You are on page 1of 75

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

BAB 1: STATUS DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA


1.1

Penentuan
nentuan Dasar Bahasa Kebangsaan
Perlaksanaan
Dasar/ Polisi
Bahasa

Perlaksanaan
Penggunaan
Bahasa Melayu

Perkembangan
Bahasa Melayu

Penulisan

1.2

Pemodenan

Pembakuan

Pendidikan

Pentadbiran

Dasar Bahasa Kebangsaan


Dasar ini meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan termaktub dalam Perkara
152 Perlembagaan Persekutuan 1957 dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

1.3

Perkembangan Bahasa Melayu


Proses perkembangan Bahasa Melayu ini terbahagi kepada tiga:
1.3.1

Sistem Penulisan
Sistem Ejaan Baru Bahasa Melayu diisytiharkan pada 16 Ogos 1972 berikutan usaha dari
kesepakatan MABIM.

1.3.2

Pembakuan Bahasa
Pembakuan bahasa melibatkan 4 aspek;





1.3.3

Ejaan - keselarasan vokal.


Sebutan - dilaksanakan pada 1984 tetapi ga
gagal.
Tatabahasa - (Tatabahasa Dewan).
Istilah - mengikut perkembangan bidang ilmu.

Pemodenan Bahasa
Apabila sesuatu bidang itu berkembang maka bahasa akan turut berkembang.
Cth: Perkembangan
kembangan sains dan teknologi - memperkayakan kosa kata Bahasa Melayu
1

MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


Dalam penentuan Dasar Bahasa Kebangsaan, terdapat beberapa perkara penting yang
perlu diambil kira:
1.4

Kongres Bahasa Dan Persuratan Bahasa Melayu


1.4.1

Kongres Pertama

Dirancang pada 29 Oktober 1951 oleh ASAS 50 tetapi terpaksa dibatalkan kerana
masalah kewangan.

Kongres Pertama kemudiannya diadakan pada 12 April di Hotel Seaview Singapura.


Ia disertai oleh 20 persatuan penulis seluruh Semenanjung dan Singapura.

Tujuan Kongres Pertama:

Untuk menyatukan sebarang usaha badan persuratan Melayu.

Untuk membuat keputusan muktamad tentang kemajuan bahasa dan persuratan


Melayu.

Dua ketetapan telah dibuat :-

1.4.2

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Menubuhkan jawatankuasa menyelidik penggunaan tulisan jawi dan tulisan rumi


dalam Bahasa Melayu.

Kongres Kedua
Diadakan di Seremban pada tahun 1953 dan dihadiri oleh 24 buah pertubuhan badan
persuratan Melayu.
Ketetapan yang telah dibuat adalah:

Menjadikan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi Bahasa Melayu tanpa mengenepikan
tulisan jawi.

Pada April 1955, seorang wakil rakyat telah mengemukakan usul agar Bahasa
Melayu dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu dalam mesyuarat
dewan perundangan persekutuan.

Ini juga bermakna kepentingan Bahasa Melayu dalam arena politik telah bermula.

2
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


1.4.3

Kongres Ketiga
Diadakan pada 21 September 1956 di Singapura dan Johor Bahru.
Antara usul yang dibuat: Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu diamalkan.
Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) perlu menerbitkan hasil kesusasteraan Bahasa
Melayu.
Mendesak kerajaan menjalin hubungan budaya dengan Indonesia.
Setiap lagu yang dicipta perlu menyanjung bangsa dan negara.
Filem-filem mesti menggunakan Bahasa Melayu yang baik dan sebutan yang
seragam.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.
Mendesak kerajaan mengenakan undang-undang agar bahasa kebangsaan dihargai
dan diamalkan.
Menyokong Maktab Perguruan Bahasa untuk melatih guru-guru agar mahir
berbahasa Melayu.
Bekerjasama dengan Indonesia berkenaan sistem ejaan dan aspek-aspek bahasa
yang lain.
Pertukaran nama Balai Bahasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.

1.5

Majlis Bahasa Indonesia Dan Malaysia (MABIM)

MABIM merupakan satu pertubuhan yang berkerjasama dalam bidang sistem ejaan
dan pembentukan istilah.
Kerjasama Malaysia-Indonesia bermula sejak 1956 hingga Jun 1967, iaitu apabila
satu perjanjian berkenaan kerjasama ini ditandatangani.
Pada 23 Mei 1972, satu pernyataan bersama Menteri Pendidikan MalaysiaIndonesia telah dipersetujui untuk melaksanakan :
i)
Sistem ejaan baru.
ii)
Membentuk satu jawatankuasa tetap bersama untuk mengembangkan
bahasa kebangsaan masing-masing.

Pada 16 Ogos 1972, pengumuman pemakaian sistem ejaan rumi yang baru bagi
kedua-dua negara.

Sejak pertemuan pertama hingga keenam, MABIM telah merumuskan dua pedoman
iaitu:i)
ii)

Pedoman umum ejaan Malaysia-Indonesia.


Pedoman umum pembentukan istilah.

Kesepakatan ini telah diperluaskan lagi apabila Brunei menyertai MABIM pada 11
November 1988 dan menukarkan namanya kepada MABBIM.

3
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

1.6

Kerjasama MABBIM telah menghasilkan lebih daripada 130,000 istilah yang


mencakupi lebih 80 bidang ilmu, hasil daripada 29 kali pertemuan.

Penyeragaman istilah menjadi agenda penting setiap kali persidangan pakar


MABBIM diadakan sejak 1988.

Penentuan Dasar Bahasa

Penentuan Dasar Bahasa melibatkan penentuan pemilihan bahasa iatu sendiri, iaitu
apakah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang akan dipilih.

Masalah tidak akan timbul di negara yang hanya memiliki satu bahasa. Pemilihan ini
penting dan hanya boleh ditentukan oleh kelompok bahasa itu sendiri.

Situasi ini menimbulkan keperluan untuk memilih hanya satu bahasa atau varian
yang utama, bukan sahaja untuk tujuan komunikasi umum masyarakat dan alat
perpaduan rakyat bahkan untuk menjadi lambang keperibadian negara bangsa
tersebut.

Kriteria yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan ini adalah berdasarkan faktor
sejarah, bangsa dan negara, faktor linguistik serta sosiolinguistik. Di Malaysia,
Bahasa Melayu memenuhi kriteria ini.

Alasannya ialah :i)


ii)
iii)
iv)

1.7

Bahasa Melayu pernah memainkan peranan sebagai lingua-franca.


Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa ilmu, perdagangan dan
persuratan.
Bahasa Melayu memiliki sistem penulisan yang sempurna.
Bahasa Melayu difahami oleh semua rumpun bangsa daripada pelbagai
kaum.

Satu lagi kriteria milik istimewa Bahasa Melayu ialah sifat keterbukaannya untuk
menerima perubahan dunia moden dan kedinamikan yang terletak pada
kemampuannya menerima dan menyerap kata asing.

Faktor-faktor inilah yang menyebabkan Bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa


kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia.

Masalah Dan Kekangan Pelaksanaan Dasar Bahasa

Masalah Semangat Dan Kesungguhan Pengguna


Kekurangan Bahan Bacaan dan Rujukan
Masalah Linguistik
4

MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

1.8

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

Perkara 152 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu


adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

Antara kandungan Perkara 152 Perlembagaan Malaysia ialah:




1.9

Bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu.


Boleh ditulis dalam apa-apa tulisan yang diperuntukkan oleh undang-undang
Parlimen dengan dua syarat iaitu:
i)
Tiada sesiapa pun boleh dilarang untuk menggunakan (belajar dan
mengajar) bahasa-bahasa lain sama ada rasmi atau tidak.
ii)
Tiada apa-apa yang boleh menyentuh hak kerajaan persekutuan atau
kerajaan negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan
pengajian bahasa mana-mana kaum lain.
Dalam Fasal (1), Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan selama 10 tahun selepas
merdeka dan bergantung seterusnya kepada Parlimen.
Dalam peruntukan Fasal (1), selama 10 tahun selepas merdeka Bahasa Inggeris
boleh digunakan dalam Majlis Parlimen, Dewan Negeri dan tujuan rasmi lain.
Selama tempoh 10 tahun selepas merdeka segala rang undang-undang yang
dikemukakan atau dipinda dalam Majlis Parlimen mesti menggunakan Bahasa
Inggeris. Begitu juga dengan segala Akta Parlimen dan perundangan kecil oleh
kerajaan persekutuan.
Dalam tempoh yang sama, semua perbicaraan dalam Mahkamah Persekutuan dan
Mahkamah Tinggi hendaklah menggunakan Bahasa Inggeris kecuali keterangan saksi
yang diambil dalam bahasa saksi tersebut, tidak perlu direkodkan dalam Bahasa
Inggeris.
Semua perbicaraan dalam Mahkamah Rendah hendaklah dijalankan dalam Bahasa
Melayu.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67

Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah dikuatkuasakan mulai 11 April 1963


mengandungi 3 seksyen iaitu:i.
ii.
iii.

Tentang tulisan bahasa kebangsaan.


Bentuk angka.
Bahasa dalam borang rasmi kerajaan.

10 tahun selepas merdeka, Akta Bahasa Kebangsaan 1967 pula diluluskan dan mula
berkuatkuasa pada 1 September 1967 di Semenanjung Malaysia.
5

MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

Akta-akta ini disemak dan disatukan dengan nama Akta Bahasa Kebangsaan
1963/67 dan berkuatkuasa pada 1 Julai 1971.

Antara kandungan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 ialah:




Akta ini dinamakan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

Akta ini tidak boleh digunakan di Malaysia Timur.

Bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi.

Tiada apa-apa jua dalam akta ini yang boleh menyentuh hak kerajaan
persekutuan atau kerajaan negeri untuk menggunakan terjemahan bagi suratsurat atau perutusan rasmi dalam mana-mana bahasa lain, bagi apa-apa maksud
yang difikirkan perlu bagi kepentingan awam.

Yang Dipertuan Agong boleh mempamerkan penggunaan Bahasa Inggeris bagi


apa-apa maksud rasmi sekiranya difikirkan patut.

Yang dipertuan Dewan Negara, Yang Dipertuan Dewan Negeri atau Dewan
Rakyat boleh membenarkan ahlinya menggunakan Bahasa Inggeris ketika
membuat ucapan atau mengambil bahagian dalam Majlis Parlimen atau Dewan
Negeri.

Segala perbicaraan mahkamah hendaklah dalam bahasa kebangsaan atau


Bahasa Inggeris atau sebahagian dalam bahasa kebangsaan dan sebahagian lagi
dalam Bahasa Inggeris. Mahkamah dibenarkan membuat pilihan untuk
menjalankan perbicaraan dalam mana-mana bahasa atau kedua-duanya sekali.

Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan rumi. Bagaimanapun penggunaan


tulisan jawi tidak dilarang.

Bentuk angka dalam bahasa kebangsaan ialah bentuk angka arab.

Sungguhpun akta ini telah dikuatkuasakan pada 1 September 1967, ia memberi


kuasa kepada Yang Dipertuan Agong untuk membenarkan penggunaan Bahasa
Inggeris bagi maksud rasmi sekiranya perlu.

Yang Dipertuan Agong telah membenarkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam


hal-hal seperti berikut:i)

ii)

Apabila Jabatan Undang-undang memberi nasihat kepada jabatan


kerajaan berdasarkan undang-undang bertulis yang naskah asalnya
dalam Bahasa Inggeris.
Apabila berhubung dengan kerajaan luar negara atau badan-badan
antarabangsa.
6

MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


iii)
iv)
v)
vi)
vii)
viii)
ix)


1.10

Laporan dan preskripsi perubatan


Hubungan luar negara
Pihak Kastam

Fungsi Bahasa Melayu

Sebagai Bahasa Kebangsaan - 4 kriteria pemilihan Bahasa Melayu sebagai Bahasa


Kebangsaan.





1.12

Selepas berlaku tragedi 13 Mei 1969 Parlimen telah meminda perkara 10


Perlembagaan Malaysia dengan menjadikan isu bahasa sebagai isu sensitif yang
tertakluk kepada Akta Hasutan 1948 iaitu tidak boleh dipersoalkan kecuali
mengenai perlaksanaannya.

Pengecualian Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Sistem Pentadbiran Awam

1.11

Apabila berhubung dengan pakar-pakar dari luar negara.


Dalam kursus atau latihan yang menggunakan teks sahih dalam Bahasa
Inggeris.
Dalam latihan yang dijalankan oleh pakar antarabangsa.
Di perwakilan Malaysia di luar negara.
Di Kementerian Kesihatan (preskripsi atau senarai ubat-ubatan doktor,
laporan pesakit dan pesanan atau laporan selepas pembedahan).
Di Kementerian Luar Negeri penggunaan Bahasa Inggeris juga
dibenarkan.
Begitu juga dengan Jabatan Hasil Dalam Negeri.

Sejarah Bangsa jumlah paling ramai dan penduduk asal.


Sejarah Negara bahasa beridentiti sendiri
Faktor Linguistik tulisan rumi dan jawi, lisan dan keseragamannya.
Faktor Sosiolinguistik lingua franca mendominasi bahasa pada ketika itu.

Fungsi Bahasa

Sebagai Bahasa Rasmi


Sebagai Bahasa Kebangsaan
Sebagai Bahasa Perpaduan
Sebagai Bahasa Ilmu

7
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


1.13

Contoh Soalan Peperiksaan Untuk Dicuba


1. Berikut adalah ketetapan yang menyebabkan Bahasa Melayu akhirnya digunakan
sepenuhnya dalam sistem pendidikan, kecuali ______________
A.
B.
C.
D.

Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961


Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
Penyata Rahman Talib 1960
Penyata Razak Ahmad 1957

2. Pengecualian untuk menggunakan bahasa kebangsaan diberikan kepada beberapa aspek


berikut, KECUALI ___________________
A.
B.
C.
D.
1.14

Kedutaan luar negara yang berada di Malaysia


Kedutaan Malaysia yang berada di luar negara
Semua kursus atau latihan yang dijalankan oleh pakar
Semua preskripsi perubatan

Soalan Perbincangan
1. Bandingkan isi kandungan yang terdapat dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Apakah kelebihan bagi kedua-duanya dalam
memartabatkan Bahasa Melayu?
2. Sebelum Bahasa Melayu digunakan, ia perlu melalui pelbagai proses perkembangan yang
cukup kompleks. Salah satu peringkat yang perlu dilalui oleh Bahasa Melayu ialah proses
pembakuan bahasa. Huraikan dengan ringkas konsep pembakuan dan apakah empat aspek
yang mendasari proses pembakuan itu sendiri.
3. Berdasarkan Akta Kebangsaan 1963/67 dan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan,
terdapat beberapa kelonggaran yang akhirnya menimbulkan beberapa masalah dalam
pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan. Nyatakan masalah dan kekangan yang timbul itu
yang kita dapat lihat hingga ke hari ini.

8
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

BAB 2: PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DALAM MEMARTABATKAN


BAHASA MELAYU
Dewan Bahasa Dan Pustaka atau dikenali sebagai DBP adalah satu badan kerajaan yang diwujudkan
pada 1956 dan ditugaskan untuk menjaga serta memartabatkan Bahasa Melayu di negara kita ini.
Bangunan DBP ini beralamat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460
Kuala Lumpur, Malaysia. Bagaimana kita dapat menegtahui bahawa DBP adalah medium yang
dipertanggungjawabkan dalam memartabatkan bahasa Melayu ini? Kita dapat membuktikan ia dengan
melihat piagam pelanggan DBP itu sendiri iaitu,
Kami beriltizam untuk menghasilkan keluaran bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi negara ini yang baku, bermutu dan berwibawa melalui perkhidmatan yang cekap, cepat dan
cemerlang. Dengan mengutamakan keperluan pengguna, kami menjanjikan keluaran dan perkhidmatan
yang mendukung peluasan fungsi teras kami, iaitu BAHASA, SASTERA dan PENERBITAN.
Dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu, DBP telah menyediakan bahan-bahan
rujukan kepada pengguna atau masyarakat. Antara bahan-bahan atau medium yang disediakan adalah :

Menyediakan bahan rujukan dan pedoman bahasa yang lengkap, terkini, berwibawa dan
selaras; berdasarkan keputusan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM);

Menyediakan pangkalan data bahasa Melayu yang lengkap dan pelbagai maklumat
kepustakaan Melayu yang mudah dicapai oleh pengguna;

Memastikan segala pertanyaan/aduan tentang bahasa, sastera, penerbitan, dan


kepustakaan Melayu melalui telefon, faksimilie serta e-mel dilayan mesra dalam tempoh
24 jam. Segala pertanyaan/aduan bertulis dijawab melalui surat dalam tempoh tujuh (7)
hari bekerja dari tarikh penerimaannya. Sekiranya perkara tersebut masih belum selesai,
perkembangannya akan dimaklumkan pada setiap bulan sehingga perkara tersebut
selesai;

Melaksanakan kegiatan pengembangan, pemasyarakatan dan penataran sastera untuk


pelbagai khalayak pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa;

Melaksanakan penyelidikan sastera tradisional dan moden yang bermutu dari segi
keilmuan, pemikiran dan estetika bagi memenuhi kehendak pelbagai pelanggan;
9

MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

Memastikan pelbagai bentuk pengiktirafan dan penghargaan pada peringkat negeri,


kebangsaan dan antarabangsa diberikan kepada tokoh yang berwibawa dan karya yang
memenuhi piawaian yang ditetapkan;

Memaklumkan penerimaan manuskrip kepada penulis dalam tempoh tujuh (7) hari
bekerja selepas manuskrip diterima dan keputusan penerbitannya dalam tempoh (3)
bulan selepas manuskrip tersebut diterima. Manuskrip diterbitkan berdasarkan Gaya
Dewan dalam tempoh kurang daripada enam belas (16) bulan selepas manuskrip
diterima;

Memastikan majalah terdapat di pasaran tidak lewat dari 20 hari bulan pada setiap
bulan sebelum bulan terbitannya;

Menjamin hak penulis melalui Perjanjian Lesen Penerbitan; dan

Membuat bayaran dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh invois/bil diterima.

Ini menunjukkan bahawa DBP memandang serius dalam memartabatkan bahasa Melayu di dalam
masyarakat yang majmuk dinegara ini. Dewan Bahasa Dan Pustaka juga sememangnya menyedari
bahawa adalah amat penting mendedahkan generasi muda dengan bahasa Kebangsaan bukan saja
melalui pendidikan formal iaitu ketika mempelajarinya di dalam kelas tetapi juga melalui kegiatan luar.
Dengan aktiviti luar yang dilakukan ini, secara tidak lansung kita dapat mengeratkan perpaduan antara
kaum.
Pengisian di dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak DBP antaranya adalah, aktiviti kreativiti
bahasa, mencetus buah fikiran bernas dan pembentukan sikap positif dalam diri pelajar. Program ini
juga berfungsi sebagai serampang dua mata, iaitu memberi kesedaran awal mengenai kepentingan
bahasa Kebangsaan dan bahasa yang menyatukan semua kaum di negara ini.
Kita dapat berbangga dengan DBP kerana sehingga kini, perlabagai kejayaan yang telah dicapai dalam
menaikkan taraf bahasa Melayu ini. Antara kejayaan yang dicapai oleh pihak DBP contohnya adalah,

Dari segi pembinaan korpus bahasa, negara boleh berbangga dengan penghasilan tidak
kurang daripada satu juta istilah dalam pelbagai bidang ilmu sehingga bahasa Melayu
berjaya dimartabatkan sebagai bahasa ilmu sains dan teknologi. Ia terbukti dengan
lahirnya tidak kurang daripada lima juta profesional dalam pelbagai bidang ilmu hasil
10

MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


daripada pendidikan berteraskan bahasa kebangsaan. Selain itu, sistem ejaan juga
berjaya diselaraskan, bukan hanya pada peringkat kebangsaan, tetapi pada peringkat
serantau menerusi MABBIM (Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia) sejak 1972.

Dari segi perkamusan pula, DBP berjaya menghasilkan pelbagai jenis dan bentuk kamus,
iaitu kamus ekabahasa, dwibahasa dan kamus istilah, sama ada dalam bentuk buku
mahupun elektronik. Kamus ekabahasa dihasilkan yang menjadi rujukan utama ialah
Kamus Dewan yang sudah pun mencapai edisi keempatnya. Selain Kamus Dewan,
Kamus Pelajar yang sudah mengalami cetakan ke-20 bakal diterbitkan dalam edisi
keduanya, dan Kamus KBSR Dewan Bergambar untuk pelajar sekolah rendah juga sudah
dihasilkan edisi keduanya. Dari segi pembakuan tatabahasa, DBP juga berjaya
menghasilkan buku tatabahasa yang menjadi pegangan masyarakat, terutama dalam
sistem pendidikan, di samping menerbitkan beberapa banyak lagi buku tatabahasa yang
menjadi rujukan umum. DBP juga menerbitkan lebih daripada 10,000 judul buku dalam
pelbagai peringkat, bidang dan genre sebagai usaha memperkasakan korpus bahasa
Melayu.

Pembinaan dan pemasyarakatan sastera juga tidak diabaikan sehingga ribuan penulis
sastera sudah dihasil. Sehingga kini, sembilan sasterawan negara sudah dilahirkan.
Usaha memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan adalah agenda berterusan yang
giat dilaksanakan DBP.

Berdasarkan semua fakta ini, tentulah kurang tepat dan agak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa
DBP tidak menjalankan tugasnya dengan cemerlang.

Masalah Yang Timbul Dalam Masyarakat Tentang Penggunaan Bahasa Melayu


Dalam proses memartabatkan bahasa Melayu ini, terdapat pelbagai masalah yang timbul. Antaranya
adalah tentang penggunaan bahasa Melayu di dalam pertuturan seharian masyarakat kini. Antara
kesalahan yg sering berlaku sejak kelakangan ini ialah bahasa Melayu yang digunakan di persekitaran
masyarakat Melayu secara khususnya dan Malaysia secara amnya sudah kehilangan piawainya. Anakanak muda Melayu mula menggunakan bahasa Pasar dan bahasa Rojak bukan sahaja dalam perbualan
harian mereka bahkan juga dalam penulisan (lihat ilustrasi di rencana bahasa Rojak). Perkataan11
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


perkataan seperti "balak", "awek", dan "poyo" bukan sahaja kedengaran tidak bertamadun, malah
merosakkan kesinambungan intonasi bahasa Melayu, yang pada asalnya memang menarik. Satu lagi
masalah adalah dalam perhubungan antara masyarakat Melayu dan bukan Melayu, perkataanperkataan seperti "gua", "lu" dan "kasi" tidak cuba untuk dilenyapkan malah dikekalkan penggunaannya.
Campuran bahasa Melayu dengan satu bahasa lain secara berlebihan seperti bahasa Inggeris seperti
penggunaan perkataan "best" menggantikan perkataan "bagus" sama sekali tidak membantu.

Selain daripada kerosakan-kerosakan terhadap bahasa Melayu yang diterima dan dipakai masyarakat,
kerosakan itu juga boleh datang dalam bentuk rasmi yang diterima oleh penjaga bahasa Melayu itu
sendiri seperti DBP. Hal ini jelas kelihatan apabila kamusnya dilihat mengimport secara berlebihan
daripada bahasa Inggeris istilah-istilah baru seperti "sukses", "famili", "tem", "gem", "frod" dan
sebagainya meskipun perkataan "kejayaan", "keluarga", "masa", "permainan" dan "penipuan" cukup
memadai. Pemimpin kerajaan Malaysia pada suatu ketika dahulu juga pernah menggalakkan masalah ini
(seperti kontroversi perkataan infotainmen dan penciptaan istilah bajet) dan lebih membimbangkan
adalah penerimaan dan penggunaan istilah-istilah ini secara meluas dalam media massa Melayu di
Malaysia.

Negara kini sedang pesat membangun dari segi ekonomi dan juga teknologi, ia telah disediakan oleh
pihak kerajaan untuk memudahka segala aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat. Tetapi, dalam
kepesatan pembangunan teknologi dinegara ini, ia sedikit sebanyak telah menyumbang kepada
kerosakan dalam penggunaan bahasa Melayu. Antara contoh medium teknologi tinggi yang menjadi
penyumbang kepada kerosakan bahasa Melayu adalah sistem khidmat pesanan ringkas atau lebih
dikenali sbg SMS. Melalui internet juga, terdapat ruang-ruang dimana kita dapat berinteraksi dengan
sesiapa sahaja dengan bebas. Penggunaan kedua-dua teknologi ini juga secara tidak lansung telah
menggalakkan penggunaan bahasa Pasar atau bahasa Rojak.

Nama-nama bangunan di Malaysia juga lebih menjurus kepada nama-nama yang berteraskan
bahasa Inggeris. Sepatutnya kita harus berbangga dengan nama-nama yang berteraskan bahasa Malayu.

12
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


Ini secara tindak lansung menunjukkan kurang semangat dan kesungguhan masyarakat dalam
memartabatkan bahasa Melayu dan telah menjatuhkan nilai martabat bahasa itu.
Daripada penyelidikan serta fakta-fakta yang diperolehi, dapat dirumuskan bahawa pihak DBP
telah berusaha sedaya upaya dalam memartabatkan bahsa Melayu. Bagaimanapun, tanggungjawab itu
tidak boleh diletakkan pada bahu kerajaan semata-mata, tetapi juga memerlukan komitmen serta
pembabitan badan bukan kerajaan (NGO) selain masyarakat sendiri terutama sekali ibu bapa dan guruguru. Media massa juga perlu membantu dalam mempromosi dan menaikkan martabat bahasa Melayu.

13
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

BAB 3: KEKHILAFAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU & ASPEK TATABAHASA


3.1

Objektif Kursus

3.2

Masalah Bahasa Melayu Hari Ini

3.3

Melahirkan suatu kumpulan sasaran yang memahami konsep penggun


penggunaan bahasa yang
betul dalam medium tulisan mahupun lisan.
Memahami dan mengenal pasti teknik penulisan yang tepat dengan bahasa yang sesuai.
Mendedahkan para pelajar kepada masalah bahasa Melayu yang ada kini sekaligus dapat,
Melahirkan suatu kumpulan masy
masyarakat
arakat yang peka terhadap aspek kesalahan tata bahasa
yang ada.
Melahirkan masyarakat yang berketrampilan semasa berkomunikasi di samping
menunjukkan ciri-ciri
ciri kesantunan berbahasa.

Masalah semangat dan kesungguhan. masyarakat pengguna bahasa itu sendiri.


Kekurangan bahan rujukan dan terjemahan.
Kekurangan kosa kata dalam bidang
bidang-bidang tertentu.
Masalah linguistik dan kajian yang berkaitan dengannya.
Masalah sosiolinguistik dan percampuran bahasa.

Kata Pemeri

ata Pemeri terbahagi kepada dua:


Kata



3.4

ialah
adalah

Sekarang cuba kamu bezakan penggunaan di antara ialah DAN adalah.

BEBERAPA ASPEK KESALAHAN TATA BAHASA


3.4.1

KATA PEMERI

14
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


3.4.2

KATA SENDI
ke
Contoh :
Saya pergi ke Kuala Lumpur semalam.
Saya pergi ke sekolah menaiki bas.
di
Contoh :
rumahnya terletak di lereng bukit.
Kesalahan: Di bahasa Melayu love ialah cinta.
# Bezakan di sebagai sendi dan imbuhan
kepada
Contoh :
Sajak itu ditujukan kepada Radif Rahmat.
Wilayah Persekutuan terbahagi kepada tiga, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya.
Hal ini perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa.
# Kesalahan: Surat ini perlu dihantar kepada Kementerian Pendidikan.
pada
Contoh :
Pada hari itu saya ponteng kelas.
Mesyuarat itu bermula pada pukul 10.00 pagi.
Gantungkan baju ini pada dinding itu.

Sekarang kita lihat pula perbezaan di antara kata sendi dari DAN daripada.
Terdapat beberapa pengguna bahasa yang keliru dengan penggunaan kedua-dua kata sendi
ini.
Oleh itu, sekarang mari kita cuba membezakan kedua-duanya.
dari
Contoh :

Saya datang dari Johor.


Kesalahan: Hello, saya telefon daripada Kajang.
Dari mana hendak ke mana?
Perlawanan bola itu berlangsung dari pagi hingga ke petang.

Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang
menyatakan arah, tempat, waktu atau masa.

15
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


Contoh yang menunjukkan tempat atau arah
Awak datang dari mana ?
Mereka baru sampai dari Kuching.
Lori itu datang dari arah kiri.
Kajian itu dibuat dari sudut ekonomi.
Contoh yang menunjukkan waktu / masa
Kerajaan itu terkenal dari kurun ke
ke-18.
Persatuan itu sering mengadakan perjumpaan dari semasa ke semasa.
Perangainya masih tidak berubah
berubah-ubah
ubah dari dahulu hingga sekarang.
Keadaannnya semakin tenat dari sehari ke sehar
sehari.
daripada
Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang
menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda, dan unsur abstrak,
sumber atau asal kejadian sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan
atau perbandingan.

16
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

Maka dengan penjelasan dan contoh di atas diharapkan anda dapat membezakan
penggunaan kedua--dua kata sendi tersebut iaitu dari dan daripada.
Kata sendi bagi, untuk dan demi.
Baiklah sekarang mari kita bezakan pula kata
kata-kata
kata sendi seperti bagi, untuk
dan demi.
Sebelum itu perlu dingatkan bahawa ada antara kata sendi ini yang boleh
digantikan antara satu sama lain pada ayat
ayat-ayat
ayat tertentu dan ada yang tidak.
Cuba bezakan ssekarang dengan membina ayat.

17
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

18
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

3.4.3

Kata Penguat

19
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


3.4.4

Kata Bilangan
Perkataan seperti sepuluh, seratus, lima ribu, semua, segala, sejumlah, beberapa,
sekalian.
Seluruh , sebilangan, seperti, beradap-adap, berkotak-kotak, masing-masing,
sesetengah dan sebagainya tergolong dalam kata bilangan.
Dalam pengunaan kata bilangan dalam ayat kita selalu membuat kesilapan dengan
perkataan yang mengikutinya .
Contoh :

Segala aspek-aspeksegala aspek


Ramai penguna-penguna.ramai penguna
Sebilangan besar ahli-ahli koperasisebilang besar ahli koperasi

Bagi perkataan masing-masing, perkataan yang mendahului tidak perlu digandakan.


Contoh:
Perserta pertandingan diminta mengambil tempat masing-masing (tempat tidak boleh
digandakan).
Bagi perkataan seperti dibawah ini, perkataan selepasnya tidak perlu digandakan.
Contoh:
satu, berbagai-bagai, pelbagai, para-para, sebahagian,
segenap, keseluruhan, kedua-dua, beribu-ribu, berguni-guni, tiap-tiap
3.4.5

Pemajmukan
Definisi
Ialah proses merangkaikan 2 kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Ada
kata majmuk dieja terpisah dan ada beberapa bentuk kata majmuk yang sudah mantap
dieja serangkai (dirapatkan) iaitu sebagai satu kata walaupun mengandungi 2 kata dasar.

20
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


Sekarang cuba berikan contoh kata majmuk?
Contoh kata majmuk yang sudah mantap
Setia + usaha = setiausaha
Antara + bangsa = antarabangsa
Beri + tahu = beritahu
Duka + cita = dukacita
Kaki + tanggan = kakitangan
Olah + raga = olahraga
Pesuruh + jaya = pesuruhjaya

Jawatan + kuasa =
jawatankuasa
Suka + rela = sukarela
Kadang + kala = kadangkala
Kerja + sama = kerjasama
Warga + negara = warganegara

Kata Majmuk Yang Tidak Mantap


Ialah kata majmuk yang dieja terpisah.
Contoh:
Perdana Menteri, kasih-sayang, terima-kasih, tunjuk ajar, ramah mesra, jalan raya
3.4.6

PENGGANDAAN
Iaitu proses mengandaan seluruh kata dasar untuk membentuk kata ganda. Masalah
yang timbul dalam aspek penggandaan ini ialah pengguna tidak tahu di mana
penggandaan perlu dilakukan.
Contoh:
Perdana Menteri
Setiausaha
Kakitangan

3.4.7

Buah tangan
Warganegara
Menteri Besar

Kata Ganti Singkat


Penggunaan Ku, Kau, Mu dan Nya
Contoh:
Ia memangil ku

- ia memanggilku

Dia memangil mu

- dia memanggilmu

Ke hadratnya

- ke hadratNya

Dia menoleh kepada ku

- dia menoleh kepadaku

Itu rumahnya

- itu rumahnya

21
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


3.5

Soalan Untuk Dicuba


1. Antara ayat-ayat di bawah ini yang manakah BETUL penggunaan tatabahasanya?
I.
II.
III.
IV.

Di zaman moden ini kita harus peka dan menguasai teknologi maklumat.
Dia gembira setelah menonton pertunjukkan sarkas itu.
Banyak ayam telah mati bergelimpangan di atas jalan raya itu.
Sejumlah para pekerja telah mogok akibat gaji mereka dipotong.
A. I dan III sahaja.
B. II dan III sahaja.
C. I, II dan III.
D. III dan IV sahaja.

2. Antara yang berikut yang manakah penggunaan kata berhuruf condong yang BETUL?
I.
II.
III.
IV.

3.6

Daripada saya duduk, lebih baik saya berdiri di sini.


Esah menggantungkan gambar ibu pada dinding biliknya.
Semua dokumen itu hendaklah dihantar kepada pihak Kementerian Pendidikan secepat
yang mungkin.
Dia menerima bungkusan itu daripada seseorang yang tidak dikenalinya.
A. IV sahaja.
B. I dan IV.
C. I, II dan III.
D. Semua di atas.

Soalan Perbincangan
1. Hari ini di muka-muka akhbar dan majalah banyak memperkatakan tentang fenomena
bahasa rojak. Bincangkan apakah bahasa rojak tersebut dan bagaimanakah fenomena ini
boleh berlaku?
2. Walaupun sudah lebih 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaannya dengan
mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, namun hari ini kita masih boleh
lihat terdapat banyak kesalahan bahasa yang berlaku di sana-sini. Bincangkan dalam aspek
apakah kesalahan ini sering berlaku, iaitu yang dapat kita lihat di papan-papan tanda dan
juga dokumen-dokumen bertulis kerajaan ataupun swasta.

22
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

BAB 4: KOMUNIKASI INTERPERSONAL, KOMUNIKASI TANPA LISAN &


KOMUNIKASI MEDIA
4.1

Apa Itu Komunikasi






4.2

Kemahiran Komunikasi






4.3

Proses memindahkan mesej atau maklumat daripada satu pihak ke pihak yang lain.
Dua pihak terlibat, iaitu pihak penghantar atau penyampai mesej dan penerima mesej.
Keberkesanan komunikasi bergantung kepada sejauh mana penerima dapat menerima
mesej dengan baik dan tepat.

Dapat cerminkan imej dan peribadi yang kita miliki.


Satu aset penting dalam dunia pekerjaan.
Cemerlang akademik tidak bererti cemerlang dalam komunikasi.
Dapat menjalinkan hubungan dengan pihak atasan, rakan sejawat, bawahan serta
pelanggan.
Imej positif sesuai dengan kedudukan atau jawatan yang dipegang.

Proses Komunikasi
1. Sumber dasar yang digunakan dalam penyampaian mesej dan dan bertujuan
memperkuatkan lagi pesanan itu sendiri.
2. Saluran penghubung @ jalinan komunikasi di antara dua atau lebih individu.
3. Hasil akibat daripada suatu komunikasi, iaitu sikap dan tingkah laku individu, sesuai @
tidak dengan apa yang kita inginkan.
4. Penyampai penghantar mesej kepada penerima atau khalayak.
5. Penerima pihak yang menerima mesej yang disampaikan oleh penyampai.

4.4

Ciri-Ciri Asas Komunikasi Berkesan

Mesej yang bermakna.


Kejelasan maklumat penghantar mesej perlu pandai memilih kata-kata @ simbol yang
sesuai semasa berkomunikasi.
Kepercayaan daripada penerima berkait rapat dengan aspek keperibadian seseorang
individu.
Kaedah penyampaian perlu bersesuaian dengan tujuan penyampaian maklumat.
Kesinambungan (proses yang berterusan) berhubungan.
Keupayaan penerima tahap keupayaan penerima bergantung kepada kesesuaian yang
dibuat oleh penyampai.

23
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


4.5

Jenis-Jenis Komunikasi
4.5.1

Komunikasi Interpersonal

4.5.2

Komunikasi antara individu


Berlaku secara bersemuka
Sekurang-kurangnya dua orang (dua hala)
Penggunaan 4M (Mengetahui, Memahami, Menghargai, Menghormati)
 Mengetahui
a. ketahui latar belakang individu yang hendak dibicara.
 Memahami
a. mengeratkan hubungan yang sudah wujud agar tahan lama.
 Menghargai
a. menghargai orang lain boleh disampaikan melalui pujian. Strategi untuk
membuat satu kritikan seeloknya dimulakan dengan pujian terlebih
dahulu.
 Menghormati
a. perasaan hormat perlu ada sama ada bercakap dengan orang lebih
berusia, sebaya atau lebih muda daripada kita.
b. bertujuan menjamin pertuturan yang sopan dan beradab sewaktu
proses komunikasi berlansung.

Komunikasi Khalayak

Menyampaikan maklumat kepada orang yang ramai.


Berlaku secara formal.
Mempunyai struktur dan bentuk tertentu.

4.5.3

Komunikasi Massa
Maklumat disampaikan melalui perantaraan media.
Pengantaraan dijadikan sebagai jarak antara penyampai dan penerima maklumat.
Ditentukan oleh saiz, ciri penerima dan khalayak.
Khalayak boleh terdiri daripada pelbagai golongan.
Tidak berlaku secara spontan dan tidak formal.

4.5.4

Komunikasi Tanpa Lisan

Menyampaikan maklumat yang sukar untuk dilahirkan melalui pertuturan atau


tulisan.
Pelengkap kepada ketiga-tiga jenis komunikasi di atas.
Boleh berlaku secara sendirian (emosi, personaliti dll)

24
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

4.5.5

Antara Komunikasi Tanpa Lisan


Isyarat gerak tangan

Isyarat simbol emblems

Simbol berserta lisan illustrators

Isyarat air muka

Lahir secara semula jadi

Boleh mengetahui perasaan dan peribadi seseorang

Isyarat nada suara

Dilahirkan bersama-sama ucapan lisan

Tinggi atau rendah suara membawa maksud yang berbeza

Boleh menggambarkan perasaan

Isyarat bahasa badan

4.6

Pergerakan badan semasa berkomunikasi

Mempunyai makna tersendiri.

Soalan Untuk Dicuba


1. Penerimaan mesej yang tepat maksud dan maklumatnya tanpa sebarang kekeliruan dan
salah faham amat penting dalam struktur sesuatu komunikasi. Hal ini merujuk kepada
____________.
A. kefahaman komunikasi
B. penghasilan komunikasi
C. penghargaan komunikasi
D. keberkesanan komunikasi
2. Antara yang berikut, perkara yang manakah tidak mempamerkan fenomena komunikasi
yang berkesan?
A. kaedah penyampaian
B. keupayaan penerima
C. saluran penyampaian mesej
D. kepercayaan penerima

25
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


4.7

Soalan Perbincangan
1. Nyatakan perbezaan di antara komunikasi khalayak dan komunikasi massa. Bagaimanakah
kedua-dua jenis komunikasi ini berhubungan dan saling berkait dalam proses komunikasi
yang berkesan?
2. Komunikasi yang berkesan dan bersistematik perlu melibatkan aspek 4M. Nyatakan apakah
konsep 4M tersebut dan bagaimana ia dikatakan mustahak dalam memastikan komunikasi
yang dibuat itu berkesan?

26
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

BAB 5: KOMUNIKASI ORGANISASI DAN KOMUNIKASI KHALAYAK


5.1

Jenis Komunikasi Dalam Organisasi


1. Komunikasi ke atas (upward communication)
Komunikasi antara pekerja dengan majikan
Pendapat, hasrat, kritikan dan sebagainya harus disalurkan dengan betul
dan penuh rasa hormat.
2. Komunikasi ke bawah (downward communication)
Komunikasi antara pihak majikan dengan pekerja bawahannya
Seorang ketua harus tegas dan bijak dalam membuat arahan dan arahan itu
perlu berdasarkan keperluan.
3. Komunikasi mendatar (horizontal communication)
Komunikasi antara pekerja yang setaraf, sama jawatan atau di bawah satu
bahagian yang sama.

5.2

Komunikasi Khalayak

5.3

Pengucapan Awam merupakan salah satu unsur dalam komunikasi khalayak.


Antara aktiviti-aktiviti pengucapan awam (public speaking) ialah, ceramah, ucapan dan
taklimat.
Aspek-aspek yang perlu dikenal pasti apabila menyampaikan aktiviti ini ialah :
i).
perucap penyampai ucapan.
ii).
audien orang atau kumpulan orang yang mendengar ucapan itu.
iii).
bahan
iv).
bahasa
v).
tatacara penyampaian

Menyusun Ucapan
Penyusunan ucapan boleh;
membantu perucap mengembangkan ideanya selengkap-lengkapnya.
membantu perucap membicarakan sesuatu tajuk dalam tempoh yang terbatas.
membantu audien menganalisis maklumat yang disampaikan
membantu audien mengenal pasti intipati ucapan; dan
membantu audien memahami konsep-konsep utama.

27
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


5.4

Langkah-Langkah Penyusunan Idea


Di antara langkah-langkah yang perlu diambil dalam menyusun idea ialah;
Mengenal pasti subjek yang mahu disampaikan.
Setelah diteliti ketepikan perkara-perkara yang tidak penting dengan topik.
Sediakan satu senarai idea-idea hujah utama.
Kumpulkan maklumat yang menyokong perkara-perkara utama.
Teliti dan halusi rangka sebelum menulis teks ucapan.

