You are on page 1of 9

Dalam buku Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan oleh Prof. Syeikh Dr.

Yusuf al-Qaradhawi, beliau telah menyentuh beberapa poin-poin penting berkaitan isu
percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Iaitu :1. Tidak bercampur dengan lelaki/wanita asing (bukan mahram) kecuali kerana keperluan
yang mendesak, kemaslahatan yang dibenarkan, dengan kadar yang mencukupi. Contohnya,
solat di masjid, menuntut ilmu dan bantu-membantu atas dasar kebaikan serta ketakwaan.
2. Wanita tidak dihalang daripada menyertai untuk berkhidmat kepada masyarakatnya. Di
samping itu, tidak mengabaikan batas-batas syarak dalam pertemuan dengan lelaki.
3. Merendahkan pandangan serta menjaga kemuliaan dan kesucian. (Syeikh memberi
panduan boleh memandang atas dasar urusan tetapi tidak berlama-lama ketika memandang.)
4. Berasa malu dan menutup pakaian serta perhiasan tetapi tidak dalam bentuk yang
menyukarkan.
5.Tidak menampakkan perhiasan wanita yang tersembunyi seperti rambut, leher, tengkuk,
dua lengan dan dua betis kecuali kepada suaminya dan lelaki mahram.
6. Berhati-hati semasa mengatur langkah dan pertuturan.
7. Menjauhkan semua perkara yang boleh merangsang.
8. Mengelakkan diri daripada khalwat.

BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN DALAM ISLAM


PUBLISHED OCTOBER 31, 2009 BY WANA93
Etika pergaulan dan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita menurut Islam :
1. Menundukkan pandangan
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana
firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH
berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)
2. Menutup Aurat
ALLAH berfirman : ..dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa
nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (An-Nur:
31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh
mereka.(Al-Ahzab : 59)

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu.
Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis.
Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang
lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita;
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik
tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada
mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)
4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan
Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang
lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat
Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari
kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis
Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan)
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya.
Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain,
jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang
menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi
ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH
kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu
hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian
janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan
suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)
6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis
Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu
masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan
Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)
Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap
orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44)
Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti
membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak
pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat
Bukhari)
Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila
seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda : Telah ditetapkan bagi setiap
anak Adam bahagian dosa daripada zina yang pasti akan ditemuinya. Kedua mata dosanya
melihat, kedua telinga dosanya mendengar, lidah dosanya membicarakannya, kedua tangan
dosanya memegang, kedua kaki dosanya melangkah, dan hati dosanya membayangkan atau
mengangan-angankan. Semua itu akan dinyatakan atau tidak oleh kemaluannya. (Riwayat
Muslim)

*Al-Bukhari juga meriwayatkan hadis ini secara ringkas.


Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh
mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu
mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang
buruk. (al-Isra: 32)

BATAS- BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA

Seperti yang kita semua sedia maklum, tipulah jika dunia ini tidak ada interaksi di antara
lelaki dan wanita. Tidak berkembanglah sesuatu umat jika lelaki hanya berinteraksi dengan
kaum lelakinya sahaja dan wanita berinteraksi dengan kaum wanitanya sahaja. Jikalau hal ini
berlaku, tidak akan adalah generasi cucu cicit Nabi Adam di dunia ini. Dalam Islam,
pergaulan di antara lelaki dan wanita diharuskan. Keadaan dan situasi yang dimaksudkan
ialah darurat, hajat ( keperluan), mashalat Syar ie dan kebiasaan adat setempat.

i. Pergaulan antara lelaki dan wanita kerana darurat


Dalam syarah Sahih Muslim, al- Imam al- Nawawi menyatakan bahawa tidak ada perbezaan
hukum berkhalwat antara wanita dan lelaki ajnabi di dalam dan luar solat kecuali dalam
keadaan darurat. Sebagai contoh, situasi di mana seorang wanita bersendirian dalam satu
perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini membolehkan
seorang lelaki ajnabi bersama dengannya sekadar untuk membantu dan melindungi daripada
bahaya.

Penjelasan al- Nawawi menyakinkan bahawa pergaulan wanita dan lelaki ajnabi yang
dikategorikan sebagai darurat atas tujuan memberikan perlindungan atau menyelamatkan
wanita terbabit daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan- tujuan
lain.

ii. Pergaulan antara lelaki dan wanita kerana keperluan

Pergaulan antara wanita dan lelaki ajnabi kerana hajat ( keperluan) Syar ie adalah
dibolehkan. Antara keperluan- keperluan Syar ie ialah :

- Pergaulan antara lelaki dan wanita untuk mengurus muamalah maliyah ( urusan harta)
Pergaulan antara lelaki dan wanita untuk tujuan seperti jualbeli dan aktiviti transaksi lain
dibolehkan kerana tabiat urusan jenis ini memerlukan berlakunya interaksi di antara dua
pihak sebelum berlaku akad. Pergaulan semasa muamalah maliyah ( urusan harta) dibolehkan
dengan syarat menjaga batas- batas syarak seperti pakaian menutup aurat, menundukkan
pandangan dan percakapan biasa.

- Pergaulan antara lelaki dan wanita semasa bekerja


Semasa melaksankan kerja, pada kebiasaannya berlaku pergaulan di antara lelaki dan wanita.
Pergaulan ini dibolehkan dengan syarat kedua- dua pihak menjaga batas- batas syarak seperti
berpakaian menutup aurat, menundukkan pandangan, percakapan biasa yang tidak
mengandungi unsur- unsur fitnah dan tidak berkhalwat.

Khalifah Umar al- Khattab pernah melantik al- Syafi, seorang wanita sebagai pegawai
penguatkuasa di pasar untuk memerhati supaya tidak berlaku penyelewengan. Tabiat
penguatkuasa di pasar menuntut pegawai terbabit bergaul dengan peniaga dan pembeli di
pasar, lelaki dan wanita. Perlantikan wanita bekerja sebagai penguatkuasa menunjukkan
pergaulan semasa kerja dibolehkan. Kalau pergaulan ini tidak dibolehkan pasti Khalifah
Umar tidak melantik wanita bekerja sebagai penguatkuasa kerana tabiat kerja tersebut
menuntut berlakunya pergaulan.

- Pergaulan di antara lelaki dan wanita semasa menjadi saksi


Wanita boleh bergaul dengan lelaki semasa menjadi saksi dalam kes- kes yang ditentukan
oleh syarak bahawa wanita dibolehkan menjadi saksi seperti wanita harus menjadi saksi
dalam kes- kes harta dan hak- haknya.

iii. Pergaulan mengikut kebiasaan adat dalam majlis


Pergaulan di antara lelaki dan wanita dalam majlis seperti kenduri kerana sesuatu dibolehkan
dengan syarat menjaga batas- batas syarak seperti pakaian menutup aurat, tidak tabarruj,
menundukkan pandangan, bercakap dengan suara biasa dan normal. Sekiranya batas- batas
syarak tersebut tidak dipatuhi pergaulan di antara lelaki dan wanita tidak dibolehkan.
Walaubagaimanapun, pengasingan tempat antara lelaki dan wanita semasa makan dan
lainnya dalam majlis- majlis ini adalah lebih baik. Perkara ini didasarkan kepada kaedah
Sadd al- Zari ah ( menutup pintu- pintu fitnah).

iv. Pergaulan di antara lelaki dan wanita semasa belajar


Pergaulan antara lelaki dan wanita semasa belajar dibolehkan dengan syarat mereka belajar
dalam kumpulan di mana perkara ini dapat mencegah daripada berlakunya fitnah dan
khalwat.

You might also like