You are on page 1of 3

Nama: Tingkatan:

SULIT
Bahasa Melayu
Kertas 2
1½ jam
Tingkatan 3

SEKOLAH ALAM SHAH


JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN RAZAK
56000 KUALA LUMPUR

PEPERIKSAAN PERTAMA 2001

BAHASA MELAYU
Kertas 2
Satu jam tiga puluh minit

Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga soalan. Soalan 1 mempunyai lima


pilihan manakala Soalan 2 dan Soalan 3 tidak mempunyai pilihan.

Soalan 1
(Masa yang dicadangkan: 45 minit)

Tulis suatu karangan tentang satu daripada perkara di bawah ini. Panjangnya
karangan anda hendaklah kira-kira 180 patah perkataan.

(a) Sekolah anda telah menjemput seorang pegawai bomba dan penyelamat
untuk memberikan ceramah tentang kebakaran.
Tulis teks ceramah tersebut dengan lengkap.

(b) Mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.


Berikan pendapat anda.

(c) Anda ialah setiausaha sebuah kelab di sekolah anda. Kelab tersebut
bercadang untuk melawat ke rumah anak-anak yatim.
Tulis sepucuk surat kepada pengetua rumah anak-anak yatim itu untuk
menyatakan kedatangan anggota-anggota kelab tersebut dan tujuan
lawatan itu.

1
(d) Seorang pelajar sekolah anda telah dipilih sebagai pelajar terbaik di negeri
anda. Sebagai pengarang majalah sekolah, anda diberi tugas menemu
ramah pelajar berkenaan.
Tulis temu ramah tersebut selengkapnya.

(e) Andaikan bahawa anda menyertai suatu ekspedisi. Tanpa disedari, anda
dan dua orang rakan anda terpisah daripada kumpulan ekspedisi tersebut.
Ceritakan pengalaman cemas anda dan rakan-rakan anda yang sesat itu
sehingga diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

(30 markah)

Soalan 2
(Masa yang dicadangkan: 30 minit)

Kaji carta pai di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat
dalam carta itu, buat suatu rumusan tentang guna tenaga mengikut sektordi
Malaysia. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Guna Tenaga Mengikut Sektor di Malaysia

Pembuatan Pertanian, Perhutanan, Ternakan


27.5% & Perikanan
Pembinaan 15.9%
8.8%

16.4% 20.9%
Sektor- sektor lain
Perdagangan Borong 10.4%
dan Runcit, Hotel &
Restoran
Perkhidmatan kerajaan

(20 markah)

2
Soalan 3
(Masa dicadangkan: 15 minit)

Isi setiap tempat kosong dalam petikan di bawah ini dengan sepatah perkataan
yang paling sesuai. Anda hanya dikehendaki menulis nombor tempat kosong
berkenaan berserta dengan jawapan anda. Petikan tidak perlu disalin semula.

Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil telah (1)__________ pembukaannya


pada 11 Julai 1998. Dahulunya tapak kompleks sukan ini merupakan kawasan
ladang getah dan tempat (2)__________ sampah Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur yang meliputi kawasan seluas 300 ekar. Kompleks Sukan Negara ini (3)
_________stadium utama , iaitu Stadium Nasional, Stadium Putra, Kompleks
Renang, iaitu Pusat Akuatik Nasional, Stadium Hoki Nasional, Pejabat Majlis
Sukan Negara, Institut Sukan Negara, dua buah stesen LRT, dan kemudahan-
kemudahan taman rekreasi seperti Taman Komanwel, Taman Keluarga, "River
Front Park" dan sebagainya. Sukan Komanwel ke-16 telah (4)___________ di
kompleks ini dari 11 hingga 21 September 1998. Ketika berlangsungnya temasya
sukan ini, penggunaan (5)___________ maklumat terkini bagi sistem
pengurusan sukan dan keputusan (6)___________ telah digunakan, bahkan
terdapat juga pembukaan hos agensi berita dalam (7) __________sukan
tersebut. Justeru , pembinaan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil merupakan
(8) __________ tanda kejayaan negara dalam pengurusan sukan di arena
antarabangsa. Selain itu, pembinaan Kompleks Sukan Negara juga (9)
___________menarik minat pelancong asing (10) _____________berkunjung ke
sini dan tempat-tempat lain di negara kita.
(10 markah).

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like