HIV/AIDS untuk mendapatkan kaunseling dan ujian secara
sulit. Ia adalah hak anda. (Artikel 24 daripda Konvensyen Hak-hak Asasi Kanak-kanak).
9. HIV tidak boleh dijangkiti melalui sentuhan.
HIV tidak boleh dijangkiti melalui: pelukan, berjabat tangan; hubungan yang biasa setiap hari;
menggunakan kolam renang, tempat duduk tandas; berkongsi kain alas katil, peralatan
makanan, makanan; nyamuk dan lain-lain gigitan serangga; batuk, bersin.
10. Semua orang berhak untuk mendapatkan belas kasihan dan sokongan.
Mendiskriminasi terhadap mereka yang telah dijangkiti HIV atau sesiapa sahaja yang
difikirkan mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan telah melanggar hak-hak kemanusiaan
dan juga membahayakan kesihatan umum. Semua orang yang dijangkiti dengan atau
menghadapi kesan HIV dan AIDS berhak mendapatkan belas kasihan dan sokongan (Artikel 2
daripada Konvensyen Hak-hak Asasi Kanak-kanak).
(Sumber : UNICEF Malaysia )

Tips pencegahan dadah


Rakan Sebaya
-

Untuk mengelakkan terjebak dengan dadah, anda dinasihati agar memilih teman
pergaulan dan juga rakan sebaya yang betul agar masalah penagihan ini tidak
berjangkit ke dalam diri anda sendiri. untuk pengetahuan, kebanyakkan penagih
menagih dadah berpunca daripada dorongan rakan sebaya yang mempengaruhi
mereka. Tambahan pula, dengan isu semasa yang melanda kini, masyarakat semakin
terdedah kepada pelbagai masalah disebabkan isu globalisasi. oleh itu sebagai guru
bitara, kita perlulah menjadi pemangkin kepada generasi akan datang agar lebih
berdaya saing.

TANDA-TANDA DAN GEJALA AIDS


Susut berat badan melebihi 10% tanpa sebab tertentu.

Cirit-birit berlarutan.
Demam yang berpanjangan.
Batuk-batuk yang berterusan.
Penyakit kandisiasis di bahagian mulut.
Barah kulit (Kaposi's Sarcoma).
Penyakit herpis simplex(sejenis kayap) merebak dan berulangan.
Jangkitan Paru- Paru (Pneomocystitis carinii pneumonia). Sejenis
protoaza boleh menyebabkan kematian 10-30%
pesakit jika tidak dirawat.
CARA-CARA AIDS MEREBAK
Virus HIV boleh didapati di dalam darah, air mani dan cairan faraj. Virus ini juga terdapat dalam tisu badan,
organ, bendalir dalam tulang belakang dan otak. HIV juga dapat dikesan dalam kadar yang sedikit di dalam air
mata, air liur, air kencing dan susu badan.
Virus HIV boleh dipindahkan melalui:-

1. Hubungan seks dengan seseorang yang telah dijangkiti HIV seperti dengan pelacur
atau dengan berbilang pasangan yang tidak diketahui status kesihatan mereka.
2. Menerima darah yang telah dicemari atau hasilan darah daripada orang yang
telah dijangkiti HIV seperti semasa pemindahan darah, pada jarum suntikan atau pada
alat-alat penembus kulit seperti bertindik telinga, tato, pisau cukur dan berkhatan.
3. Melalui ibu yang telah dijangkiti kepada bayinya sebelum, semasa atau
selepas bersalin
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Jangan lakukan hubungan seks luar nikah atau dengan orang yang tidak dikenali dan
anda tidak mengetahui status kesihatannya.
Bersifat setia terhadap pasangan.
Gunakan kondom dengan cara yang betul untuk suami yang telah dijangkiti HIV.
Jangan menggunakan jarum suntikan yang telah dicemari.
Amalkan cara hidup yang sihat.

Seseorang itu tidak dijangkiti HIV melalui;

Berpegang tangan dan bersalaman.


Berkongsi kemudahan awam misalnya telefon.

Berkongsi menggunakan cawan, gelas dan sudu.

Melalui makanan atau minuman.

Ciuman/pelukan.