5.5

Membuat Pengenalan
Perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menimbulkan keberkesanan ialah;
 memberikan perhatian terhadap setiap kata-kata dan pergerakan yang akan diperaga
kepada audien. Ini memerlukan perancangan.
 membuat kenyataan yang kontroversial pada permulaan ucapan.
 menunjukkan bahan tampak yang mempamerkan aspek utama ucapan.
 mewujudkan perhubungan mata dengan audien.
 memulakan ucapan dengan kutipan-kutipan ungkapan orang ternama, orang terkenal
dan tokoh-tokoh.
 menyampaikan puji-pujian tertentu kepada audien.

5.6

Membuat Kesimpulan
Di antara perkara-perkara yang ditekankan dalam kesimpulan ialah;
 Mengulas perkara-perkara utama dalam mesej dengan menekankan idea-idea pokok
tanpa memperincikannya.
 Memberi penekanan kepada hujah yang paling penting.
 Menyuarakan gesaan untuk bertindak khususnya pada ucapan berbentuk membujuk.
 Mengukuhkan hujah-hujah yang masih lemah.
 Meninggalkan tanggapan yang positif terhadap perkara-perkara utama agar audien
dapat bertindak balas terhadap perkara-perkara utama ucapan itu.

5.7

Bahasa
Merupakan alat peratusan atau penyampaian mesej sama ada yang berbentuk idea, konsep,
teori atau digunakan untuk memberi dan mendapatkan maklumat, untuk menjelaskan sikap dan
perasaan, untuk membuat laporan, untuk melakukan perbincangan, untuk mengajar, untuk
meyakinkan,dan ia adalah untuk mempengaruhi fikiran serta tindakan audien sasaran.

28
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


5.8

Penggunaan Bahasa Dalam Perucapan


Perucapan mempunyai empat tujuan apabila menyusun kata-kata, frasa klausa dan ayat-ayat
dalam teks ucapannya, iaitu;
1. Jelas
2. Menarik
3. Sesuai dengan audien
4. Berkaitan dengan sesuatu keadaan
5.8.1

5.8.2

5.8.3

Jelas
 Bahasa hendaklah tepat dan konkrit. Segala idea hendaklah dijelaskan dengan
menggunakan bahasa yang senang difahami.
 Berhati-hati apabila menggunakan bahasa yang teknikal. Seelok-eloknya berikan
makna atau erti kata-kata teknikal yang digunakan itu.
 Berhati-hati apabila menggunakan perkataan yang mempunyai makna berlapis atau
bahasa konotatif.
 Sentiasa menghuraikan apa yang dimaksudkan untuk mengelakkan kekeliruan dan
ketidakfahaman khususnya konsep-konsep yang diterapkan dalam teks ucapan.
Menarik
 Mempelbagaikan corak percakapan atau wujudkan variasi dalam penggunaan
bahasa.
 Perucap digalakkan menggunakan bahasa-bahasa yang cergas, retorik, bertenaga
dan imaginatif, menggunakan metafora, bahasa kiasan, bandingan dan yang
seumpamanya bagi menghidupkan persembahan ucapan.
Sesuai Dengan Audien


5.8.4

Perucap perlu mentafsir aras kebijaksanaan audien dengan menggunakan berbagaibagai laras bahasa semasa mempersembahkan ucapan mereka.

Berkaitan Dengan Sesuatu





Perucap perlu mengenal pasti perkataan-perkataan yang sesuai serta fleksibel.


Tajuk yang dibicarakan dan jenis audien juga boleh menjadi panduan untuk
menetukan jenis bahasa yang digunakan sama ada bersahaja, serius atau boleh
diselitkan dengan unsur jenaka.

29
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


5.9

Gaya Bahasa Dalam Perucapan


Ia merujuk kepada bagaimana tatatertib perucap menonjolkan diri. Antara komponenkomponen gaya bahasa yang berkesan dalam perucapan ialah

Tersendiri
- berlaku secara automatik iaitu hasil langsung daripada pengalaman perucap
tentang pesekitarannya.
- memerhati tokoh-tokoh di sekeliling yang mempersembahkan ucapan mereka.

Hubungkan Gaya Dengan Apa Yang Diperkata


-

Gunakan Ayat Aktif


-

ia lebih bersifat terus dan langsung.


penstrukturannya hendaklah mematuhi
Menerangkan).

Hukum

D-M

(Diterangkan-

Gunakan Bahasa Ekonomis.


-

5.10

ia boleh menjadikan mesej yang di sampaikan lebih menarik.


gaya perlu disesuaikan dengan kehendak atau tujuan sesuatu mesej itu
disampaikan.

Mengurangkan perkataan-perkataan yang tidak perlu.

Tatacara Penyampaian
Terdapat dua aspek iaitu aspek lisan dan aspek bukan lisan
1. Aspek Lisan Dalam Penyampaian

perucap mampu serta mahir dalam penggunaan bahasa.


2. Aspek Bukan Lisan Dalam Penyampaian

Gerakan Badan
-

tingkah laku fizikal


perucap perlu memastikan tiada tingkah laku yang mengganggu
penyampaian ucapannya.

Sifat Fisiologi
-

Iaitu bentuk fizikal perucap seperti bentuk badan, daya tarikan keseluruhan,
kebersihan diri, bau badan, rambut serta warna kulit memaparkan rasa
keyakinan.

30
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

Sentuhan
-

Sifat Suara
-

Perucap haruslah menepati waktu, punyai perancangan masa yang baik dan
memperuntukkan waktu untuk audien mengemukakan soalan

Sahsiah Rupa Diri


-

Berfungsi sebagai rangsang bukan lisan seperti pakaian, perhiasan, solekan


dan lain-lain.

Haruslah sesuai dengan acara, sama ada rasmi atau tidak rasmi.

Hubungan Mata
-

5.11

memberi peluang kepada perucap untuk mewujudkan hubungan fizikal


Berkesan dalam keadaan yang tidak formal dan jumlah audien yang sedikit.

Penggunaan Masa
-

dirujuk kepada mutu suara perucap sama ada nyaring, besar, kecil, lembap,
pantas dan vokalizer seperti : ya, um, er dan kata-kata atau frasa-frasa
tertentu yang sering dimasukkan dalam ucapan.
Bunyi seperti ini boleh mengganggu kelancaran penyampai. Ini patut
dihapuskan

Penggunaan Ruang
-

dilakukan dalam kumpulan audien yang kecil.


sentuhan seperti bersalaman dan boleh menimbulkan rasa mesra dan
keramahan perucap.

membantu mengekalkan minat audien. Perucap perlu mengekalkan


hubungan mata yang langsung sekurang-kurangnya daripada masa
berucap.
Elakkan penumpuan sepenuh perhatian kepada nota.
Hubungan mata membolehkan perucap mengesan daya tumpuan audien
terhadap ucapannya.

Kaedah-Kaedah Penyampaian
Terdapat empat kaedah asas dalam penyampaian ucapan iaitu ;


Hafalan perucap menulis, kemudian menghafal seluruh ucapannya.

31
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113




Spontan apabila diminta menyampaikan ucapan secara tiba-tiba.


perlu seringkas dan seumum mungkin bagi mengelakkan kekaburan maklumat
(guna pengalaman peribadi).

Membaca Teks kaedah yang paling lumrah digunakan perucap iaitu menumpukan
kepada manuskrip dan sekali-sekala memandang audien.

Merujuk Rangka perucap hanya menyediakan rangka ucapan dengan memilih katakata kunci bagi isi ucapannya.
-

5.12

cara ini sangat ekspresif dan menghasilkan ucapan yang bersahaja serta
mudah mengubahsuai fakta.

Contoh Soalan Peperiksaan


1. Yang berikut merupakan antara komponen gaya bahasa yang berkesan dalam pengucapan,
KECUALI
A. menghubungkan gaya dengan apa yang diperkata.
B. lebih banyak mengunakan ayat pasif.
C. tersendiri dan unik melalui kemahiran yang dimiliki.
D. menggunakan bahasa yang ekonomis.

2. Berikut adalah antara kepentingan penyusunan ucapan kepada pengucap KECUALI


I.
membantu pengucap membicarakan sesuatu tajuk dalam tempoh yang tidak
terbatas.
II.
membantu pengucap mengembangkan idea dengan selengkap-lengkapnya.
III.
membantu khalayak mengenal pasti intipati ucapan yang disampaikan.
IV.
membantu pengucap menganalisis maklumat yang disampaikan.
A. I dan II.
B. I dan III.
C. I dan IV.
D. III dan IV.

5.13

Soalan Perbincangan


Bincangkan ciri-ciri seorang penyampai yang baik dan apakah yang perlu dilakukan oleh
seseorang penyampai itu apabila ingin menyampai atau melakukan sesuatu komunikasi
khalayak.

32
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

BAB 6: KESANTUNAN BERBAHASA, GELARAN & RUJUKAN KEHORMAT


6.1

Pengenalan

6.2

Kesantunan dikaitkan dengan pengunaan bahasa yang halus dan sopan serta melambangkan
nilai sosial dan budaya sesebuah masyarakat.
Kesantunan berbahasa diukur melalui penggunaan kata panggilan, gelaran dan rujukan
kehormat dan pemilihan setiap perkataan yang digunakan dalam organisasi
Merupakan aspek terpenting dalam penggunaan bahasa terutama dalam sektor korporat.

Penggunaan Bahasa Halus


Penggunaan Bahasa halus dapat dilihat dalam tiga aspek:
Kata Panggilan
Perbendaharaan Kata Arab
Pemilihan Kata
6.2.1

Kata Panggilan
Dalam budaya melayu,kata panggilan boleh terbahagi kepada beberapa bahagian.
Antaranya ialah
-

Kata Panggilan Berdasarkan Hubungan Kekeluargaan.


i) Keluarga Asas


keluarga yang terdiri daripada ayah, ibu dan anak-anak

Peranan

Kata Panggilan

Ayah

Ayah, bapa, pak, abah

Ibu

Ibu, mak, mama

Anak atau adikberadik

Kakak, abang, adik, along, angah, alang,


ateh, usu, Kak Alya, Abang Mat, Kak Ani
dan sebagainya.

33
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


ii) Keluarga Kembangan


keluarga yang lebih luas daripada keluarga asas.

Peranan

Kata Panggilan

Datuk

Datuk, tok, tok wan, aki dan pakwe

Nenek

Nenek, nek, tok, opak, dan makwe

Pakcik

Pakcik, pak long, pak ngah, pak lang, pak teh, pak uda, pak usu,
dan sebagainya.

Makcik

Makcik, mak long, mak ngah, mak lang, mak teh, mak uda, mak
usu, dan sebagainya.

Sepupu lelaki
lebih tua)

(yang

Abang

Sepupu
Perempuan
(yang lebih tua)

Kakak

Sepupu
lelaki
&
perempuan (yang lebih
muda)

Adik

Sepupu (yang sebaya)


dan anak saudara.

Panggilan mengikut nama individu tersebut.

34
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

Kata Panggilan Berdasarkan Hubungan Bukan Keluarga




Antara kata panggilan yang tergolong dalam kategori ini ialah,


Peranan

6.3

Kata Panggilan

Wanita yang belum berkahwin

Cik

Wanita yang telah berkahwin

Puan

Lelaki (telah atau belum berkahwin)

Tuan/Encik

Wanita (secara umum)

Saudari

Lelaki (secara umum)

Saudara

Gelaran
Dalam masyarakat Melayu, kesantunan berbahasa mengambil kira aspek gelaran yang tepat
untuk menyapa seseorang individu. Gelaran ini terbahagi kepada lima kategori, iaitu :
6.3.1

Gelaran Warisan

Gelaran yang diwarisi oleh seseorang melalui perwarisan keturunan keluarganya.


Sesetengah gelaran ini merujuk kepada keturunan bangsawan

Gelaran Warisan terbahagi kepada tiga pecahan iaitu :


Kedudukan

Gelaran

Warisan / keturunan
raja

Raja (Perak dan Selangor), Tunku (Johor dan Negeri Sembilan), Tengku
(Kelantan, Pahang, Kedah dan Terengganu)

Warisan bangsawan

Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan dan Terengganu),
Abang (Sarawak), Datu ( Sabah), Tan (Kedah), Tun ( Terengganu)

Warisan biasa

Syed, Sayid, Syekh, Syarifah, dan Siti

35
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


6.3.2

Gelaran Anugerah Kerajaan

Gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa kepada individu
yang dianggap telah berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Antara gelaran
anugerah ini ialah,

Anugerah

Gelaran

Anugerah Tertinggi daripada Kerajaan Persekutuan untuk lelaki


dan wanita.

Tun

Gelaran untuk isteri kepada Tun

Toh Puan

Anugerah kedua tinggi daripada Kerajaan Persekutuan untuk


lelaki dan wanita

Tan Sri

Gelaran untuk isteri kepada Tan Sri

Puan Sri

Anugerah daripada Kerajaan Negeri untuk lelaki dan wanita.

Datuk,(Datuk Seri,Datuk
Paduka, Datuk Setia)

Gelaran untuk isteri kepada Datuk

Datin/Toh Puan (Selangor)

Anugerah daripada kerajaan Selangor kepada wanita sahaja

Datin Paduka

6.3.3

Gelaran Anugerah Ikhtisas


Anugerah yang diperoleh di atas kejayaan atau pencapaian individu terbabit dlam
bidang akademikatau ikhtisas.
Anugerah ini tidak boleh diwarisi oleh anak atau ahli keluarga lain.
Anugerah ini diberikan tanpa mengambil kira faktor jantina.

36
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

Gelaran

Anugerah
Anugerah bagi professor yang telah mencapai
kemuncak bidang akademik.

Professor Emeritus / Professor Diraja

Anugerah bagi pangkat paling tinggi dalam bidang


akademik.

Professor

Anugerah bagi pangkat kedua tinggi dalam bidang


akademik

Professor Madya

Anugerah bagi lulusan doktor falsafah (PhD.) dan


bidang perubatan

Doktor

Anugerah bagi yang telah berjaya berkhidmat dalam


perkembangan dunia akademik.

