You are on page 1of 6

Gempa bumi

From Wikipedia
Jump to: navigation, search
Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh
pergerakan yang banyak di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila
tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba
terlepas.
Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa
bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala
Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli.
Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan
kita merasainya.
Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian
sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari
perkataan Greek seismos, untuk mengoncang).

Anatomi gempa bumi


Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi, namun kebanyakannya adalah kecil dan tidak
menyebabkan apa-apa kerosakan. Gempa bumi kecil juga akan mengiringi gempa bumi
besar, dan boleh berlaku sama ada sebelum atau selepas gempa bumi besar tersebut. Ia
dipanggil gempa susulan.
Ahli seismologi mengkaji bahagian gempa bumi seperti geseran pada garisan memanjang
yang mengakibatkan gempa bumi, apa yang berlaku pada permukaan bumi, bagaimana
tenaga bergerak dari dalam bumi ke permukaan bumi dan bagaimana tenaga ini
menyebabkan kemusnahan.
Dengan mengkaji bahagian dan proses pembentukan gempa bumi, ahli seismologi
mengetahui kesan dan bagaimana meramal kemunculan agar kemusnahannya tidak
begitu ketara.

Gempa bumi tektonik


Gempa bumi tektonik disebabkan oleh perlepasan tenaga yang terhasil daripada geseran
batuan di keretakan memanjang sepanjang batuan sempadan plat tektonik. Tenaga
dihasilkan oleh tekanan antara batuan dikenali sebagai kecacatan tektonik. Kesan ini
adalah seperti gelang getah ditarik dan dilepaskan dengan tiba-tiba.

Gempa bumi gunung berapi


Gempa bumi gunung berapi berlaku berdekatan dengan gunung berapi tetapi mempunyai
cara keretakan memanjang yang sama dengan gempa bumi tektonik. Gempa bumi
gunung berapi disebabkan oleh pergerakan magma ke atas dalam gunung berapi, di mana
geseran pada batu-batuan menghasilkan gempa bumi.
Semasa magma bergerak ke permukaan gunung berapi, ia bergerak dan memecahkan
batu-batuan. Ia mengakibatkan gegaran yang berterusan yang boleh bertahan dari
beberapa jam hinggalah beberapa hari.
Gempa bumi gunung berapi berlaku di kawasan yang berdekatan dengan gunung berapi,
seperti Pergunungan Cascade di barat Laut Pasifik, Jepun, Tanah Tinggi Iceland, and titik
merah gunung berapi seperti Hawaii.
Gempa bumi adalah getaran atau gegaran pergerakan permukaan bumi. Gempa bumi
biasanya disebabkan oleh pergerakan rekahan geologi, kecacatan zon quasi-planar di
kerak bumi. Perkataan gempa bumi juga digunakan untuk menunjukkan kawasan punca.
Permukaan bumi sentiasa bergerak dalam pergerakan tektonik, dan gempa bumi berlaku
disebabkan tekanan melebihi keupayaan bahan bumi menanggungnya. Keadaan ini sering
dijumpai di sempadan plat tektonik di mana kerak bumi atau lithosphere terpisah.
Kejadian yang berlaku di sempadan plat dikenali sebagai gempa bumi interplat; gempa
bumi dalam plat lithosphere dikenali sebagai gempa bumi intraplat.
Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi, tetapi kebanyakannya adalah kecil dan tidak
menyebabkan kerosakan. Gempa bumi yang kuat mampu menyebabkan kerosakan dan
kehilangan nyawa yang besar melalui beberapa cara termasuk retakkan pecah (fault
rupture), getaran bumi (gegaran) banjir disebabkan oleh tsunami, empangan pecah,
pelbagai jenis kerosakan muka bumi kekal seperti tanah runtuh, tanah lembik, dan
kebakaran atau perlepasan bahan beracun. Dalam gempa bumi tertentu, sesuatu cara
kemusnahan lebih menonjol, dan dalam sejarah setiapnya menyebabkan kerosakan dan
kehilangan nyawa yang teruk, tetapi kebanyakan gempa bumi, gegaran merupakan paling
menonjol dan juga merupakan punca utama kerosakan.

Gunung berapi
Meskipun memang agak susah untuk mendefinisikan apa itu gunung berapi atau gunung
api, namun secara umum istilah tersebut dapat didefinisikan sebagai suatu sistem saluran
fluida panas (batuan dalam wujud cair atau lava) yang memanjang dari kedalaman sekitar
10 km di bawah permukaan bumi sampai ke permukaan bumi, termasuk endapan hasil
akumulasi material yang dikeluarkan pada saat dia meletus.
Lebih lanjut, istilah gunung api ini juga dipakai untuk menamai fenomena pembentukan
ice volcanoes atau gunung api es dan mud volcanoes atau gunung api lumpur. Gunung api
es biasa terjadi di daerah yang mempunyai musim dingin bersalju, sedangkan gunung api