Gigitan serangga seperti nyamuk dan kutu.

Pergaulan di sekolah atau di tempat kerja.

Berkongsi buku (sekolah).

Berkongsi menggunakan bilik mandi dan tandas

Fakta-Fakta Menarik Tentang Dadah dan Methadone di Malaysia

Di bawah adalah fakta-fakta yang menarik tentang penyalahgunaan


dadah di Malaysia dan Methadone:

Terdapat perubahan dalam paten penyalahgunaan dadah di Malaysia yang ketara


kebelakangan ini.
Terdapat 300, 000-00 jumlah penagih yang berdaftar tetapi jumlah sebenar mungkin
menghampiri 1.2 juta orang.
1 orang bagi setiap 25 orang Malaysia adalah penagih dadah bersamaan dengan 4%
rakyat Malaysia, berbanding 1 nisbah 30000 atau 0.03% rakyat Amerika Syarikat!
91% penagih mempunyai pendapatan tetap dan sebahagian mereka mempunyai
pendapatan yang lumayan didalam industri hiburan dan pemakanan.
Remaja di antara 13 hingga 15 tahun mula mencuba dadah kali pertama.
71% penagih adalah berumur di antara 19-39 tahun.
Penagih tegar membelanjakan RM100-00 sehari, purata yang lain membelanjakan
RM30-00 sehari dan jumlah perbelanjaan mereka bersamaan dengan RM1 bilion
setahun!!
40% daripada penagih adalah peragut, pencuri dan penjenayah kecil-kecilan.
Heroin dan amphetamine adalah paling popular.

(sumber maklumat daripada Lee Lam Thye, Malaysian Crime Prevention Foundation:
2/10/2007)
Kajian Methadone di Scottish 2006 pula seperti berikut:

20, 000-00 penagih menerima 1/2 juta methadone pada harga 12 juta pound.
695 penagih yang menggunakan methadone semenjak 2001 menunjukkan 97%
kegagalan.
30% tahap kejayaan selepas 3 tahun menerima perkhidmatan 'Residential
Rehabilitation' (berbanding rawatan methadone)
Kaedah rawatan methadone boleh dianggap sebagai kejayaan yang sangat tipis, lebih
baik daripada tidak membuat apa-apa

(sumber maklumat daripada Neil McKeganey, Glassgow Centre for Drug Research 2006)
Kajian di Amerika Syarikat pula seperti berikut:

1200 kemudahan pusat rawatan dengan 200, 000-00 pesakit menggunakan methadone
10, 000-00 orang terpaksa dirawat dibilik kecemasan selepas penyalahgunaan
methadone pada tahun 2001

(sumber: Drug Abuse Treatment Outcome Studies, DATOS 2007)

TUMBUHAN NARKOTIK DAN DADAH YANG TERHASIL DARIPADANYA


PENDAHULUAN
Tumbuhan narkotik adalah tumbuh-tumbuhan yang dapat menghasilkan
dadah daripada bahagian-bahagian tumbuhan tersebut.Manakala dadah
pula adalah sebarang bahan kimia, selain daripada makanan yang
menyerap ke dalam tubuh seseorang yang mengakibatkan mereka hilang
pertimbangan, membuatkan mereka khayal, memberikan ketenangan dan
lain-lain simptom.Tumbuh-tumbuhan narkotik yang menghasilkan dadah
adalah tumbuhan seperti opium, cannabis, dan koka. Malah dadah sintetik
juga mengambil rantaian kimia dari dadah yang diperolehi daripada
tumbuh-tumbuhan narkotik. Dadah yang pada mulanya digunakan sebagai
ubat untuk mengubati penyakit tetapi akhirnya disalahgunakan oleh
masyarakat dunia. Namun begitu kepentingan tumbuhan-tumbuhan
narkotik dalam penghasilan dadah tidak dapat dipertikaikan. Walaupun
terdapat banyak dadah sintetik dihasilkan tetapi dadah asli masih
dihasilkan melalui tumbuh-tumbuhan narkotik.
TUMBUHAN NARKOTIK PERTAMA YANG DIKAJI:
( A ) OPIUM
Opium merupakan salah satu tumbuhan narkotik, opium merupakan
contoh terbaik, dimana dadah dapat dihasilkan daripada semua bahagian
tumbuhan itu. Dan pelbagai jenis dadah dapat dihasilkan melalui
tumbuhan opium. Opium adalah dari famili Papaveraceace dan nama
saintifiknya ialah Papaveraceace somniferum, rujuk gambarajah 1.
Kegunaan tumbuhan narkotik ini telah pun diketahui oleh orang Sumeria
purba yang hidup sekitar 4000 tahun SM dahulu. Opium digunakan sebagai
bahan yang menimbulkan kegembiraan pada masa dahulu. Dalam dokumen
Papyrus Ebers juga terdapat catatan mengenai opium. Opium dikenali
sebagai sari buah pada zaman Yunani.