Cikgu

6.3.4

Gelaran Keagamaan.
Merujuk kepada gelaran bagi mereka yang terlibat dengan bidang keagamaan di
Malaysia.
Terdiri daripada anggota kerja Jabatan Agama Islam dan ada juga kepada mereka yang
telah menunaikan fardu haji.
Gelaran

Kedudukan
Mufti dan pemimpin agama (ulama)

Sahibul Samahah

Kadi

Sahibul Fadilah

Pengarah Jabatan Agama Islam (Negeri Selangor)

Sahibul Saadah

Lelaki yang telah menunaikan fardu haji

Haji / Tuan Haji

Wanita yang telah menunaikan fardu haji

Hajjah / Puan Hajjah

37
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


6.3.5

Gelaran yang Digabungkan

6.4

Merujuk kepada beberapa jenis gelaran atau panggilan yang digabungkan untuk
merujuk kepada seseorang individu tertentu.
Berlaku apabila seseorang tersebut memiliki status sosial yang tinggi dalam
masyarakat dan pada masa yang sama, mereka penerima gelaran anugerah
daripada kerajaan.
Gelaran ini boleh digabungkan menurut urutan tertentu. Kebiasannya, gelaran
kurniaan kerajaan akan mendahului semua gelaran yang lain. Contoh
Penggunaannya ialah:
i.
Kekeluargaan + Keagamaan = Mak Haji, Pak Haji
ii.
Kekeluargaan + Warisan = Mak Ungku, Pak Ungku, Mak Nik, Pak Nik
iii.
Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan =
Tan Sri Professor Raja Haji Kamaruddin Osman

Rujukan Kehormat
Merupakan kata-kata rujukan yang dikenakan kepada sasaran menurut taraf sosialnya dan
merujuk kepada penggunaan gelaran atau panggilan yang digunakan dalam sistem protokol.

Rujukan Kehormat terbahagi kepada kepada 3 bahagian atau pecahan, iaitu:


i.
ii.
iii.

i.

Rujukan Kehormat Berdasarkan Gelaran Diraja.


Rujukan Kehormat Berdasarkan Gelaran / Status Sosial.
Rujukan Kehormat Berdasarkan Kerjaya.

Rujukan Kehormat Berdasarkan Gelaran Diraja.


Kedudukan

Rujukan Kehormat

Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda

Sultan dan Sultanah/Tengku Ampuan, Raja dan


Permaisuri, Yang DiPertuan Besar.

Duli Yang Maha Mulia

Balu Sultan/Raja/Yang DiPertuan Besar

Yang Maha Mulia

Raja Muda / Tengku Mahkota

Duli Yang Teramat Mulia

38
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

Anak Raja Bergelar

Yang Teramat Mulia

Kerabat Diraja

Yang Amat Mulia

Gelaran warisan biasa

Yang Mulia

ii.

Rujukan Kehormat Berdasarkan Gelaran / Status Sosial.


digunakan ketika berkomunikasi dengan mereka yang berkedudukan dan memiliki
status sosial yang tinggi di kalangan masyarakat.
Gelaran/Kedudukan

Rujukan kehormat

Wakil Rakyat yang memiliki gelaran Tengku (Kerabat Diraja)

Yang Berhormat Mulia

Tun, Toh Puan, dan isteri Yang Di Pertua Negeri

Yang Amat Berbahagia

Tan Sri, Puan Sri, Datuk seri, Datin Seri, Datuk, Datin, Datin
Paduka dan Datin Sri.

Yang Berbahagia

iii.

Rujukan Kehormat Berdasarkan Kerjaya


merujuk kepada kerjaya seseorang individu dan hanya digunakan kepada seseorang
yang memegang jawatan sahaja.
Kerjaya / Pangkat

Rujukan Kehormat

Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri


Besar Dan Ketua Menteri

Yang Amat Berhormat

Menteri, Timbalan Menteri, Anggota Parlimen, Ahli DUN.

Yang Berhormat

Ketua Hakim Negara

Yang Amat Arif

39
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

Hakim

Yang Arif

Ketua Polis Negara

Yang Amat Setia

Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia

Yang Berbahagia Jeneral/Leftenan


Jeneral.

Kerjaya / Pangkat

Rujukan Kehormat

Ketua Turus Tentera Darat

Yang Berbahagia Jeneral/Leftenan


Jeneral/Mejar Jeneral

Ketua Turus Tentera Laut

Yang Berbahagia Laksamana Laut

Ketua Turus Tentera Udara

Yang Berbahagia Komodor Udara

Pegawai Tinggi Kerajaan (Pegawai Kanan/Ketua


Jabatan)

Yang Amat Berusaha

Pegawai Tinggi Kerajaan

Yang Berusaha

Ketua Pengarah/Pengarah, Ketua Pengurus/Pengurus,


Residen/Pegawai Daerah.

Yang Berbahagia

Pemimpin Kecil (Ketua Kampung,penghulu, Ketua Dan


Guru)

Yang Dihormati

40
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


6.5

Pemilihan Perkataan

Setiap perkataan memiliki nilai sama ada halus, kasat atau kesat.
Pemilihan perkataan yang bersopan-santun dan beralas menggambarkan kehalusan dan
keluhuran budi pekerti seseorang.
Terdapat pelbagai interpretasi terhadap perkataan tertentu dalam kalangan masyarakat
melayu. Contoh perkataan yang sinonim ini dianggap kesat, kasar dan kurang sopan untuk
digunakan.
mencekik terlalu kasar
makan neutral (tidak kasar dan tidak pula terlalu sopan)
jamah lebih halus dan paling sopan.

Pemilihan kata dalam kesantunan berbahasa terbahagi kepada tiga iaitu, bahasa halus,
bahasa kasar, dan bahasa kesat.


Bahasa Halus - bahasa yang paling sopan dalam tatatingkat pemilihan perkataan
-

Bahasa Kasar - bahasa yang kurang sopan untuk digunakan terutamanya apabila
berkomunikasi dengan individu yang lebih dewasa.
-

penggunaannya cukup meluas, tidak kira semasa berkomunikasi dengan


orang yang lebih tua ataupun sebaliknya.

Namun bahasa kasar masih boleh digunakan semasa berkomunikasi dengan


mereka yang sebaya, atau sejawatan dengan

Bahasa Kesat - bahasa yang dikategorikan sebagai bahasa untuk mencerca


seseorang.
- perkataan yang digunakan untuk mencaci, menghina, dan mencarut.
- wajar dielak melainkan dalam situasi tertentu yang memerlukan
penggunaannya seperti memarahi pencuri yang cuba pecah masuk ke
rumah.

41
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

42
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


Pemilihan kata yang sesuai boleh mengklasifikasikan kita sebagai individu yang bersopan santun
ataupun sebaliknya. Namun, penggunaan perkataan yang kasar dan kesat masih dibolehkan
mengikut konteks dan situasi yang sesuai.
Kesimpulannya, kesantunan berbahasa amat penting bagi keselesaan sesebuah komunikasi.
Penggunaan aspek kesantunan ketika berbahasa mencerminkan keperibadian dan citra diri
setiap individu dalam masyarakat.

6.6

Contoh Soalan Peperiksaan


1. Padanan gelaran yang berikut adalah sesuai KECUALI
A. Gelaran untuk isteri kepada Tun - Toh Puan.
B. Anugerah bagi lulusan Ph.D Profesor Madya.
C. Gelaran warisan keturunan raja Tengku.
D. Anugerah kedua tinggi kerajaan Persekutuan Tan Sri.
2. Penggunaan sistem sapaan dan sistem panggilan dalam budaya Melayu menggambarkan
I.
amalan budi bahasa masyarakat tersebut.
II.
kekayaan budaya masyarakat tersebut.
III.
susun lapis masyarakat tersebut.
IV.
kehidupan beragama dalam masyarakat tersebut.
A. I dan II.
B. III dan IV.
C. I, II dan IV.
D. II, III dan IV.

43
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

BAB 7: VARIASI BAHASA


7.1

Definisi Variasi Bahasa (VB)


 Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk
 bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi
tertentu.
 Halliday(1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu;
 Pengguna orang yang menggunakan sesuatu bahasa; dan
 Penggunaan keses
kesesuaian
uaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi
bahasa itu digunakan.

IDIOLEK
ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan individu.

ISOGLOS atau garis sempadan linguistik


ialah satu pemisah antara dialek dengan dialek yang lain dalam satu bahasa.

DIALEK DAERAH atau loghat daerah


ialah kelainan bahasa yang wujud pada peringkat kawasan disebabkan oleh faktor

44
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


7.2

Ciri-ciri Bahasa Baku dan Dialek


 Bahasa Baku
 Untuk tujuan rasmi
 Tiada mempunyai penutur
asli
 Mematuhi peraturan
tatabahasa
 Digunakan dalam konteks
formal
 Pelbagai laras
 Menggunakan sistem
panggilan formal

7.3

Dialek
-








Bersifat fonemik
Mengalami perancangan
yang sistematik
Menggunakan perkataan
yang lengkap dan tepat
Tiada unsur kependekan
Tersusun
Menekankan ketepatan dan
kejelasan makna

Tujuan tidak rasmi


Tidak mementingkan tatabahsa
Banyak menggunakan istilah berdasarkan daerah
Menggunakan bahasa biasa yang bersifat tidak formal
Menggunakan imbuhan tertentu atau tidak sama sekali
Menggunakan sebutan yang tidak tepat atau tidak mengikut ejaan
Banyak menggunakan unsur kependekan kata
Secara lisan
Sistem sapaan yang berbeza

Ciri-ciri Bahasa Formal dan Bahasa Tidak Formal


 Bahasa Formal
 Mematuhi peraturan tatabahasa yang ditetapkan
 Ayat-ayat diucapkan dengan intonasi yang betul
 Menggunakan bahasa baku
 Menggunakan kata ganti nama diri dan bentuk sapaan atau gelaran yang formal
 Tidak menggunakan nama sendiri, nama ringkas atau nama timbangan
 Tiada unsur kependekan kata dan pencampuran kod
 Menggunakan kosa kata yang lebih halus dan sopan
 Binaan dan susunan ayat yang betul
 Mematuhi format tertentu seperti ucapan, ceramah dan persuratan

45
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


 Bahasa Tidak Formal
- Tiada terikat kepada peraturan tatabahasa
- Binaan ayat tidak perlu tersusun dan tanpa intonasi yang sempurna
- Menggunakan kata ganti nama diri yang lebih mesra dan penggunaan nama sendiri
- Penggunaan gelaran kekeluargaan dan panggilan yang lebih intim
- Terdapat unsur percampuran kod dan kependekan kata
- Pemilihan kosa kata lebih dipengaruhi dialek daerah dan tidak begitu mementingkan
kehalusan bahasa
7.4

Ciri-ciri Bahasa Halus dan Bahasa Kasar


 Bahasa Halus
 Diucapkan dengan nada yang lembut dan rendah diri
 Pemilihan diksi memperlihatkan kesopanan
 Menggunakan tatabahasa yang lengkap dan teratur
 Menggunakan kata ganti nama diri yang lengkap dan sopan
 Menggunakan peribahasa atau kiasan
 Bahasa Kasar
 Penggunaan kata yang kesat dan kurang menyenangkan pendengarnya
 Menggunakan kata sindiran
 Penggunaaan ganti nama diri yang kurang sopan
 Tidak menggunakan peraturan nahu yang lengkap
 Penggunaan dalam emosi yang negatif

7.5

Ciri-ciri Bahasa Istana dan Bahasa Biasa


 Bahasa Istana
 Penggunaan kata dan ungkapan yang khusus
 Penggunaan kata ganti nama diri orang
 Penggunaan gelaran dan rujukan kehormat
 Penggunaan unsur pemulukan (menyanjung raja) dan pendinaan (merendahrendahkan dirinya)
 Bahasa Biasa
 Menggunakan struktur ayat yang mudah
 Tidak mengikut peraturan tatabahasa
 Kosa kata atau perkataan yang mudah difahami
 Terdapat juga pemilihan kata-kata yang kurang sopan
 Unsur singkatan atau kependekan kerap digunakan
 Menggunakan kata ganti nama diri mengikut kesesuaian
 Terdapat percampuran kod
46

MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


7.6

7.7

Contoh Dialek
Dialek

Bahasa

Dialek

Dialek

Dialek

Dialek

Baku

Kedah

Perak

Kelantan

Terengganu

Negeri
Sembilan

air

ayaq

ayo

aye

aye

aye

apa

apa

ape

apo

ape

apo

pergi

pi

pegi

gi

gi

poyi

ular

ulaq

ulo

ula

ulo

ula

Dialek Sosial
7.7.1 Contoh Bahasa Slanga/Bahasa Kutu/Bahasa Rocker
Tangkap relaks la brader.
Gua tak main cintan sama
lu punya awek.
Bro
Poyo
Sempoi

Kantoi
Tangkap lentok
Cool
Cun
Dll.

7.7.2

Bahasa Pasar
Sekalang gua punya mini sutat tatak mau dengar gua punya cakap. (Sekarang
isteri/bini saya sudah tidak mahu mendengar kata saya)
Itu worang makan kasi kalu banyak suka, kerja panggil kalu banyak malas. (Orang itu
kalau diberi makan suka tetapi kalau disuruh bekerja malas.)
Banyak cantik
Banyak sakit

7.7.3

Contoh Unsur percampuran Kod


I cari you last night tapi you tak ada di rumah. Kata sister you, you enjoy kat disko.
Sorrylah. I tak nampak you semalam.
Insya-Allah, esok ana akan jemput anta dari airport

47
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


7.8

7.9

Bahasa Basahan/bahasa cakap mulut/bahasa kolokial/


bahasa bersama/bahasa biasa Bahasa baku

BAHASA BAKU

BAHASA BASAHAN

Mengapa

Kenapa

Bagaimana

Macam mana

Sedang

Tengah

Hendak

Nak

Ambil

Ambek/amek

Pula

Pulak

Sihat

Sehat

Contoh Bahasa Kasar dan Bahasa Halus


Bahasa Yang Kurang Manis/Kasar
Kencing
Berak
Mengandung/hamil
Menguburkan
Mati

Bahasa Halus/Kiasan Pemanis


Ke sungai kecil/buang air kecil
Ke sungai besar/buang air besar
Berbadan dua
Mengebumikan
Menghembuskan
nafas
yang
terakhir
Nafkah batin
Datang bulan
Bapa budak ini

Bersetubuh suami isteri


Keluar darah haid
Suami
Isteri
Membuta

Orang rumah
Tidur
Makan

48
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


7.10

Contoh Bahasa Istana


a. Penggunaan kata ganti nama diri orang
 Penggunaan kata ganti
 Penggunaan kata kekeluargaan seperti ayahanda, bonda, kakanda, adinda dan anakanda
KATA GANTI

RAJA

RAKYAT

Pertama

Beta

Patik,
hamba

Kedua

Tuanku

Tuan
hamba

Ketiga

Baginda

b. Penggunaan gelaran
i.
Gol. diraja mempunyai gelaran tertentu mengikut negeri masing-masing

Raja: Perak dan Selangor

Tunku/Ungku: Johor, Kedah, dan Negeri Sembilan

Tengku: Kelantan, Pahang, dan Terengganu
ii.

