You are on page 1of 3

STANDARD AKADEMIK UNTUK GURU

GURU

Buat persediaan yang rapi dan mencukupi (ABM disediakan)


Berfikiran terbuka untuk menerima idea-idea yang konstruktif.
Jalinkan hubungan yang baik dengan pelajar dan rakan sejawat.
Sanggup menerima cabaran.
Melengkapkan diri dalam zaman IT.
Mempelbagaikan ABM.
Pastikan pelajar faham apa yang diajar.
Bantu pelajar yang lemah untuk lulus.
Bantu pelajar yang berpotensi untuk mencapai kecemerlangan.
Memberi galakan dan dorongan kepada pelajar.
Pastikan pelajar diberi latihan yang banyak dan buku disemak dengan
kerap (Borang prestasi latihan diisi).
Menunjukkan komitmen yang tinggi dalam profesion pergurusan.
Sentiasa bersikap positif.
Pastikan kelas terkawal dan tidak bising.

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN MALAYSIA


Kami guru-guru Malaysia , yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah
berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu , yang
taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari
betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah
pencapaian hasrat yang gemiiang , dan yang percaya kepada demokrasi,
kebebasan dan prinsip-prinsip Rukunegara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya
memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah
terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk
menghadapi cabaran untuk masa hadapan.
Dengan menyedari berapa besarnya tanggungjawab membimbing anak
muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini
kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan
kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggitingginya.

I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami


daripada hal-hal lain
2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktorfaktor jasmani, mental emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan
dan agama
3. Merahsiakan maklumat iktisas atau sulit mengenai pelajar kecuali
kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam datjah
sendiri atau mata-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa
sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang
dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan iktisas meialui
pengkajian penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas,
persidangan mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami
mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
1. Menghormati tanggunjawab utama ibu bapa terhadap anak- anak
mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat
di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa
mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka
sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa
kecuali mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anakanak mereka, dengan menggunakan maklumat yang diterima
daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Menggelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosiai dan ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan
sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu
bapa atau penjaga mereka.
III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
1. Menggelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh
merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara,
ataupun yang bertentangan dengan Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh
membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara
yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati
orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi
segala tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa
sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan
masyarakat.

4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru


dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral,
kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkalaku yang sopan yang diterima oleh
masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan
baik.

IV. TANGGUNGJAWAB
TERHADAP
RAKAN
SEJAWAT
DAN
PROFESION PERGURUAN
1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan
yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan
pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan
kecekapan (kami) sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab
kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya
sejajar dengan kemajuan iktisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat (kami) terutamanya
mereka yang baru dalam profesion keguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri (kami) supaya tidak mencemarkan nama
baik profesion perguruan.
6. Menjadi ahli (sesebuah) pertubuhan Pendidikan.
(Catatan: Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ialah
orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi
pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk
guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran organisasi dan
penyeliaan pendidikan).

You might also like