Opium tumbuh dikawasan cuaca panas dan membesar dalam jangka masa
yang panjang. Kawasan penanaman opium tertumpu dikawasan Asia
Tenggara-Segi Tiga Emas dan di Timur Tengah. Selain itu penanaman opium
juga terdapat di India, Pakistan, Afghanistan dan Turki untuk kegunaan
sendiri dan untuk penyeludupan serta untuk perubatan.
Pada masa dahulu cara penuaian opium untuk dijadikan dadah ialah
dengan mengoreskan kulit biji opium yang telah masak, susu getah yang
mengalir dari pengurisan itu dibiarkan untuk menjadi gam opium. Dalam
keadaan ini opium dikenali sebagai opium mentah. Dadah daripada
tumbuhan narkotik ini boleh dijadikan sebagai rokok, dimakan atau dihidu.
Pada masa kini dadah opium dijadikan sebagai satu industri. Cara
pemprosesan moden ialah dengan mengolahkan jeraminya secara besarbesaran. Setelah jerami opium yang matang dikeringkan, alkaloid diambil
dan dijadikan samada cecair, serbuk atau pepejal. Opium boleh didapati
dipasaran dalam bentuk serbuk berwarna perang dengan bau yang
berlainan.
Terdapat 25 jenis alkaloid yang dapat diperolehi daripada opium mentah.
Akan tetapi hanya ada 2 golongan alkaloid iaitu yang pertama amat kuat
mempengaruhi pusat saraf pengguna, ia dapat menghilangkan rasa ngeri
dan berfungsi sebagai ubat batuk. Dan kedua pula tidaklah sekuat seperti
yang pertama.
DADAH YANG TERHASIL DARIPADA TUMBUHAN NARKOTIK: OPIUM
( a ) CANDU
Candu merupakan salahsatu dadah yang diperbuat daripada tumbuhan
narkotik opium. Opium mentah merupakan bahan utama untuk membuat
dadah candu.Candu mempunyai sejarahnya yang tersendiri, ia digunakan
untuk mengeksploitasikan kekayaan China oleh pihak British pada masa
dahulu sehingga ia membawa kepada Perang Candu. Bukan setakat itu
sahaja akibat kedatangan candu,candu mula menjadi satu bahan ketagihan
di China dan ia mula dibudayakan oleh orang-orang Asia pula.
Candu dihasilkan daripada bunga tumbuhan narkotik opium, apabila petal
bunga opium jatuh pada bulan Jun atau Julai biji opium yang tidak matang
mula muncul, ia disebut kapsul, kapsul ini dikeringkan dan dijadikan
candu. Candu mempunyai campuran 20 alkaloid, air, gula, gam dan susu.
Candu yang dikeringkan mempunyai 30% kandungan alkaloid. Candu yang
dikeringkan itu dikumpulkan dan ditekan sehingga menjadi kek atau