Rujukan kehormat berdasarkan pangkat atau status:


STATUS

RUJUKAN KEHORMAT

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri


Agong

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia seri Paduka


Baginda

Sultan dan Sultanah Kelantan

Ke Bawah duli yang Maha Mulia

Sultan dan Sultanah negeri lain

Duli Yang Maha Mulia

Balu Raja

Yang Maha Mulia

Raja Muda dan Tengku Mahkota

Duli Yang Teramat Mulia atau Teramat Mulia

Kerabat diraja

Yang Amat Mulia

49
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


c. Perkataan atau ungkapan khusus
i.

Terbahagi dua:

Bahasa yang bersifat rutin atau jumud, iaitu tidak berubah-ubah sejak dahulu.

Contoh: ampun tuanku beribu-ribu ampun, daulat tuanku, menjunjung kasih tuanku,
titah tuanku patik junjung

Perbendaharaan kata leksis/kosa kata. Contohnya:


BAHASA ISTANA

BAHASA BIASA

Santap

Makan

Titah

Perintah/kata

Murka

Marah

Mangkat

Meninggal dunia

Bersiram

Mandi

Gering

Sakit

Betah

Pulih

Bersemayam

Duduk/tinggal

Beradu

Tidur

Mencemar duli

Datang

d. Pemulukan dan Pendinaan


(i)
Pemulukan bermaksud perbuatan menyanjung dan ditunjukan kepada raja
untuk meletakkan baginda pada satu taraf yang lebih tinggi. Contohnya:

Duli yang di-Pertua

Duli Yang Maha mulia

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia


(ii)
Pendinaan bermaksud merendah-rendahkan diri apabila bertutur dengan raja

Patik pacal yang hina.

Patik merafakkan sembah

Ampun tuanku beribu-ribu ampun


50
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


7.11

Bahasa Biasa
ialah bahasa yang digunakan dalam pertuturan harian oleh masyarakat biasa. Ciri-cirinya ialah:

Menggunakan struktur ayat yang mudah.


Tidak mengikut peraturan tatabahasa
Kosa kata atau perkataan yang mudah difahami
Terdapat juga pemilihan kata-kata yang kurang sopan
Unsur singkatan atau kependekan kerap digunakan
Menggunakan kata ganti nama diri mengikut kesesuaian, dan
Terdapat percampuran kod

51
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

BAB 8:: ETIKA DALAM MAJLIS


8.1

Imej Dan Kualiti Diri


Secara umumnya, imej ialah tanggapan seseorang terhadap seseorang lain ataupun tanggapan
yang dicerap oleh orang ramai terhadap seseorang itu. Imej juga boleh dikatakan sebagai :

8.2








Mempunyai sifat-sifat
sifat yang mementingkan kebersihan
Bersopan santun dan berbudi bahasa
Kelihatan bersih dan menarik
Cara pertuturan yang sempurna
Gerak geri yang menarik
Cara pemakaian yang sesuai dengan :
Bentuk badan
Personaliti
naliti atau jiwa seseorang
Warna kulit
Tempat majlis atau keadaan

Bersemangat positif

Pembentukan Imej



8.3

Pembentukan imej terbentuk dengan apa yang dilakukan bermula dari bangun tidur
sehingga masuk tidur.
Imej juga terbentuk melalui komunikasi.

Kepentingan Imej



Imej penting bagi seseorang individu itu kerana ia dapat meningkatkan kekuatan dalaman.
Memberi rasa lebih yakin dalam gerak geri dan penampilan.

52
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113








BAGAIMANA IMEJ BOLEH MEMBENTUK KUALITI DIRI


PENGURUSAN DIRI PEMBENTUK KUALITI DIRI
ANTARA
A KEYAKINAN DIRI DAN KOMUNIKASI BERKESAN
MEMBENTUK CERMINAN DAN KETRAMPILAN DIRI
KONSEP 4 K KE ARAH MOTIVASI DIRI CEMERLANG

Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri


diri::
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

8.4

Potongan rambut - Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan menarik.
Pilihan warna dan corak - Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa serta matching.
Jenis pakaian - Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan sebagainya.
Kemas dan rapi - Sentiasa digosok rapi.
Kasut - Kasut yang sesuai dengan tujuan kehadiran kita di satu
satu-satu
satu tempat.
Aksesori - Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain
lain- lain.
Jenama - Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang mampu.
Kesihatan diri - Keceriaan wajah, kelihatan sihat
sihat,, kuku, kulit dan sebagainya.
Gaya - Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka.
Senyum - Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang terukir.

Etika Pergaulan Dalam Majlis





Wajah yang manis - senyum dan mudah bergaul


Perbualan sosial dan tata
tatalaku
Jangan meninggi diri dengan status / kejayaan
Jadi pendengar yang baik
Gunakan bahasa yang sopan. Elakkan berbisik atau meninggikan suara
Jangan monopoli perbualan dan minimumkan pergerakan bahasa badan
Jangan sentuh orang lain (jangan tepuk bahu
bahu, kepala dll)

53
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113




8.5

Etika semasa perkenalan


Bersalam dengan kedua-dua belah tangan sebagai tanda hormat kepada orang
yanglebih tua dan bersalam sebelah tangan sebagai tanda hubungan yang formal.
Jika telah duduk, bersalamlah dengan orang sebelah menyebelah dan angkat tangan
pada yang duduk berjauhan / bertentangan (jangan bersalam hingga tangan
melintang di atas meja.
Berkenalan dengan semua ahli meja makan anda
Jangan bertukar no. telefon semasa sedang makan. Sebaiknya tunggu hingga sesi
makan selesai / majlis tamat.

Etika Penampilan Dalam Majlis


Majlis Rasmi
Lelaki
 Baju Melayu (tanpa corak) lengkap dengan songkok dan sampin.
Mesti memakai kasut lengkap dengan stokin.
Kasut mesti berwarna gelap.


Kemeja lengan panjang (warna cerah), bertali leher (tanpa corak), seluar slack dan blazer
warna gelap.
Jika blazer hanya ada satu butang, pasang butang semasa menyambut tetamu VVIP
/ VIP dan hanya boleh buka butang tersebut apabila majlis sudah bermula.
Jika blazer ada 2 butang, butang tersebut hendaklah dipasang sepanjang masa dari
awal hingga majlis tamat.
Tali leher mesti dipinkan.
Mesti memakai kasut lengkap dengan (berwarna gelap.
Hanya sebatang pen boleh disematkan dalam poket.

Wanita
 Pakaian kebangsaan baju kurung / kebaya / cheongsam / sari.
Elakkan warna berkilat untuk waktu siang.
Jangan guna satu warna sahaja dari hujung rambut ke hujung kaki. Maksimum 4
jenis warna dalam satu corak baju dan tudung yang dipakai.
Maksimum 2 kerongsang untuk tudung dan 3 pin baju kebaya (jika ingin gunakan pin
lebih, pastikan ia tersorok dan tidak kelihatan).
Jangan terlalu mengikut fesyen.
Mesti bersolek.
Elakkan barang kemas yang berbunyi dan terlalu banyak. Maksimum 3 bentuk
cincin.
Kasut yang bertumit tinggi dan sandal bertali (bukan sarung tanpa tali di
belakangnya).

54
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


Majlis Tidak Rasmi
Lelaki & Wanita
 Boleh berpakaian mengikut tema yang ditetapkan dan berfesyen.
 Kasut sukan tetap dilarang.
 Baju batik juga sesuai untuk majlis tidak rasmi.
Catatan:
 Pewangi berbau lembut untuk majlis siang dan pewangi berbau kuat untuk majlis
sebelah malam.
 Majlis rasmi bukan untuk makan, sebaiknya makan terlebih dahulu sebelum keluar
rumah.
 Majlis Diraja menetapkan bahawa tetamu dilarang memakai serba kuning dan wanita
wajib memakai selendang meskipun telah bertudung.
 Kemeja batik dianggap sebagai pakaian tidak formal bagi majlis Diraja.
 Bagi majlis Diraja, dilarang makan sebelum VVIP mula makan dan berhenti sebaik sahaja
mereka berhenti.
8.6

Etika Di Meja Makan


Banquet
 Biasanya untuk jamuan makan malam
 Makanan dihidangkan di atas meja secara bergilir-gilir mengikut menu yang ditetapkan.
 Kaedah mengambil makanan ;
Gunakan peralatan yang di luar terlebih dahulu mengikut kesesuaian menu yang
disediakan.
Jangan penuhkan pinggan. Ambil sedikit demi sedikit kerana makanan dekat
dengan anda.
Jangan berebut, tunggu giliran untuk mengambil makanan.

Buffet


Biasanya terbahagi kepada 3 kawasan hidangan :

Juadah utama nasi, mee, lauk-pauk, dan sebagainya.


Pencuci mulut kek, buah, puding dan lain-lain.
Minuman kopi, teh, coklat dan lain-lain.

Ikut urutan seperti berikut :

Mula-mula, minum air kosong yang disediakan di atas meja anda.


Ambil makanan dari meja juadah utama. Maksimum 4 jenis makanan termasuk
nasi. Jangan penuhkan pinggan.
Balik ke meja dan habiskan makanan yang diambil.
55

MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

8.7

Etika Makan Bagi Banquet Dan Buffet














8.8

Ambil pinggan baru dan ulang ambil makanan lain di meja juadah utama (jika
menu banyak, ambil berulang-kali dengan maksimum 4 jenis makanan sahaja
setiap satu pinggan).
Selesai makan juadah utama, ambil piring kecil dan ambil - makanan dari meja
untuk pencuci mulut.
Sudahi jamuan anda dengan kunjungan ke meja minuman panas
Anda dilarang berpatah balik ke meja pencuci atau juadah utama selepas
minum. Ikut urutan meja 1,2 dan 3 tanpa berpatah balik ke sana-sini

Jangan makan selagi tidak dipersilakan berbuat demikian.


Sudu atau pisau dipegang menggunakan tangan kanan.
Pastikan tangan anda tidak diletakkan di atas meja walaupun ketika itu anda
belum atau telah selesai makan.
Garfu dipegang menggunakan tangan kiri (atau letakkan pisau selepas memotong
makanan, dan anda boleh memegang garfu dengan tangan kanan).
Kaut makanan berkuah dari arah hadapan menghala ke arah diri anda.
Hanya roti sahaja yang boleh dimakan menggunakan tangan (koyak kecil-kecil) dan
sapukan jem menggunakan pisau atau sudu kecil.
Antara setiap suapan, letakkan sudu dan kunyah dengan sopan (tutup mulut sambil
mengunyah).
Pastikan peralatan sudu, garfu dan pisau tidak berlaga hingga berbunyi.
Habiskan makanan yang diambil sebelum mengambil makanan baru.
Jika ingin meninggalkan meja sebentar, letakkan napkin anda di atas kerusi dan susun
peralatan makan anda. Begitu juga sekiranya anda telah selesai makan. Beri isyarat
kepada pelayan melalui susunan peralatan makan anda.
Pegang peralatan makan dengan betul.

Tea Garden Party / Hi Tea




Biasanya dihidangkan ala buffet tetapi tidak disediakan tempat duduk (kecuali Hi Tea
disediakan tempat duduk secara berselerak).

Etika untuk Tea Garden Tea / Hi Tea :

Ambil cawan dan sudu kecil dan isi cawan dengan air.
Letakkan kopi / teh / susu / gula dan bancuh sendiri.
Setiap kali minum mesti pegang cawan dan piring (jangan letakkan di atas meja)
walaupun sambil bersembang.
Ambil maksimum 2 biji kuih dan letakkannya pada tepi piring cawan. Jika ingin
menambah kuih, ambil lagi (maksimum tetap 2 biji sahaja).
56

MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


8.9

Etika Menjadi Tetamu













Patikan siapa yang membuat undangan, tarikh dan masa majlis berlangsung. Berikan
pengesahan kehadiran anda jika diminta berbuat demikian. Sekiranya pengesahan anda
ingin membatalkan kehadiran, MESTI maklumkan kepada penganjur / tuan rumah.
Datang tepat pada waktunya dan jangan lewat.
Ikut tema warna dan pakaian seperti yang diminta.
Jangan bawa tetamu tambahan yang tidak diundang walaupun seorang (kecuali tertulis
dalam kad undangan dijemput suami isteri atau sekeluarga).
Mesti jumpa tuan rumah sebaik sahaja anda tiba dan sebelum anda meningalkan majlis.
Duduk di tempat yang telah ditetapkan.
Mula makan apabila telah dipersilakan.
Jangan komen hidangan.
Jaga etika dalam percakapan dan perbualan.

Seraut pantun pengubat tidur..


Indah cahaya terpancar naluri,
Meraut kasih mulia nurani,
Imej positif imej kendiri,
Keterampilan terserlah peribadi murni.

Selamat malam

57
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

BAB 9: KOMUNIKASI BERTULIS

Selain bercakap, menulis juga salah satu medium penyampaian maklumat.

Penulisan merupakan pelengkap kepada komunikasi lain dan berperanan secara efektif.

Mesej yang disampaikan akan lebih mudah disusun, lebih rapi dan tertib aturan tatabahasanya.

Penulisan dianggap atau dijadikan sebagai bahan bukti sesuatu fakta berbanding dengan
percakapan yang sukar untuk kita membuktikan kesahihannya.

Penulisan merupakan medium pelengkap untuk sesebuah komunikasi.


Antara penulisan teknikal ini ialah :


Teks Ucapan

Brosur

Surat Kiriman

Risalah

Penulisan Memo.