lumpur dapat kita lihat di daerah Kuwu, Purwodadi, Jawa Tengah. Masyarakat sekitar
menyebut fenomena di Kuwu tersebut dengan istilah Bledug Kuwu
Gunung berapi terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi gunung berapi yang paling dikenali
adalah gunung berapi yang berada di sepanjang busur Cincin Api Pasifik (Pacific Ring of
Fire). Busur Cincin Api Pasifik merupakan garis bergeseknya antara dua lempengan
tektonik.
Gunung berapi terdapat dalam beberapa bentuk sepanjang masa hidupnya. Gunung berapi
yang aktif mungkin bertukar menjadi separuh aktif, menjadi padam, sebelum akhirnya
menjadi tidak aktif atau mati. Bagaimanapun gunung berapi mampu menjadi padam
dalam waktu 610 tahun sebelum bertukar menjadi aktif semula. Oleh itu, sukar untuk
menentukan keadaan sebenarnya sesuatu gunung berapi itu, apakah sesebuah gunung
berapi itu berada dalam keadaan padam atau telah mati.
Apabila gunung berapi meletus, magma yang terkandung di dalam kamar magmar di
bawah gunung berapi meletus keluar sebagai lahar atau lava. Selain daripada aliran lava,
kemusnahan oleh gunung berapi disebabkan melalui pelbagai cara seperti berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Aliran lava.
Letusan gunung berapi.
Aliran lumpur.
Abu.
Kebakaran hutan.
Gas beracun.
Gelombang tsunami.
Gempa bumi.

Tingkat isyarat gunung berapi di Indonesia


Status

Makna

AWAS

SIAGA

Menandakan gunung berapi


yang segera atau sedang
meletus atau ada keadaan
kritis yang menimbulkan
bencana
Letusan pembukaan dimulai
dengan abu dan asap

Letusan berpeluang terjadi


dalam waktu 24 jam

Menandakan gunung berapi

Tindakan

Wilayah yang terancam


bahaya direkomendasikan
untuk dikosongkan
Koordinasi dilakukan secara
harian

Piket penuh

Sosialisasi di wilayah

yang sedang bergerak ke arah


letusan atau menimbulkan
bencana
Peningkatan intensif kegiatan
seismik
Semua data menunjukkan
bahwa aktivitas dapat segera
berlanjut ke letusan atau
menuju pada keadaan yang
dapat menimbulkan bencana

Jika tren peningkatan


berlanjut, letusan dapat terjadi
dalam waktu 2 minggu

Ada aktivitas apa pun


bentuknya
Terdapat kenaikan aktivitas di
atas level normal
Peningkatan aktivitas seismik
dan kejadian vulkanis lainnya

WASPADA

Sedikit perubahan aktivitas


yang diakibatkan oleh
aktivitas magma, tektonik dan
hidrotermal

Tidak ada gejala aktivitas


tekanan magma

NORMAL

terancam
Penyiapan sarana darurat
Koordinasi harian

Piket penuh

Penyuluhan/sosialisasi
Penilaian bahaya
Pengecekan sarana

Pelaksanaan piket terbatas

Pengamatan rutin

Survei dan penyelidikan

Level aktivitas dasar

Gunung berapi
Gunung berapi adalah satu proses geologi melibatkan pembentukan daratan yang dijana
daripada letusan menerusi permukaan planet dipanggil magma, batuan cair yang meleleh
keluar daripada bahagian dalam (interior) planet. Bentuk-bentuk gungung berapi yang
lain termasklah gunug berapi ais (seperti yang wujud pada bulan-bulan Musytari, Zuhal
dan Neptun) dan bentuk gunung berapi lumpur. Di bumi,gunung berapi cenderung untuk
wujud di permukaan plat-plat kerak numi. Pengecualian penting yang wujud dalam
tompok-tompok panas gunung berapi, yang wujud pada lokasi-lokasi yang jauh daripada
sempadan-sempadan plat; tompok-tompok panas gunung berapi ini juga dijumpai dalam
sistem solar, terutamanya pada planet-planet dan bulan-bulan yang berbatu-batu.

Gunung berapi dipanggil sebagai Inggeris:volcano dikatakan berasal daripada Vulcano,


satu pulau gunung berapi di [[kepulauan Aeolian, Itali yang mana namanya berasal
daripada Vulcan, nama tuhan api dalam mitos Roman. Ilmu mempelajari gunung berapi
dipanggil volkanologi.
Gunung berapi terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi gunung berapi yang paling
dikenali adalah gunung berapi yang berada di sepanjang lingkaran Cincin Api Pasifik.
"Pacific Ring of Fire". Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan
antara dua plat tektonik.

Jenis-jenis gunung berapi


Gunung berapi terdapat dalam beberapa bentuk sepanjang kitaran hayatnya. Gunung
berapi yang aktif mungkin bertukar menjadi separuh aktif, menjadi pendam, sebelum
akhirnya menjadi tidak aktif atau mati. Bagaimanapun gunung berapi mampu menjadi
pendam selama tempoh 610 tahun sebelum bertukar menjadi aktif semula. Oleh itu, sukar
untuk menentukan keadaan sebenar sesuatu gunung berapi itu, samada sesebuah gunung
berapi itu berada dalam tempoh pendam atau telah mati.
Apabila gunung berapi meletus, magma yang terkandung di dalam kamar magma di
bawah gunung berapi meletus keluar sebagai lahar atau lava. Selain daripada aliran lava,
kemusnahan oleh gunung berapi disebabkan melalui pelbagai cara seperti berikut :1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Aliran lava.
Letusan gunung berapi.
Aliran lumpur.
Abu.
Kebakaran hutan.
Gas beracun.
Gelombang tsunami.
Gempa bumi.

You might also like