bebola. Daripada 10kg candu yang dikumpulkan dan dikering itu boleh
diperoleh satu gumpalan getah yang berwarna kuning atau coklat.
Penghasilan candu dilakukan secara manual dan memerlukan tenaga
pekerja yang banyak. Dalam seekar tanah sekurang-kurangnya 20 ribu
batang pokok opium dapat ditanam dan 10kg candu dapat dikumpulkan.
Candu terdapat di India dan Pakistan, dalam setahun negara-negara ini
dapat menghasilkan 100 metrik tan bagi kegunaan mereka.Manakala di
Afghanistan, 100 metrik tan dihasilkan dalam setahun, candu-candu ini
diseludup ke Timur Tenggah. Selain itu candu juga dihasilkan di Turki.
Turki menjadi pembekal utama candu yang sah disisi undang-undang Turki
mengeksport ke negara-negara barat terutamanya ke Amerika Syarikat, di
candu digunakan bagi tujuan perubatan. Turki menghasilkan 60-100 metrik
tan setahun.Mexico juga menghasilkan candu iaitu sebanyak 10 metrik tan
setahun. Akan tetapi pengeluran terbesar candu adalah di Segi Tiga Emas
iaitu Burma,Laos dan Kambodia. Jumlah pengeluaran dan tempat
penghasilan utama tidak ketahui. Dianggarkan 250-500 metrik tan setahun
dihasilkan di negera-negera tersebut.Dan candu-candu ini diseludup keluar
ke seluruh dunia negara melalui Malaysia dan Singapura.
Dianggarkan penghasilan candu di dunia adalah 1000 metrik tan setahun,
dimana 250 metrik tan adalah untuk kegunaan perubatan.
( b ) MORFIN
Morfin juga salah sejenis dadah yang terhasil daripada tumbuhan narkotik
opium. Opium yang dijadikan gam ditapis untuk dijadikan morfin dengan
menggunakan asid hidroklorik. Morfin adalah alkaloid utama opium dengan
rumus kimia C17 H19 NO3 , ia mempunyai kadar alkaloid sebanyak 10%.
Morfin merupakan ubat penghilang rasa takut, ia digunakan dalam ubat
batuk, ia boleh menyebabkan euforia dan menghilangkan rasa kecemasan.
Penjualannya dalam bentuk pil berwarna putih atau cairan untuk
disuntikkan dan juga dalam bentuk serbuk untuk dihisap. Rasanya pahit,
tidak berbau dan warnanya akan semakin lama semakin kurang putih.
Dos morfin sebanyak 5-15mg boleh menghilangkan rasa takut atau cemas,
dos sekitar 15-45mg boleh menyebabkan khayalan manakala dos sebanyak
5mg sehari boleh menyebabkan ketagihan kepada morfin. Sebanyak 4-21%
morfin dihasilkan daripada tumbuhan opium.
( c ) KODEIN

Kodein adalah juga dadah alkaloid daripada tumbuhan narkotik opium. Ia


diperoleh daripada 0.7-2.5% dari opium mentah. Formula kimianya ialah
C12 H21 O3 NH2 O. Dewasa ini, kodein dibuat dari morfin. Ia digunakan untuk
menghilangkan rasa takut. Kodein dijual dalam bentuk pil atau
dicampurkan dengan aspirin.Ada juga kodein yang dibuat dalam bentuk
cecair untuk disuntik bagi menghilangkan rasa takut.
( d ) TEBAIN
Tebain juga adalah dadah daripada tumbuhan narkotik opium. Tebain
adalah dadah jenis narkotik alami yang mempunyai alkaloid sebanyak 1%.
Walaupun susunan kimianya sama dengan morfin dan kodein yang berasal
dari tumbuhan opium dan berasal dari famili yang sama iaitu Papaver tetapi
tebain adalah daripada spesies yang berlainan iaitu Papaver bratratum.
Zatnya lebih berpengaruh sebagai stimulan daripada depressan. Biasanya,
tebain menjadi bahan campuran dalam membuat ubat lain seperti kodien
hidrokarbon, oksikodan dan nalokson.
TUMBUHAN NARKOTIK YANG KEDUA YANG DIKAJI:
( B ) CANNABIS
Cannabis juga merupakan salah satu tumbuhan narkotik yang berasal dari
negara China.Cannabis banyak ditulis dalam buku-buku perubatan China
pada tahun 2737 SM. Cannabis digunakan mula digunakan sebagai ubat
untuk penyakit malaria dan ubat bius bagi penyakit histeria dan penyakitpenyakit lain seperti beri-beri, sembelih, penyakit lupa dan mengubati
pelbagai penyakit fisik mahupun psikis pada masa dahulu.
Tumbuhan Cannabis sativa ini tumbuh liar di kawasan berhawa sederhana
atau temperat, terutama di kawasan tropika dan kawasan-kawasan
pedalaman yang menjadi kawasan penanaman sayuran, rujuk gambarajah
2. Cannabis mencapai ketinggian 4m dan merupakan tumbuhan tahunan.
Ia dikenali kerana serat-serat batangnya yang kuat, bijinya enak jika
dicampurkan ke makanan, sup dan kanji dan boleh dijadikan sebagai
makanan haiwan, daunnya pula boleh dibuat sebagai ubat- ubatan,
minyaknya berguna untuk membuat cat, varnis dan sabun. Tambahan pula
pakaian dan kertas bolah dibuat daripada bahagian serat batangnya kerana
ia amat kuat. Daunnya mengandungi zat peransang, demikian juga
damarnya yang terdapat di bunga bahagian atas.
Tumbuhan narkotik ini yang diberi nama oleh Linnaeus sebagai Cannabis
sativa mempunyai 2 verietas iaitu var. americana dan var. indica.
Penanaman cannabis utama adalah di Segi Tiga Emas iaitu di Thailand,