Iklan

Laporan

Kempen

Minit Mesyuarat

Resume

Antara penulisan kertas kerja :




Jenis-jenis kertas kerja

Format Penulisan

58
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


9.1

Ciri-Ciri Surat Kiriman Rasmi Dan Penulisan Memo

CIRI

SURAT KIRIMAN RASMI

PENULISAN MEMO

Maksud

Saluran komunikasi

memo ringkasan
memorandum

Peranan

Sebagai tujuan-tujuan kursus

Tujuan pengirimnya adalah bagi


mengingatkan individu @
kumpulan tertentu tentang
sesuatu perkara

Kegunaan

Sebagai surat rasmi peribadi

Contoh:

perkataan

Memberi arahan

Membuat pengumuman

Jemputan sosial

Memberi penjelasan

Balasan jemputan

Memohon @ memberi
cadangan

Ucapan terima kasih

Surat kepada rakan yang sakit

Menyediakan maklumat
@ penerangan

membuat pembetulan
sesuatu polisi masyarakat
atau organisasi

Surat rasmi bukan peribadi

Contoh
-

Membuat laporan/aduan

Menempah barangan/perkhidmatan

Menerima tawaran kerja

Menjawab panggilan temuduga

59
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

CIRI

SURAT KIRIMAN RASMI

PENULISAN MEMO

Format

Mempunyai format-format tertentu

Tidak ada format yang khusus

Contoh
Format

Mengandungi maklumat seperti berikut :

Mengandungi maklumat seperti


berikut :

Huraian
format

Alamat pengirim

Garisan panjang melintang

Nama dan alamat penerima

Perkataan MEMO
biasanya ditulis dengan
huruf besar.

Nombor telefon

Lambang jabata/syarikat

Tarikh

Pengirim

Perkataan menghadap surat

Penerima

Kepala surat/perkara

Tarikh

Pendahuluan

Perkara

Isi

Tandatangan pengirim

Penutup
Pengakuan tanggungjawab

Nama pengirim

Tandatangan

Jawatan

Nama pengirim (huruf besar)

Format surat kiriman rasmi

Format penulisan memo

Alamat pengirim hendaklah ditulis di


sebelah kiri bahagian atas surat.

Memo hendaklah ditulis di


bahagian atas.

Garisan memanjang dari kiri ke kanan surat,


di bawah alamat pengirim.

Alamat penerima ditulis di bawah garisan


panjang.

Kemudian nama syarikat @


jabatan di atas atau di
bawah perkataan memo

Tarikh ditulis di sebelah kanan, sebaris


barisan akhir alamat penerima. Nama bulan
hendaklah ditulis dengan huruf besar
kesemuanya.

Nama penerima @ pengirim


ditulis

Rujukan mestilah ditulis


sebagai bukti memo.

60
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

CIRI
Huraian
format

SURAT KIRIMAN RASMI


-Ada ganti nama diri.Contohnya,

-Tarikh ditulis selepas rujukan.

Tuan/puan,

-Ada ganti nama diri, seperti Tuan/Puan,

Ada tajuk surat

-Ada tajuk memo.

Surat dimulai dengan perenggan pertama


tanpa menulis nombor.Perenggan yang
berikutnya hendaklah ditandai dengan
nombor yang lurus dengan permulaan
perenggan pertama.

-Surat dimulai dengan perenggan pertama


tanpa menulis nombor. Perenggan yang
berikutnya hendaklah ditandai dengan
nombor yang lurus dengan permulaan
perenggan pertama.

Perenggan penutup tidak perlu diberi


nombor.

-Perenggan penutup perlu diberi nombor.

9.2
CIRI

PENULISAN MEMO

Tanda tangan ditulis di bahagian kiri


bawah surat. Nama pengirim ditulis
dalam kurungan dibawah dengan huruf
besar.Nyatakan juga jawatan @
tanggungjawab penulis.

-Tanda tangan pengirim ditulis di bahagian


kiri dan nama pengirim dalam kurungan di
bawah ditulis dengan huruf
besar.Nyatakan juga jawatan atau
tanggungjawab penulis.

Ciri-Ciri Laporan Dan Minit Mesyuarat


LAPORAN

MINIT MESYUARAT

Maksud

-Maklumat berkenaan sesuatu kedudukan.


Ellis dan Hopkins (1985)
-dokumen yang digunakan bagi menyampaikan
maklumat khusus kepada pembaca tertentu.

-Dokumen bertulis.

Peranan

Memberikan maklumat

Merekodkan perkara-perkara yang


dibincangkan dalam sesuatu
mesyuarat.

Kebaikan

Maklumat di dalam laporan mengambil kira aspek


ketetapan dan kepadatan. Susunan di dalam
laporan bersistematik dan mencapai objektif yang
ditetapkan.

Menyatakan individu yang terlibat,


ketidak hadiran ahli, cadangan,
agenda, keputusan, dan tindakan
dalam mesyuarat berkenaan.

61
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

CIRI

LAPORAN

MINIT MESYUARAT

Kegunaan

Untuk mengemukakan fakta-fakta, aktiviti-aktiviti,


masalah-masalah, cadangan dan sebagainya.

Untuk makluman dan tindakan


ahli-ahli majlis yang terlibat.

Format

Setiap jenis laporan mempunyai format tertentu.

Bergantung mengikut sesebuah


organisasi.

Contoh format

Secara umunya setiap laporan mempunyai ciri-ciri


berikut:

Setiap minit mesyuarat


seharusnya memiliki kandungan
tersebut:

Huraian
Format

Halaman judul muka surat

Abstrak

Senarai kandungan.

Pengenalan

Huraian data

Kesimpulan

Rujukan atau bibliografi

Lampiran

Halaman judul muka surat

Mengandungi nama penulis, organisasi, tajuk


laporan dan tahun.

Nombor rujukan

Tajuk

Kehadiran

Kata aluan pengerusi

Pengesahan minit
mesyuarat lalu

Perkara-perkara
berbangkit

Agenda

Hal-hal lain

Ucapan penangguhan

Nombor rujukan

Abstrak

Sinopsis keseluruhan kandungan laporan


berkenaan.

Menyatakan bilangan
mesyuarat sama ada kali
pertama, kedua atau
berikutnya.

Tajuk

Menyatakan dengan jelas


mesyuarat berkenaan.

62
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

CIRI
Huraian
Format

LAPORAN
Senarai Kandungan

Mengandungi tajuk, subtajuk dan


lampiran.

MINIT MESYUARAT
Kehadiran

Pengenalan

Menyentuh berkenaan latar belakang


laporan kaedah penyelidikan dan
penghargaan.

Kata aluan pengerusi

Huraian data

Data yang diperoleh ataupun yang


ingin dilaporkan dan disusun
mengikut topik.

Nama ahli yang hadir dicetak


sepenuhnya. Ahli yang tidak hadir
dimasukkan ke dalam senarai ahli
tidak hadir.

Ruangan catatan ucapan pengerusi


semasa memulakan mesyuarat.

Pengesahan minit mesyuarat lalu

Ruangan ini memasukkan nama


pencadang dan penyokong yang
mengesahkan minit mesyuarat.

Kesimpulan
Perkara-perkara berbangkit

Mengandungi rumusan serta


cadangan atau syor yang berkaitan
dengan laporan.

Rujukan atau bibliografi

Bahan-bahan yang digunakan semasa


menyiapkan laporan khususnya
laporan ilmiah.

Menyenaraikan perkara-perkara
yang timbulkan dalam minit
mesyuarat lepas.

Agenda

Format Bagi Laporan Kajian

Butiran perkara yang akan


dibincangkan pada mesyuarat
berkenaan.

Hal-hal lain

Halaman kulit

Halaman tajuk (sebelah dalam)

Abstrak

Penghargaan

Daftar kandungan

Pengenalan iaitu Kenyataan masalah.

Mencatatkan perkara-perkara lain


yang timbul yang tidak dimasukkan
dalam agenda mesyuarat.

63
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

CIRI
Huraian
Format

LAPORAN

Tinjauan kajian berkaitan

Dapatan kajian

Rumusan dan cadangan

MINIT MESYUARAT
Ucapan penangguhan

Pengerusi menyampaikan
penghargaan dan ucapan terima kasih
disusuli penangguhan mesyuarat.

Format bagi Laporan Syarikat

Halaman kulit

Misi syarikat

Notis mesyuarat agung

tahunan

Jenis /
bentuk

Jawatankuasa audit

Struktur korporat

Maklumat korporat

Lembaga pengarah

Ucapan pengerusi

Laporan maklumat
-Laporan syarikat, laporan kajian dan laporan
masalah.
Laporan sejarah
-Mencatatkan peristiwa-peristiwa yang
berlaku.

Setiap organisasi mungkin memiliki bentuk


atau format tersendiri dalam menyediakan
minit mesyuarat bagi organisasi mereka.

Laporan kajian
-Memerihalkan sesuatu keadaan agar
pembaca dapat mengetahui dengan jelas
tentang perkara yang diperkatakan.
Laporan syarikat
-Laporan tahunan sesebuah syarikat yang
melaporkan semua aktiviti syarikat dalam
tempoh satu tahun.

64
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


9.3

Ciri-Ciri Kertas Kerja Dan Resume

CIRI

KERTAS KERJA

RESUME

Maksud

Hasil tulisan yang ditulis untuk dibentangkan


kepada khalayak.

Biodata diri untuk memohon


pekerjaan

Peranan

Memberikan penerangan dan maklumat tentang


sesuatu projek yang hendak diluluskan

Menyenaraikan tentang info-info


yang penting tentang diri kita.
Contohnya, latar belakang
pendidikan penting untuk mohon
pekerjaan yang sesuai.

Kegunaan

Untuk mengemukakan cadangan-cadangan,


anggaran belanjawan, masalah-masalah dan
sebagainya

Bagi memudahkan pihak majikan


mengetahui sejarah pekerjaan,
pendidikan sebelum ini.

Format

Setiap jenis kertas kerja mempunyai format


tertentu.

Juga mempunyai format tertentu.

Contoh
Format

Secara umumnya, setiap kertas kerja mempunyai


ciri-ciri berikut:

Setiap resume seharusnya memiliki


kandungan tersebut:

Tajuk projek

Objektif kerjaya

Nama penulis dan institusi

Kemahiran yang
berkaitan

Pengenalan
Obkektif

Pengalaman kerja

Sumber

Rumusan Kelayakan

Senarai rujukan

Latar Belakang Pendidikan

Lampiran

Rujukan

Cara menaip

65
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

CIRI
Huraian
format

KERTAS KERJA
Halaman judul muka surat
mengandungi nama penulis, organisasi,
tajuk kertas kerja dan tahun.

RESUME
Butiran diri

Gunakan kertas putih

Tuliskan nama, alamat,


nombor kad pengenalan,
tarikh lahir, umur dan
nombor telefon serta e-mel.

Abstrak

Sinopsis keseluruhan kandungan laporan


berkenaan

Pengalaman kerja
Senarai kandungan
Mengandungi tajuk, subtajuk dan lampiran

Pengenalan

Menyentuh berkenaan latar belakang


kertas kerja secara menyeluruh tetapi
ringkas.

Senaraikan pengalaman
kerja anda terbaru.

Masukkan semua jenis


pengalaman dan jawatan
yang disandang

Untuk setiap pengalaman


kerja, nyatakan nama
jawatan dan tempoh, nama
majikan dan tanggungjawab
anda.

Susun pengalaman tersebut


mengikut kepentingan atau
keutamaan.

Biasanya ditulis dalam satu muka surat.

Objektif

Tujuan menulis kertas kerja itu.

Salah satu bahagian yang penting untuk


menarik pembaca membaca dan menilai isi
kandungan kertas kerja itu.

Pendidikan

Sumber

Sumber-sumber asal yang digunakan


hendaklah dinyatakan dengan jelas.

Senaraikan nama dan


alamat sekolah dan institusi
pengajian anda. Nyatakan
tahun dan tempoh pengajian
anda.

Senaraikan kursus yang


telah diikuti yang dapat
menyokong permohonan
anda.

Rujukan atau bibliografi

Bahan-bahan yang digunakan bagi


menyokong menyiapkan kertas kerja.
Perlu disenaraikan dan didokumentasikan

66
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

CIRI
Huraian
format

KERTAS KERJA
Format bagi kertas kerja projek atau kajian :

Nama institusi

Tajuk projek

Abstrak (sinopsis)

Matlamat

Objektif / Pengenalan

Sorotan kajian

Tinjauan kajian berkaitan

Analisis kajian/perbincangan

Rumusan dan cadangan

Rujukan

RESUME
Kemahiran, Kegiatan, Anugerah dan
Minat

Senaraikan kemahiran
seperti menaip, bertutur
dalam bahasa asing dan
menggunakan komputer
yang berkaitan dengan
permohonan kerja anda.

Senaraikan kegiatan sekolah


atau khidmat masyarakat
yang anda sertai

Senaraikan anugerah sijil


atau surat kepujian yang
diperolehi.

Lampiran

Nyatakan hobi anda

Senarai ahli pelaksana projek

Kemahiran tambahan- lesen


memandu.

Mampu bertutur pelbagai


bahasa.

Format bagi kertas kerja Pembentangan seminar

Tajuk projek

Nama pembentang

Nama institusi

Abstrak(sinopsis)

Objektif/pengenalan

Sorotan kajian

Metodologi

Analisis kajian/perbincangan

Rujukan

Lampiran

Rujukan

Berikan nama dan alamat


orang yang dapat memberi
maklumat tentang latar
belakang anda.

Nama majikan terdahulu,


guru, dan nama rakan yang
mengenali anda sebagai
rujukan

67
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

BAB 10: KOMUNIKASI NEGATIF

Untuk menjadi orang yang pandai bercakap, kita perlu berpegang kepada etika atau adab.
Dengan etika, kita dapat memelihara populariti sama ada dalam perbualan rasmi mahupun tidak
rasmi.
Amalkan etika walau dengan siapa sahaja kita bercakap.
1. Ceritakan dengan jujur apa sebenarnya perasaan yang kita rasai.
Ayat: Betul - saya tersinggung!
Salah - kata-kata awak menyinggung perasaan saya.
2. Menuduh orang adalah tidak baik iaitu menyalahkan orang lain dan ini mewujudkan
komunikasi negatif.
3. Jangan membiasakan diri bercakap dengan orang lain demi kepentingan diri sendiri
4. Jangan memberi gambaran yang salah - memalsukan maklumat.
5. Jangan menyampuk dan memotong orang yang sedang bercakap.
6. Kata-kata kita mestilah selari dengan gerak-geri. Kalau mulut berkata ya jangan pula
kepala menggeleng-geleng.Kalau mulut berkata tidak mahu, jangan pula suakan tangan
kita mengambilnya.
7. Jangan bercakap berkenaan dengan apa yang tidak dibincangkan dalam sesuatu kumpulan.
8. Janganlah kita buat sebarang perbuatan yang dianggap menganggu orang yang sedang
bercakap.
9. Jangan suka merungut dan dan mencari cacat cela.
10. Jangan bercakap bekenaan perkara-perkara negatif.
11. Sentiasa murah dengan penghargaan dan pengiktirafan.