Kambodia dan Myanmar, dan di Iran, Pakistan, Syria, Morocco, Peru,


Colombia, Bolivia, Jamaica, Mexico dan lain-lain negara lagi.
Pada tahun 1980, daripada satu kajian didapati tumbuhan narkotik ini
mempunyai 421 campuran sebatian. Dimana sekurang-kurangnya 61
adalah struktur kimia kanabinoid. Terdapat bahan-bahan yang aktif
terkandung dalam kanabinoida (canabinoid) atau resin. Kanabinoda yang
terpenting ialah tetrahidrokanabinol (THC), terutama delta 9
tetrahidrokanabinol. Disamping itu masih ada zat-zat lain seperti kanabinol,
kanabidiol, kanabigerol, kanabisiklol. THC dianggap sebagai zat yang dapat
menimbulkan kesan psikis. THC mempunyai khasiat menghilangkan rasa
mual dan muntah-muntah kepada orang yang menderita akibat kancer dan
yang sedang menjalani perubatan secara kemoterapis. Sifat THC yang
mempengaruhi mental manusia merupakan tarikan utama bagi cannabis.
Menurut kajian, dari 20% daripada satu masyarakat yang telah cuba
menggunakan menggunakan cannabis sekurang-kurangnya sekali dalam 12
bulan yang pertama, 5% daripada mereka akan menggunakan cannabis dua
kali seminggu atau lebih.
Hasilan dadah daripada cannabis seperti marijuana mempunyai 1-8% THC,
ganja dan cheres yang diperbuat daripada resin dan damar ("flowering tops")
mempunyai lebih THC iaitu 15%, dan Hashish oil, honey oil atau weed oil
pula mempunyai THC lebih daripada 60%. Kandungan THC semasa
pembakaran adalah amat tinggi iaitu 50% lebih daripada keadaan biasa
sebagai contoh semasa pembakaran rokok batang dan daun kering
cannabis.
DADAH YANG TERHASIL DARIPADA TUMBUHAN NARKOTIK : CANNABIS
( a ) MARIJUANA
Dadah utama yang terhasil daripada tumbuhan narkotik, Cannabis sativa
ialah marijuana atau bhang. Dalam bahasa Portugis "maringuango"
bermaksud zat pemabuk. Di Afrika ia disebut dagga atau kif, dan di Eropah
ia disebut ganja.Marihuana atau mariyuana adalah dalam sebutan
Amerika.. Marijuana diperolehi daripada daun atau batang yang kering
cannabis, ia mempunyai 1-8% THC. Tanaman cannabis yang mempunyai
tepung sari bunga betinanya belum dibuahi dapat menghasilkan 20% THC,
ia dikenali sebagai sisemille dalam bahasa Spanyol, sin semilla yang bererti
tanpa berbiji juga turut mempunyai kandungan THC yang tinggi.
Disebabkan marijuana terhasil melalui pengeringan batang, daun dan
bunga cannabis terdapat undang-undang yang melarang penggunaan dan
penanaman marijuana. Walau bagaimanapun kandungan alkaloidnya
adalah rendah jika marijuana diambil dengan dos yang rendah, jadi ada

usaha-usaha untuk menghalalkan marijuana. Ini kerana marijuana


dianggap halusinogen ringan sahaja, bukan narkotik, tidak membawa pada
penagihan dadah seperti heroin, menghilangkan ketegangan dan lebih
selamat daripada arak. Marijuana tidaklah sekuat hashisa dalam
menimbulkan pengaruh.
Menurut kajian yang dijalankan di San Mateo, California 55% pelajar yang
menggunakan marijuana sekurang-kurangnya sekali., 20% daripada
pelajara-pelajar tersebut akan menggunakan marijuana dua kali seminggu
atau lebih dalam seminggu. Menurutnya lagi 8% daripada pra universiti
juga mula menggunakan marijuana. Pada masa yang sama 53% masyarakat
biasa juga merokok menggunakan marijuana.
Jika marijuana digunakan tanpa kawalan ia boleh membawa pelbagai
penyakit kerana marijuana akan bertukar menjadi toksid. Contoh-contoh
penyakit akibat fenomena ini ialah marijuana bertukar menjadi toksid
dalam pernafasan bronkatis, penyekatan darah ke paru-paru, sakit jantung,
tekanan jiwa dan penyakit-penyakit gastrik yang lain.
Produk-produk marijuana mempunyai separuh hayat iaitu selama 7 hari. Ini
bermaksud selepas seminggu menggunakannya hanya 50% daripada
bahan-bahan marijuana dapat dihapuskan. Sesiapa yang menggunakan
marijuana lebih daripada sekali dalam seminggu tidak boleh menggelakkan
dadah lagi. Mereka akan menjadi ketagih dan dadah akan berkumpul di
tisu-tisu.
Dalam jangka masa yang pendek, bahan kimia yang terdapat dalam
marijuana iaitu kanabioids akan mengganggu sel-sel metabolisem, rantaian
DNA yang sebenar, RNA dan protein-protein. Menurut kajian para ahli sains
mendapati kanabinoids menurunkan penggabungan leucine kepada protein,
uridine kepada RNA dan thymidine kepada DNA seterusnya choline kepada
phospholipis, di otak dan sel-sel.Kajian ini menunjukkan betapa bahayanya
penggunaan marijuana. Oleh yang demikian marijuana yang terhasil
daripada tumbuhan narkotik ini boleh memberikan kebaikan mahupun
keburukkan jika disalahgunakan.
( b ) HASHIS
Hashis juga adalah salah satu jenis dadah daripada tumbuhan narkotik
cannabis. Hashis terhasil daripada bunga-bunga betina yang ada gumpalangumpalan damar, gumpulan damar ini dikumpulkan dan disebut sebagai
cheras di India atau hashish di timur tengah. 700 tan marijuana dapat
menghasilkan 450 kilo hashis dan minyak hashis.Kebanyakkan hashis
adalah dadah yang dibuat di timur tengah dari bahan cairan ganja yang