10.1

BERDUSTA
Menurut kajian pakar-pakar psikologi, ada beberapa perbuatan yang secara konsisten kita
lakukan apabila kita berdusta. Antara perbuatan itu ialah,

Anak mata terbuka lebih besar.

Lebih banyak menggerakkan bahu (menggeleng-menggeleng kepala)

Lebih banyak kesilapan pertuturan atau pertuturan yang tertahan-tahan

Nada suara yang lebih tinggi.
Gerakan badan lebih banyak menunjukkan bukti dusta berbanding ekspresi wajah.
Tanda-tanda pendustaan disebut kebocoran

Gelisah
Rasa Bersalah
Terfikir-fikir untuk bercakap

(Apakah sebab-sebab berlakunya kebocoran?)


68
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


Antara tumpuan pendusta:

Pendusta pandai memilih perkataan yang diucapkan.


Roman wajah.

Tips: Jika sangsi terhadap seseorang, perhatikan gerak badan dan suaranya. Ini merupakan
sumber kebocoran.Tumpuan bagi mengetahui adanya pendustaan. Biasanya orang yang
berdusta akan merancang kata-katanya, maka bahasanya akan lebih tersusun.
Perbuatan-perbuatan yang termasuk dalam berdusta ialah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.

10.2

Menyembunyikan maklumat.
Membesar-besarkan perkara.
Mendakwa nilai palsu - mengatakan nilai sesuatu itu lebih tinggi daripada yang sebenar.
Memberi gambaran yang salah.
Memberi maklumat yang salah.
Memberi maklumat lebih.
Memberi maklumat palsu.
Memberi tempoh palsu.
Memberi layanan istimewa.
Bersandiwara
Janji palsu.
Gertak palsu.
Memfitnah.

Teknik Mengampu
Perbuatan mengampu bertujuan supaya orang itu suka kepada kita dan dengan cara itu kita
dapat mempengaruhinya. Mengampu boleh dilakukan dengan cara-cara berikut :





Memuji-muji keistimewaan yang ada pada orang itu lebih daripada sebenarnya.
Memuji-muji diri sendiri dalam perkara yang menyeronokkan hati dan perasaan orang itu.
Mengaku bahawa kita berpegang pada pendapat, falsafah atau perjuangan yang sama
dengan orang itu.
Sanggup memenuhi arahan atau permintaan orang itu.

Kita cenderung mengampu dalam tiga situasi :





Apabila dengan cara mengampu kita mendapat ganjaran yang kita harapkan seperti naik
gaji, naik pangkat, mendapat layanan istimewa dan ganjaran yang lain.
Apabila kita ada harapan, kita dapat mengampu orang itu. Jika kita berasa orang itu tidak
boleh kita ampu, kita tidak akan mengampunya.
69

MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113




10.3

Apabila cara mengampu yang kita gunakan dianggap sesuai untuk diguna. Kajian
menunjukkan apa yang dianggap sesuai dan tidak sesuai adalah bergantung kepada nilainilai yang dipegang oleh orang yang hendak diampu.

Pujukan
 Juga dikenali sebagai retorik pengaruhan.
 Mementingkan kehalusan berbahasa dengan menyelitkan unsur-unsur sikologi,
perbandingan kebaikan dan keburukan supaya orang yang dipujuk bersetuju dengan
cadangan yang dikemukakan.
 Menggunakan kata-kata manis, gaya yang menarik dan janji tertentu.
 Biasanya digunakan dalam iklan, kempen-kempen tertentu dsb.
Antara unsur-unsur negatif yang boleh mewujudkan komunikasi negatif ialah :





10.4

Panggilan tidak sopan


Tuduh-menuduh
Merungut-rungut
Ugutan dan Ancaman

Soalan Latihan

Bagaimana anda dapat menasihat seorang kakak yang bertugas sebagai pembancuh air dan
pencuci pejabat anda tentang rasa tidak puas hati anda berkenaan mutu kerjanya dan
kebersihan di pejabat.

Anda telah dimarahi ketua pejabat anda kerana prestasi kerja anda tidak memuaskan.
Nyatakan bagaimana anda mengakui kesilapan anda itu dan bagaimana anda dapat
meyakinkan ketua anda bahawa anda tidak akan mengulangi perkara itu lagi.

70
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

BAB 11: TEKNIK MENGAMPU


Perbuatan mengampu bertujuan supaya orang itu suka kepada kita dan dengan cara itu kita
dapat mempengaruhinya. Mengampu boleh dilakukan dengan cara-cara berikut :

Memuji-muji keistimewaan yang ada pada orang itu lebih daripada sebenarnya.
Memuji-muji diri sendiri dalam perkara yang menyeronokkan hati dan perasaan orang itu.
Mengaku bahawa kita berpegang pada pendapat, falsafah atau perjuangan yang sama
dengan orang itu.
Sanggup memenuhi arahan atau permintaan orang itu.

Kita cenderung mengampu dalam tiga situasi :

11.1

Pujukan

11.2

Apabila dengan cara mengampu kita mendapat ganjaran yang kita harapkan seperti naik
gaji, naik pangkat, mendapat layanan istimewa dan ganjaran yang lain.
Apabila kita ada harapan, kita dapat mengampu orang itu. Jika kita berasa orang itu tidak
boleh kita ampu, kita tidak akan mengampunya.
Apabila cara mengampu yang kita gunakan dianggap sesuai untuk diguna. Kajian
menunjukkan apa yang dianggap sesuai dan tidak sesuai adalah bergantung kepada nilainilai yang dipegang oleh orang yang hendak diampu.

Juga dikenali sebagai retorik pengaruhan


Mementingkan kehalusan berbahasa dengan menyelitkan unsur-unsur psikologi,
perbandingan kebaikan dan keburukan supaya orang yang dipujuk bersetuju dengan
cadangan yang dikemukakan.
Menggunakan kata-kata manis, gaya yang menarik dan janji tertentu.
Biasanya digunakan dalam iklan, kempen-kempen tertentu dsb.

Berdusta
Orang-orang yang mencari makan dengan mendustai orang lain, iaitu pendusta profesional atau
conman,mempunyai ciri-ciri yang jelas, dan boleh dibaca pada kali pertama kita berkenalan
dengannya.
Ciri-cirinya adalah seperti berikut :

Bercakap banyak tentang dirinya tanpa ditanya. Cerita-cerita itu disampaikan dengan
lancar.
Cerita yang disampaikan oleh pendusta adalah cerita-cerita kejayaan dibelaka.
Mereka dari awal-awal berusaha supaya kita percayakan dia seorang yang boleh
dipercayai.
71

MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


Antara bukti pendustaan ialah :
Ketidakseimbangan wajah menunjukkan lebih banyak emosi yang palsu daripada
emosi yang benar dan ini adalah tidak benar. Emosi yang dipamerkan lama, iaitu 10 saat
atau lebih, biasanya emosi yang dipalsukan.
Arah pandangan mata ia akan dilarikan mengikut emosi. Ia diturunkan apabila sedih,
malu dan rasa bersalah. Apabila seseorang mengalami sesuatu perasaan, matanya tidak
berkelip-kelip dan anak mata terbuka lebih lebar.
Penerang gerak geri badan yang dibuat untuk menerangkan apa yang sedang
dipercakapkan seperti tangan, kening dan bahagian atas tubuh. Jumlah penerang
berkurangan apabila si pendusta :
i.
tidak cukup latihan akan apa yang akan diucapkan.
ii.
tidak cukup latihan dalam jenis-jenis pendustaan tertentu.
iii.
gagal meramalkan apa soalan dan pertanyaan yang terpaksa dijawabnya

Tingkah laku strategik boleh dikawal oleh orang yang pandai berdusta. Tingkah laku strategik
terdiri daripada empat unsur :

Kabur dan tidak tepat pendusta tidak memberi maklumat yang terperinci berkenaan apa
yang dikatakannya atau tidak relevan, tidak konkrit dan tidak tepat. Contoh :
 Saya dah dapat tawaran yang lebih baik (tidak memberi maklumat terperinci
berkenaan tawaran dan baik)


Banyak orang menelefon dan komplen (tidak memberi maklumat terperinci


berkenaan orang, menelefon dan komplen)

Ciri-ciri berkenaan maklumat kabur dan tidak tepat ialah :






Menggunakan perkataan-perkataan yang sama dan berulang- ulang.


Menggunakan perkataan-perkataan yang membawa makna semua dan tanpa
kecuali, umpamanya semua orang, tak pernah, memang, tidak ada, sentiasa, selalu.
Memberi jawapan yang pendek-pendek dan singkat-singkat apabila ditekan supaya
memberi maklumat lagi. Contohnya:
Adalah
Tak tahu..
Agaknya.
Buat apa awak nak tahu?
72

MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


Saya tak boleh cakap.






Banyak menggelengkan kepala seolah-olah bemakna tidak semasa mulutnya sedang


bercakap.
Banyak menggunakan isyarat tangan dan seolah-olah bermakna tidak
Banyak bercakap perkara yang tidak ada kaitannya dengan perkara yang sedang
dibincangkan.
Tidak banyak merujuk kepada dirinya sendirinya.
Tidak banyak menekankan fakta yang sepatutnya ditekankan.

Tidak Spontan seolah-olah tidak berminat dengan topik yang dibincangkannya dan tidak
mahu bermesra dengan orang yang didustainya. Antara perbuatan-perbuatannya ialah :





Tidak mahu terlibat tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang dibuatnya dan apa yang
diucapkannya sebaliknya bergantung kepada apa yang dilakukan oleh orang lain. Antara ciriciri tingkah laku ini ialah :




Enggan duduk atau berdiri rapat dengan kita semasa dia sedang berdusta.
Apabila duduk, banyak bersandar belakang.
Apabila bercakap, banyak terputus-putus cakapnya.
Apabila ditanya soalan yang tidak disangka, lebih lama untuk menjawab.

Enggan mengaku dia yang sebenarnya melakukannya, atau sebenarnya itu


pendapatnya sendiri.
Tidak mahu mengaku dia mempunyai kepentingan peibadi dalam perkara itu.
Banyak merujuk kepada orang-orang lain.

Menjaga Imej Mereka akan cuba memberi gambaran seolah-olah dia seorang yang ikhlas,
jujur dan berkata benar, baik, berakhlak dan lain-lain ciri yang positif.




banyak menganggukkan kepala dan banyak senyum.


tidak banyak mencelah apabila orang yang cuba didustainya sedang bercakap.
Tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang biasanya dianggap tanda-tanda
berdusta seperti menundukkan mata, menggaru hidung dan lain-lain.

Empat alasan utama mengapa manusia sanggup berdusta :


1.
2.
3.
4.

Mendapatkan keperluan material


Menjaga estim diri
Menjaga perhubungan
Mencari kepuasan melawak, bergurau senda dan melebih-lebihkan cerita sematamata kerana mencari keseronokan.

73
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113


11.3

Komunikasi Kuasa
Kuasa sering dikaitkan dengan hak membuat keputusan dan keupayaan seseorang memaksa
orang lain mematuhinya.
Semakin tinggi kuasa seseorang itu, semakin banyak keputusan yang dapat dibuatnya, dan
semakin dia berkuasa memaksakan keputusannya ke atas orang lain.

Kuasa menyuruh arah orang :


Gosoklah baju awak sendiri, takkan itupun awak tak boleh
buat?
Ini bil makan minum saya di kelab golf bulan lepas. Tolong
bayar.

Kuasa mengkritik dan menegur orang :


Tak elok awak buat macam tu tadi.
Saya tak sukalah pada sikap awak yang kolot tu.

Kuasa menasihati orang :


Awak tu dah tua, buatlah cara orang dah tua. Rumah dah kata
pergi, kubur dah kata mari. Cuba tengok orang lain tu, kan elok,
bila petang pergi surau, buat pahala. Ajal maut bukan kita tahu bila
datangnya.
Sudahlah tu, buat apa awak risau-risau? Buat pening kepala awak
saja.

Kuasa memperkecil-kecilkan orang :


Alah, awak tu sekolah saja tinggi, buat itu pun awak tak reti.
Jangan nak tunjuk pandailah.

Kuasa memaksa orang supaya patuh :


Kenapa awak tak tanya saya dulu?
Saya isteri awak. Saya ada hak untuk tahu ke mana duit awak.

Kuasa merendah-rendahkan orang :


Awak kenalah fikir baik-baik sebelum bercakap.
Awak mestilah faham apa kata orang ramai nanti.

Kuasa memarahi orang :


Awak ni degillah. Ini yang saya sakit hati pada awak.
Janganlah letak kasut awak di situ. Kasut awak tu kotor. Letak kat
sana!
74

MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

BAHASA MELAYU KORPORAT MALB113

Kuasa mengugut orang :


Cubalah, kalau awak berani!
Saya akan jumpa bos awak di pejabat. Saya akan beritahu apa
yang awak lakukan.

Kuasa meleteri orang.


Kuasa membuat orang berasa bersalah. Ini dilakukan dengan merungut-rungut berkenaan
segala apa yang dia tidak puas hati.

Kuasa menghakimi orang :


Awak kejam.
Awak bodoh.
Awak tak sedar diri.

Kuasa mempersalahkan orang :


Ini semua salah awak.
Itulah, saya dah kata, jangan, tapi awak tu degil. Tengok apa
jadi?

Kuasa mencaci orang :


Suami tak guna.
Lelaki tak boleh diharap.
Bercakap dengan tiang lagi baik.

75
MARDIAN SHAH OMAR @ UNITEN

You might also like