mengandungi banyak damar. Setelah damar dan bunga dikeringkan, hashis


mempunyai THC sebanyak 15%, hashis mempunyai THC yang paling tinggi
berbanding dengan dadah-dadah lain yang terhasil daripada tumbuhan
narkotik ini. Warna hashis adalah coklat tua dan sesudah ia dicetak
bentuknya boleh dibentuk kepada pelbagai bentuk. Reputasinya yang buruk
bermula apabila ia digunakan oleh kelompok-kelompok pembunuh ngeri
sebelum mereka membunuh ramai orang di Amerika pada akhir kurun ke18.
Minyak hashish pula dihasilkan daripada pemprosesan bahan ganja yang
berulang-ulang sehingga ia menjadi cairan hitam yang mengandungi THC
sebanyak 20%. Oleh kerana itu kesannya lebih kuat daripada ganja. Dengan
satu atau dua dos minyak hashis adalah bersamaan dengan menghabiskan
satu linting rokok ganja.
TUMBUHAN NARKOTIK YANG KETIGA YANG DIKAJI:
( C ) KOKA
Tumbuhan narkotik koka atau Erythroxylom coca banyak tumbuh di
pergunungan Andes di Amerika Selatan, rujuk gambarajah 3. Sejak zaman
pra sejarah masyarakat indigeneous atau native iaitu penduduk asal yang
menghuni dipergunungan Andes selalunya mengunyah daun koka. Kesan
akibat mengunyah daun koka bergantung kepada dos yang terkandung
dalam daun koka itu. Dan ia dimanifestokan oleh sedikit pembelekkan anak
mata, peningkatan dalam tekanan darah dan meningkatkan denyutan
jantung. Dengan mengunyah daun koka mereka dapat menahan rasa lapar
dengan daya tahan tubuh yang tetap stabil, ini kerana daun koka
mempunyai nutrien. Selain itu daun koka juga diminum sebagai teh. Akibat
penggunaan daun koka dalam kehidupan seharian masyarakat Andes dapat
mengelakkan sakit gigi dan sakit Osteoporosis, kerana daun koka
mempunyai kandungan kalsium yang tinggi.Tanaman koka ini banyak
terdapat di Colombia, Peru dan Bolivia.
DADAH YANG TERHASIL DARIPADA TUMBUHAN NARKOTIK : KOKA
( a ) KOKAIN
Kokain ialah sejenis dadah yang diperolehi daripada tumbuhan narkotik
koka. Kokain terkandung dalam daun koka. Menurut peradaban Inca "daun
anugerah dewa" itu adalah stimulant, kerana mereka dapat menghilangkan
kepenatan, sakit gigi dan tidak menghadapi penyakit osteoporosis. Daun
koka adalah daun yang belum atau yang sudah dikeringkan atau dalam
bentuk serbuk dari semua tanaman genus Erythoxylon dari keluarga

Erythoxylaceace yang menghasilkan kokain secara langsung atau melalui


perubahan kimia. Kokain adalah metil ester 1 bensoil ekgonin dengan
rumus kimia C17 H21 NO4. Kokain diperolehi daripada daun koka melalui tiga
langkah. Iaitu daun koka diproses sehingga menjadi pelekat, pelekat kepada
dasar dan daripada itu kokain hidroklorik dihasilkan. Kokain dasar
mempunyai kokain sulfat, ecgonine, alkaloid koka yang lain, asid benzoic,
methanol kerosin, asid sulfurid dan alkali besos. Ia juga mempunyai 40% 91% kandungan kokain yang asal.
Kebanyakkan kokain adalah dari Colombia. Daun-daun koka diproses oleh
kumpulan-kumpulan tertentu di makmal-makmal haram di Colombia dan
dieksport ke negara-negara lain. Di Peru dianggarkan 500 kg hingga 1000
kg kokain dapat dihasilkan dalam tiga atau empat hari sahaja secara
haram.
Kokain digunakan dalam arak, gula-gula dan dalam minuman ringan
seperti Coca Cola. Melalui pengekstrakkan daun-daun koka perasa
semulajadi dapat dihasilkan.Selain itu, ubat bius atau anestetik juga dapat
dihasilkan daripada daun-daun koka ini. Ubat bius ini dapat digunakan
dalam pembedahan dan di klinik pergigian.
Penyalahgunaan kokain akan menyebabkan gangguan sistem saraf dan
euforia yang selalu. Disebabkan itu, banyak negara telah mengharamkan
penghasilan kokain kecuali untuk penggunaan ubatan. Oleh itu dadah
sintetik mula dihasilkan seperti novokain dan xilokain.
( b ) KOKAIN MURNI
Kokain Murni yang juga diperbut daripada tumbuhan narkotik koka. Kokain
murni ini digunakan sebagai ubat bius tempatan untuk pembedahan mata,
hidung dan tengkorak.Ia juga merupakan salah satu jenis kokain
Disebabkan ia menimbulkan kesan psikologis yang nikmat, akhirnya ia juga
disalahgunakan.
( c ) KOKAIN HIDROKLORIK
Kokain hidroklorik adalah kokain yang diperolehi melalui perdagangan gelap
yang dijual dalam bentuk tepung kristal keputihan. Ia diperolehi semasa
mengubah tepung kokain menjadi bahan kokain dasar. Ia lebih murah
daripada kokain lain tetapi lebih berbahaya. Ia juga dirokok bersama
tembakau atau kanabis.
KESIMPULAN

Secara kesimpulan tumbuhan adalah anugerah tuhan yang memberikan


kebaikkan amat luas kepada manusia dan haiwan. Tumbuhan narkotik yang
mempunyai dadah merupakan satu nikmat yang diberikan untuk
membantu manusia mengubati penyakit-penyakit dalam menghadapi
kehidupan harian. Akan tetapi dadah daripada tumbuhan narkotik yang
pada mulanya merupakan nilai yang tinggi dalam membantu manusia, kini
menjadi pembunuh utama apabila ia disalahgunakan.
Namun begitu peranan tumbuhan narkotik dan dadah yang terhasil
daripadanya tidak dapat diabaikan. Malah ia juga diperlukan dalam
penghasilan dadah-dadah sintetik. Walaupun wujud dadah tiruan, dadah
daripada tumbuh-tumbuhan narkotik masih digunakan secara meluas dan
diperlukan lagi.

Akibat Penagihan Dadah


Kesan dadah boleh dilihat dari 4 sudut iaitu :1. Akibat ke atas penagih
Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri, si penagih akan
menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagihpenagih dadah, penjenayah serta penipu. Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau
persekolahannya. Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kesihatan
berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan
ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana
mengambil dadah berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah
dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.
2. Akibat ke atas keluarga penagih
Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar dikalangan masyarakat. Diri penagih
boleh menjadi bebanan kepada keluarganya kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan
wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat
dengan dadah menjadi musnah. Rumahtangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan
penceraian di antara ahli keluarga mungkin berlaku.
3. Akibat ke atas masyarakat
Suasana hidup di dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri,
merompak dan lain-lain yang dilakukan oleh penagih-penagih dadah
4. Akibat ke atas negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah
yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat dari segi
kos nyata (tangible) dan kos tidak nyata (intangible). Kos nyata termasuklah :

kehilangan atau kerugian akibat dari pengurangan daya pengeluaran ekonomi;

kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan dadah;

kos bagi menyelenggara program-program pencegahan;

kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan seperti
merompak, membunuh, merogol dan sebagainya;

kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambahkan bilangan anggota


polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya
Kos tidak nyata yang mengakibatkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan
jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh
masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar
dadah.
Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang
menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu
membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan, kira-kira 65% adalah terdiri
daripada kaum belia yang berumur di antara 20 - 29 tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa
golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa
dan bangsa.
Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi keselamatan dan ketahanan
negara. Pengganas komunis dan anasir subvertif boleh menggunakan dadah sama ada :
untuk menghancurkan nilai-nilai, akhlak dan maruah negara secara langsung;
untuk menjadikan dadah sebagai punca kewangan bagi membiayai perjuangan mereka dan
secara tidak langsung mendatangkan kesan buruk kepada keselamatan negara;

Kegiatan seperti ini telah terbukti di negara Burma, Afghanistan dan di beberapa buah negara
Latin Amerika serta semasa penyerahan Hong Kong ke tangan British selepas Perang Candu
di abad kelapan belas.
Dadah tidak mengenal mangsanya. Rekod menunjukkan penagih dadah juga ramai dariada
kalangan ternama dan terkenal, kaya raya serta tidak terkecuali golongan ahli akademik. Siapa
sangka antara mereka termasuklah Charles Dickens penulis yang terkenal menerusi karyanya
yang paling masyur, Oliver Twist. Tidak terkecuali pereka lampu, Thomas Alva Edison,
pelukis terkemuka, Vincent Van Gogh dan Paolo Picasso mahupun Sigmund Freud, ahi
perubatan terkemuka dalam bidang psikologi atau lebih dikenali sebagai 'bapa psikoanalisis'.
Mereka semua penagih dadah, malah ada yang meninggal akibat dadah atau kesan sampingan
akibat ketagihan dadah yang berlebihan. Berikut beberapa nama berpengaruh yang pernah
mencipta sejarah kontroversi kerana menjadi penagih dadah:

You might also like